Malam itu, selepas menonton wayang bersama mereka duduk di warung kecil tepi jalan. Meja kayu sederhana, ditemani cahaya lampu kuning malap dan deruan angin malam. Bau sate dan teh o panas memenuhi ruang. Bukan restoran mewah, tapi hati Anara terasa cukup hangat.
Azri menatap Anara lama. Kali ini dia tak sembunyikan debar di dada.
"Anara..."
Anara angkat wajah, pandang Azri dengan tenang.
"Saya bukan lelaki kaya. Saya tak punya kereta mewah, rumah besar, atau simpanan berjuta. Tapi..." Azri berhenti sekejap, tarik nafas dalam-dalam.
"Saya yakin saya boleh bahagiakan awak. Dengan cara saya. Dengan kasih yang ikhlas."
Anara diam sejenak. Tapi senyumannya perlahan-lahan terukir. Ada sesuatu tentang Azri yang buat hatinya tenang. Sopan. Jujur. Dan penuh rasa tanggungjawab yang tak dibuat-buat.
"Azri... saya tak pernah cari lelaki sempurna. Saya cari lelaki yang tahu nenghargai nilai seorang wanita."
Dia pandang tepat ke mata Azri.
"Dan saya nampak itu dalam diri awak."
Azri terpempan. Kata-kata itu menusuk ke dasar hatinya. Dia genggam jemarinya di atas meja, menahan getar.
"Maksud awak...?"
Anara tersenyum, lebih dalam.
"Maksud saya… kalau awak nak saya jadi milik awak, saya sedia pertimbangkan. Tapi awak kena bersungguh-sungguh."
Azri mengangguk perlahan, suaranya parau menahan emosi.
"Saya akan jumpa mak ayah awak."
Anara tergelak kecil, manja.
"Slow sikit, abang tukang rumah."
Azri tergelak sama. Tapi jauh di lubuk hati mereka, malam itu—tanpa disedari telah pun menjadi saksi lahirnya satu janji. Bukan cinta mainan, tapi ikatan yang sedang terbina... perlahan, tapi pasti.
Azri berdiri di hadapan pagar rumah banglo sederhana dua tingkat itu. Bajunya kemas kemeja putih baru, seluar slack gelap, dan kasut yang digilap bersih. Tangan menggenggam kotak kuih lapis yang dibeli dari kedai kegemaran maknya. Dia tarik nafas panjang.
"Bismillah."
Anara menyambutnya di pintu dengan senyuman, tapi jelas dia juga sedikit gelisah.
"Saya dah cakap kat mak ayah, awak nak datang berkenalan. Tapi jangan terkejut kalau ayah banyak tanya, ya?"
Azri hanya tersenyum, menunduk sedikit. "Saya bersedia. Saya tak ada apa nak sembunyi."
Mereka masuk ke ruang tamu. Ayah Anara, seorang pesara guru, duduk dengan tenang. Matanya tajam menilai, tapi tidak kasar. Ibu Anara pula senyum nipis sambil menghidang air.
"Assalamualaikum, pak cik, mak cik. Saya Azri."
"Waalaikumussalam," jawab mereka serentak.
"Ini Ada sedikit buah tangan "Kotak Kel bertukar tangan.
"Wah.. kek ni memang kegemaran makcik Dan Pakcik"Kata Ibu Anara.
"Kek I I kegemaran Ibu Saya juga"balas Azri sopan.
Suasana pada awalnya agak tegang. Beberapa minit pertama dipenuhi soalan-soalan formal: umur, pekerjaan, keluarga. Azri menjawab dengan jujur.
"Saya kerja tukang rumah. Bukan kontraktor besar. Tapi saya buat kerja sendiri. Rezeki halal, saya boss Dan saya jugakah kuli. hidup sederhana.
Ayah Anara angguk perlahan.
"Kamu tak rasa Anara terlalu tinggi untuk kamu?"
Azri tak tergugat. Dia tunduk sedikit, jawab tenang:
"Saya tahu siapa saya, pak cik. Tapi saya percaya Allah tak pandang pada harta atau pangkat. Saya tak janji kemewahan, tapi saya janji tanggungjawab dan kasih yang takkan putus."
Sunyi seketika. Ibu Anara tersenyum perlahan.
"Kalau kamu ikhlas, insya-Allah kami restui."
Anara menghela nafas lega. Azri hanya mampu tersenyum sambil menahan air mata kecil yang hampir menitis. Doa dan harapannya didengari.
Petang itu, Azri pulang dengan hati yang tenang. Dia tahu, perjalanannya baru bermula. Tapi satu perkara dia pasti:
Dia sudah bersedia menjadi suami.
Majlis pernikahan sederhana tapi meriah. Rumah keluarga Azri di kampung dihias dengan kain putih dan bunga-bunga segar. Suasana kampung yang damai, bunyi ketawa saudara mara, dan aroma nasi minyak menyambut kedatangan Anara.
Azri menyambut Anara di hadapan rumah.
"Adik saya, Ashram, akan bernikah hari ni. Awak nak ikut ke bilik pengantin perempuan? Mesti Hani pun nak berkenalan."
"Boleh juga. Seronok tengok orang kahwin berdandan" Anara tersenyum manis, walaupun hatinya berdebar.
Di dalam bilik persalinan, Anara membantu memakaikan veil pada Hani. Beberapa orang sepupu Hani sedang sibuk bergambar. Tiba-tiba, Hani bersuara nada selamba, tapi menusuk.
"Anara, you kawan special Azri Kan?, You tahu kan Azri tu cuma tukang buat rumah?"
Anara terdiam sejenak, tapi senyuman di wajahnya tak hilang.
"You betul-betul yakin nak kahwin dengan lelaki macam tu? Hidup ni susah kalau pasangan kita tak stabil, I Pilih Ashram dulu pun sebab Dia tu pengurus pemasaran. gaji dia hampir RM 5000 sebulan. tukang rumah macam Azri Tu berapa jer dapat?
Anara menoleh perlahan, matanya tenang tapi tajam.
"Saya tak nilai lelaki dari pekerjaannya. Saya nilai dari cara dia melindungi dan menghargai saya. Azri mungkin tak berharta, tapi dia kaya dengan kejujuran dan tanggungjawab. Itu yang saya cari dalam seorang suami."
Hani terdiam. Sepupu-sepupu lain pun mula senyap.
Anara sambung, lembut tapi tegas.
"Saya lahir dalam keluarga yang senang. Tapi saya tengok sendiri, duit tak mampu beli ketenangan. Azri bagi saya rasa selamat, rasa dihargai. Itu lebih berharga daripada segunung emas."
Hani tidak berkata apa-apa. Tapi tatapan matanya berubah. Mungkin dia tidak setuju, tapi dia mula hormat pada keberanian Anara.
Petang itu, ketika Anara keluar dari bilik, Azri menyambutnya dengan senyuman. Dia tak tahu apa yang berlaku, tapi dia nampak sinar yakin di mata Anara.
"Macam mana Hani layan awak?"
"Cukup untuk buat saya lebih yakin, awak adalah pilihan terbaik untuk saya."
Azri tergamam. Tapi sebelum dia sempat berkata apa-apa, Anara genggam tangannya perlahan.
"Jangan tukar siapa diri awak. Saya terima awak seadanya. Dan saya bangga dengan itu."
Beberapa hari selepas majlis pernikahan Ashram, Anara menerima mesej di media sosial. Nama itu cukup dikenali Dr. Hafiz, kenalan lama sewaktu zaman kuliah. Seorang pensyarah muda, bujang, tampan, berpendidikan tinggi dan berasal dari keluarga berada.
> “Anara… saya dengar awak dah bertunang. Tapi boleh saya jumpa awak sekali, sekadar nak bersembang dengan kawan lama?”
Anara hampir mengabaikan, tetapi dia rasa perlu berterus-terang. Mereka bertemu di kafe, di ruang terbuka, siang hari. Sekadar menghormati kenangan lama.
Hafiz pandang Anara dengan tenang, tapi wajahnya menyimpan maksud lain.
"Anara… saya tak tahu kenapa awak pilih Kelaki tu. Dia cuma tukang rumah saya dengar."
Anara mengangkat kening.
"Dan awak cuma pensyarah. Pangkat, kerja, semua tu sementara. Tapi hati saya kekal untuk Azri."
"Tapi awak layak dapat lebih. Awak cantik, cerdik, dari keluarga berada."
"Sebab tu saya pilih Azri. Sebab dia pandang saya bukan kerana apa Yang saya miliki, tapi kerana siapa saya."
Hafiz mendengus perlahan.
"Awak tak takut menyesal nanti?"
Anara tersenyum.
"Saya lebih takut menyesal sebab tinggalkan orang yang ikhlas hanya untuk kejar status."
Di tempat lain, Azri melihat Anara Dan Dr Hafiz sedang berduaan. Jantungnya berdegup kencang. Bukan kerana cemburu semata, tapi kerana rasa rendah diri kembali menghantui.
Namun malam itu, Anara menatap matanya dan berkata:
"Awak tahu tak kenapa saya tolak Hafiz?"
Azri diam.
"Sebab dia hanya nampak kekurangan awak. Tapi saya… nampak kelebihan awak yang orang lain buta untuk lihat."
Azri tunduk. Air matanya jatuh juga malam itu.
Share this novel