Bab 4: Tunang Dia?

Romance Series 8633

“U ingat tak I pernah cakap dulu... I ada something nak share tapi belum ready?”

Humaira pegang telefon erat-erat. Jari jemari dah lama terhenti menaip. Dia tenung mesej Izz yang masuk tadi, cuba teka maksud sebenar di sebalik ayat itu.

“What is it, Izz?” balasnya ringkas.

Lambat. Tiada balasan. Dia biarkan dulu, tak mahu nampak mendesak. Tapi hati dia dah mula rasa sesuatu. Naluri perempuan, katanya. Mungkin betul.

Sepuluh minit kemudian...

Izz:

> I dah bertunang, Maira.

Degup.

Macam nak gugur jantung. Humaira terdiam. Skrin telefon terasa berat. Ayat tu pendek. Tapi impaknya... telak.

Dia baca lagi dan lagi. Cuba faham, cuba terima.

Humaira:

> Sejak bila?

Izz:

> Awal tahun lepas.

Awal tahun lepas? Tapi tahun ni dah hujung. Maksudnya selama ni dia tahu... tapi tak pernah cerita? Kenapa? Kenapa sekarang?

---

Di rumah Izz, Ayoi baru keluar dari bilik dengan rambut kusut dan seluar pendek bola yang dah lusuh. Di tangan ada sekeping roti Gardenia yang digigit separuh.

“Bro, kau dah siap nak pergi gym ke? Eh... bro?”

Izz masih termenung di meja makan, pandang skrin telefon. Muka dia lain macam. Ayoi tahu sangat muka tu — muka orang yang baru buat keputusan besar dan menyesal separuh nyawa.

“Apa hal? Putus cinta ke kau?”

Izz pandang Ayoi. Lambat-lambat dia geleng. “Aku dah bagitahu Maira.”

“Bagitahu apa?”

“Yang aku tunang orang.”

Ayoi tersedak roti.

“What the— bro! Dah berapa lama kau sembunyi benda ni?!”

Izz hanya tunduk. “Lama. Sebab aku tak sanggup…”

Ayoi hela nafas panjang. “Kau patut beritahu dia dari awal. Sekarang kau buat macam ni, kau tahu tak dia akan rasa macam apa?”

Izz tak jawab.

Ayoi sambung lagi, “Dan kau sendiri pun tahu, kau tak pernah cerita pasal tunang kau dengan penuh perasaan. Even masa first time kau cerita kat aku pun, macam orang kena paksa.”

Izz geleng perlahan. “Farah baik, dia tunang yang elok. Tapi…”

“Tapi dia bukan Maira?”

Izz diam. Tapi diam itu pun dah cukup menjawab segalanya.

---

Di rumah Humaira, suasana hening.

Alia, kawan serumahnya yang baru balik kerja, tengok Humaira baring atas sofa sambil peluk bantal peluk kesayangan.

“Apa kes muka macam baru kena tinggal kat pelamin ni?”

Humaira senyum nipis. “Dia dah bertunang.”

Alia ternganga. “Aku dah agak dah”

Humaira diam.

“Hmm sabar lah Mai, benda dah jadi and kau pun tak tahu. Dah berapa lama kau kenal dia?”

“Sejak 2017.”

“Lama gila! Tapi baru sekarang dia beritahu?”

“Yup.”

“Eh, sabar kejap,” Alia ambil telefon dan mula taip sesuatu. “Aku nak trace siapa tunang dia ni. Mesti ada kat Instagram!”

Humaira ketawa kecil. Tapi dalam hati, Tuhan saja tahu.

---

Sementara itu, Farah, tunang Izz, sedang menyusun stok pakaian di butik miliknya. Dia tak tahu pun, nama ‘Humaira’ sedang menjadi taufan kecil dalam hati tunangnya.

---

Esoknya, di pejabat...

“Mai, ada orang nak jumpa dekat lobi.”

Humaira terkejut.

“Siapa?”

“Dia tak cakap. Tapi dia tinggal nota ni…”

> “I minta maaf, U. I tunggu U sekejap saja.”

Jantung Humaira mula berdegup laju. Ada rasa marah, keliru, dan sedikit harap yang dia sendiri tak tahu datang dari mana.

Langkahnya perlahan ke arah lif. Dan di situ… berdiri seorang lelaki tinggi, berkulit cerah, dengan mata yang nampak serba salah.

Izz.

“Mai, kenapa termenung dekat sofa ni?” tegur Alia, sambil letak beg tangan atas meja. Dia baru balik dari pejabat.

Humaira bangun perlahan, tarik nafas panjang. Mata masih merah. " Aliaa .. "

Alia duduk sebelah Humaira. “Kenapa ni? Kau jumpa dia ke ? Dia cakap apa ? Dia explain tak kenapa dia baru cakap sekarang yang dia tu tunang orang ?”

“Dia kata tak ready. Tapi… entahlah Lia. Kalau dia betul ikhlas, kenapa kena tunggu sampai sekarang? Kenapa tak dari dulu?”

Alia diam, cuba jaga perasaan Humaira.

“Dan aku ni… kenapa bodoh sangat percaya semua rasa tu dari dia?” suara Humaira makin perlahan. Ada air mata yang jatuh juga akhirnya.

Alia capai tisu. “Eh, Mai. Kau bukan bodoh. Kau cuma sayang. Tapi bukan semua orang yang kita sayang akan stay. Dan bukan semua orang yang stay, betul-betul sayang.”

---

Di rumah Izz…

Ayoi keluar dari bilik, duduk depan TV sambil lipat baju. Tapi mata dia tak lepas dari pergerakan Izz yang dari tadi tak duduk diam — kejap ke dapur, kejap check phone, kejap berdiri dekat tingkap.

“Bro, kau ni kenapa gelisah macam nak tunggu result SPM?”

Izz akhirnya duduk. “Aku rasa macam hilang dia, oi.”

“Hilang siapa? Maira?”

Angguk.

“Yelah, kau dah bagitahu dia kau dah tunang. Confirm la dia rasa dikhianati . Apa kau expect? Dia peluk kau sambil nyanyi lagu jiwang?”

Izz senyum nipis. “Dia tak reply pun lagi.”

“Dia tengah proses la tu. Kau bayang je, kau duduk cakap hari-hari dengan dia, gelak sama, bercerita, confess feeling bagai… lepas tu baru tahu kau milik orang. Kau pun kalau jadi dia, mesti terjelepuk.”

Izz tunduk. “Aku tak tahu macam mana nak betulkan semua ni.”

Ayoi baling bantal kecil ke arah Izz. “Kau pi jumpa dia. Face to face. Kalau betul kau sayang dia, jangan bagi dia hilang macam tu je.”

---

Esok paginya, Humaira sedang bersiap ke pejabat. Tudung bawal biru gelap dililit kemas, labuh menutup dada. Wajahnya tenang tapi mata masih suram.

“Mai, kalau dia datang cari kau… kau nak jumpa dia?” tanya Alia dari dapur.

“Entahlah. Aku pun tak tahu jawapan aku.”

Tak sempat Alia nak balas, telefon Humaira bergetar. Satu mesej masuk.

Izz:

> I dekat bawah. I tunggu U. Kalau U sudi... jumpa I sekejap je.

Humaira pejam mata. Jantung mula laju semula.

Dia tahu. Kalau dia turun, akan ada jawapan untuk semua persoalan yang bersisa. Tapi dia juga tahu — kalau dia terus diam, mungkin itu kali terakhir Izz datang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience