Tok!Tok!Tok!
Puan Hasanah berlari anak ke pintu rumahnya. Apabila dia membuka pintu, matanya tidak dapat menangkap sebarang bayang manusia. Tiba-tiba dia merasakan kainnya ditarik, segera Puan Hasanah memandang kebawah dan terlihatlah kanak-kanak perempuan lingkungan umur enam tahun. Rambutnya yang separa bahu tidak berikat kelihatan kusut masai.
"Dah 10," ujar kanak-kanak perempuan itu. Puan Hasanah termangu mendengarnya. Bersebelahan kaki kanak-kanak itu pula terdapat lagi insan yang sedang terduduk sambil menghisap jarinya. Puan Hasanah segera membawa kanak-kanak malang itu memasuki rumah.
Budak yang lebih muda, mungkin anggaran umurnya dua tahun, Puan Hasanah dukung apabila sudah mula merengek. Kanak-kanak yang Puan Hasanah andaikan sebagai kakak, membuka zip beg galasnya. Satu pucuk kertas yang berlipat dikeluarkan lalu diberikan pada Puan Hasanah. Kemudian didepakan pula tangannya seolah ingin mendukung adiknya.
Puan Hasanah pun meletakkan kanak-kanak dua tahun itu dibawah kerana tidak yakin si kakak larat mendukungnya. Si kakaknya pula terus sahaja memujuk adiknya. Puan Hasanah begitu kagum melihat kematangannya. Surat di tangan dipandang kembali. Hatinya berdebar apabila setiap lipatan surat itu dibuka.
"Salam mak, moga mak sihat ya. Saya tinggalkan mereka untuk mak jaga. Saya dah tak larat nak menjaganya. Selepas mak mereka pergi, saya terkapai-kapai nak uruskan semua benda. Saya rasa lemas dan rimas. Setiap kali balik kerja, saya jadi lagi stress. Saya selalu berangan ingin mulakan kehidupan saya daripada awal. Kalaulah boleh saya undurkan masa... Saya janji saya akan datang balik nanti. Saya cuma nak bernafas sekejap je. Mak elok-elok ya disana."
Puan Hasanah termenung seketika. Anak tunggal lelakinya sudah bertahun tidak menjejakkan kakinya ke rumah itu dek kerana pergaduhan besar antara mereka. Pergaduhan itu hanya berpunca apabila anaknya ingin berkahwin muda. Puan Hasanah masih lagi teringat ketika pipi anaknya ditampar oleh suaminya kerana kata-kata yang keluar daripada mulutnya sangat melampaui batas. Kata-kata yang yang tidak patut diucapkan oleh seorang anak kepada ibu.
Suaminya telah meninggalkan dunia pun, batang hidung anaknya tidak kelihatan. Dendam kepada ibubapa membutakan mata anaknya hingga sanggup mengabaikan orang tuanya. Puan Hasanah tertanya apakah anak-anak ini hasil daripada perkahwinan itu? Adakah dia berkahwin dengan wanita yang sama atau tak? Tidak tahulah kerana sudah 9 tahun tidak berjumpa.
"Tujuh...Lapan..sembilan...sepuluh," kanak kanak itu berkata sambil membilang jaringnya.
"Dah sepuluh," sambungnya lagi.
"Kira sampai sepuluh. Lepastu, ketuk pintu,"
Puan Hasanah terkedu. Apakah itu arahan yang diberikan oleh bapa mereka?
" Siapa yang cakap tu?"
"Papa," jawabnya pendek.
"Papa kata tunggu sini. Papa nak pergi kedai."
Puan Hasanah mengusap lembut kepala cucu sulungnya. Apabila ditanya nama, dia hanya menjawab kakak. Si kecil dipanggil adik. Ibubapa dipanggil mama dan papa. Puan Hasanah tidak pernah melihat anak kecil yang begitu terpisah daripada realiti hingga nama sendiri pun tidak tahu. Seolah hidup hanya untuk kelangsungan hidup saja. Tetapi tidak terkejut sangat kerana tadika pun pasti tidak pernah jejak.
Puan Hasanah lekas membuang emosinya. Dia ingin fokus apa yang dihadapannya.
"Nak makan tak?"
Kakak memandang Puan Hasanah dengan mata membulat dan keningnya dikerutkan. Spontan memegang perutnya. Kepala kakak naik turun menandakan memang sedang menahan lapar.
❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。
Usai solat subuh, Melati menadah tangan untuk berdoa kepada tuhan yang Maha Mendengar rintihan hamba-hambanya. Meski matanya sudah tandus daripada air mata, namun masih lagi kelihatan sembab. Puas malam tadi dia menangis tetapi pagi ini, hatinya lebih tenang. Walaupun sangatlah sukar untuk dia memaafkan bapanya, tetapi adiknya tetap mempunyai hak untuk menjalinkan sillaturahim dengan bapanya.
Sejahat mana pun, dia tidak boleh menghalang Suria untuk berlari ke bapanya. Dia masih lagi tidak percayakan bapanya namun, demi Suria, dia akan menutup mata dan membiarkannya. Tetaplah Melati akan memantau gerak geri Suria dan bapanya kerana masa hadapan tidak boleh diduga. Mungknkah ini petanda doanya sewaktu kecil dimakbulkan? Untuk bapanya kembali, menuai tanaman di hati Melati yang dulunya diabaikan. Dirnya yang berumur sepuluh tahun pasti akan gembira jika tahu bapanya sudah kembali.
Dengan bertelekung, Melati pergi ke bilik Suria. Kelihatan adiknya itu sedang melipat sejadah. Mereka berpandangan seketika sebelum Melati melembutkan muka dengan tersenyum.
Melihat raut wajah kakaknya begitu, Suria menarik muka sedih ibarat kanak-kanak kecil. Tangannya didepakan untuk memeluk Melati.
"Sorry akak. Suria minta maaf. Suria takkan jumpa dah dengan dia lagi,"
"Hey, it's okay... Suria boleh teruskan berjumpa dia. Kakak takkan halang. After all, he's still your father." Melati mengelap air mata Suria yang mengalir.
"Cuma hati-hati saja. Nak pergi mana-mana bagitau nenek atau kakak. Lepas tu, suruh dia jumpa nenek. Dah bertahun kan tak jumpa? Salam cium sikit. Ish. " Suria tergelak mendengar bebelan Melati dihujung ayatnya.
"Alhamdulilah, berbaik dah puteri-puteri," kata Insyirah sedikit kuat lalu bertepuk tangan. Dia baru sahaja keluar daripada bilik.
"Jom, kita pergi jogging nak tak?" Ajak Melati. Suria mengangguk kepala teruja. Pantas dia ke bilik air untuk membasuh muka dan menggosok gigi. Melati pun ingin berlalu keluar untuk bersiap. Apabila dia lalu dihadapan Insyirah, tangannya ditarik ke pelukan. Melati tidak menolah malah mendakap lagi sahabat baikknya dengan erat. Tanpa kata-kata, dia boleh merasakan kasih sayang Insyirah yang mengambil berat terhadapnya.
❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°
Suria sedang riang-ria bermain buaian manakala Insyirah dan Melati memilih hanya untuk berehat di bangku sahaja. Air botol yang dibawa , Insyirah minum rakus. Melati langsung ketawa melihat kelakuan lucu rakannya.
"Sabar. Minum elok-elok. Kau ni pun," bebel Melati. Insyirah hanya tersengih mendengarnya.
"Ikram tanya kita nak balik pukul berapa?"
"Lepas Zohorlah.Ira, kau ajaklah Ikram makan tengahari sekali,"
Teman lelaki Insyirah memang acap kali membantu mereka pergi daripada satu tempat ke satu tempat. Ikram lah yang menawarkan diri untuk menghantar mereka ke rumah nenek meski perjalanan mengambil masa lebih kurang 35-45 minit bergantung kepada kesesakan lalu lintas. Ikram juga belajar di universiti yang sama dengan mereka. Jadi, Melati memang sudah kenal dengan Ikram walaupun berlainan fakulti.
"Dia tu memang On je kalau diajak makan. Okay, nanti aku bagitau dia," Insyirah segera mengeluarkan telefonnya yang terselit di poket seluar lalu menghantar pesanan Melati padanya.
"Kau okay tak, Melati?" Insyirah sebenarnya masih risaukan Melati.
"Hmm.. Okay je. Tengok lah macam mana," kata Melati sambil membetulkan kedudukan tudungnya.
"Kau akan terima papa kau balik ke?" Tangan Insyirah ligat menaip mesej meskipun sekarang dia sedang berbual dengan Melati. Melati pula menarik nafas dalam-dalam ibarat menarik kekuatan di partikel udara yang dia hirup.
"Sejujurnya, aku pun tak tahu. Aku marahkan dia tapi pada yang sama aku pun..."suara Melati mulai serak.
"..rindu dekat dia. Dan aku benci perasaan rindu ni sebab dia tak layak untuk aku rindu. Kau faham tak? It just so complicated," luah Melati. Kedengaran begitu sayu nadanya. Siapa sangka gadis lemah lembut ini mempunyai peperangan dengan diri sendiri antara otak dan hati.
"Faham. Bagi aku, it's valid to be mad at him. Apa yang dia buat dekat kau, Suria dan nenek tidak sesenangnya boleh dilupakan. Jangan paksa diri kau. But I do pray that one day, kau boleh move on and forgive him. Kau berhak untuk terima closure agar kau boleh lepaskan masa lepas kau. Sekarang ni Melati, kau pegang kuat sangat masa lepas. Apa kau buat ni ibarat memeluk pokok kaktus tau. Makin kuat makin sakit,"
"Hmm.. Faham.. Betullah apa yang kau cakap tu. Aku ni tanpa sedar rupanya sekarang ni ada banyak benda yang aku tak puas hati dengan dia. Besar impak dia pada diri aku dari segi mental. Padahal, suara dia pun aku tak pernah dengar tetapi dia masih boleh membuatkan parut-parut aku ni berdarah kembali." Titis demi titis air mata Melati jatuh.
"Tanpa sedar aku warnakan lelaki baik yang lain, sama jahat seperti bapa aku. Aku sentiasa anggap benda paling buruk akan berlaku bila aku mula berjinak ingin menjalinkan hubungan. Bapa aku sendiri tinggalkan aku. Mesti lelaki lain pun akan buat benda yang sama, tinggalkan aku. Jadi sebelum tu terjadi, aku tutup jelah pintu hati." Insyirah mengenggam tangan Melati. Sepenuh perhatian diberikan kepada Melati.
"Hati aku ni tak perlu jatuh cinta untuk rasa patah hati bercinta tu. I got it from my dad already," ujar Melati sambil ketawa. Lengannya mengelap air mata yang bertakung. Sempat lagi Melati bergurau dalam pada sesi meluahkan perasaan dia ini.
"Sabar ya Melati. InshaAllah, kau akan tempuhi juga cabaran ni. Suatu hari kau akan berpaling dan tak akan menangis lagi," pujuk Insyirah.
"But good news is, you are pretty crier. Jealous tau aku." Insyirah membelek muka Melati kiri dan kanan. Pipi dan hidung Melati sedikit kemerahan dan matanya yang berkaca bagai bersinar. Betullah, menangis pun cantik. Usikan Insyirah berjaya membuatkan Melati ketawa lagi, kini lebih ikhlas.
I'm truly sorry if you can relate with Melati. Hugs and love <3
Share this novel