Chapter 45 : Adriana Valenski

Drama Series 19497

Desakan heels hitam milik Adriana bergema sepanjang koridor ke ruang kerja suaminya di tingkat dua rumah agam itu. Tangannya memegang dulang berisi air dan kudap-kudapan untuk Eli.

Sengaja dia hendak lakukan semua ni walaupun ada orang gaji. Ala maklum, nak ambik hati suami punya pasal. Kalau tidak masakan dia mahu lakukan hal-hal remeh temeh ni.

Sempat jugak dia melawa tadi sebelum gerak ke sini. Dengan harapan Eli senang hati.

Setianya di hadapan pintu yang tidak tertutup rapat, Adriana mengangkat tangan untuk mengetuknya terlebih dahulu. Namun belum sempat tangannya hendak bergerak, telinga dia menangkap suara orang berbual terlebih dahulu. Mematikan pergerakkannya serta merta.

"Apa maksud tuan saya tak boleh nak buat tuntutan pada anak saya sendiri?"

Membuntang mata Adriana. Nafasnya tertahan sebaik suara suaminya kedengaran dari balik kuakan pintu yang tak tertutup rapat itu.

"Sebab ianya anak di luar perkahwinan yang sah. Hak penjagaan hanya boleh direbutkan sekiranya itu adalah anak hasil perkahwinan sah Encik Eli."

"Saya yakin itu anak saya. Saya dan kekasih saya bersama sepanjang masa. Tak mungkin ianya bukan anak saya."

"Sekalipun ianya anak encik, hak penjagaan tak boleh direbutkan."

Semakin berlapis-lapis kerutan di tengah kening Adriana. Dia memandang tak percaya ke pintu di hadapannya ketika itu. Tangan dia mengeratkan cengkaman pada dulang yang dipegang. Anak? Kekasih? Apa yang dia baru dengarkan ni?

"Kalau macam tu lakukan apa sekalipun caranya untuk pastikan hak penjagaan anak tersebut milik saya."

Adriana mengetap gigi erat sebaik dengar betapa nekadnya Eli ketika itu. Sejak bila pulak suami dia ada perempuan simpanan? Siap ada anak pulak tu!

"Saya faham encik. Masalahnya sekarang, saya telah dapat maklumat bahawa kes ni telah di buka awal oleh peguam lain yang mewakili anak encik sendiri."

Tidak semena bunyi hentakan kuat pada meja kedengaran. Mungkin Eli memukul permukaan meja tersebut dengan sesuatu. Hinggakan Adriana ikut tersentak dek terkejut.

"Apa maksud tuan?"

"Sepertinya penjaga anak tuan dah agak hal ni terjadi maka mereka telah laksana perintah mahkamah mengenai hak penjagaan. Ini dokumen tersebut."

Jantung di dalam dada Adriana berdenyut sakit. Dia menggigit bawah bibirnya menahan amarah yang membungkam lidahnya kerana apa yang dia baru dengarkan.

"Menurut perintah tersebut hak penjagaan berada di tangan si ibu atas alasan pengabaian. Jadi mahkamah dah luluskan. Sekalipun encik nak fight, saya tak rasa ianya akan berpihak pada encik."

"Keparat tak guna! Siapa yang isukan hal ni pada mahkamah?"nada Eli berketap.

"Si Ibu sendiri."

"Evelyn?Dia yang isukan sendiri?"

"Ya. Ianya diisukan 6 bulan selepas anak itu dilahirkan."

Enggan mendengar lebih lagi, Adriana terus membuka pintu tersebut. Dia melangkah ke dalam marah-marah.

"Eli!Apa yang I baru dengar tadi?Anak!?"Menggigil tangannya dek terlalu berang.

Peguam dan Eli yang duduk saling menghadap di meja kerjanya tengah ruang tersebut dengan serentak berpaling ke arah Adriana.

Dengan marah Adriana hentak dulang ke meja kerja itu lantas menghadap dua orang lelaki tersebut. Mata bulatnya mengerling ke wajah berkerut Eli. "You...beritahu I. You main dengan perempuan lain dekat belakang I?Siap ada anak bagai?"

Eli melepaskan keluhan letih. Batang hidungnya di picit menahan sabar. "Not now."

Dada Adriana berombak kencang dengan ucapan itu. Dia membuat muka tak percaya sewaktu berkata. "Not now? Apa maksud you not now? Hah? You...baik you cakap dengan I sekarang. Hari tu bukan main lagi banyak alasannya bila I ajak bersama. Rupa-rupanya you main dengan perempuan lain dekat belakang I sampai ada anak?"

Peguam di situ memandang Eli dan Adriana silih berganti. Tak memasal dia pun ikut tersepit antara laki bini ni. "Maafkan saya puan. Ianya bukan seperti yang puan fikirkan."

"You shut up. I tak bercakap dengan you."dengan pantas Adriana memberi jari satu ke peguam itu tanpa memandangnya. Mata dia terarah pada Eli sejak tadi.

"Saya dah cakap. Saya akan jelaskan kepada awak nanti."

"No...."Adriana dengus lucu. Dia dekati Eli lalu memaksa lelaki tersebut menghadapnya dari kerusi itu. "Beritahu I. You curang? You bersama dengan perempuan lain?"

Eli memejamkan mata untuk beberapa saat sebelum dongak memandang Adriana dengan keluhan berat. "No."jawabnya ringkas.

patut ke Tinta teruskan novel ni sampai complete?

Share this novel

miss farz
2026-04-14 19:18:11 

yes, pleasee..

Halipah Salleh
2026-03-27 01:21:26 

tlg teruskan. hari2 tunggu next ep.

ninaazrina
2026-03-24 00:33:30 

mesti lah kena complete kan novel ni tinta....


NovelPlus Premium

The best ads free experience