Series
19497
Dua bulan kemudian,
Berita mengenai syarikat Valenski dijual kepada syarikat lain terpapar di dada akhbar hujung minggu. Dan diikuti berita penceraian anak tunggal keluarga tersebut atas beberapa faktor dan khabar angin. Katanya kerana anak perempuan Valenski didapati curang dengan lelaki lain di sebuah hotel lima bintang. Ada juga mengatakan si suami ada anak di luar perkahwinan.
Gempar berita tu selama seminggu menjadi topik utama dalam media sosial. Namun kedua-dua pihak tidak memberi sebarang komen mengenainya sehinggalah pasangan itu berpisah dengan rasmi.
Keluarga Valenski pula dikatakan telah berhijrah ke kampung halaman mereka selepas di isytiharkan muflis.
Seperti masa yang berlalu, begitu juga dengan musim panas pada waktu itu. Kini tiba masanya musim luruh datang mengganti.
Pohon yang penuh dengan daunan hijau kini kekeringan layu menjadi jingga dan gugur di lantai tanah. Menjadikan pemandangan sekitar berwarna jingga senja..
Pemandangan dari tingkap balkoni rumah agam Keluarga North pada senja itu ditemani dengan angin dingin musim luruh.
Kane berdiri di tepi tembok batu balkoni. Dia ringkas dengan turtle neck dan seluar hitam. Menampakkan susuk lampai dan kurusnya. Sebelah tangan di dalam poket seluar, Sebelah lagi tangan memegang mug berisi kopi latte. Mata pula terarah kosong ke suasana senja halaman rumah.
Dia baru sahaja pulang dari menemani mommynya bertemu dengan keluarga saudaranya untuk makan siang. Sekaligus berbincang mengenai perkahwinan kakak sepupunya.
"Jangan termenung kamu ni. Dari siang tadi mommy perhati."tiba-tiba muncul suara lembut dari belakang.
Dengan sengih nipis di bibir, Kane pun ikut berpaling ke bahu kanan. Lantas bertemu mata dengan mamanya. "Berangan tu kan percuma. Apa salahnya." seloroh dia dengan bersahaja.
Puan Anna tertawa kecil. "Kamu ni kan, perangai meloyar buruk tu kalau sehari tak buat tak sah."
Kane tersengih. Dia menyondong ke depan. Kedua belah sikunya di topang pada tembok balkoni saat pandangannya di lempar ke langit senja. Tenang tapi kosong. "Anak siapa?" ujarnya.
Puan Anna tersenyum nipis. Tangannya naik mengusap belakang kepala Kane. Rambut hitam anak lelakinya itu dibelai lembut. "Kamu masih teringatkan kakak cantik tu lagi?"
"Evelyn maksud mommy?" senyumnya dengan lembut.
"Yalah. Siapa aje la wanita dalam hidup kamu lagi kalau bukan dia."Puan Anna ikut sama menyandar ke tembok itu. Disebabkan dirinya lebih rendah, dia tidak perlu menyondong seperti Kane.
Kane tertawa kecil. Mesti la ingat. Setiap hari tu kalau boleh dia nak berjumpa dengan Evelyn. Tapi apakan daya, kalau sudah tak berjodoh, tak boleh nak buat apa. Kata Nanny Laila, mungkin Evelyn takkan kembali lagi ke sini atas faktor arahan dari ayah Evelyn snediri. Memang tak ada chance langsung la maknanya. "Ada...sikit. Kekadang tu banyak. Kekadang tu terlupa." ujarnya berasa lucu.
Puan Anna pun ikut tersenyum. "Kamu nak mommy carikan pengganti?"pandangnya dengan kepala terlentok sedikit hendak memandang wajah anaknya.
Kane turut melentokkan kepala sewaktu memandang mommynya. Buatkan wajah kedua beranak itu saling tidak tumpah samanya. "Mommy nak saya lari dari rumah ke?"ujarnya dengan nada yang sama.
Puan Anna terus ketawa. Dia tepuk belakang badan anak terunanya kerana geram. Bertuah betul punya anak. Boleh pulak di balas kata dengan soalan macam tu. Selamba pulak tu. "Isy...kamu ni kan. Mama tanya aje kan."
Kane menarik sengih boyishnya. Comel aje la Mommy dia ni. No wonder la kenapa Daddy dia beria sungguh mahukan mommynya ini.
"Mommy..."Kane berdiri tegak. Dia hadapkan tubuhnya kepada mommynya.
"Mm? Ada apa?"Puan Anna menjungkit kening ingin tahu.
"Dulu mommy dengan daddy pernah berpisah kan? Lepas bertunang dulu?"
Puan Anna tersengih. Soalan itu terus buatkan dia terimbas kembali kenangan semasa bertunang dengan suaminya dulu. Berat betul dugaannya. Ada aje yang nak digaduhkan. Ada aje yang nak di sakitkan hati pasal. Hujung-hujung dia yang minta berpisah. Terus dia bawa diri ke luar negara.
"Kenapa kamu tanya?"
"Siapa yang cari siapa dulu?"Kane memandang ingin tahu.
Terus Puan Anna berdengus kecil. "Cuba la kamu teka...siapa yang cari dulu?" dia menarik sengih meleret.
"Daddy?"
Puan Anna menggeleng. "Bukan. Tapi mommy." katanya dengan senyuman lebar. "Mommy rindu daddy kamu sangat lepas seminggu putus tu. Lepas tu nangis-nangis la jawabnya masa mintak bersama semula." ceritanya dengan segan.
Kane tertawa kecil. "Serius la?"
Puan Anna mengangguk. "Ya.."
Kane tersengih. "Kalau Kane jadi daddy, Kane terus reject."
Tak semena Puan Anna memukul belakang kepala tu.
"Auw!" Cepat-cepat Kane memegang kepalanya sambil bercemberut.
"Hei, anak bertuah. Kalau daddy kamu tak kahwin dengan mommy. Tak adanya kamu dekat sini nak menyakitkan hati mommy."
"What? Memang betul kan?"tambah Kane yang sengaja mahu menyakat mommynya.
Terus Puan Anna mencubit-cubit pinggang anaknya itu dek kejengkelan dan Kane hanya terkekek-kekek ketawa.
Share this novel