Chapter 42 : Rayuan Tak Kesudah

Drama Series 19497

"Akak naik dulu dengan Neo. Biar saya tolong bawakkan barang dengan Nanny Laila."ujar Kane semasa menutup pintu kereta seat belakang selepas menyerahkan Neo yang terlena kepada Evelyn.

"Banyak ke? Tunggu saya la. Saya tolong bawakkan sekali."kata Evelyn sambil menepuk belakang badan Neo.

Kane tersenyum. Tangannya mendorong Evelyn agar berpaling dari situ.

"It's okay. Akak naik aje dulu settle apa yang patut. Biar saya yang buat."

Tidak dapat berbalah lagi, Evelyn pun hanya melepaskan keluhan mengalah lantas bergerak ke arah pintu lif.

Nanny Laila dan Kane sudah ditinggalkan.

Masuk sahaja ke dalam lif, Evelyn menekan butang apartmennya lalu menunggu ia naik. Sambil menunggu, tangannya menepuk-nepuk belakang badan Neo sambil mendodoi. Namun tidak kemudian, dia tiba di tingkat 25. Terus dia keluar dan membelok ke kanan.

Sambil mengocek keluar kunci rumah, Evelyn pandang ke beg tangannya. Cari punya cari. Korek punya korek dengan satu tangan sebab Neo dalam gendongan, tiba-tiba gugusan kunci jatuh ke lantai.

Evelyn pun menunduk, entah macam mana isi beg tangannya ikut tertumpah sekali. Berterabur barang-barang tersebut di sekitar kakinya.

Dengan memegang Neo yang tidur lagi, beg sebelah tersangkut di lengan kanannya lagi, barang-barang yang bersepah lagi.

"Ish...masa ni jugak la engko nak buat hal la barang..."bebel Evelyn sendiri.

Sedang Evelyn bergelut hendak mencangkung, tiba-tiba muncul kelibat dari arah depan lalu mengutip kunci serta barang-barang di situ terlebih dahulu sebelum sempat dia mahu menunduk.

Tersentak kerananya, Evelyn terus hendak mengucap terima kasih, tetapi di saat dia hendak membuka mulut, niatnya itu terus terbatal setelah menyedari siapakah gerangan orang yang sedang tunduk membantunya.

Evelyn bungkam untuk sesaat di situ apabila Eli tunduk mengutip barangnya lalu berdiri semula memandangnya sambil menghulurkan barang-barang itu.

Tanpa sedar nafasnya ikut tertahan gara-gara terkedu.

Dah kenapa pulak lelaki ni ada di depan apartment dia?Evelyn berasa tidak senang. Secara instinct tangannya memegang erat belakang badan Neo.

"Apa yang awak buat dekat sini?"kening Evelyn mencerlung. Matanya naik turun memandang Eli
"Macam mana awak boleh tahu saya tinggal kat mana?"

Tatapan Eli dingin. Garis letih dan muram terlibat di kerutannya. "We really need to talk. Please. I'm begging you."

Evelyn mengundur selangkah. "Kalau awak datang sini sebab nak suruh saya pujuk mereka terima tawaran kerjasama syarikat awak, awak boleh minta dari mereka sendiri. Bukan saya."

Eli melangkah ke depan. "Saya cuma nak awak dengar apa yang saya nak cakapkan dulu. Tolong Evy."

"Nak cakap apa lagi Eli? Saya taknak ada apa-apa lagi dengan awak."

"Tak saya. Saya nakkan awak semula. Please la Evy. Tolong berikan saya peluang dan masa untuk jelaskan kepada awak. Semua ni hanya salah faham...."Mata Eli memerah. Keningnya mencerlung susah hati.

Evelyn mengeratkan pelukannya pada Neo. Nafasnya turun naik dengan berat. Dia taknak dengar apa-apa dari Eli lagi. Sebab Evelyn tahu hatinya akan terpujuk kerananya. Tak kira macam mana sekalipun Eli cinta pertamanya. Lelaki yang pernah dia cintai sepenuhnya jiwanya dan raganya. Sebab itu dia tak yakin yang dia dapat berpaling kalau dia berikan Eli peluang untuk memujuknya.

Eli semakin mendekat. Sehinggalah lelaki lampai itu berdiri di hadapan Evelyn dan memegang tepi lengan itu dengan tatapan mendung.

"Saya nak bercerai dengan isteri saya Evy. Saya nak tinggalkan keluarga saya. Saya tak sanggup lagi nak jadi anak lelaki yang mereka harapkan. Saya tak peduli tentang apa-apa lagi. Harta. Restu dari mereka. Atau validation dari mereka. Saya tak perlukannya. Saya mahukan awak kembali ke pangkuan saya. Izinkan saya Evy."

Evelyn terkedu. Dia tidak dapat membalas kata-kata Eli itu kerana dia sendiri masih belum boleh lupakan trauma dan perasaan kecewa yang dia rasakan selama ini kerana Eli.

"Eli-"Evelyn baru sahaja hendak bersuara sewaktu satu tangan muncul dari kanan lantas tubuhnya terdorong ke belakang kerana tangan itu.

"Ada apa ni?"Kane muncul dengan mengejut bersama bakul dan barangnya piknik di tangan sebelah sewaktu dia menghadang Evelyn dan Neo dari Eli. Tujahan itu membuatkan Eli dengan tersentak ikut terundur kebelakang gara-garanya.

Eli mahupun Evelyn masing-masing termangu. Mereka tak sangka yang Kane akan muncul tiba-tiba begitu. Manakala Kane pula sudah membuat muka. Lirikkannya jugak tajam terarah pada Eli di situ.

"Ada apa lagi ni?"

Kening Eli berkerut. Rahangnya berketik kunci. "Bukan urusan kamu. Ke tepi."

"Urusan saya sebab Evelyn bakal isteri saya. Kalau Encik datang ke sini cuma nak menganggu ketenteraman dia, baik encik jangan datang langsung. Dan kalau tujuan encik ke sini hanya semata nak suruh dia pujuk company saya bekerjasama dengan encik, baik encik lupakan aje niat tu sebab ianya takkan terjadi."

"Hei!Engkau siapa nak halang aku hah! Aku ni bapak budak yang dia pegang tu sekarang! Kekasih aku yang larikan diri dari aku!Tak pernah sekalipun aku cakap nak berpisah dengan dia!"

"Bukan urusan saya untuk ambil kisah tentang hal tu. Selagi dia bukan isteri sah encik, encik tak ada hak ke atas Evelyn. Dan encik yakin anak tu anak encik?"Kane pulak menambah. Dia sendiri panas hati tapi tak adalah sampai nak tinggikan suara.

Eli bercemik tak percaya. Dengusan kasar lepas dari bibirnya. "Apa kau cakap?"

Tanpa mengalihkan pandangannya dari Eli, Kane bersuara. "Masuk ke dalam sekarang Evelyn." arahnya.

Evelyn pandang belakang kepala Kane lalu ke wajah terdesak Eli sebelum bergerak ke tepi untuk ke pintu apartmentnya. Dia peluk Neo dengan erat tanpa mengerling ke arah Eli.

Setelah Evelyn masuk ke dalam barulah Kane bersuara semula. Pada masa yang sama Nanny Laila muncul dari arah pintu lif dengan sisa barangnya yang lain.

"Saya dengar apa yang encik cakapkan tadi. Dan encik kena tahu satu perkara ni. Lelaki yang sanggup buang keluarga kerana perempuan, adalah lelaki yang sama akan buang perempuan tu bila dia ada alasan baru. Jadi berhenti bagi dia harapan untuk janji yang encik sendiri tak pasti boleh kekalkan."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience