Lokasi : Sebuah restoran di Selangor. Tarikh: 2 tahun setengah yang lepas...
Lucas memerhatikan Eva yang sedang rancak berbual dengan seorang jejaka yang dia pernah lihat ketika parti hari lahir kawan Eva beberapa bulan lepas. Lelaki yang tidak diketahui namanya itu memang jelas sedang mencuba memikat si Eva yang tidak kurang juga kelihatan begitu mesra melayannya. Eva telah memberitahu Lucas bahawa lelaki itu sebenarnya adalah bekas teman lelakinya.
Setahun sebelum Eva bertemu Lucas, Eva telah bercinta dengan lelaki itu namun tidak lama kerana cinta terputus di tengah jalan dek masing-masing sibuk dengan kerjaya.
Lucas sebenarnya didalam dilema dengan perasaannya sendiri. Dia ingin memiliki Eva tetapi dia merasakan Eva tidak mahukan perhubungan yang lebih serius.
Eva berjalan ke arah Lucas dengan lenggok yang gemalai berserta senyuman yang manis. Lucas bangun lalu menarik kerusi untuk Eva melabuhkan punggungnya.
"Thank you babe!" Eva mula membelek menu dengan penuh fokus, meneliti setiap baris pelbagai makanan yang dipaparkan. Lucas pula hanya terdiam merenung Eva.
"Eva, can I ask you something?"
"Hmm.. Ask away," perlahan sahaja Eva berkata kemudian menyelak muka surat yang baru.
"Do you have any feelings for me?"
"Wow Lucas." Eva menutup menu dengan kerutan di dahi, mula dah mamat ni dengan soalan panas.
"I thought we are here to eat. Why-"
"Just answer me." Suara Lucas sedikit tegang membuatkan Eva terkaku.
"Please." Lucas mengendurkan nada suaranya kerana tidak ingin mengeruhkan keadaan.
"I like you, Lucas. I really do." Eva mencapai tangan Lucas lalu digenggam erat.
"Then why I feel like I'm just your backup ?" Lucas cuba mencari jawapan di mata Eva. Eva pula mengeluh lalu menyandarkan badannya pada kerusi.
"Are you jealous right now? Is it because of Joe?" Eva berpeluk tubuh sambil melemparkan matanya ke kanan. Lucas pula memutarkan soalan Eva di fikirannya. Cemburukah Lucas pada bekas teman lelaki Eva? Tapi layakkah dia cemburu sedangkan dia dan Eva belum ke tahap perhubungan yang serius.
"You are not yet my boyfriend so...stop being such a control freak." Eva sudah hilang selera makan kerana pergaduhan ini. Dia sudah memutuskan untuk beredar sahaja daripada restoran ini kerana tidak ingin menatap wajah Lucas buat masa sekarang.
"That's the thing about you, Eva. One minute, you like me, and the next, you're flirting with another guy. I'm just the nice guy you keep around so that after you're done having fun, you can rely on me to settle down." Lucas menongkat dagu memandang Eva, matanya pula dikecilkan seperti ingin menembusi minda Eva.
"What... that's no true!" Mulut Eva ternganga bersama kerutan di dahi. Walaupun apa yang Lucas katakan sebenarnya dia akui benar tetapi dia tetap rasa tersinggung dengan kata-kata Lucas.
"Then... what are we? Just friends? On the way to be lover or -"
Belum sempat Lucas menghabiskan ayatnya, Eva terlebih dahulu telah mencampakkan segelas air ke arahnya. Mujurlah air itu hanyalah air masak sahaja, kalau tidak kotor juga baju t-shirt berkolar Lucas itu.
Lucas mengeluh keras melihat bajunya dan kemudian memandang tajam ke arah Eva. Pelanggan yang lain mula berbisik antara satu sama lain.
"It's over!" Eva berdiri lalu menggapai beg tangannya.
"We're not even dating. How can it be over?" Lucas tergelak kerana merasakan ayat Eva itu tidak masuk akal. Eva memutuskan untuk tidak meneruskan lagi perhubungan mereka tetapi perhubungan apa pula yang Eva maksudkan itu sedangkan mereka bukannya bercinta. Entahlah, yang penting Lucas berasa lega kerana telah mendapat jawapan yang jelas. Dia mengambil kain kesat tangan yang disediakan di atas meja lalu mengelap mukanya yang basah. Eva pula sudah berjalan keluar meninggalkan Lucas.
Selama ini dirinya sering berteka-teki tentang masa depan hubungan mereka. Dia sebenarnya tidak suka berada di dalam situasi yang tidak pasti. Apatah lagi dia telah mencurah wang, masa dan kasih sayang pada Eva namun dia merasakan seperti tidak dihargai. Namun tipulah jika dia tidak merasakan perit di hati apabila melihat Eva pergi meninggalkan dirinya keseorangan diri di restoran itu. Eva adalah cinta pertamanya, yang mengajar erti cinta dan rindu. Ternyata wanita itu bukanlah cinta terakhirnya seperti yang dia harapkan.
"Are you okay sir? Would you like anything ? I'll be happy to serve you. " Seorang pelayan menghampiri meja Lucas dan bertanya dengan penuh sopan. Lucas menganggukkan kepala sambil mula membuka menu.
"I would like to order please," kata Lucas, matanya kini mengimbas senarai makanan satu persatu. Meski hatinya sedang bercelaru, makan tetap makan.
❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。
Lokasi: Rumah sewa David
Ding Dong!
Lucas melihat jam di tangannya yang baru sahaja menunjukkan pukul 2 petang. Dia telah membuat keputusan untuk singgah di rumah David kerana berhampiran dengan restoran tadi. Risau juga kalau David tidak ada di rumah kerana Lucas pun datang ke rumah tanpa memberitahu terlebih dahulu. Ah, tak apa. Lucas ada membawa bungkusan makanan untuk diberi pada David. Boleh dikatakan merasuah David agar lembut hati menerima kunjungan mengejutnya.
Lucas bersiap-sedia apabila mendengar bunyi pintu dibuka. Plastik makanan diangkat tinggi dan mukanya diserikan dengan senyuman.
"Hello my precious baby-" Terhenti kata-kata David apabila melihat Lucas yang terpacak di hadapannya. Muka Lucas yang ceria bertukar menjadi hairan.
"Hah?" Lucas ternganga lalu berpusing melihat kalau-kalau ada insan lain di belakangnya.
"Hah?" David pulak yang tercenggang.
"Haa.." Lucas tanpa membuang masa menunjukkan makanan pada David.
"Haa.." Tinggi nada David menyahutnya sambil menyambut huluran Lucas. Bekas makanan itu terasa masih hangat lagi menunjukkan makanan itu baru sahaja dimasak. Pintu rumah ditutup meninggalkan Lucas yang masih diluar rumah. Lucas hanya diam sambil bercekak pinggang.
"Chak! Takut tak?" Tanya David setelah membuka pintu kembali.
" Apa-apa jelah." Lucas memasuki rumah David tanpa dijemput. Rumah David begitu cantik dan kemas tersusun. Bau rumahnya juga begitu harum membuatkan Lucas timbul syak wasangka. Padangan mata Lucas ke David ditiruskan sambil mulutnya tersenyum nakal.
"Siapa nak datang rumah you ni? Bau wangi-wangi. Rumah kemas-kemas." Lucas membelek rak buku di ruang tamu itu dan ternyata tiada satu habuk pun. Sungguh mengagumkan.
"Ay, you cakap apa? Rumah I hari-hari bersih macam ni." David membidas tuduhan Lucas. Tangannya pula ligat membuka ikatan plastik makanan tadi.
"Who is suppose ..to be..here..?" Lucas mendekati David yang masih lagi berpura-pura tidak tahu apa yang Lucas katakan.
"Lasagna! My favourite..," kata David teruja lalu menghirup kepulan wap daripada makanan itu. Lucas pula mencebikkan muka apabila David tidak menghiraukannya. David mengambil sudu plastik yang turut disediakan lalu mencedok lasagna tersebut.
Ding Dong!
Mata Lucas dan David bertaut. Rumah itu sepi untuk dua saat. Bunyi loceng kali kedua membuatkan kedua jejaka itu berlari bagai tidak cukup tanah ke arah pintu. Lucas tidak sabar ingin mengetahui siapakah tetamu itu manakala David pula ingin menghalang misi Lucas meski ditangannya masih lagi memegang sudu berisi lasagna.
Pintu dibuka kasar oleh Lucas dan terbuka besar mulutnya apabila melihat wajah seorang wanita cantik.
"Riya?!" Berkerut muka Lucas dibuatnya. Muka Riya pula kelihatan pucat seperti baru sahaja ternampak hantu.
"Er..Hi Lucas. " Tergagap-gagap Riya berkata. Apabila Lucas memandang David, cepat-cepat David menyuakan sudu ke dalam mulut Lucas. Lucas cuba menepis tetapi David lebih pantas.
"It's hot lah." Lucas berlari masuk ke dalam rumah. Tangannya mengipas-gipas lasagna di dalam mulutnya seperti ingin menyejukkan makanan itu. Walhal bukan berkesan pun. Riya menyucuk pingang David dengan rasa terkejut dan geram.
"Why he is here?" Bisik Riya sambil menanggalkan kasutnya.
"I have no idea..."
Riya dan David memandang lesu melihat Lucas yang sedang kepanikan berlari dalam pusingan dalam cubaan menyejukkan lidahnya. Rancangan mereka untuk berdua-duaan kini terbantut dek diganggu oleh majikan mereka.
It's always fun to write David and Riya. I hope it's fun for you guys to read about them too. ^^
Share this novel