Bab 6 - Biru

Romance Completed 14176

Nenek membungkus plastik sampah yang sudah penuh itu dengan penuh cermat agar tiada sisa sampah yang jatuh ke lantai. Dengan perlahan, nenek berjalan ke luar rumah sambil membawa pula plastik sampah yang lain.

Diletakkan aja plastik itu di tepi pintu rumah kerana nenek tidak larat hendak pergi ke tong sampah yang berada di luar rumah. Kelihatan Suria melambai pada seseorang sebelum memasuki perkarangan rumah. Nenek mengecilkan mata untuk melihat wajah siapa yang Suria lambaikan itu. Namun hanya dapat melihat bentuk tubuh sahaja. Nampak seperti lelaki.

"Siapa tu kamu lambai, Suria?"

"Oh, kawan je."

Seraya mendengar jawapan Suria, nenek pun tidak berfikir panjang untuk terus masuk ke isi rumah. Suria pula apabila ternampak plastik-plastik sampah yang nenek letak di atas lantai, terus sahaja dia bawa untuk dibuang ke dalan tong sampah.

Nenek kini sedang beristirahat di sofa. Tangannya ligat mencari siaran televisyen yang berkenan di hati. Namun begitu, fikirannya melayang memikirkan gerangan misteri lelaki tadi.

❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。

Melati berlari ke arah pintu masuk pejabat sambil tangannya menyelongkar isi di dalam begnya. Mana kad akses? Melati mengeluarkan satu persatu barang namun masih tidak ketemu. Pasti tertinggal di atas meja belajarnya. Lalu Melati pun meneliti kembali mesej yang dihantar admin ketika dia mula-mula masuk di telefon pintar nya.

"Jumpa pun"

Melati memindah kan apa yang dia baca pada papan kekunci di hadapannya. Tet! Barulah pintu pejabat boleh dibuka daripada luar. Usai masuk, kakinya pula tersadung karpet di lantai. Habis jatuh bertaburan barang-barang yang dia masih lagi pegang.

Satu pejabat memandang ke arah Melati. Melati menjadi malu sendiri kerana perhatian semua orang tertumpu padanya.

"Melati? Apa yang kelam kabut sangat nya tu?" tanya Encik Daud yang baru sahaja keluar daripada pantri.

"Maaf, Encik Daud. Tertinggal kad," Melati tersengih sambil mengutip barang-barangnya. Riya pula bingas bangun daripada duduknya untuk membantu Melati.

"Ish, kamu ni. Kalau tangan tu boleh dicabut, agaknya mesti tertinggal jugak kan?" Wah, soalan Encik Daud ni memang popular dikalangan guru-guru. Rata-rata akan menanyakan soalan yang sama apabila pelajar tertinggal buku teks di rumah.

"Melati takut datang lambat ke?" Nada Riya kedengaran risau. Melati menganggukkan kepala

"Alah, tak apa. Jangan terburu-buru, Melati. Yang penting, kamu selamat sampai," pesan Encik Daud yang seperti seorang bapa kepada anak membuatkan hati Melati menjadi terharu.

"Betul, jangan risau. Boss faham saja sebab ada yang mungkin tersekat di traffic jam dan ada juga terlepas train. Yang penting, by the end of the day, kerja siap" Riya tersenyum memandang Melati.

Melati lega mendengar penjelasan Riya. Syukur yang teramat kerana dikurniakan majikan-majikan yang mempunyai pemikiran begini. Sememangnya dia dan Insyirah terbangun sedikit lewat hingga mereka terlepas gerabak yang mereka selalu naiki.

Sudah masuk tiga minggu Melati berkerja. Melati pun sudah mulai serasi dengan rentak pekerjaannya. Usai duduk di mejanya, tangannya ligat menaip dokumentasi yang ditugaskan oleh David padanya.

Kalau dulu, dia hanya membaca. Kini, bagai bertukar posisi pula apabila dia yang harus menyiapkan kertas kerja. Headphone yang dipakainya memainkan irama lagu berentak rancak.

3 jam pun berlalu pantas tanpa dia sedar. Melati hanya perasan masa berlalu apabila Lucas memasuki pejabat. Ketika itu dia mengerling pada jam di dinding. Pukul 11 pagi.

Ting!

Bunyi notifikasi menganggu fokus Melati. Melati membuka ruang sembang peribadinya di platform Microsoft Team.

"Morning Melati, hope you are well. Regarding the diagram that we discusses yesterday, can I get a timeline when it will finish?"- Lucas

Fuh, come on. Ini Melati lah. Timeline apa nya?Dah siap dah pun. Melati pun mula mengarang ayat untuk membalas mesej Lucas.

"Morning Lucas, likewise... I actually already finished it. I'll email it right away. Let me know if anything."- Melati

Tak lama selepas itu, bunyi notifikasi kedengaran lagi. Terpana apabila Melati melihat notifikasi itu, bagai tidak percaya lantas dia memeriksa beberapa kali.

Lucas telah memberi reaksi pada mesej Melati. Dia membalasnya dengan menggunakan emoji hati❤️. Biar betul ini? Melati mengangkat kepala memandang Lucas. Muka lelaki itu tidak mempunyai sebarang reaksi. Masih tekun menghadap skrin komputernya.

"Melati," panggil Encik Daud yang sedang berdiri berdekatan meja Riya.

"Ya, Encik Daud."

"David datang kerja tak hari ni?"

"Oh, dia MC" balas Melati. David seawal subuh telah memaklumkan pada Melati bahawa dia masih sakit sejak Ahad. Oleh itu, dia tidak dapat hadir ke pejabat. Sempat juga David menitipkan tugasan yang perlu Melati buat untuk hari itu. Tidaklah nanti Melati terduduk kebosanan seharian tanpa pemantauan David.

" Oh.. Riya, you takkan tak tahu David sakit." Pandangan Encik Daud beralih pada Riya.

"Encik Daud..Muka saya ni nampak macam isteri dia ke?" Riya mendengus. Encik Daud ni memang kuat menyakat Riya. Salah satu peluru yang Encik Daud guna untuk menembak Riya adalah David kerana dia tahu betapa Riya menyampah dengan David. Mendengar perlian Riya membuat Encik David ketawa besar.

"Orang melayu ada satu perpatah. Jangan terlalu benci, takut nanti terjatuh hati," Makin galak Encik Daud ketawa. Melati pun turut ketawa mendengar gurauan majikannya.

"Riya tak benci David, Encik Daud. Mereka elok je berkawan. Kan ?" Melati cuba mempertahankan Riya.

"Biasalah, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kawan sepejabat," tambah Melati lagi.

"Yelah..." Encik Daud mengiyakan aja.

❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。

Ketika jam menunjukkan pukul 1, Melati pun mengeluarkan bekal yang dia bawa. Hari ini, Insyirah keluar makan tengahari bersama teman lelakinya. Melati menggeliat untuk meregangkan badan setelah 5 jam duduk di kerusi.

Dia pun membawa diri ke pantri untuk memanaskan bekal nya menggunakan microwave. Sementara menunggu satu minit berlalu, Melati pun membuka peti ais dan mengambil air kotak soya.

"Melati, you nak ikut pergi lunch?"tanya Ria.

"It's okay. I ada lunch. Thanks for asking," Melati mengambil straw yang terlekat di belakang air kotak lalu dicucuk di lubang yang ditutupi aluminium nipis.

"Alright. Take care."

"You too." Air soya yang dihirup mengalir laju ke anak tekak. Sungguh menyegarkan.

Tet!Tet!Tet!

Ah, makanan dah siap dipanaskan. Melati pun kemudian melabuhkan punggungnya. Ketika sedang menjamu selera, Lucas muncul dengan cawan kopinya. Pemakaiannya pada hari ini kelihatan lebih santai. Lucas mengenakan hoodie biru tua dan seluar jeans bewarna biru pudar.

"Hi, Melati."tegur Lucas seraya menurunkan headphone di telinganya.

"Hi, Lucas... You tak pergi lunch?" Melati bertanya sekadar ingin beramah. Nanti dikata pemalu pula kan?

"Oh, no. I already ate branch. You makan apa?"

"I makan nasi lemak. Ini je yang I sempat ambik tadi dekat kedai tepi jalan,"terang Melati tanpa ditanya.

"What is sempat ?"Rasa ingin tahu Lucas membuak. Terus sahaja dia menarik kerusi untuk duduk lebih dekat dengan Melati.

"Er.. Macam.. Make it on time? Or...had time? " Melati cuba mengerah otak bagaimana hendak membuat Lucas faham.

"Ohh, I rasa I faham. Sorry, my malay tak berapa bagus."

"I rasa melayu you okay jelah," pujuk Melati sambil menyuap sesudu nasi lemak ke mulutnya.

"Taklah. I tak berapa yakin bila bercakap bahasa melayu. Banyak words yang I tak tahu," habis dirojaknya bahasa melayu dan inggeris si Lucas ni.

"No no, it's okay. At least, you boleh berborak macam ni dengan I. Kalau you tak yakin, you kena lah rajin practice hari-hari. Takpa, you boleh practice dengan I," kata-kata Melati membuatkan Lucas tersenyum lebar.

"Err.. Rajin..I lupa apa maksud tu?"

"Hardworking," jawab Melati dengan sabar. Lucas pula mentertawakan diri dia sendiri. Sewaktu Lucas berbual dengan Melati, Melati pun tidak melepaskan peluang mengamati wajah Lucas. Hati Melati terasa berbunga-bunga apabila dapat berbual begini dengan Lucas.

Dunia terasa indah dan bahagia sekali. Sesekali ketawa Melati dan Lucas berselang-seli. Melati tidak sangka begitu senang mereka mencari topik perbualan. Dari satu topik ke satu topik mereka lompat, tidak lansung merasakan janggal.

Tak sangka pula Lucas ni seorang yang banyak bercakap. Kalaulah boleh masa dihentikan, Melati ingin berlama-lamaan dengan Lucas. Dia ingin menatap wajah Lucas yang kelihatan comel apabila senyum itu.

"Eh you ada dimple lah. Cutenya,"spontan Melati berkata dengan teruja. Lucas terkelu mendengar pujian Melati.

"On both sides pula tu. Cute..,"entah kenapa makin seronok Melati memuji Lucas apabila melihat reaksi dia begitu. Muka Lucas pula bertukar merah.

"Ish, no lah..," Lucas menarik penutup kepala yang bersambung dengan hoodie yang dipakainya lalu menutup kepala dan matanya. Meletus ketawa Melati apabila melihat gelagat Lucas. Satu sisi yang dia tidak sangka dia dapat lihat. Ibarat satu warna baru Lucas yang sebelum ini hanyalah hitam dan kelabu. Hmm, warna biru mungkin?

Biru menenangkan. Biru mendamaikan. ?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience