Chapter 54 : "Maafkan Saya..."

Drama Series 19803

*FLASHBACK*

Eli berdiri kejung di belakang meja semasa hakim memberi ketukan kata putus selepas penghakiman dijatuhkan secara rasmi selepas hak penjagaan diberikan sepenuhnya kepada Evelyn.

Bersama kening berkerut, rahang terketap erat dan jari jemari berkepal dalam genggaman, Eli menjeling ke arah Evelyn yang sedang berdiri di samping orang tuanya dan peguam.

Tanpa berfikir panjang, Eli berjalan laju ke arah Evelyn.

Pada masa itu tiada siapa yang perasan kerana masing-masing sibuk mengemas untuk keluar dari dewan itu.

Dengan mengejut, Eli mencapai tangan Evelyn lantas menarik wanita itu ke dalam pelukan. Wajahnya disembam ke ceruk lehernya. "Sayang....tolong maafkan saya. Saya merayu. Mari kita bersama semula."

Evelyn yang begitu terkejut menarik nafas dengan kuat saat tubuhnya dipalingkan secara mengejut sebelum dipeluk. Matanya terbutang luas.

"Maafkan saya. Maafkan saya untuk semuanya Evelyn. Kembali pada saya. Saya janji saya takkan sakiti awak lagi." Eli membenam wajahnya ke ceruk leher Evelyn lebih lagi. Kedua belah tangan kekarnya memeluk tubuh kurus Evelyn erat-erat. Seakan itu pelukan terakhir mereka.

Ayah Evelyn terus mendekat. Dia mendapatkan Evelyn dan cuba meleraikan mereka. "Apa yang kamu lakukan ni!Lepaskan anak saya!"

Bersama sedunya, Eli menangis. "Saya dah buat salah banyak pada awak, sayang. Berikan saya peluang untuk tebus semua kesalahan tu. Kembali pada saya semula. Tolong Evelyn..."

Evelyn kejung berdiri situ. Dia mengetap erat giginya mendengar suara lirih Eli yang begitu dekat dengan telinganya. Air matanya ikut bergenangan.

Lantas dua orang pengawal datang mendekati Eli dari belakang. Cuba untuk menjauhkan dirinya dari Evelyn setelah Tuan Adam memanggil bantuan.

Namun Eli meronta enggan melepaskan Evelyn. Dia malah mengeratkan pelukan itu.

"Please sayang. Saya merayu. Saya tak pernah berhenti cintakan awak. Saya tak pernah lupakan awak. Tolong berikan saya peluang..."raungnya. "Bukan niat saya cuba rampas Neo dari awak. Saya cuma nak buatkan awak kembali pada saya."

Muncul seorang lagi pengawal cuba menarik Eli dari Evelyn yang terhimpit di antara Tuan Adam dan Eli.

Air mata turun berjuraian di pipi Evelyn tanpa dapat dia bendung lagi. Hatinya bagai di cabik-cabik apabila mendengar suara itu. Suara yang pernah membisikkan kata cinta dan rindu padanya. Suara yang sentiasa pernah dia rindui setiap masa.

Lantas Eli jatuh melutut di hadapan Evelyn. Mencapai kedua belah tangan itu sambil tersedu sedan teruk.

"Maafkan saya Evelyn. Sebab saya, awak cuba sakiti diri awak...sebab saya awak bersalin sendirian dalam kesakitan...sebab saya, awak hidup sengsara. Maafkan saya Evelyn....jadi berikan saya peluang untuk tebus semua kesalahan tu." Eli dongak memandang Evelyn bersama wajah basah dari air mata dan peluh.

Tuan Adam terdiam. Tangannya masih memegang bahu Evelyn saat tunduk memandang Eli di lantai. Keningnya berkerut tatkala melihat keadaan Eli. Dia jadi terkedu sendiri melihatnya. Nak marah terus tak jadi.

"Saya merayu Evelyn...."rayu Eli lagi.

Tunduk sahaja mata Evelyn ke Eli, sluruh tubuhnya menggeletar dek begitu terkejut dan sebak. Bibirnya terketap erat cuba menahan diri dari menjerit di depan muka Eli untuk semua tekanan yang tersimpan di dadanya selama ini.

Senang-senang Eli merayu pada dia. Sebelum Eli buat keputusan untuk berkahwin dengan perempuan lain, pernah tak Eli fikirkan perasaan dia? Dan sekarang Eli mahu dia terima semula Eli hanya kerana lelaki ini mahukannya? Ingat dia ni apa?

"Cukup Eli."kata Evelyn dengan suara terketar-ketar. "Saya takkan terima awak... sekarang atau sampai bila-bila." sedunya pula.

Terkedu Eli. Matanya tidak berkedip walaupun air mata mengalir turun di pipi. Nafasnya ditahan pun tidak sedar kerana begitu tertampar dengan jawapan dingin Evelyn.

"Saya maafkan awak. Tapi untuk terima awak semula. Saya tak boleh. Jadi jalani hidup awak dengan baik lepas ni. Saya janji saya takkan ganggu hidup awak apalagi tuntut apa-apa dari awak." ucap Evelyn dengan lirih.

Terduduk terus Eli di lantai, bahunya jatuh mengalah. Pandangan matanya kelam. Saat itu Eli merasakan dunia gelap gelita. Langit seakan jatuh menghempas dirinya. Wajah Evelyn ditetapkan dengan lama.

Lantas Eli tertunduk akur. Tiada apa-apa yang mampu dia lakukan lagi.

*END OF FLASHBACKS*

Ini next chapter untuk awak2 semua yang dah komen bagi semangat dkt Tinta untuk tambah chapter baru. Terima kasih ya yang 12 orang tu sebab sudi tunggu dan baca. esok kalau sempat tinta cuba update 1 lagi chapter.

Share this novel

hanihoneywest
2026-06-18 22:13:26 

???

Zubaidah
2026-06-18 14:13:00 

xsabar nk baca Evelyn bertemu dgn Kane...

mermaid
2026-06-18 05:48:00 

niceeeeeeee. jangan balik ke eli. we want kaneeee?


NovelPlus Premium

The best ads free experience