Chapter 49 : Di larang

Drama Series 19497

"Saya tanya kamu. Siapa yang upah kamu?" ulang Tuan Adam. "Sebab kenyataan kamu tu bukan datang dari seorang nanny melainkan di suruh dengan seseorang."

Nanny Laila tersenyum kemudiannya. Sikit pun tak terasa dengan nada Tuan Adam tu. Dia tak tahu macam mana Tuan Adam boleh perasan. Tapi sememangnya dia kagum. Tak hairan la kenapa Tuan Kane beria mahu mereka kembali ke kediaman keluarga ini.

"Saya diupah oleh Puan Evelyn. Tapi arahan diberikan oleh orang lain." jujurnya.

Tuan Adam menjungkit kening. Lelaki itu menjadi skeptikal. Dah agak dah! Eli ke? Tapi tak mungkin la. "Orang lain?"

"Ya."

Hela nafas pendek lepas dari Tuan Adam sebaik dengar. Lelaki itu merenung Nanny Laila dari atas ke bawah. Siapa pulak? Takkan Evelyn dah ada boyfriend baru? "Dan orang tu beritahu kamu supaya hantar Evelyn ke sini kerana Eli mahukan Neo?"

"Betul tuan."

"Siapa orang yang kamu katakan tu?"

Nanny Laila pula tersenyum nipis. Dia tidak menjawab. Bukannya tidak mahu. Tapi dia diberitahu agar tidak menyebut nama Kane. Kane hanya berpesan supaya dia maklumkan hal ni secara persendirian tanpa pengetahuan Evelyn sendiri tanpa mengungkit namanya.

"Dia tak izinkan?" Tuan Adam berkedip sekali.

"Ya betul, tuan." Nanny Laila mengangguk sekali.

Rahang Tuan Adam berketik. Bukan marah, cuma tak terkata. Siapa pulak yang berani-berani nak suruh dia buat itu ini macam tu aje? Memangnya orang tu kenal siapa Evelyn yang sebenarnya? Sebab itu senang-senany hantar orang bagi pesanan?

"Puan Evelyn tak tahu menahu tentang hal ni tuan. Hanya Tuan Adam sahaja yang tahu soal perebutan hak penjagaan anak ni." tambah Nanny Laila lagi. "Lagipun saya tak rasa Puan Evelyn dapat menerima berita ni dengan baik sekiranya dia tahu."

Tuan Adam menghela nafas kesal. Tangan yang bersilang di dada tadi turun ke sisi saat dia membuat muka bengang. Dari dulu lagi dia tahu Eli si tak guna tu memang hanya akan bawa masalah dan beban dalam keluarganya. Dah la tinggalkan anak dia dalam keadaan bunting. Kahwin pulak dengan orang lain. Lepas tu terhegeh-hegeh nak rebutkan anak yang di buang? Eli tu otak letak dekat lutut ke apa? Apahal perangai persetan sangat? Buat menyirap aje la.

"Baiklah. Kalau begitu kamu perlu beritahu kepada saya apa yang telah berlaku. Dari awal Evelyn hamil hingga dia bersalin." ujar Tuan Adam.

Nanny Laila menggengam erat jari jemarinya, dia pandang bungkam. "Kesemuanya?" liur gugup ditelan.

"Ya. Semuanya. " Tuan Adam balas senada sama seperti Nanny Laila tadi.

Perlahan-lahan Nanny Laila memalingkan kepalanya ke arah Evelyn yang sedang tersenyum di samping Puan Reen. Pasangan anak beranak itu kelihatan gembira saat mengagah Neo dalam pelukan mereka. Terus terimbau dia akan memori-memori lama dan semua kejadian yang menimpa Evelyn sepanjang masa dia bersama dengan Evelyn.

Lantas Nanny Laila mengerling semula ke Tuan Adam. Keningnya berkerut resah dek rasa teragak-agak yang melanda. Tak apa ke kalau dia beritahu?

"Sebelum tu, tuan kena berjanji yang tuan takkan marahkan Puan Evelyn apalagi salahkan dirinya."

Tuan Adam memincing mata. Pandangannya curiga dengan ucapan Nanny Laila. Ini kalau dah siap suruh berjanji bagai, confirm ada benda yang lebih buruk dah terjadi pada Evelyn. "Ya. Sekarang beritahu saya."

"Saya di upah oleh Puan Evelyn semasa kandungannya berusia 7 bulan." mulanya perlahan. "Waktu tu keadaan Puan Evelyn tidak stabil. Emosinya terganggu. Makan minum, tidur rehatnya tak menentu." Nanny Laila mengangkat mata ke Tuan Adam. "Semuanya kerana perpisahannya dengan Tuan Eli beberapa bulan sebelum tu."

Nafas Tuan Adam tertahan-tahan hendak menahan rasa. Nama lelaki tak guna tu sentiasa buatkan darahnya mendidih.

Dari situ, Nanny Laila menceritakan semua kejadian yang menimpa Evelyn, dari hari Evelyn kemurungan hingga cuba bunuh diri, sehinggalah dia terpaksa di bedah untuk selamatkan bayi dalam kandungannya selepas Evelyn mengelar pergelangan tangannya sendiri akibat terlalu tertekan.

Dan Tuan Adam diam sepanjang masa. Beliau dengar dan pendam segala rasa yang bertandang apabila mendengar bait kata dari Nanny Laila mengenai puteri tunggal kesayangannya itu.

EVELYN BUNGKAM. Dia pandang wajah ayahnya dengan riak tak terkata.

Apa dia tadi?

"Apa maksud ayah?"soalnya.

Tuan Adam dengan tenang meletakkan cangkir berisi teh ke bawah sebelum pandang Evelyn. Renungannya bersahaja begitu juga gerak bahasa tubuhnya. "Kamu takkan ke mana-mana. Duduk saja di rumah." ulangnya lagi.

Puan Reen berkerut kening. Dia memegang lengan Tuan Adam disebelah. "Sayang, kan-"

Tuan Adam mengangkat tangan 'stop' pada Puan Reen serta merta. Mematikan tutur bicaranya tanpa bersuara apalagi mengalih pandangannya dari Evelyn.

"Kata-kata ayah muktamad."

"Tapi ayah, kenapa?" Evelyn pandang wajah ayahnya dengan perasaan tak percaya. Dia baru aje balik, ayahnya dah terus buat perangai lama? Tak boleh ke kalau ayahnya berhenti berkeras dan nekad nak mengokong dirinya ini? Untung-untung dia nak balik ke sini tau tak!

"Apa maksud kamu kenapa?" Tuan Adam tanya dengan nada bersahaja. "Ayah mahu kamu tinggal di sini. Soal kerja dan urusan lain, kamu tak perlu pening kepala. Buat masa sekarang, kamu fokus untuk besarkan Neo dahulu. Nanti bila Neo dah cukup besar baru kamu fikir pasal bekerja. Duduk saja di rumah bersama ibu kamu."

"Ayah nak kurung saya?"

"Terpulang apa yang kamu nak fikirkan."

"Saya balik ke sini sebab nak minta maaf ayah. Bukan untuk-"

"Dan kamu di maafkan. Tapi itu tak bermakna ayah akan izinkan kamu keluar dari rumah ni hidup sendirian di luar sana lagi. Cukup baik ayah izinkan kamu balik ke rumah ni. Ikutkan hati memang ayah dah halau kamu keluar."

Evelyn membuka mulut dalam keadaan tergamam. Sekali baru saja dia mahu bersuara, ayahnya terus menyampuk.

"Suka atau tidak, kamu akan tinggal di sini. Ayah akan sekat semua kad perbelanjaan kamu, lesen, ID dan juga telefon kamu." tegas Tuan Adam yang memintas kata Evelyn serta merta. Untuk pastikan Eli tidak menjejak Evelyn, dia perlu sekat semua benda yang boleh mendedahkan kedudukan Evelyn dan Neo.

"Ibu-"Evelyn pandang Puan Reen dengan riak merayu. Kalau dia tinggal di sini dan terkurung, macam mana Kane nak tahu keadaannya kalau dia di kurung serta merta?

Puan Reen yang tersepit antara dua beranak itu sendiri kebingungan. Tak tahu nak cakap macam mana.

"Takkan telefon saya sekali?"

"Ya. SE.MUA.NYA." tekan Tuan Adam.

Evelyn pantas memandang ke arah Nanny Laila. Dia berharap wanita itu cuba membantunya, namun Nanny Laila hanya mampu menggeleng kepala mengalah.

Dengan riak tergamam yang tak terkata, Evelyn bersandar pada kerusi dengan nafas tertahan-tahan sambil bertentang mata dengan ayahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience