Series
19497
Buzz!
Buzz!
Dentingan loceng apartment kedengaran beberapa kali seawal jam 7 pagi itu. Dimana penghuni apartment tersebut masih hanyut di buat mimpi.
Untuk beberapa kali loceng kedengaran sebelum pintu bilik tidur berhadapan dengan ruang tamu terbuka.
Sambil menggaru belakang yang tidak terasa gatal, Evelyn berkerut kening sewaktu pandang ke arah pintu. Dia berasa jengkel.
Pagi-pagi lagi dah ada yang tekan loceng rumah. Tak ada masa lain ke apa?
Dengan langkah berat, Evelyn buka pintu tanpa teragak-agak. Sesiapa aje yang ada dekat luar pintu rumahnya ni, baik ada alasan yang munasabah untuk ganggu paginya!
​"Siapa?" soalnya sambil menguap dan meraup rambutnya ke belakang. Matanya yang masih berat dipaksa buka. Di hadapan pintu, seorang lelaki dalam pakaian varsity universiti berdiri di situ.
"Good morning!"Suara ceria yang tidak asing itu menyapa telinga.
Evelyn di muka pintu itu hampir hendak terjatuh dari sandarnya sebaik melihat Kane dengan sejambak bunga dan beg kertas di kedua belah tangan berdiri hadapan apartmentnya.
What the-
Mimpi ke apa ni?
"Apa kamu buat dekat sini?"Evelyn dah gelabah. Dia pandang ke pintu bilik Nanny Laila sebelum ke Kane semula. Risau pulak kalau Nanny Laila nampak.
Kane tersenyum tatkala melihat ekspresi bangun tidur Evelyn. Disebabkan dia sudah terbiasa dengan rupa paras Evelyn tanpa make up, keadaan bangun tidur Evelyn itu tetap kelihatan cantik di matanya.
"Akak pergi macam tu aje malam tadi. Saya tak dapat jawapan yang jelas. Sebab tu saya ke sini. Oh ya, saya belikan bunga dan sarapan." dia tunjuk jambangan bunga dan beg kertas yang dibawa.
​Mata kiri Evelyn berkedip beberapa kali. Bersama perasaan tidak percaya dan renungan yang tak terkata, dia memandang jambangan bunga itu, kemudian ke wajah Kane yang masih tersenyum.
Budak ni kan!
"Seriously, jawapan apa yang kamu nak dengar. Dah jelas la saya akan menolaknya. Apa yang buatkan kamu fikir saya akan menerima lamaran mengejut kamu tu?"desis Evelyn untuk tidak bersuara kuat di awal pagi begitu.
"Kenapa tak boleh? Bukannya saya ajak akak buat perkara salah. Saya ajak akak berkahwin aje pun."
Banyak salahnya la!Dengan frust Evelyn menguak rambutnya ke belakang sambil merentap sedikit dengan kuat. "Kamu tak tahu apa yang kamu katakan Kane, kamu cuma cakap ikut perasaan."pandang Evelyn ke Kane.
Kane tersenyum. "Tak boleh ke at least akak pertimbangkan lamaran saya ni?"
"Nak pertimbangkan apa lagi. Jawapan saya tetap tidak."
"Beritahu saya kenapa?"Kane menganjak ke depan. Dia merapat pada Evelyn.
Mata Evelyn gerak memandang wajah Kane sebelum melepaskan keluhan mengalah."Banyak sebabnya. Dan saya tak boleh nyatakan semuanya pada kamu sekarang."
Lantas Kane menyerahkan jambangan bunga dan beg kertas berisi sarapan ke tangan Evelyn. "Kalau macam tu pertimbangkannya untuk saya. Berikan saya peluang untuk buatkan akak terima lamaran saya."
Mulut Evelyn terbuka sedikit saat melihat senyuman di bibir Kane ketika itu. Macam mana seseorang seperti Kane ni begitu nekad nak jadikan perempuan yang lebih berusia dari dirinya sendiri untuk dijadikan pasangan? Memangnya dalam kepala budak ni ada apa sampai tak boleh nak faham bahasa?
"Bagi saya masa dua minggu. Andai kata dalam masa dua minggu tu akak tetap jugak tak boleh terima saya. Saya janji saya takkan kacau akak lagi."
"Kamu ni memang jenis yang tak boleh terima perkataan 'tidak' dalam hidup kamu ya?" keluh Evelyn, mengalah. Dia tak ada tenaga nak berdebat dengan Kane awal pagi begini.
"Ya. Seumur hidup saya. Semua orang kata 'ya' pada semua kehendak saya. Even daddy dan mommy tak pernah bantah apalagi tegah kalau saya nakkan apa-apa."angguk Kane bersahaja.
"Kalau macam tu, tambahkan ia dalam kamus hidup kamu. Sebab saya akan berikan jawapan tidak pada kamu sampai ke akhirnya."
"Oh really? Kalau macam tu saya nak tengok. Berapa lama akak boleh kata tidak pada permintaan saya nanti."sengih boyish terukir mewah di bibir Kane. Dia pandang penuh mencabar tepat ke mata Evelyn.
Evelyn turut memincing mata membalas renungan itu! Nak main cabar-cabar ya. "Okay. Saya bagi kamu masa dua minggu. Dan dalam masa tu saya tak ubah fikiran saya. Kamu kena berhenti mengganggu."
"Akak sendiri yang cakap ya. Akak dah bagi izin dekat saya untuk dekati akak dan buat akak terima lamaran saya. Jangan back out?"Kane mendekatkan lagi wajahnya ke depan Evelyn cuba hendak mencari kepastian di mata itu.
"Jangan nak melebih. Saya setuju sebab saya penat dengan agenda kamu yang tak henti-henti ajak saya kahwin."Evelyn menolak muka itu jauh darinya.
Tawa kecil kedengaran dari Kane dek tangan Evelyn menolak dahinya ke belakang. "It's okay. Apapun alasannya, at least akak dah beri izin." dia berdiri semula ke belakang dengan jarak yang selesa untuk mereka berdua. "Okay. Deal. Dua minggu. Sampai akak berhenti kata tidak dekat saya."dia hulur tangan hendak berjabat pada Evelyn.
"Deal. Sampai saya kata tidak di akhir masa." sambut Evelyn.
Namun belum sempat Evelyn hendak tarik tangannya semula, Kane angkat tangan yang ada dalam cengkamannya lalu dicium.
Kejung Evelyn dibuatnya. Dia pandang tidak berkedip akan tangannya sewaktu Kane berbuat begitu.
"Bye. Jumpa dekat office nanti. Says hai dekat Neo dan Nanny Laila."senyum Kane semasa berpusing hendak beredar. Sempat dia berpaling dan lambai ke Evelyn's semasa berjalan.
Sementara Evelyn yang masih terkedu di situ hanya mampu perhatikan langkah lelaki muda lampai tersebut berlalu pergi ke arah lif.
Like seriously, kenapa dia ikut kata Kane macam tu aje?Siap setuju lagi dengan cabaran lelaki tu pulak.
Siapa dah baca The Billionaire's Wife maybe akan perasan persamaan, sbb tinta amik chapter dr novel tu untuk dijadikan sbg body chapter ni. Bukan copy paste ya...cuma recreate balik tp dgn konsep berbeza. Sorry lambat Banyak kali keluarkan sebab tinta rasa mcm tk puas hati dgn chapter ni, so repeat betulkan mana yg boleh. sorry sgt2.
Share this novel