Series
19497
Evelyn perlahan-lahan dapat menenangkan dirinya. Namun dia masih tersenyum. Rasanya dah beberapa hari dia tiada mood. Dan budak ni pulak tunjuk perangai kartun dekat dia. Hilang terus badmood dia.
"Oh ya. Saya masih ada masa 10 hari aje lagi untuk terima keputusan akak sama ada akak setuju terima lamaran saya atau tak. Saya harap akak betul-betul pertimbangkan lamaran saya tu."
Terus surut senyuman Evelyn bila dengar. Dia diam memaku mata ke tatapan Kane. Tiba-tiba aje suasana jadi serius.
"Macam saya bagi tau hari tu. Keputusan akak tu saya terima dengan berlapang dada. Kalau akak terima saya lebih dari suka. Tapi kalau akak tolak saya, saya janji saya takkan kacau akak lagi. Apalagi muncul depan akak. Jadi sampai masa tu tiba, saya harap akak tak rasa terganggu dengan kehadiran saya...sebab misi saya sekarang ni adalah nak buatkan akak katakan 'yes' pada saya sebanyak mungkin." Kane beritahu. "Dan selama empat hari ni empat kali jugak saya terima perkataan yes tu."
Evelyn tidak berkata apa-apa. Yalah. Tengok aje la muka tu, manis-manis sejuk mata memandang. Siapa aje ada hati nak katakan tidak. Dia sendiri pun tak boleh nak tolak.
Tapi jujur Evelyn rasakan, dia tak sampai hati sebenarnya nak susahkan mana-mana lelaki untuk terima dirinya apalagi mengahwininya. Bukan apa, dia cuma risau perasaan suka mereka yang nak kahwini dirinya tak berbalas.
Bila melihat kesungguhan Kane ni, lagi la serba salah Evelyn dibuatnya. Tapi masalahnya sekarang perlahan-lahan hatinya ini pun ikut terpujuk.
Bingung Evelyn dibuatnya.
"Kamu ni betul-betul serius sukakan akak ke?"
Kane mengangguk. "Ya saya."
"Kamu betul-betul maksudkan yang kamu nak kahwini akak?"
Kane mengangguk lagi. "Betul."
"Tak kira siapapun diri akak ni?Kamu masih nak terima? Even akak ni banyak kekurangannya?"
Kening Kane terus berkerut."Semua orang ada kekurangan masing-masing. Bukan akak sorang. Akak tak boleh la rasa rendah diri." beritahu dia dengan bersahaja.
Pasu kaktus dalam tangannya ketika itu dipandang Evelyn. Dia berasa kagum sendiri. Siapa sangka anak orang kaya muda 6 tahun darinya lebih berfikiran jauh dari dirinya sendiri. Bagaimana Kane boleh ibaratkan kaktus ni sebagai dirinya?Bukannya Kane dah lama kenal dia. Tapi gaya Kane jelaskan tentang dirinya ini, Evelyn rasakan Kane dah halal tentang segalanya.
"Saya pun bukannya ada banyak kelebihannya... tapi saya tak ada lah jadikan kelemahan tu sebagai benda yang memalukan bagi saya. Kita ni kan kak, hidup jangan hukum diri sendiri hanya sebab ada banyak kekurangan. Tapi kita gunakan kekurangan tu sebagai kekuatan diri kita." Terus Kane rangkul bahu Evelyn lalu menghadapkannya ke arah pemandangan bangunan di hadapan mereka.
Kepala Evelyn tersentak. Dia pandang ke arah depan semasa Kane ajukan tangan kanan dan kiri semasa berkata. "Cuba tengok. Langit ni luas tapi ada kekurangannya. Bila panas, panas sangat, bila dah hujan, turun taknak berhenti, bila ribut habis semuanya disapu. But in the end, tanah yang dapat kelebihan dari semua tu, tumbuh-tumbuhan dapat nutrien yang diperlukan, manusia boleh hidup tanpa mati sejukan atau kepanasan. Contohnya la kan.. Kalau saya pandai memasak, saya kena la cari isteri yang pandai makan, kalau saya pandai bercakap, kena la cari isteri yang rajin mendengar. Kalau saya pandai mengurat, kena la ada isteri cantik, macam akak. Betul tak?"
Lantas Evelyn ketawa lagi, dia menyinggul tepi rusuk Kane sambil itu. "Kamu ni kan sempat lagi nak menyelitkan...."
Kane memalingkan mukanya ke kiri. Melihat tepi wajah Evelyn yang sedang tersenyum manis. Membuatkan dadanya hangat berbunga. Makin dipandang makin terkenang. Well....nak buat macam mana, nampaknya dia dah jatuh cinta sekali lagi.
"Betul la. Akak tak perasan ke?Selama ni saya aje yang bercakap, akak pulak setia mendengar. Sikit pun tak mencelah apalagi marah." Kane beria nak yakinkan Evelyn.
"Ahh...ada aje la idea kamu ni. Ingat akak nak terpancing ke?"
"Mana ada...serius ni. Kalau saya ajak mommy berborak kan, paling-paling dia cakap 'kamu ni tak reti penat ke, bercakap aje kerjanya? Mommy yang dengar ni pun penat tau tak', daddy pun cakap benda sama...plus pakej kena pelangkung dengan fail dia, tapi akak elok aje dengar."
Evelyn ketawa lagi. Dia betul-betul tak tahan dengan keletah Kane ni. Ada aje la modalnya nak menjawab.
"Macam hari jugak la kan, akak elok aje dengar saya berceloteh, sikit pun akan tak halang. Memangnya akak ni introvert ke orangnya?"
"Baru tahu ke?"
"Lama dah tahu...tapi sengaja nak tanya. Yalah, mana la tahu kan akak tak sedar diri akak tu introvert."
SLAP! Belakang badan Kane ditepuk Evelyn.
Dengan ditemani angin sepoi-sepoi bahasa dan cuaca mendung sejuk, dua orang itu sambung berborak dengan keadaan Kane merangkul bahu Evelyn, di atas bumbung bangunan tingkat 10 itu hingga waktu rehat mereka berdua selesai.
jenuh betul la bila ada autocorrect ni. habis semuanya nak dibetulkan lepas tekan space bar....typos berlambak2?nanti kan kalau notification naik, ingat tau itu cuma tinta tgh buat editing dlm certain chapter. and lupa nak cakap, terima kasih komen dan sudi baca.
Share this novel
nak lagi
Wahhhh