2 tahun kemudian...
Insyirah menghentakkan kakinya beberapa kali sambil matanya melilau mencari bayang Melati. Tak lama kemudian muncul Melati berlari anak memegang kertas-kertas. Insyirah yang tadi bersandar pada keretanya kini berdiri tegak dan turut berlari ke tempat pemandu. Melati pula tergopoh-gapah membuka pintu dan memasuki perut kereta itu.
"Stapler!Stapler!" Melati panik meraba-raba isi begnya.
"Dashboard." Insyirah berkata sepatah namun cukup untuk Melati memahaminya. Pedal minyak ditekan laju dan kereta Insyirah bergerak laju menuju ke fakulti tempat Melati berkerja. Melati pula cepat-cepat membuka papan pemuka kereta itu dan menemukan pengokot.
"Kenapa lambat sangat dekat kedai printing tadi?"
"Mesin pencetak dia habis kertas,weh. Macam tahu-tahu je aku ni nak cepat." Melati merapikan kertas jawapannya sebelum dicantumkan dengan logam nipis yang sering dikenali dengan nama ubat stapler. Pelik ya kan?
Sebaik tiba di bangunan pejabat milik pensyarah yang mengajar kelas Melati, dengan laju Melati berlari ke anak tangga. Jam menunjukkan sudah pukul 5:31pm. Kelihatan seorang lelaki yang sedang memegang beberapa fail kerja sedang menutup pintu biliknya.
"Dr. Shafiq! Dr.Shafiq!" Jerit Melati daripada jauh. Dr.Shafiq berpaling mencari arah suara itu, matanya turut dikecilkan untuk membantu penglihatannya.
"Haa Melati. Lambat lagi." Suara garau Dr.Syafiq mendebarkan lagi Melati. Apabila tiba dihadapan pensyarahnya itu, Melati bersandar di dinding sambil tercungap-cungap menarik nafas.
"Saya.. Nak hantar.. Kejap doktor-"
"Ya ya. Ambilah nafas tu dulu. Melati..Melati.." Dr.Shafiq tidak jadi menutup pintu. Dia membuka kembali pintunya luas.
"Okay.. Fuh," Melati menarik nafas perlahan untuk mententeramkan dirinya.
"Saya nak bagi latihan yang Dr.Shafiq beri minggu lepas." Melati menghulur kertas yang masih terasa panas dek baru sahaja dicetak.
"Ya, saya tahu. Semalam saya ada minta tapi kamu minta extend kan?" Dr.Shafiq menyelak helaian demi helaian, menyemak hasil kerja Melati. Melati pula tidak menjawab, hanya tersengih sahaja.
"Saya beri kelonggaran pada kamu sebab saya tahu potensi kamu. Saya juga faham kesukaran untuk seimbangkan pelajaran dan pekerjaan. Haa, tak kerja ke hari ni?"
"Kerja, doktor. Lepas ni, terus gerak."
"Hmm." Dr.Shafiq menganggukkan kepala lalu memasuki biliknya dan meletakkan kertas itu di atas meja bersama timbunan kertas yang lain.
"Dah. Pergi kerja. Elok-elok kerja tu," ujar Dr.shafiq sambil mengunci pintu biliknya. Melati pula terbongkok-bongkok menunduk hormat sambil berkata,"Terima kasih Dr.Shafiq. Maaf lambat. Maaf sangat!"
Melati pun keluar daripada pejabat pensyarah dengan hati yang lega. Apabila masuk ke dalam kereta, Insyirah memandang Melati dengan mata yang membulat.
"Sempat ke?" Tanya Insyirah penuh debaran.
"Sempat-sempat. Memang sipi sipi je. Thank you,Ira. Sekarang kita boleh pergi kerja dengan tenang." Melati bersandar pada kerusi lalu melepaskan keluhan kecil.
"Aye-aye Captain!" Insyirah pun apa lagi, mula memandu menuju ke destinasi.
❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。
"Dik, kami nak order," ujar seorang pelanggan wanita kepada Melati setelah berjaya menarik perhatian Melati dengan mengangkat tangan. Melati yang sedang mengelap meja menganggukkan kepala lalu segera melajukan proses membersihkan meja dihadapannya. Tak berapa lama kemudian dia kembali dengan membawa nota kecil bersama pen, bersedia untuk mengambil pesanan.
"Nasi kerabu ayam tiga. Nasi dagang satu. Ayam boleh minta dada atau paha ke?" Wanita itu memesan bagi pihak anak-anaknya yang umurnya masih kanak-kanak dan remaja lagi.
"Boleh puan."
"Okay. Dua paha dan satu dada ayam. Untuk air... Teh tiga layer satu. Haa, abang dengan kakak nak air apa?" Tekun wanita itu membelek menu bersama-sama anak perempuannya.
"Nak air bandung lah mak." Remaja perempuan itu menunjukkan gambar segelas air bandung yang nampak begitu menyelerakan. Melati yang memang sedang memerhatikan perbualan anak beranak itu mula menulis minuman yang dipesan.
"Baik, saya ulang pesanan ya. Nasi kerabu ayam tiga, dua paha dan satu dada. Teh tiga layer dan air bandung. Itu sahaja?" Melati bertanya untuk kepastian.
"Eh, abang tak pesan air lagi ke? Air bandung lagi satu lah ya." Wanita itu memesan sahaja apabila melihat anak lelakinya seperti malu-malu ingin memesan. Melati pula hanya tersenyum dan segera ke dapur dan menyepitkan nota itu pada tempat yang telah disediakan. Tukang masak akan meneliti pesanan itu kelak dan mula memasaknya.
Insyirah muncul dengan membawa dulang penuh pinggan dan cawan kosong. "Meja enam. Hensem. Meja tujuh kena lap." Senyuman nakal insyirah disorokkan apabila pengurus mereka Encik Hamid, berusia lingkungan 30-an, memandang mereka dengan pandangan mata yang tajam.
"Fokus fokus." Ammar berkata sambil membelek helaian invois , langkahnya menuju ke bilik pejabatnya. Melati pula sempat menyiku Insyirah sebelum berlalu keluar. Melati hanya fokus mengelap meja bernombor tujuh itu dengan cermat. Dia sempat mengerling melihat pelanggan-pelanggan yang duduk di meja enam. Semuanya lelaki muda segak berpakaian. Pasti baru sahaja pulang daripada solat jumaat ni. Walaupun sudah berbulan kerja disitu, dia masih lagi merasa segan apabila mengambil pesanan daripada pelanggan lelaki yang berjumlah ramai.
Selalunya memang dia akan menolak Insyirah sahaja sebab dia tahu ketika dia mengambil pesanan, ada sahaja mata yang memandangnya atas bawah. Kalau muka ditayang serius, dikata tidak peramah. Namun jika dia tersenyum sedikit seolah membuka pintu pula untuk mereka mendekati. Jadi, apa lagi yang Melati harus buat. Muka serius sahajalah.
"Hensem kan?" Tanya Insyirah apabila mereka bertembung kembali di dapur. Terbeliak mata Melati sambil cuba menyembunyikan senyumannya.
"Apa ni, Ira? Fokus lah. Nanti Ammar nampak kita berdua, kena marah lagi." Melati pun cuba membuat mukanya lebih serius tetapi Insyirah yang tersengih begitu membuatkan dirnya seperti ingin ketawa. Insyirah masih lagi bujang. Hampir-hampir ingin bercinta tahun lepas tetapi hubungan itu hanya separuh jalan. Namun baguslah kerana dia tidak membiarkan kenangan lama memutuskan harapan mencari peneman hidup.
Sejak bujang ni, Insyirah makin nakal mengusik Melati. Pantang ada lelaki sebaya, pasti dia akan mengedik memberitahu Melati. Kononya ingin pergi mengoratlah tu. Padahal hangat hangat tahi ayam sahaja.
"Melati... Order." Suara wanita, iaitu tukang masak yang dikenali sebagai Makcik Midah memanggil Melati. Mulutnya dijuihkan pada kaunter minuman dan rupanya tukang pembancuh air sudah siap membancuh air untuk pelanggan Melati tadi.
"Dua air bandung dan 1 satu teh tiga layer." Melati berbisik pada dirinya sendiri.
Melati pun berlari anak ke kaunter minuman dan menatang dulang berisi tiga cawan itu dengan berhati-hati. Apabila tiba di meja , Melati pun meletakkan cawan-cawan itu dengan cermat. Dia perasan bilangan pelanggan sudah bertambah di meja itu. Rasanya pasti lelaki berumur itu suami kepada wanita itu.
"Dik. Tambah air ya. Kopi suam kurang manis." Pesan lelaki itu.
Mata Melati kemudian tertancap pada salah seorang lelaki yang sedang duduk di meja enam. Dia memandang Melati sambil tersenyum membuatkan Melati juga turut tersenyum. Hensem juga orangnya, melayu berkulit sawa matang. Melati kemudian cepat-cepat ke dapur untuk menyampaikan pesanan air yang baru itu.
❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。
Insyirah menutup mulut kerana ingin menahan jeritannya. Apabila mendengar salah seorang pelanggan di meja enam itu tersenyum pada Melati, dia seperti ingin meletakkan kedua-dua insan itu di meja kosong dan disuruh mengenali antara satu sama lain. Ala-ala blind date begitu.
"Dia senyum je. Over lah kau ni." Melati merenggangkan kedua-dua tangannya , badanya terasa sengal pula akibat berdiri dalam tempoh agak lama.
"Kau tunggu kejap ya. Inilah masanya kita guna operasi pemasaran Ammar tu." Insyirah kemudian mengambil telefon kedai makan itu. Ammar, si pengurus kedai makan itu telah menjalankan satu kaedah pemasaran 3 bulan lepas dengan menyiarkan gambar-gambar pelanggan di akaun Instagram rasmi kedai makan itu dengan kapsen ulasan pelanggan tersebut.
Melati cuba menghalang dengan menarik lengan Insyirah tetapi gadis itu lebih laju meloloskan diri. Melati mengeluh kecil melihat Insyirah yang begitu tekad.
"Kenapa ni?" Ammar bertanya tegas apabila melihat gelagat Insyirah dan Melati seperti adegen usik-mengusik.
"Saya nak buat promosi ni. Nak tangkap gambar customer sana. Mereka makan tambah-tambah tau. Mesti kapsen kita padu nanti." Petah betul Insyirah ni menjawab soalan Ammar.
"Oh.. Ha, pergilah."
Mendapat lampu hijau daripada Ammar, Insyirah pun tanpa segan silu ke meja enam meninggalkan Melati bersama Ammar.
"Gatal betul kawan awak tu ya. Ingat saya tak tahu ke dia nak tangkap gambar lelaki-lelaki itu?" Kata Ammar sambil tersengih membuatkan Melati tertunduk segan.
"Awak ada berminat ke-"
"Eh tak ada masa lah saya. Saya fokus kerja je, Encik Ammar."
"Kan saya dah kata. Tak perlu nak berencik. Panggil Ammar je." Ammar sedikit tersenyum, meramahkan mukanya.
Melati pula menganggukkan kepala sahaja. Dia baru teringat yang Ammar memang ada meminta staff memanggilnya Ammar sahaja. Sejak kejadian kekecohan yang berlalu antara Melati dan seorang pelanggan, Ammar yang tegas dan garang tiba-tiba berubah sedikit lembut. Makcik Midah dan Insyirah pun perasan akan perubahan Ammar itu.
Ting!
Telefon Melati bergetar sedikit menandakan mesej masuk. Melati membiarkan sahaja ia di dalam poket seluarnya. Apabila Ammar pergi masuk ke biliknya , Melati pun mengambil kesempatan membuka mesej itu. Insyirah telah menghantar gambar lelaki-lelaki yang duduk di meja enam itu.
"Zoom zoom," celah Insyirah tiba-tiba muncul.
"Ira! Apasal kau hantar gambar ni kat aku? Kalau Ammar tahu ni, malu aku tau." Melati membentak tidak setuju. Tetapi Insyirah peduli apa, dia menarik telefon Melati agar dekat padanya lalu dia memicit lembut skrin telefon itu. Tertera jelas muka jejaka tadi yang senyum padanya.
"Ni kan yang senyum pada kau?" Insyirah tersengih nakal lagi lalu menyiku-yiku lengan Melati.
"Nama dia-"
"Dah. Dah. Aku tak nak tahu," kata Melati lalu memasukkan kembali telefonnya ke dalam poket seluar.
Insyirah pula menarik muka monyok.
"Whatever. Yang penting aku dah bagi no telefon kau dekat dia."
"Hah?" Terkejut kepalang Melati mendengannya. Spontan bahu Insyirah ditampar.
" Aduh, dia yang minta. Bukan salah aku." Insyirah pun dengan patas berlari keluar. Melati cuba mengejarnya kembali tetapi membatalkan hasrat apabila ada pelanggan lain mula memandangnya. Tidak mahulah pula dia membuat kecoh disitu. Wajah lelaki melayu itu dipandang sekilas. Hmm, manis juga orangnya.
Share this novel