Fajar bersungguh-sungguh meniru perilaku Melati yang dengan mudahnya membentuk dua keping roti menjadi seperti pau bersaiz leper dengan hanya menggunakan cawan. Didalam dua keping roti itu pula terdapat aiskrim berperisa vanilla.
"Melati. Melati. Dah cair ni." Fajar kepanikan meminta tolong Melati membetulkan rotinya.
"You kena tekap dengan cawan ni kuat-kuat. Barulah semua sisi tertutup rapat. Kalau ada terbuka sikit, you picit je macam ni." Melati kemudian menunjukkan cara untuk membaiki roti Fajar itu. Fajar pula mula mengangguk faham dan berasa yakin untuk membuat roti yang seterusnya.
Melati pula dengan segera menggoreng roti-roti yang telah ditekap oleh mereka dengan menggunakan minyak panas. Hanya sekadar untuk menggoreng luaran roti tanpa menjejaskan isi didalamnya. Apabila selesai, dia dan Fajar pun membawa snek ringkas petang itu ke ruang tamu sambil diperhatikan Suria dengan rasa teruja.
"Aiskrim goreng dah siap!" Melati mengumumkan juadahnya itu seperti memenangi loteri pula.
Setelah mengucapkan kalimah bismillah, nenek mengambil aiskrim goreng itu dengan rasa ragu-ragu lalu menggigitnya. Melati dan Fajar dengan sabar menunggu reaksi daripada nenek yang mula berkerut-kerut dahinya.
"Ini apa hukum ni?" Tanya Nenek lalu meneliti kembali makanan yang baru sahaja singgah di mulutnya.
"Sekejap panas. Sekejap sejuk." Kata nenek lagi dengan penuh rasa hairan membuatkan tiga anak muda di depannya ketawa besar.
"Dulu makanan ni pernah viral, nenek. Tapi Melati dengan Suria tak pandai nak buat. Nak beli dekat mana pun tak tahu sebab masih sekolah lagi. Tiba-tiba tadi Suria ni mengungkit pula, maka mulalah operasi dapur." Melati menceritakan sedikit sebanyak mengenai kisah disebalik sebab mengapa tiba-tiba dia memilih resipi ini sebagai makan petang.
"Sedap tak nenek?" Tanya Suria dengan mulut yang separuh penuh.
"Hmm. Biasa je." Nenek bersahaja berkata lalu memanjangkan tangan untuk mengambil aiskrim goreng keduanya.
"Eh, kenapa nak ambik lagi ni? Kata biasa je." Suria sengaja mengusik nenek membuatkan nenek menjegilkan matanya.
"Nanti aku yang goreng kau pula. Nak ke?" Ugut nenek lantas dengan lajunya Suria menghulurkan aiskrim goreng padanya sementara Melati dan Fajar menyambung gelak ketawa yang terhenti. Fajar yang dengan sabar menunggu gilirannya daripada tadi kini dapat juga menikmati buat pertama kali. Namun baru sahaja menggigitnya, cairan aiskrim meleleh keluar dengan laju membuatkan Melati cepat-cepat menghulurkan tisu pada Fajar yang kini sedang menahan ketawa sambil menadah dengan tangannya.
"Help. Help." Fajar memejam mata kerana tidak sanggup melihat baju dan seluarnya yang kini sudah terkena aiskrim.
"Makan je semua. Sumbat je." Arah nenek seperti seorang professional dalam bidang akademi aiskrim goreng. Fajar pun mengikut sahaja arahan nenek tanpa berfikir.
"It's good. Very good. I rasa I makan yang I buat tadi sebab aiskrim dia dah cair." Fajar tersengih lalu menyahut huluran tisu oleh Melati.
"Sekarang ni. Nenek nak tanya." Tiba-tiba nada suara nenek bertukar serius. Suria dan Melati berpandangan seketika sambil menelan air liur.
"Nenek tahu kamu semua menggubah topik. Nenek nak tahu apa yang doktor cakap tadi. Jangan nak berdalih pula nanti tiba-tiba nak buat resipi tomyum beku pula ke apa."
Melati memandang Fajar seolah meminta pertolongan dan Fajar hanya tersenyum lembut.
"Doktor kata .. " Otak fajar mula berkerja keras untuk mencari perkataan yang sesuai.
"Nenek mungkin menghidap penyakit dementia. Penyakit ni ada kena mengena dengan memori dan kemahiran berfikir. Dua benda ini mungkin akan menjadi lebih susah buat nenek .." Kini giliran Fajar pula meminta Melati untuk menghabiskan ayatnya.
"Di masa hadapan." Celah Suria.
"Ya ya. Jadi, minggu depan kita akan perlu bawa nenek untuk rawatan susulan. InsyaAllah, tak ada apa pun. Nenek akan ada banyak latihan nanti. Perkara kecil je." Sambung Fajar lagi.
"Mana adalah. Nenek okay je. Kadang-kadang lupa tu biasalah, orang tua nyanyuk. Tak perlu nak pergi mana-mana. Bazir duit je." Nenek menggelengkan kepala tanda tidak berapa percaya apa yang Fajar katakan itu.
"Nek.. nyanyuk tu lah dementia sebenarnya. Penyakit ni takkan berlaku semalaman. Dia perlahan-lahan akan berlaku tetapi nenek jangan risau. Nenek takkan keseorangan. Kita semua ada." Melati cuba memujuk nenek. Tangan nenek digenggam rapat.
"Makcik Zainab yang duduk belakang rumah tu." Nenek akhirnya bersuara setelah dia diam seketika.
"Allah, Makcik Zainab mana pula ni?" Suria menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.
"Dia nyanyuk dah... Nama sendiri pun tak ingat."
Melati, Fajar dan Suria mendengar dengan sabar sementara nenek berusaha mengatur ayat di dalam kepalanya.
"Nenek pun... sama juga ya nanti?" Nenek bertanya perlahan membuatkan Melati jadi tidak senang duduk.
"Bukan bukan. Tak tak" Fajar menidakkan tekaan nenek.
"Nanti nenek lupa siapa diri nenek ke?"
"Nenek akan sentiasa menjadi hasanah. Wanita yang baik, cerdik, kuat, kental dan penyayang." Melati cuba menyakinkan nenek kemudian memandang Suria dan Fajar yang turut mengiyakan kenyataan Melati itu.
Mata nenek kemudian mula bertakung air. Direnung wajah-wajah dihadapannya satu persatu dengan senyuman kelat.
"Nenek tak kisah lupa nama sendiri. Tapi .. nenek harap."
"Nenek tak lupa muka cucu-cucu nenek ni."
Suria dan Melati dengan pantas terus menghumbankan wajah mereka di paha nenek sambil kepala mereka dibelai nenek.
"Tolong jaga cucu-cucu nenek ni ya." Pinta nenek kepada Fajar. Fajar pula perlahan-lahan menganggukkan kepala. Dia akui sedang menahan sebak tetapi ditahan sedaya upaya kerana tidak mahu menjadi orang keempat pula yang menangis. Wanita-wanita disekelilingnya memerlukan tiang sokongan yang ampuh. Fajar harus kuat.
❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。
Sejak kejadian tempoh hari, entah mengapa nenek kerap pula sakit. Mujurlah sekarang Melati sedang cuti sem. Bolehlah dia menjaga nenek ketika nenek memerlukannya. Insyirah pula sudah berhenti bekerja. Katanya tidak seronok bekerja sejak Melati menarik diri. Kini setiap hujung minggu, pasti sahaja gadis itu datang singgah untuk berjumpa Melati dan nenek.
Fajar pula pantang sahaja ada kesempatan, pasti dia akan menziarahi nenek. Pelbagai buah tangan yang dibawanya yang kini sudah memenuhi peti ais kecil milik nenek itu. Tempoh hari nenek mencuri-curi makan sebuah biji anggur kerana nenek tahu jika sampai ke pengetahuan Melati, pasti akan dibebelnya.
Nah, tidak perlu tunggu lama kerana malam itu sahaja suhu badan nenek sudah mula menaik. Apa lagi, terus sahaja Melati melarang Fajar daripada membeli apa-apa buah 'sejuk'. Bukannya apa, nenek sekarang ni banyak pantang larangnya. Selepas kejadian itu, sebelum membeli apa-apa Fajar pasti akan menghubungi Melati terlebih dahulu.
Melati membetulkan tudungnya lalu memeluk dirinya dengan lebih ketat dek suasana malam itu membuatkan cuaca bertambah sejuk. Dia termenung jauh melihat langit gelap yang hanya dihiasi beberapa bintang. Malam itu tidak kelihatan bulan seperti malam yang sebelumnya. Mungkin ditutupi awan atau mungkin membawa diri. Melati melepaskan keluhan kecil memikirkan pelbagai perkara di otaknya.
"Assalamualaikum." Ucap satu suara dari arah belakang membuatkan Melati menoleh ke belakang.
"Waalaikumussalam. Fajar..." Melati menggariskan senyuman buat Fajar yang hadir membawa selimut.
"Kenapa bawa keluar selimut ni?" Kata Melati sambil tergelak kecil tetapi tetap juga dia menyambut huluran Fajar itu.
"I tengok daripada jauh, you macam sejuk je." Fajar mengangkat kedua-dua bahunya sambil tersengih.
"Hmm." Melati tersenyum sambil menganggukkan kepala. Dia pun membaluti dirinya dengan selimut itu. Terasa lega apabila badannya terasa hangat.
"Nenek buat apa?" Tanya Melati sambil menjengketkan kaki untuk melihat isi rumah.
"Tidur dah." Jawab Fajar pendek. Kedua-dua tangannya kini dimasukkan ke dalam poket. Mungkin Fajar juga sudah terasa sejuk.
"Kalau you nak balik, balik jelah. Lewat dah ni."
"You okay tak?" Suara Fajar kedengaran risau.
"Hahaha, okay jelah. Kenapa tanya macam tu? I dengan nenek bukannya tak biasa duduk berdua macam ni."
"Bukan." Fajar mendekatkan diri kepada Melati. Melati yang sebelum ini berdiri santai kini berubah tegak.
"I tanya diri you ni. Melati. Are you okay?" Kepala Fajar ditundukkan sedikit untuk mendengar suara Melati lebih jelas. Melati pun terkelu mendengar soalan Fajar.
"I? I okay ke tak?" Melati melihat lantai setelah mengutarakan soalan itu pada dirinya. Fajar pula tidak berkelip melihat wajah Melati dengan senyuman nipis. Keningnya pula terangkat sedikit menandakan Fajar masih lagi setia menunggu jawapan Melati.
"I.. Pun.. Tak tahu." Akhirnya Melati berkata juga setelah beberapa saat berdiam diri. Fajar kemudian mengalihkan pandangan ke arah langit.
"All of this must be so hard for you. You don't have to say it because..it's written in your eyes."
Melati mengetap bibirnya, cuba menahan emosinya sendiri. Air mata yang sudah memenuhi mata nyaris-nyaris melimpah keluar.
"Hmm.." Suara Melati bergetar sambil jari telunjuknya mengelap air matanya yang telah jatuh jua.
"I dah rancang untuk tangguhkan pelajaran dulu. I akan cari kerja tetap dan duduk dengan nenek sementara Suria masih belajar."
"Melati.."
"What? This is the right thing to do." Melati cuba menegakkan pendapatnya walaupun jelas kelihatan Fajar tidak bersetuju.
"We're gonna be okay. Don't worry." Kata Melati lagi.
"No.. Not like this. It’s important to keep pursuing your education."
"Tapi-"
"No. No. Bagi I fikir kejap." Fajar bercengkak pinggang dengan mata yang tertutup. Kakinya mengorak langkah kehadapan seolah sedang mencari idea. Melati pula tidak faham mengapa Fajar menidakkan kenyataan. Inilah pengorbanan yang Melati perlu berikan agar mereka semua boleh bergerak kehadapan tanpa masalah.
"Okay, here’s what we’re going to do." Laju sahaja dia menapak ke arah Melati.
"Melati, you’ll continue being a student. You can live with Nenek for the rest of your studies—no problem—but you need to finish your degree. I don’t care. I’ll hire a private nurse to take care of Nenek during the day so you can focus on going to class."
"But-but-"
"No tapi tapi." Muka Fajar yang serius membuatkan Melati sedar yang Fajar memang tekad dengan keputusan ini.
"Fajar.. I tak setuju. You tahu tak mahal kos nak mengupah jururawat ni."
"She's my grandmother too, Melati." Suara Fajar kedengaran sebak ketika menuturkan ayat itu. Melati merenung dalam ke anak mata Fajar yang juga sedang bergenang. Hati Melati begitu tersentuh melihat dalamnya kasih sayang Fajar pada neneknya yang tidak lansung mempunyai pertalian darah dengan Fajar.
"And you, Melati... You mean so much to me. It hurts when you don’t realize that."
Melati terkaku mendengar luahan Fajar itu. Jantungnya berdegup laju tanpa dipinta. Fajar pula terlihat begitu komited dengan perasaanya.
"Marry me, Melati. Will you?" Setitik air mata ikhlas Fajar meluncur pelahan ke arah pipi kemudian ke dagu lalu menitik ke atas lantai. Mulut Melati ternganga sedikit seolah ingin menuturkan sesuatu tetapi mindanya tidak mampu berfikir.
Sorry sorry sorry sorry lambat. Mintak ampun. Sejak kebelakangan ni busy sangat dengan kerja dan keluarga. Sikit je lagi ni tapi kita no need rush ya.
Share this novel