Chapter 52 : Hal Sebenar

Drama Series 19497

Evelyn memandang helaian kertas ditangan sebelum naik memandang wajah ayahnya di hadapan.

"Apa maksud semua ni ayah?"

Tuan Adam hanya menghela nafas pendek. "Seperti yang dinyatakan dalam kertas tersebut, Eli cuba membuat penuntutan hak penjagaan Neo terhadap kamu. Tapi ayah dah serahkan segalanya kepada peguam keluarga kita untuk uruskannya."

Kening Evelyn berkerut-kerut. Dadanya sebu apabila membaca butiran yang tertera pada dokumen tersebut.

Segala maklumat sehingga kisah dia cuba membunuh diri juga tertulis di dalam keterangan dokumen tersebut. Laporan kesihatan mental dan jugak rekod perubatan miliknya tersenarai lengkap di situ.

"Dari mana ayah dapat semua maklumat ni?"tenungnya ke wajah tua itu. Kenangan pahit yang dia enggan ingat semula terimbas kembali dek dokumen tersebut.

"Ayah buat siasatan. Dari awal hingga akhir untuk dapatkan bukti dan bahan sokongan bagi menangkan kes ini."

"Tapi kenapa baru ayah nak beritahu saya sekarang?" Evelyn begitu terkedu. Dia tak tahu langsung mengenai kes ni. "Sejak bila Eli buat tuntutan ni?"

Tuan Adam hanya menghela nafas pendek. Dia bersandar ke belakang kerusi dengan renungan kosong. Dia sendiri tak tahu macam mana nak jelaskan. "Ayah tak tahu."ujarnya perlahan.

"Hah?"

"Apa yang ayah tahu, ada seseorang beri pesan kepada ayah mengenai rancangan Eli untuk menuntut hak penjagaan Neo dari kamu. Jadi dia minta ayah ambil tindakan serta merta sebelum surat mahkamah dari Eli yang sampai dahulu. Dan dia jugak beritahu supaya tidak memberitahu hal ni sehingga keadaan tenang."

Terangkat tinggi kening Evelyn. Dia terpampang sebaik mendengarnya. Serta merta jantung dalam dadanya berdegup kuat hingga senak urat nadinya. "Siapa yang ayah maksudkan?"

Tuan Adam tersengih. "You tell me. How should I know who that person is?"

Evelyn kembali tunduk termenung memandang kertas ditangannya. Dia tak fikir siapa lagi. Sebab selain Kane siapa lagi lelaki yang dia kenali.

Tidak semena dengusan kecil lepas dari hidungnya dek rasa tak percaya. Kane ni, jauh ke dekat, lelaki tu tetap tak pernah gagal buatkan dia terkejut. Ada saja idea lelaki tu dalam diam.

"Apapun, kes ni telah di uruskan oleh peguam. Malah keterangan dan juga maklumat yang pihak hospital jugak dah di hantar pada pihak mahkamah untuk penilaian. Sekarang kita hanya tunggu surat dari mahkamah sama ada perlu masuk bersidang ataupun tidak."tambah Tuan Adam lagi.

Evelyn renung tatapan ayahnya itu dengan senyuman terima kasih. "Maafkan Evy, ayah." Kalau la dia menjadi anak yang mendengar kata, pasti hidupnya tidak begini. "Saya patut tahu baik dan buruk sesuatu perbuatan dan keputusan bila dewasa. Tapi saya pilih untuk membutakan mata dari mendengar kata orang tua saya sendiri."luahnya kekesalan.

"Sudahlah. Setiap orang buat kesilapan. Dan setiap kesilapan tu akan ada pengajaran. Ayah dan mama tak pernah menyalahkan kamu. Orang kalau dah hanyut bercinta hatinya akan buta. Begitu juga bila orang dah sayang. Apa yang penting kamu selamat dan baik-baik saja."

Air mata bergenang di kelopak mata. Evelyn berkerut kening menahan sebak yang bertandang.

"Sekarang, kamu tak perlu fikir soal masa lalu. Jadi la ibu yang baik untuk anak kamu. Neo tak bersalah dalam kesilapan kamu buat keputusan. Setiap kesilapan ada kemaafan. Kamu lupakan silap Eli terhadap kamu. Dan buka chapter baru dalam hidup kamu selepas ni."

"Baik ayah."angguk Evelyn menyeka air mata dari pipi dengan tapak tangan.

Tuan Adam mengetap garis nipis di bibir. "Selepas surat mahkamah sampai. Kamu mungkin perlu berhadapan dengan Eli. Adakah kamu tak apa-apa?"

"Mm...saya tak apa-apa. Lagipun sampai bila saya nak elak dari dia."angguk Evelyn dengan suara kecil.

Tuan Adam diam. Matanya meneliti tepi wajah anak perempuannya dengan perasaan ingin tahu. Agaknya siapalah gerangan lelaki di sebalik tabir yang menjaga Evelyn selama ini? Kenapa sehingga sekarang dia tak diberitahu siapa namanya?

"Evy, boleh ayah tanya?"

Pantas Evelyn mengangkat kepala. pandangannya terus terarah pada wajah Tuan Adam.

"Ya ayah."

"Semasa kamu di sana, sendirian bersama Nanny Laila. Macam mana kamu boleh bertahan hidup di sana?"

Evelyn mengedipkan mata. "Kerja part time. Lepas tu guna duit simpanan yang tersisa. Lepas tu saya dapat kerja lepas temu duga..."Tiba-tiba Evelyn berhenti berkata. Keningnya berkerut sedikit sebaik teringat semasa dia temui duga dulu. Kalau difikirkan semula senang aje kan dia dapat kerja lepas tu. Sejak berjumpa dengan Kane. Semuanya terasa mudah.

"Iya ke? Kerja dengan siapa?"

Soalan itu buatkan Evelyn terus menjungkit kening tak sangka. Takkan la Banyak-banyak temu duga yang dia hadirkan diri, hanya Syarikat North aje yang terima dia bekerja. "Syarikat North."jujurnya. Kane ke yang buatkan dia diterima kerja jugak?

Sengih terbit di bibir Tuan Adam sebaik dia mendengar nama itu. "Ohh....iya ke."fountain pen di capai. Lalu dia mencoret nama itu. "Sejak tu kamu bekerja di situ?"

Evelyn mengangguk perlahan. Masih dalam keadaan terkesima dengan kenyataan bahawa selama ini Kane adalah penyelamat dia dalam diam. Punca kenapa dia lupa tentang dendamnya terhadap Eli semenjak menemui lelaki itu.

Tuan Adam mengangguk jugak. "Yalah. Pasti kamu senang kerja di situ. Kalau kamu mahu, kamu boleh jalan-jalan balik ke sana. Beritahu la ayah kalau kamu mahu."

Evelyn tersenyum nipis. "Baik ayah." Kalau dia ke sana, adakah Kane masih ingat padanya? Dan agaknya dapat ke mereka berjumpa semula?

Share this novel

Zubaidah
2026-06-10 19:11:38 

chapter baru plissss....


NovelPlus Premium

The best ads free experience