Chapter 55 : Blind Date

Drama Series 19803

Lantas Eli tertunduk akur. Tiada apa-apa yang mampu dia lakukan lagi.

​(END OF FLASHBACKS)

​Keluhan kecil terlepas dari bibir Evelyn.

​Tiga tahun telah berlalu. Kisah hitam itu sudah lama dia tinggalkan di belakang mahkamah. Malah, khabar angin tentang Eli yang membawa diri ke luar negara selepas syarikat mentuanya muflis juga tidak lagi mengganggu fikirannya.

"Mama..."Neo menujah sudu bekas makanannya ke depan muka Evelyn. Menyentak Evelyn yang sedang hanyut termenung.

Dengan perlahan Evelyn mengerling ke Neo.

"Kenapa?"Evelyn capai sudu itu lalu memandang Neo dengan bingung.

"Ah!"Neo menganga mulut seakan mahu menyuap Evelyn makan.

Serta merta membuatkan Evelyn tertawa sewaktu dia memandang sudu itu. Sejak menginjak usia 3 tahun, Neo sekarang dah bijak melakukan hal-hal yang tak terduga olehnya. Kadang-kadang tu buat dia tertawa. Kadang-kadang ada buat dia menangis kerana tersentuh. Wajah comel Neo yang semakin hari semakin seiras dengan... seseorang juga membuatkan tangkai hati Evelyn tersentuh.

"Nak bagi mama makan ke?"

"Eat...mama...ah!"Neo masih mahu menujah sudu dengan kesan avokado lecek ke muka Evelyn.

"Mama dah eat. Neo eat sekarang."Dia makan sedikit avokado itu lalu menolak sudu itu ke mulut Neo pula.

Lantas Neo mencedok sudu semula ke bekas makanannya dan makan semula. Pipi tembamnya bergerak setiap kali Neo mengunyah.

Sambil menahan sebak yang bertandang, Evelyn menarik senyum sedih saat mengusap kepala berambut lembut milik Neo. Bergetar sedikit tangannya waktu itu. Setiap usapan itu diiringi dengan bisikan maaf. Bisikan harapan kecilnya. Dia bersalah pada Neo. Kerana anaknya mungkin suatu hari nanti akan membesar tanpa sosok seorang bapa. Dan dia yakin ianya bukan mudah untuk Neo.

Evelyn mengusap pipi tembam itu pula sambil menahan air mata dari tumpah.

"Dah makan belum anak tu?"tegur Puan Reen yang tiba-tiba muncul dari hallway menghala ke bilik study ke ruang makan itu.

Tersentak, Evelyn pantas mengangkat kepala ke arah itu sebelum tersenyum. "Dah..."jawabnya sambil memerhatikan ibunya berjalan ke meja makan lalu duduk dengan keluhan letih. "Penat Ibu? Dah siap pindahkan semua anak pokok tu ke?" kebelakangan ni ibu dia kemaruk sangat dengan tanaman sayur dan pokok bunga. Sampai penuh laman belakang tu dengan anak-anak benihan pokoknya. Itu yang sibuk sangat memindah anak-anak pokok tu.

"Hah....dah. Baru separuh. Yang separuh lagi ibu buat esok. Rasa macam nak patah pinggang bercangkung lama-lama."seloroh Puan Reen.

Evelyn tertawa kecil. Sambil itu dia serahkan sipping bottle pada Neo untuk minum.

"Oh ya, kamu tak kerja kan esok?"Puan Reen menyeka peluh yang merintik di dahi dengan kain tuala yang tergantung di leher.

"Mm...kenapa? Ibu ada apa-apa nak saya buat ke?" Evelyn mengerling ke ibunya sewaktu membantu Neo makan potongan telur goreng pula.

"Tak ada. Ibu ada arrange satu blind date ni untuk kamu. Nanti kamu pergi ya."

Terkedu Evelyn. Dia pandang laju ke kerusi ibunya. Wajah tua itu di tatap dengan kening terangkat tinggi. "Blind date?"

"Ya... jangan nak cakap taknak atau mengelat ya. Ibu dengan ayah penat tau arrange blind date ni. Dua bulan kami bertungkus lumus tau untuk aturkan pertemuan kamu. Sampai kena reject banyak kali." Cepat-cepat Puan Reen memintas apa saja kata yang Evelyn cuba katakan.

Semakin terkedu Evelyn dibuatnya. Dia yang baru nak buka mulut tertutup semula selepas dengar. Dia pandang 'seriously' ke ibunya dengan muka tak percaya.

"Ibu serius ni Evy. Jangan nak mengelak. Bukan senang tau nak dapatkan janji temu dengan calon ni. Dia orangnya tersangat busy. Mengalahkan menteri sendiri. Ayah dan mama berusaha sebaik mungkin untuk dapatkan masa ni. Jangan kamu sia-siakan." tambah Puan Reen dengan bersungguh.

"Memangnya dari mana Ibu dengan ayah kenal calon ni? Siapa namanya? Tinggal dekat mana? Kerja apa?"Evelyn tanya dengan kesal.

Puan Reen menjungkit bahu sambil buat muka 'i don't want to tell' dekat Evelyn. "Kamu kena la jumpa sendiri. Tanya sendiri. Namapun sesi suai kenal kan."

Evelyn berkerut kening. "Tak suka la Ibu. Kan saya dah cakap saya tak berniat nak berkahwin."

"And Ibu pun tak suka jugak kamu hidup sendiri. Kan Ibu cakap, sebelum kamu cecah usia 30 kamu kena berkahwin."

"Tapi ibu-"

"Tak ada tapi-tapi dah."

Evelyn melepaskan keluhan mengalah saat mengerling tak puas hati ke ibunya. Apasal ibu dia ni beria sungguh nak dia hadiri blind date tu? Dah banyak kali dia beritahu taknak berkahwin. Masih jugak dicarikan jodoh untuknya.

"Kamu pergi ya?"

Evelyn hanya mengetap bibir menahan rasa sambil memandang Neo. Nak sangat dia pergi, boleh aje. Tapi jangan nak berharap sangat. Confirm nanti calon tu akan tarik diri awal-awal lepas tahu yang dia ni ibu tunggal anak satu.

"Ya." Evelyn mengangguk perlahan. Entah kenapa, dadanya tiba-tiba berdebar halus. Sudah tiga tahun dia tidak menjejakkan kaki ke pusat bandar sejak dia mengurung diri di rumah ayahnya.

Terus tersenyum Puan Reen. Dia selepas itu bangun, berjalan ke kerusi baby Neo. "Neo kesayangan nenek nanti dapat la papa baru ya sayang." di gomol pipi tembam itu sebelum dikucup geram-geram.

Neo yang tidak kisah itu hanya sibukkan diri dengan makanannya.

Sementara Evelyn membuat muka berserahnya. Entah siapa-siapa aje la yang mama dan ayahnya dah jodohkan dengan ni?

Share this novel

hanihoneywest
2026-06-18 22:18:18 

???

Zubaidah
2026-06-18 15:06:00 

yeyyyyy....xsabarrrrr

mermaid
2026-06-18 14:41:54 

yehuuuuuuu pls pls pls we want kaneeee


NovelPlus Premium

The best ads free experience