Apabila air botol Melati sudah hampir penuh dengan air, Melati pun memberhentikan isian daripada mesin Corway. Sewaktu menutup kembali penutup botol airnya, badannya turut berpusing menghala ke pintu masuk pantri. Tanpa sedar bahunya terlanggar badan seseorang.
"Sorry," kata Melati yang cepat-cepat mengangkat muka. Wanita berbangsa iban yang dikenali dengan nama Anne itu tersenyum kelat lalu turut mengisi air di cawannya. Melati terasa kekok pula. Bukan sekali dua kali dilayan begini oleh Anne. Entahlah, Anne seperti tidak gemar berinteraksi dengannya.
Tidaklah pula dia pernah mendengar daripada mulut Anne sendiri menyatakannya, namun wanita yang mencecah 30 tahun itu menunjukkan daripada bahasa tubuhnya. Pernah juga Melati cuba beramah mesra dengan cuba berbual apabila terserempak di pantri, namun dia hanya menjawab endah tidak endah.
Dia bersangka baik jelah, mungkin orangnya jenis tak banyak bercakap, dan serius bekerja. Mungkin juga stress di rumah. Siapa tahu? Tapi Anne sangat manis orangnya. Apabila tersenyum, nampak begitu comel. Sayang, tidak sekali pun dihadiahkan senyuman itu pada Melati.
Pagi rabu itu, Lucas hadir ke pejabat dengan lebih awal. Selalunya pukul sembilan atau sepuluh baru muncul, namun jam dinding baru mencecah 8:30 pagi. Usai membuat secawan kopi, dia segera memasuki bilik mesyuarat. Tak lama selepas itu, Riya, Anne dan beberapa kakitangan yang lain turut menyertainya.
Selang beberapa minit, kedengaran bunyi ketawa Anne dan Lucas berselan-seli. Aduh, cemburu pula. Melati ingin terus sentiasa menjadi perhatian Lucas. Sekarang, punca ketwa itu bukan kerana Melati.
"Ish, fokus Melati. Kau tu datang sini sebab nak belajar bukan bercinta. Dia tu majikan. Cuba sedar diri sikit," bisik hati Melati. Dia teruskan saja menyambung kerjanya. Tak lama kemudian, Melati bangun daripada duduknya untuk ke David. Tangannya menjinjing buku nota. Sebaik sampai sahaja di meja, terlihat David sedang khusyuk menekan tetikus, melukis gambar rajah.
"Hi, David. Sorry kacau." Melati membuka bicara lalu menarik perhatian David untuk memandangnya.
"Ya, putih-putih Melati. Merah-merah delima," sahut David dalam gurauan. Sempat juga dia menyanyikan bait-bait lagu daripada kumpulan ST-12 berjudul Putih-Putih Melati.
"Menyesal I tunjuk lagu tu kat you,"keluh Melati sambil sebelah tangannya bercekak pinggang. David pula sudah ketawa besar. Bersungguh-sungguh dia belajar chorus lagu itu hanya untuk menyakat Melati.
"I nak tanya mengenai projek dengan TYC." Melati menyambung kembali niatnya yang telah tertunda kerana lawak jenaka David.
"Okay, teruskan."
"You dah dapatkan pengesahan daripada Encik Daud ke belum?"
David mengerutkan dahinya. Kepalanya tiba-tiba tidak dapat mengingati tujuan pengesahan tersebut.
"About what?" tanya David kembali.
"Flow kita bincang haritu."
"Oh, sorry. Can you help me ask him instead?"
"Sure!"
"Thanks"
Melati beralih ke pintu Encik Daud lalu mengetuknya perlahan. Bibirnya diketap apabila tiada respons.
"Putih-putih Melati. Kuat sikit ketuk tu," jerit David daripada jauh membuatkan staf yang lain memandang Melati. Malu rasanya tetapi digigihkan penumbuk tangan untuk mengetuk lebih kuat.
"Masuk,"sahut Encik Daud daripada dalam. Melati hanyak menjengah sahaja separuh badannya ke dalam bilik Encik Daud.
"Assalamualaikum Encik Daud, flow yang kita bincang untuk TYC, Encik Daud dah tengok ke?"
"Nanti email pada saya. Tangan saya ni ada dua saja. Tak sempat nak uruskan semua," Encik Daud berseloroh sambil menunjukkan kedua-dua tapak tangannya pada Melati.
"Nasib baik dua saja tangan. Kalau ada empat, saya lari dulu,"gurau Melati.
" Kalau empat tangan, saya yang pengsan dulu," ujar Encik Daud sambil ketawa. Melati juga turut tertawa dengan loyar buruk mereka dan lantas menutup pintu bilik Encik Daud. Badannya menghadap meja David sambil matanya mencari mata David.
"Encik Daud minta tolong email padanya. Takpalah, I yang email,"kata Melati menawarkan pertolongan. Rasanya David pun kesibukan hari ni.
"You're the best. Thanks!" Tak lupa David mengucapkan kata penghargaan.
Setiba di meja, Melati mencapai telefon bimbitnya dan terlihat mesej daripada Insyirah. Segera dia buka untuk melihat kandungan mesej itu
"Melati, aku balik awal hari tau. Ambik cuti separuh hari. Tak tahan sakit, lemah rasa badan nak kerja ni" - Insyirah
"Okay, take care. Dah sampai bilik bagitau." - Melati
Nampak gayanya, dia akan balik keseorangan lah hari ni.
❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。
Melati memandang hujan lebat yang bertubi tubi jatuh ke bumi. Sesekali kedengaran bunyi guruh memberi amaran akan petir yang bakal tiba. Dia mengumpul semangat untuk bertempur dengan peluru peluru hujan sebentar lagi. Elok sahaja dia ingin berangkat, namanya dipanggil. Segera Melati berpaling memandang arah suara itu.
"You naik LRT kan?"tanya Lucas dengan nada suara tinggi kerana ingin melawan bunyi bising hujan.
"Ha'ah," jawab Melati pendek sambil menganggukkan kepala.
"Come," ajak Lucas sambil kepalanya di telengkan sekali ke kanan. Kemudian Lucas berjalan menuju ke keretanya yang berhadapan bangunan itu. Oh, rupanya kereta yang terletak cantik di kotak meletakkan kenderaan VIP itu milik Lucas. Terdapat juga ruang yang lain, cuma pemilik-pemiliknya pasti sudah pulang awal.
Melati teragak -agak ingin mengikutnya, tetapi bunyi petir mengubah niatnya dan segera dia membuntuti Lucas. Lucas menekan butang di kunci keretanya sebelum membuka pintu untuk Melati.
"Ya Allah, betul- betul dia layan aku ni macam puteri," getus hati Melati. Tipulah kalau hati Melati tak terusik ya kan?
"Kawan you mana?" Tanya Lucas sejurus memasuki perut kereta nya.
"Oh dia balik awal hari... Eh? Macam mana you tahu?"
"I ada nampak haritu," Lucas meletakkan tangan kirinya di kerusi Melati sambil kepalanya dipusingkan memandang belakang. Fokus diberi sepenuhnya ketika Lucas mengundur kan kereta.
"Look handsome is it?" sempat Lucas melirikkan senyuman nakal pada Melati sebelum ketawa berdekah membuat Melati tertunduk malu. Segera Melati pandang ke luar tingkap sambil turut tertawa untuk menyembunyikan perasaannya. Gearnya ditukarkan ke D yang langsung membawa kereta ke hadapan.
"This morning, we're having a fun meeting." Tanpa ditanya, Lucas mula membuka bicara.
"Oh really? Pasal apa?"
"We're planning to have an event like a family day. So, kita semua boleh ..err bonding.. Ya, I tak tahu bonding dalam bahasa melayu apa,"akui Lucas sambil menyengetkan kepalanya ke kanan.
"Hmm, bonding? Merapatkan sillaturahim ke?" Melati juga turut membuka kamus yang tak seberapa tebal dikepalanya.
" Haa? Rahim? Itu bukan womb ke?" Terkejut Lucas dibuatnya mendengar perkataan asing itu. Terhambut ketawa Melati dibuatnya.
"No lah, maksudnya macam hubungan lah. Perkataan tu daripada bahasa arab kalau I tak silap,"terang Melati seraya mengelap air matanya yang mula bertakung di mata. Sampai sebegitu sekali Melati ketawa ya.
" Oooh-"
"Nak pergi mana?"
"Mungkin pergi ke pantai. Masih dalam perbincangan." Lucas mencari tempat untuk dia memberhentikan kenderaan untuk menurunkan Melati di LRT itu.
"Oh, I like beach. "
"I like talking to you." Lembut sahaja Lucas berkata-kata membuatkan Melati terkelu.
"Wait here ya." Lucas mencapai payung lipat dibawah kerusinya lalu meredah hujan untuk ke pintu kereta yang Melati berada. Lalu dibukakan pintu untuk Melati dan dibimbingnya Melati hingga selamat sampai ke bawah bumbung bangunan itu.
"Ambil je payung ni. Take care. Text me when you arrive home."Lucas berjalan mengundur sebelum berlari memasuki keretanya.
Melati mula berjalan menaiki tangga sambil otaknya ligat berfikir mengenai layanan Lucas hari ni. Apa ni? Kenapa makin banyak punca yang memberi makan pada delulu Melati ini? Segera Melati tepis tepi dan bergerak laju untuk memastikan dia sempat menaiki gerabak untuk pulang ke asramanya.
Halu! Dua tiga batang susuk, Buang dua tinggallah satu, Kalau mahu dimaklumkan bila bab baru masuk, Jangan lupa tekan butang follow tu. kekeke merapu je pantun
Share this novel