Series
19497
Dua orang lelaki bersut berdiri di sekitar meja dimana Evelyn dan Eli saling duduk menghadap ke antara satu sama lain. Membuatkan empat meja disekitar mereka terpaksa di kosongkan.
Senyap dan tegang. Itu suasana mereka berdua. Seorang memandang ke depan, seorang memandang keluar tingkap.
Mata Eli tidak lepas dari menatap tepi wajah Evelyn. Wajah yang dia rindui. Insan yang dia cintai sehingga sekarang. Tapi tidak lagi buat Evelyn.
"Kenapa awak larikan diri?"Eli mulakan bicaranya memandangkan Evelyn enggan bersuara sejak tadi. "Saya hanya cakap yang saya tak dapat kahwini awak dalam masa terdekat. Bukan berpisah dengan awak terus tak berjejak?" Eli tanya dengan nada perlahan. Sebab Neo sedang terlena di sebelah meja mereka. "Bukan aje awak larikan diri dari saya, awak hapuskan jejak awak sepenuhnya. Hapuskan nombor telefon, alamat tempat tinggal, berhenti dari tempat kerja lama awak, awak kosongkan apartment yang saya belikan untuk awak macam tu aje."
Evelyn tidak memberi sebarang respon. Dia hanya diam di situ dengan tangan bersilang ke dada. Dia enggan mendengar apa-apa dari Eli. Apapun alasan Eli, lelaki ini tidak berhak mengahwini orang lain selepas berjanji akan bersama dengannya setelah dia hamil. Konon sehidup semati. Sentiasa bersama ketika susah dan senang. Tapi bila family mintak berkorban, terus serah diri!
Jadi hak dia jugak untuk pergi jauh dari Eli, dan buang semuanya yang ada kaitan dengan bekas teman lelakinya ini. Dia hendak buang Eli jauh-jauh dari hidup dia! Kalau boleh taknak lelaki ni ada hubungan dengan Neo sama sekali.
"Tak sedar ke diri tu dah beristeri. Sibuk kejar perempuan lain sampai siap intip hidup orang?" tanya Evelyn dengan sinis.
Kening Eli mencerun. Sakit hati dia bila Evelyn cakap macam tu. "Perempuan lain yang awak cakap tu, kekasih saya. Awak, Evelyn. Saya tak mungkin buat hal sama kalau perempuan tu bukan awak."
Terus berpaling ke depan kepala Evelyn sebaik dengar. Suka hati mak bapak aje panggil kekasih?Dah hilang akal apa Eli ni? "Hei, siapa kekasih awak dekat sini hah? Sejak awak ambil keputusan untuk terima permintaan keluarga awak mengahwini wanita lain, kita dah tak ada apa-apa hubungan lagi tau. Saya tak pernah terfikir sekali pun yang kita ni kekasih lepas awak tikam saya dari belakang lepas mungkiri janji awak pada saya, Eli!"
"Evy..."
"Berhenti panggil saya Evy. Awak dan saya tak ada apa-apa hubungan lagi. Hentikannya!" Evelyn berdesis keras kerana terlalu berang. Dia mahu menjerit dan memaki hamun lelaki di hadapannya ini. Tetapi Neo ada bersama. Nak tak nak terpaksa la dia mengawal amarahnya.
"Pada malam sebelum perkahwinan saya, saya cuba cari awak...tapi awak dah pergi." Eli termenung memandang stroler Neo. Melihat wajah lena anak kecil itu. Hatinya dipalu rasa serba salah.
​"Apa lagi yang awak expect? Sudah semestinya saya akan beredar serta-merta dari situ. Siapa aje yang gila nak terus kekal di tempat dia dikhianati macam tu lama-lama?"Evelyn hilang sabar.
"Saya ada alasan yang kukuh, Evelyn. Malam tu saya cuba nak jelaskan segalanya pada awak kenapa saya setuju dengan aturan perkahwinan keluarga saya tu."
"Cukup Eli!" meledak terus Evelyn. Dia dah tak ada nak sabar-sabar lagi dah. Apa yang tak faham bahasa sangat Eli ni sampai tak boleh nak faham perkataan 'berhenti'? "Saya tak nak dengar apa-apa lagi dari awak. Tak boleh ke awak jalani aje hidup awak tu?Kenapa perlu hantui hidup saya yang dah sedia sengsara ni?" matanya mula berasa panas. "Untung-untung saya tak serang awak dekat company awak dan malukan awak depan isteri dan keluarga awak tu, tau tak!"
"Tak boleh ke awak dengar saya dulu?" Eli sama-sama ikut meledak. Keningnya mencerlung tajam. "Sebab saya tak nak awak hidup sengsara la saya mintak awak dengar penjelasan saya ni. Saya terima perkahwinan tu dengan bersyarat, Evy. Kalau saya bantu family isteri saya tu sehingga mereka stabil semula, saya boleh kahwini awak selepas kami bercerai. Ibu bapa saya jugak dah setuju untuk saya kahwini awak jika saya turuti permintaan mereka ni dulu."
"Jangan nak mengarut!Awak ingat saya nak percaya semua tu! Kalau awak betul-betul cintakan saya dan mahukan persetujuan ibu bapa awak, awak patut perjuangkan saya. Bukan dengan bersyarat. Bukan apa aje la alasan awak tu!" Evelyn berdiri. "Lupakan saya. Lupakan semua yang terjadi selama kita bersama. Sebab saya tak mahu bersama semula dengan awak!Muktamad." Evelyn capai beg baby Neo lalu memegang stroler untuk bergerak pergi dari situ.
Berang Eli. Dia ikut berdiri dan menangkap lengan Evelyn. "Awak tak boleh pergi macam tu aje. Kita belum selesai berbincang!"
Evelyn merentap lengannya dari Eli. "Jangan sentuh saya!"
Tergamam Eli.
"Eli, please... I'm hanging on a thin thread right now. So don't push me to the edge. Or else, you gonna regret it!" rayu Evelyn. Lalu dia pun berpaling dengan air mata mengancam hendak tumpah di situ.
Eli menggenggam penumbuknya sekuat hati sehingga kukunya terbenam dalam tapak tangan. Dia tak boleh lepaskan Evelyn begitu saja. Berbulan lama dia mencari Evelyn. Kalau bukan kerana pertemuan mereka di syarikat Evelyn bekerja, dia takkan mungkin dapat mengesan keberadaan Evelyn dan anak lelakinya itu. Sekarang, Evelyn ada di depan matanya. Dan dia akan dapatkan Evelyn semula!
Share this novel