Series
19497
Suasana antara mereka kening seketika sebaik masuk ke dalam lif. Evelyn mahupun Kane diam seribu bahasa.
Entah terkesima entah kelu tak terkata. Hanya mereka berdua yang rasa.
Tiba-tiba suara Neo memecah kesunyian di antara mereka. Buatkan Kane mengerling ke sisi masih mengetap bibir. Sementara Evelyn menepuk-nepuk belakang badan anak kecilnya.
"Kak, betul ke apa saya dengar tadi?"Kane teragak-agak. Dia yang blushing sendiri bila ucapan Evelyn terngiang-ngiang dalam kepala.
Evelyn menelan liur. Dia yang dengar suara Kane jadi gugup tidak semena. "Pasal apa?" soalnya cuba nak berdalih.
"Saya tak tahu saya salah dengar ke atau apa. Tapi betul ke yang akak nak kahwin dengan saya? Sebab baki lamaran tu masih ada seminggu lagi kan?" Kane menjengah kepalanya hendak mencari mata Evelyn. "Betul ke?"
Evelyn menggigit pipi dalamnya saat matanya lari melihat ke tepi. Dia segan apabila muka Kane begitu dekat padanya begitu. "Umm...pasal tu, sebenarnya saya-" dia jadi kebingungan. Rasa serba salah yang amat sangat nak beritahu hal sebenar. Bukan niat dia nak pergunakan nama Kane tapi dah terpaksa. Nak buat macam mana.
Hah! Keluhan berat dilepaskan. Dia lantas membawa matanya ke wajah tersenyum Kane. Makin bertambah rasa serba salah dibuatnya bila tengok muka tu.
"Tak. Saya tak maksudkannya. Saya cakap macam tu sebab nak hentikan Eli dari mengganggu saya dan Neo. Saya dah tak tahu nak cakap macam mana dengan dia." Kening Evelyn mencerlung susah hati.
Tepat pada masa yang sama pintu lif terbuka di tingkat pejabat Kane. Lelaki itu mendorong Evelyn keluar bersamanya pada masa dia bersuara.
"Ohh....sebab itu ke? Saya ingatkan akak betul-betul dah ambil keputusan nak kahwin dengan saya." tenang bersahaja nada suara lelaki muda itu.
Membuatkan Evelyn agak tersentak kerana dia tak menyangka begitu selamba sekali reaksi Kane. Sedangkan dia baru aje pergunakan budak ni semata nak jauhkan Eli dari dia. "Kamu tak marah ke?"
"Hahaha...kenapa pulak saya nak marah." Kane ambil Neo dari Evelyn. "Saya rasa mesti ada sebab yang buatkan akak rahsiakan tentang kisah lampau akak dengan Encik Eli dari pengetahuan saya. Dan bila saya sendiri nampak dan dengar macam mana Encik Eli berurusan dengan akak, baru saya faham kenapa akak beria untuk buat-buat tak kenal dengan Encik Eli masa hari kita meeting tu." dia tersenyum. "Hari akak menangis tiba-tiba tu."
Terus sesak dada Evelyn lepas dengar. Matanya jadi panas berbahang dek terasa dengan ucapan Kane itu.
"Saya tak kisah pun kalau akak nak gunakan nama saya demi pertahankan diri akak dengan Neo. Cuma saya nak akak tahu. Kalau akak betul-betul perlukan pertolongan, saya boleh bantu. Andai kata Encik Eli ganggu akak dan Neo, akak boleh aje terus dapatkan saya. Okay?"
Bertambah sebak Evelyn dibuatnya. Dia ketap bibir dengan erat cuba hendak menahan rasa sesak yang bertandang.
"Tapi kenapa kamu tak marah? Kan saya pergunakan kamu...ambil kesempatan atas kamu demi kepentingan saya..."
Kane menarik sengih meleretnya. Jujur beritahu. Dia memang tak kisah pun. "Sebab saya sukakan akak la...."dia tertawa kecil. "Lagipun kalau benda boleh jadi real buat apa-apa tipu-tipu."
"Even saya rahsiakan tentang Eli pada kamu pun?" Evelyn semakin terkedu.
"Itu hak akak la nak ceritakan atau tak dekat saya apa yang berlaku antara akak dengan ayah kandung Neo tu. Bukan urusan saya nak masuk campur." Kane menjungkit bahu tak kisah. "Tapi kalau akak nak ceritakan dekat saya semuanya pun, lagi saya tak kisah."
"Tapi-"
"Okay, dah...dah. Jangan peningkan kepala sangat. Akak dah lambat masuk ofis. Neo ni biar saya jaga. Baik akak cepat..." Kane terus potong kata Evelyn. Dia taknak Evelyn terus menerus menolak dirinya. Terkilan tau kalau lama-lama dengar perkataan sama. "Jangan risau pasal Neo. Akak boleh jenguk dia bila-bila masa." Lantas dia tekan butang lif untuk Evelyn.
Tanpa menunggu lama, pintu lif pun terbuka. Kane terus menolak Evelyn masuk ke dalam.
"Neo, says taataaa dekat mommy..."Kane capai tangan kecil Neo lalu ditambahkan ke arah Evelyn yang masih tercengang di dalam lif. "Jumpa nanti..."senyumnya dengan manis.
Namun apabila pintu lif tertutup rapat, Evelyn yang sejak tadi dalam keadaan terketar-ketar akhirnya mengalirkan air mata. Betapa terkedunya dengan apa yang telah berlaku.
Eli datang temui dia.
Kane dapat tahu hal sebenar.
Dia sendiri pula terlepas kata.
Sekarang yang terjerat dirinya sendiri.
Apa la yang patut dia buat sekarang ni?
Patut ke dia lari balik ke pangkuan keluarganya?Jauh dari semua ni? Tapi...kalau dia balik ke rumah ibu bapanya sambil bawa anak begini, apa pula kata mereka?
Hah!
Evelyn terus bersandar letih pada dinding lif tu dengan mata terpejam. Sebu dada dia dibuatnya. Semuanya gara-gara Eli!Lelaki tak guna tu!
sorry lambat update. budak2 tgh exam. tinta pulak sibuk menanda kertas. otak pulak pikie kerja aje. mmg tak dan nak menampakkan. apapun terima kasih sebab sudi singgah dan baca. jumpa pada next update nanti ya. Tatata.
Share this novel