Chapter 23 : Pokok Kaktus

Drama Series 19497

"Tadaa..."Kane tersenyum dari telinga semasa menadah tangan dimana sebuah pasu bunga kecil berada.

Dengan reaksi bingung dan keliru, Evelyn tenung pasu kecil di tangan Kane lalu ke muka kacak yang tersenyum manis kepadanya.

"Apa ni?"soal Evelyn.

Hanya berduaan, mereka berdiri di atas rooftop bangunan dimana taman bunga berada. Ada bangku di situ. Hadapan bangku itulah taman bunga berada. Mereka berdiri di antara tumbuhan di situ semasa hendak mencuci mata akan pemandangan dari situ.

"Kaktus." Kane tersengih.

Evelyn pandang pasu berisi anak pokok kaktus lalu ke muka Kane. Memangnya budak ni tak boleh ke lebih romantik daripada ni?Banyak-banyak jenis pokok bunga, kaktus jugak yang di pilih?

"Saya tahu la kaktus. Tapi untuk apa?"

"Kejutan saya untuk akak la."

"Kaktus?Kamu ni cuba nak buatkan akak kata tidak atau ya sebenarnya ni?Kaktus?Seriously?"

Kane mengangguk kepala. "Saya serius la."

"Orang lain kalau normal akan fikir untuk berikan bunga ros atau seumpamanya. Tapi kamu pilih kaktus?" Evelyn jadi skeptikal. Kane ni mengejek dia ke apa ni?

Lantas Kane mengambil tangan Evelyn. Meletakkan pasu itu ke tangannya. Sebelum dia menekup kedua belah tangannya ke bawah tangan Evelyn.

"Apa yang kamu-"Evelyn cuba menarik tangannya dari dipegang tetapi Kane terus memintas tindakannya dengan berkata,

"Sebabnya, kalau saya berikan bunga sama seperti orang lain, bunga tu akan layu tak lama kemudian. Ianya ibarat akan mencerminkan perasaan saya terhadap akak hanya sementara."

Terkedu Evelyn. Nafasnya tertahan tanpa sedar apabila mendengar ucapan itu.

"Kalau akak nak tahu, kaktus ni antara tumbuhan yang berdaya tahan lasak tau. Sekalipun tanpa air untuk jangka masa yang panjang, ianya akan bertahan hidup. Sama la macam perasaan saya. Tak kira la berapa lama akak suruh tunggu, saya akan tunggu walaupun ianya bukan mudah." Kane tersenyum lagi.

Namun tidak Evelyn. Ucapan itu ibarat pisau tajam yang perlahan-lahan menusuk jantungnya.

"Dan kaktus ni ada dalam pelbagai bentuk tapi warnanya tetap sama. Yang mana tak kira apa jenis sekalipun halangan yang ada, perasaan saya terhadap akak tetap akan sama."

Kane mengemaskan lagi jari jemarinya pada tangan Evelyn.

"....kaktus ni memang la berduri, tapi akak tau kaktus ni dari luaran aje nampak kasar tapi dalam diam ianya akan hasilkan bunga paling cantik. Dan bertahan lama. Sama ibarat macam diri akak. Akak nampak aje garang dari luar. Tapi di dalam tu akak ni seorang lemah lembut, penyanyang dan indah perwatakannya. Dan kaktus ni sesuai untuk akak sebab, walaupun hidup akak sukar dan banyak dugaannya, akak tetap gagahkan diri untuk jalankan hidup akak dengan baik dan... cantik...macam sekarang ni."

Tidak berkedip mata Evelyn semasa berkunci pandangan dengan tatapan redup Kane. Entah kenapa setiap bait kata yang diucapkan oleh Kane itu buatkan dia tersentuh dan kedengaran ikhlas. Buatkan jantung dia berdetak sedetik lebih pulak.

"Saya pilih kaktus yang mudah senang dijaga. Macam jaga akak...nama dia ni Schlumbergera. Akak boleh panggil dia Berger." senyum Kane lagi. "Jaga dia elok-elok tau."

Evelyn tertawa kecil. "Burger?"dia salah dengar ke, benda ni pokok dinamakan dengan makanan?

Kane ketawa jugak. "Eh...bukan burger...tapi Berger. Itu burger makan. Ini Berger Kaktus."

"Hahahah...Burger?" ulang Evelyn lagi cuba nak kepastian.

Kane yang lihat senyuman indah yang terukir manis di bibir Evelyn pun ikut tersenyum kerana hatinya tergamit. "Bukan...Berger. B.E.R.G.E.R." dengan sabar Kane mengejanya. Tiada langsung riak tak suka atau jengkel.

Lantas Evelyn ketawa terbahak-bahak tanpa suara. Dia tunduk kerana cuba hendak kawal reaksinya tapi tak boleh. Dia tahu aje apa maksud Berger tu. Tapi sengaja nak mengenakan Kane. Budak ni pulak, lurus macam pembaris, innocent sangat. Comel dia perhatikan.

"Akak suka tak surprise saya ni?" Kane tanya sambil cuba cari mata Evelyn. Dia happy kalau Evelyn happy.

Bersama sisa ketawanya Evelyn kembali memandang Kane. Dan bila dia pandang muka itu, sekali lagi dia meledak ketawa. Serius beritahu dia tak boleh tengok muka Kane yang serupa seperti anjing Shiba Inu! "Ya."angguk dia. "Selagi senang dijaga tak ada masalah."

Dengan renungan dalamnya, Kane tersenyum. Dia perlahan-lahan menurunkan tangannya dari Evelyn. Ikutkan hati dia nak pegang lama-lama sikit. Tapi risau pulak Evelyn tak suka. Jadi nak tak nak terpaksa la lepaskan awal.

"Baguslah kalau akak suka."

Evelyn perlahan-lahan dapat menenangkan dirinya. Namun dia masih tersenyum. Rasanya dah beberapa hari dia tiada mood. Dan budak ni pulak tunjuk perangai kartun dekat dia. Hilang terus badmood dia.

"Oh ya. Saya masih ada masa 10 hari aje lagi untuk terima keputusan akak sama ada akak setuju terima lamaran saya atau tak. Saya harap akak betul-betul pertimbangkan lamaran saya tu."

Terus surut senyuman Evelyn bila dengar. Dia diam memaku mata ke tatapan Kane. Tiba-tiba aje suasana jadi serius.

idea tengah melimpah ruah ni kan, update la banyak2. nanti dah kering tk boleh nak update pulak. BTW bab ni dgn bab satu lagi tu satu page tau. cuma kuota perkataan terhad jd terpaksa pecah dua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience