Bab 4

Romance Completed 14176

"Goodluck, Melati. We got this!" Insyirah menggengam tangan Melati seolah-olah mengalirkan semangatnya ke diri Melati.

"Kau pun sama. Goodluck Ira. Jom buat terbaik untuk dapatkan four flat semester ni. Jumpa lunch nanti."Giliran Melati pula memberi semangat. Nampak sangat kedua-dua pelajar ini sebenarnya sedikit gementar. Al-maklumlah, pertama kali menjejakkan kaki ke alam pekerjaan meskipun hanyalah sebagai pelatih.

"Bye!" Ucap Melati sambil melambaikan tangan pada Ira yang kini makin menjauh. Pejabat Insyirah terletak selang dua tiga bangunan daripada tempat Melati berada sekarang. Mereka sememangnya sudah merancang agar lokasi tempat latihan industri mereka saling berdekatan.

Setelah menghela nafas dengan dalam, Melati pun bergegas ke pintu masuk pejabat. Kaunter pertanyaan menjadi destinasi pertama Melati.

"Hi, intern Mr.David?" Pekerja di kaunter itu rupanya sudah sedia maklum akan kedatangan Melati sebagai pelatih. Melati pun apa lagi, mengiyakan ajalah.

"Tingkat dua, belok kanan." Arah pekerja itu tadi.

Sebaik memasuki lif, Melati pun menekan punat nombor dua. Bangunan ini tidaklah tinggi. Hanya empat tingkat sahaja. Setiap tingkat, terdapat syarikat yang berbeza menyewa sekali dalam satu bangunan. Elok sahaja pintu lif ingin terkatup, kelihatan tangan menghalang pergerakan pintu lif itu tadi.

" Sorry..," Muncul wajah Lucas di balik pintu lif itu dengan segaris senyuman. Melati terkesima melihat senyuman Lucas. Cepat-cepat Melati ke sudut bertentangan untuk memberi ruang pada Lucas menekan punat lif.

"Oh, David's intern?" Tanya Lucas.

"Yes.."

"How do you know?" tanya Melati kembali dalam kehairanan.

"I worked there. Second floor. See?" Jari telunjuk Lucas menuding ke arah butang yang Melati tekan tadi. Melati tersenyum sambil mengangguk. Lif mula bergerak ke atas membawa Lucas dan Melati.

"Ladies first," kata Lucas sambil tersenyum memberi laluan Melati keluar terlebih dahulu.

"Thanks," ucap Melati ringkas. Cis, tekaan Suria betul. Hatinya sudah mula berasa sesuatu. Melati mencemuh dirinya dalam diam. Keep it together,Melati!

Mereka berdua berjalan beriringan sampai ke pintu pejabat. Dada Melati usah dikata, ibarat sedang menari samba. Lucas menekan beberapa digit nombor sebagai kata laluan. Sekali lagi, Lucas menahan pintu untuk Melati.

"Morning" Sejurus Lucas mengucapakan selamat pagi, satu pejabat turut membalas ucapan itu. Muka David bersinar daripada jauh melihat pelatihnya sudah tiba.

"That's your supervisor, Mr. David. He will show you around,"

Melati menghadiahkan senyuman apabila staf-staf yang sedang tekun bekerja memandang ke arahnya.

"Welcome to the team, Melati," Lucas berkata ikhlas. Mulutnya mengukir senyuman lagi buat Melati. Mata Lucas juga turut membentuk senyuman dek kerana bentuknya yang sedikit sepet.

Melati melihat saja Lucas pergi menuju ke bilik pejabatnya. Apa yang berlaku ni? Takkan hari pertama dah macam ni. Melati menelan air liur yang tiba-tiba terasa kelat di tekaknya.

❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。

David menarik kerusi pejabat lalu diselitkan separuh ke bawah meja baru yang kini milik Melati. Melati pula memerhati dengan penuh meja. My very own space!

"Here's your table. Lucas asked me to seat you here. The last person who sat here was probably about a year ago or so."

"No worries. It's not haunted. You still ada kawan dekat sebelah," sambung David lagi apabila melihat muka Melati bagai terkejut mendengar penjelasan terakhir dia tadi.

"Woi, Riya. Be nice lah. Intern baru masuk ni," Gadis india yang duduk bersebelahan dengan meja Melati menggulingkan matanya ke atas.

"Eh Eh.. Aku tak ada buat salah apa apa pun. Kau ni memang cari pasal lah, David. Mokka podatha," Riya mendengus. Mata Riya kini beralih pada Melati

"Hai, Melati is it? You jangan percaya sangat cakap mamat ni. Dia memang suka menuduh orang," Riya membela diri.

"What did I do? I suruh you tegur dia je. Cakap hai ke,"

Melati pula hanya ketawa menyaksikan pergaduhan antara mereka. Mungkin kerana terlalu geram, Riya mencapai fail berdekatan dan memukul lengan David.

"Ouch! What's this? Domestic violence," David seakan menuang minyak pada api kemarahan Riya.

"Apapun Melati, if you need anything, just let me know ya. If David buli you, you bagitau I okay?" Riya berkata dengan penuh mesra.

"Melati, actually Riya yang selalu buli I," luah David berpura-pura sedih. Lagilah Melati ketawa sambil menutup mulutnya. Riya untuk kali kedua, menampar pula paha David. Ketika Melati sedang ketawa, matanya terpaut pada pandangan Lucas yang sedang memerhatikan dia daripada dalam bilik pejabat itu. Cepat-cepat Melati mengalihkan pandangan. Tak kuat rasanya nak berlawan mata dengan majikannya itu.

"But why her seat is here, though? " Riya bertanya kepada David. Melati mendengar sahaja sambil membuka beg laptopnya. Dikeluarkan barang-barang seperti buku, botol air dan alat tulis.

"I don't know. Ask Lucas," David mengangkat bahunya.

"By the way Melati, later the IT guy will come and set you table. You will have your own laptop, monitor, mouse and what else? Ya, keyboard. If you need anything, let me know. I will email you the documentation for you to study this week," David pun berjalan ke mejanya selepas meninggalkan pesanan buat Melati. Sempat lagi dia mengusik Riya dengan menekan papan kekunci Riya bagai pemain piano.

Melati betul-betul terhibur melihat Riya dan David bergaduh. Melati melihat suasana pejabat itu sambil tangannya mengelap meja barunya dengan tisu basah. Mejanya benar-benar berhadapan dengan bilik Lucas. Pintu bilik lucas mempunyai cermin yang membolehkan orang luar melihat isi dalam bilik itu. Oleh itu, dapatlah Melati melihat susun atur bilik Lucas walaupun agak terbatas.

Lucas kini sedang membelakangi Melati, memandang tingkap sambil bercakap dalam telefon. Dapatlah Melati merenung Lucas dengan lebih lama.

"Lucas tu, lelaki dalam bilik tu ke?' tanya Melati pada Riya.

" Yes, he's one of the boss," jawab Riya tanpa memandang ke arah Melati.

"Oooh, I see."

Sungguh kacak orangnya. Berpakaian kemas dengan memakai sut lengkap. Tak sangka pula ada majikan semuda Lucas. Biasanya, yang taraf pakcik pakcik saja.

Aduhai hati, tenanglah. Orang macam Lucas ni mesti sudah ada teman wanita. Kalau bujang pun, mana ada dia akan pandang perempuan biasa macam Melati ni.

Tidak lama kemudian, meja Melati sudah dihiasi dengan barang-barang keperluan sebagai seorang pekerja. Skrin komputer yang besar menutup pemandangan indahnya.

Dapatlah Melati mencuri-curi mengintai keberadaan Lucas. Ish apa ni.... Fokus fokus.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience