Hari ini adalah hari pembentangan laporan latihan industri. Pensyarah universiti akan turun ke padang dan melawat tempat para pelajar bekerja. Hasil kerja pelajar akan dinilai manakala etika kerja akan turut disoal oleh pensyarah kepada penyelia pelajar itu. Kini, Melati sedang berada di depan bangunan menunggu kedatangan pensyarahnya, Puan Maria. Melati melambaikan tangan untuk menarik perhatian Puan Maria yang kelihatan berdiri dan melilau mencari arah.
"Oh sini rupanya, saya jadi keliru yang mana satu. Lepas tu baru saya perasan, itu tempat Insyirah" Puan Maria tersengih. Melati pun segera bersalam dengan Puan Maria tanpa kekok.
"Haah, saya punya yang ini. Jomlah puan, kita naik atas. Panas dekat luar ni,"ajak Melati sambil membimbing Puan Maria ke lif. Sewaktu menunggu lif, sempat juga Puan Maria dan Melati berbual kosong. Kemudian, mata Melati menangkap bayang yang cukup dia kenal. Ah sudah, Lucas. Bukan dia melawat tapak ke?
"Hello, Melati," ucap Lucas lembut.
"Oh, siapa ni? Supervisor kamu ke?" Tanya Puan Maria sambil melihat Lucas atas bawah.
"Oh tak, ini boss saya. Namanya Lucas." Melati memperkenalkan Lucas. Didalam hatinya tidak rela pertemuan ini berlaku.
"Oh Lucas. Wow, mudanya kamu,"ujar Puan Maria dengan kagum. Lucas pula tersenyum mendengar sambil memegang belakang lehernya.
"Saya pensyarah Melati, Puan Maria. Hari ni akan ada penilaian. " Puan Maria menjelaskan tanpa diundang. Pintu lif terbuka dan seperti biasa Lucas mendahulukan para wanita untuk masuk.
"oh, boleh saya join ke?" Tanya Lucas. Tangannya menekan punat nombor dua. Melati mengetap bibirnya. Ah, ini yang dia tidak mahu dan cuba elakkan.
"Boleh saja. Lagi meriah. Melati okay?" Puan Maria bertanya sambil memegang bahu Melati. Melati tersenyum paksa. Sudahlah berdebar untuk membuat perbentangan didepan Puan Maria dan David. Kini ditambah pula dengan kehadiran Lucas, lagi berdebar rasanya.
❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。
Melati merasakan tekaknya bagai kering. David sedang mengambil barangnya di luar manakala Puan Maria meminta diri untuk ke tandas terlebih dahulu. Kini tinggal Lucas dan Melati sahaja.
Air kotak dihadapan Melati dicapai nya, namun mungkin Melati terpicit kotak itu terlebih kuat. Air terpancut keluar membasahi meja. Gelabah Melati dibuatnya.
"It's okay, Melati." Lucas berkata lembut lalu menarik helaian tisu demi helaian dan mengelap meja.
"No, let me do it," kata Melati , turut juga cuba mencapai kotak tisu. Lucas menolak kotak tisu itu agak berada lebih jauh daripada Melati.
"I know you can do it... But let me do it for you." Lucas memandang Melati sedikit serius. Lidah Melati menjadi kaku. Hatinya bergendang dengan lebih rancak.
Tidak pernah dirinya rasa begitu. Seolah dijaga bukan kerana dia perlu dilayan begitu tetapi kerana dia layak dilayan sedemikian. Sebelum ini dia terbiasa membuat segalanya sendiri. Hati Melati yang mencair dengan laju ini memerlukan peti sejuk beku untuk mengembalikan kejadian hatinya pada yang asal.
"Oh.. Thanks." Melati memerhatikan sahaja Lucas yang sedang fokus membersihkan meja sehingga kering. Fikirannya bermain pelbagai soalan. Mengapa dia sering dilayan bagaikan puteri apabila dengan Lucas? Adakah Lucas menaruh perasaan atau Melati saja yang berfikiran terlalu jauh.
"Dah siap." Lucas berkata ceria. Kemudian dia bergerak ke tong sampah sambil menyanyi kecil. Walaupun hanya bersenandung, tetapi sebenarnya boleh tahan merdu suara Lucas rupanya.
Kadang-kadang sakit hati juga melihat Lucas ini, saban hari ada saja keistimewaan Lucas yang bertambah. Melati akan cuba juga mencari sekurang kurangnya satu kelemahan Lucas suatu hari nanti. Dengan harapan mungkin perasaan yang dia rasai akan berlalu. Manalah tahu mungkin Lucas seorang yang pengotor. Haa, bukankah akan membantutkan perasaan mana-mana perempuan jika lelaki itu pengotor.
Tetapi bukankah baru sebentar tadi Lucas membuktikan dia seorang yang pembersih dengan membantu membersihkan air yang tumpah di atas meja. Melati menggelengkan kepalanya tanpa sedar.
Tak lama kemudian, muncul tubuh David dan Puan Maria. Melati pun diminta untuk memulakan perbentangan. Dengan lafaz bismillah, pertama sekali Melati memperkenalkan setiap seorang di dalam bilik itu secara formal termasuk dirinya.
Kemudian, dia memasuki topik tanggungjawab dan peranan dia sebagai pelatih disitu. Diterang satu persatu dengan jelas agar semua dapat memahaminya. Lucas mendengar dengan penuh fokus. Apabila mata Melati terpaut pada Lucas, Lucas menganggukkan kepala sambil tersenyum , mendorong Melati untuk mengekalkan momentum perbentangan.
Jujur melihat Lucas memandangnya begitu, sedikit sebanyak menganggu fokus Melati. Segala fikiran mengenai Lucas segera Melati tepis kerana dia perlu fokus untuk menghabiskan sesi ini dengan lancar.
Slaid powerpoint seterusnya menceritakan skop pekerjaannya pula. Setiap titik utama skop disertakan dengan contoh sebagai bukti. David mengangguk tanda bersetuju dengan segala informasi yang Melati gariskan.
Tidak lupa juga diselitkan cabaran yang dihadapi sepanjang latihan industri ini. Akhir sekali, Melati menutup pembentangan itu dengan berkongsi skill dan ajaran yang dia telah dia belajar.
" My communication skills are definitely being honed as I report to the product owner, programmers as well to the COO" kata Melati dengan penuh yakin.
"Is there any question?" tanya Melati setelah habis perbentangannya. Puan Maria hanya bertanya soalan teknikal mengenai skop kerja Melati. Setelah Melati menjawabnya, David juga menyampuk untuk memberikan penerangan lanjut.
"Bagus. Saya boleh nampak betapa banyak Melati telah belajar dan kemajuannya sangat memberangsangkan. Akhir soalan saya, adakah Melati akan dipertimbangkan untuk menjadi pekerja tetap?" Puan Maria berseloroh membuatkan Melati sedikit terkejut.
"Of course. Jika melati ingin teruskan, kita boleh berbincang dengan lebih ..," mata Lucas memandang Melati seolah meminta tolong Melati menyambung ayatnya.
"lanjut..." sambung Melati sambil ketawa kecil. Puan Maria pula ketawa melihatnya.
❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。
Setelah Puan Maria berlalu, Melati melentokkan kepala di atas meja. Lega rasanya telah selesai pembentangan. Hanya perlu siapkan laporan sahaja kemudian Melati akan selamat tamat pengajiannya selama tiga tahun.
"You did really well, Melati" puji Lucas yang begitu kagum dengan Melati.
" Agree. Masa I jadi intern dulu, hujung perbentangan itu I cakap terima kasih atas pembentangan tadi," sambung David membuatkan ketawa Melati dan Lucas meletus.
" Lepas tu, pensyarah I memang ketawa besar. Dia cakap itu skrip dia. Kenapa I yang cakap."
"You pula macam mana? Apa pengalaman you?" timbul rasa ingin tahu Melati mengenai pengalaman Lucas.
"Oh, after I introduce myself. The next slide makes my brain go so blank that I look at my lecturer and said, what is this?" jawab Lucas dengan tangannya menutup mata.
"Dey, you yang buat slide. Kenapa you pulak tanya ?" David memang sudah pecah perut. Entah kenapa perbualan ini menjadi sesi mengenang masa lampau yang memalukan pula.
"Okay, I rasa better kita sambung meeting terus. Anyone disagree? " Lucas membuka skrin komputer ribanya. Mood 'boss' nya sudah tiba.
"I disagree, boss. I-" David ingin bergurau tetapi melihat Lucas memandangnya seperti singa membuatkan lawaknya berhenti separuh jalan.
"I..change my mind. Melati boleh teruskan agenda kita," David menggaru kepalanya yang tidak gatal. Melati pula hanya ketawa kecil saja.
Lucas menyambung memandang skrin , tangannya ligat menaip. Melati pula segera membuka peta minda yang dia dan David telah buat bersama-sama.
"So, Regarding TYC company, we have several things need to.." ayat melati terhenti apabila matanya menangkap Lucas masih lagi fokus menaip.
"Lucas." panggil Melati.
"Hmm," sahut Lucas pendek.
"Look at me," kata Melati tegas. Entah daripada mana datang aura ni, boleh pula Melati buat perangai begini. Siapa pelatih dan siapa pula majikan ini? Yang pasti, Melati memang pantang kalau orang tidak fokus apabila dia bercakap. Lagi-lagi perkara penting.
Spontan Lucas memandang Melati. Mukanya sedikit serius. Melati sudah panik tetapi dia cuba menyorok reaksi mukanya.
"With pleasure, my focus is all ... yours." Kini kedua-dua keningnya terangkat. Tangannya menutup skrin komputer ribanya kebawah sambil mulutnya menggariskan senyuman nakal yang begitu halus.
Hati melati sudah huru hara. Lampu kecemasan dinyalakan di dalam otaknya. Cepat-cepat Melati meneruskan kata-katanya. Lemah betul rasanya apabila bertubi-tubi serangan Lucas padanya hari ni. Sentiasa berjaya membuat dirinya terumbang ambing dengan pelbagai jenis senyuman.
Mulut si Lucas ni pun boleh tahan juga manisnya ya. Pandai dia menyusun perkataan untuk membuat Melati tidak tentu arah.
Jingga. Warna hangat yang membuatkan badan Melati berkerja keras untuk menurunkan suhu badan Melati. Inilah sisi jingga Lucas, getus hati Melati.
Jingga sinonim dengan matahari berada di hujung laut. Persoalannya adakah ia terbenam atau pun terbit? Bergantung pada anda.
Share this novel