Lebih kurang 2 tahun lepas...
"Welcome to the team, Melati," ucap Lucas kepada gadis dihadapannya yang kelihatan begitu polos. Dia tahu Melati sedang gelisah untuk hari pertama bekerja namun cuba menyembunyikannya. Sebaik tiba di biliknya, dia pun segera membuka komputer riba dan menghantar mesej pada David.
"Morning David, you can place the intern at the table infront of my office yeah. Thanks!"- Lucas.
Tak lama kemudian David pun membalas mesej Lucas.
"Why? Are you planning to stare at her like a lion?"- David
"You know what. Maybe you should sit at that table so I can stare at you all day long."-Lucas
"Okay okay. On it, boss." - David
Lucas tersengih melihat akhirnya David mengalah. Dia melihat ke luar bilik dan memerhatikan David sudah mendekati Melati dan berbual kecil. Kemudian David menunjukkan meja itu kepada Melati. Melati pula hanya tersenyum dan mengangguk. Gadis itu masih lagi malu-malu untuk berinteraksi dengan semua orang.
Lucas memerhatikan sahaja Melati daripada jauh. Entah kenapa dia berasa begitu tertarik untuk merenung gadis itu lama-lama. Dia berasa Melati seperti suatu kotak yang penuh misteri yang dia ingin rungkaikan. Apabila Melati senyum, dia merasakan senyumannya sungguh manis.
"Focus, Lucas." Lucas berkata sendirian lalu mula berkerja. Namun selang beberapa minit dia bekerja, matanya sudah memandang kembali Melati. Kenapa ya matanya asyik mencari senyuman Melati?
Telefon Lucas kemudian berbunyi mematikan fokus Lucas kepada Melati lalu telefon yang sedang berdering itu diangkat.
"Hello Lucas." Lunak suara seorang wanita menyapa.
"Oh hi Eva." Bersinar mata Lucas apabila Eva menghubunginya.
"About the lunch we talked about last week. I think I can make it today."
"Really? That's great! I guess see you soon then. I will text you the place ya."
"Sure Lucas. Bye." Manja sahaja suara Eva melayan Lucas. Apabila panggilan dimatikan, Lucas tersenyum gembira memikirkan sebentar nanti dia akan dapat meluangkan masa berdua-duan dengan Eva.
Eva sebenarnya adalah bekas teman wanitanya tiga tahun lepas tetapi mereka putus hubungan apabila Eva tamat pelajaran dan menetap di Sarawak bersama keluarganya. Eva memutuskan hubungan kerana perasaan yang pudar terhadap Lucas dek hubungan mereka yang sering diwarnai dengan pergaduhan.
Dek kerana darah muda, masing-masing tidak merasakan hubungan jarak jauh sesuai untuk perhubungan mereka. Selepas itu mereka pun putus hubungan dan tidak tahu menahu perkembangan hidup antara satu sama lain sehinggalah terjumpa di satu majlis makan malam. Setelah bertukar nombor telefon, mereka kerap membalas mesej dan sudah dua kali pergi temujanji bersama.
Kini, Lucas nekad ingin mencuba kembali hubungannya dengan Eva yang mati di tengah jalan dahulu.
❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。
Eva tiba di restoran mewah itu dengan berpakaian kemeja dan skirt paras lutut. Blazernya pula disangkutkan di lengannya sementara sebelah tangannya sedang menjinjing beg. Lucas berdiri dan melambai untuk menarik perhatian Eva yang sedang melilau mencari Lucas.
Apabila Eva tiba di meja, Lucas pun menarik kerusi agar senang Eva untuk melabuhkan punggungnya.
"Afternoon Eva, you look great." Puji Lucas lalu kembali duduk di kerusinya.
"Thanks! You too Lucas." Sejurus Eva memuji Lucas, Lucas pun tersenyum malu lalu cepat-cepat memandang menu dihadapannya. Dia berdehem untuk menyembunyikan perasaannya.
Tak lama kemudian, seorang pelayan lelaki datang untuk mengambil pesanan. Lucas membantu Eva menyampaikan pesanan kepada pelayan itu, menyerlahkan lagi karakter Lucas sebagai seorang lelaki yang berkeyakinan dan bertanggungjawab.
Mereka berbual kecil sambil masing-masing berbalasan senyuman. Sesiapa yang melihatnya pun sudah tahu pasangan ini sedang berputik rasa suka dan sayang. Apabila makanan sampai ke meja, Lucas memastikan makanan yang sampai tepat dengan pesanan mereka. Eva pula memerhati dengan penuh tertawan. Ternyata peribadi Lucas semakin menawan hati berbanding dahulu.
Dahulu Lucas memang seorang yang semulajadi budiman dan bertanggungjawab tetapi hari ni, dia kelihatan sangat matang dan berkarisma.
"If we didn't break up, what do you think will happen to our relationship?" Tiba-tiba Eva bertanya soalan mengenai masa lampau yang membuatkan Lucas sedikit terkejut tetapi dia berlagak bertenang sahaja.
"Hmm, engage maybe?" Lucas ketawa sambil menghirup airnya. Eva juga turut tertawa mendengar jawapan Lucas yang tidak berlapik itu.
"Why? Do you want to give it a try .. again?" Lucas mengangkat kedua-dua keningnya. Eva pula hanya tersenyum sambil meneruskan makan hidangannya.
Walaupun dia akui tertarik dengan Lucas tetapi dia memerlukan masa untuk berfikir dahulu. Dia sebenarnya sedang menikmati kehidupan yang sudah stabil ini. Dia mempunyai wang dan kerjaya yang bagus. Setiap hujung minggu dia akan pergi melepak bersama kawan-kawannya. Kalau bukan di kelab malam, pasti di restoran mewah. Kadang-kadang menetap sahaja di mana-mana hotel berdekatan.
Dia merasakan jika mempunyai teman lelaki pasti dia tidak dapat menikmati kehidupan bujang ini.
❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。
Nadia mengetuk pintu bilik Lucas sebanyak dua kali sebelum membuka pintu. Lucas yang masih sedang menaip memberhentikan pergerakan jarinya lalu memandang Nadia.
"Lucas, surau dekat tingkat 2 untuk minggu ni ditutup sebab ada kerja membaiki. Jadi, staf yang muslim akan solat dekat masjid je."
"Okay sure."
Nadia menganggukkan kepala sebelum menutup pintu. Namun belum sempat pintu itu ditutup, namanya telah diseru oleh Lucas.
"Err, Nadia...Guna meeting room untuk sembahyang tak boleh ke?"
"Oh boleh je. Lagi senang macam tu. Kalau masjid, kena jalan kaki sikit tengah panas." Nadia sudah membayangkan dirinya akan mengambil wuduk di tandas dan solat di bilik mesyuarat. Lagi mudah begitu berbanding jalan ke masjid. Nak menaiki kereta pun boleh untuk ke masjid cuma nanti apabila pulang pasti sangat sukar mendapatkan tempat letak kereta.
"Boleh boleh. Kalau ada yang pergi masjid pun boleh. Nak guna bilik tu pun tak ada masalah."
"Okay, thank you Lucas."
"Most welcome."
Lucas menyambung kembali kerjanya yang tertangguh. Sesekali dia menghirup kopi susunya sambil giat memerah otaknya. Tak lama kemudian, apabila dia ingin menghirup air di cawan itu ternyata telah habis diminum. Lucas pun bangun ingin ke pantri namun apabila melintas bilik mesyuarat yang kelihatan kosong dengan lampu masih terbuka, Lucas pun berhenti berjalan dan mengubah destinasi ke bilik itu.
Sejurus pintu dipulas, dia menjenguk ke dalam bilik itu dan terlihat Melati sedang khusyuk bersujud di atas sejadah. Cepat-cepat dia menutup pintu bilik itu lalu segera ke pantri untuk membasuh cawannya. Niat di hati ingin membancuh lagi air tetapi tak apalah, Lucas memilih untuk membasuh sahaja cawannya. Paket biskut Chipsmore dicapai lalu dia berjalan keluar daripada pantri.
Apabila terserempak dengan Melati, serentak mata mereka berdua membulat.
"Sorry..." Melati dan Lucas mengucapkan kata maaf pada masa yang sama. Situasi janggal itu bertukar menjadi lucu membuatkan mereka ketawa kecil akhirnya.
"It's okay. You nak guna bilik mesyuarat ke?" Tanya Melati sambil tangannya menunjukkan ke arah pintu bilik.
"No no.." Kata Lucas sambil menggelengkan kepala dengan ketawa yang bersisa.
"I tengok je. Eh, kenapa bilik ni lampu terbuka tapi manusia tak ada. "
"Oh... Surau bawah ni tutup-"
"Ya ya, Nadia told me about it. Takpalah, you guys can use it in the meantime. No problem."
"Ah, I see. Baik, terima kasih!" Melati berlalu pergi setelah menganggukkan kepala ke bawah sebagai tanda hormat. Lucas pula hanya memandang sahaja Melati pergi bersama senyuman. Apabila tersedar dirinya tersenyum, cepat-cepat dia menukar reaksi mukanya menjadi serius.
"She is... something. Mystery? Not really cause everyone can read her emotion." Lucas berfikir sendirian. Dirnya seperti meronta-ronta ingin mengenal Melati dengan lebih dalam lagi. Apabila giliran dia pula untuk pulang ke meja kerjanya, dia dapat merasakan Melati sedang memandangnya. Entah kenapa hatinya seperti seronok pulak kerana mendapat perhatian Melati.
Share this novel