Bab 1

Romance Completed 14176

Suasana pada petang rabu itu kelihatan amat menenangkan. Suhunya menyamankan meski cahaya matahari bertebaran di serata asrama yang menempatkan siswi-siswi. Namun begitu, tidak pada insan bergelar Melati. Hatinya kini resah dan gelisah. Matanya asyik melihat waktu yang tertera di sudut komputer ribanya.

"3 minit lagi!"jerit Melati kegusaran sambil menggunakan tangannya untuk mengipas mukanya yang sudah sedikir berpeluh.

Kelihatan seorang lagi siswi wanita sedang santai berbaring di atas katil memandang Melati dengan penuh lucu. Mulutnya sedang mengunyah kerepek tetapi kotak suaranya masih boleh bekerja, menertawakan kawannya.

"Relaks, Melati. Jangan overthinking. Ini job interview, bukannya press conference. Kau boleh buat ni. Semalam kau berlatih seharian kan?," kata insyirah selamba sambil menyumbat lagi serpihan kerepek.

"Kalau aku lupa apa yang aku hafal macam mana? Entahlah ira, kenapa aku nak gugup macam ni. Benda kecil je. Aku pun tak faham. Kau ambil lah jantung aku kejap. Bawak dia jauh-jauh. Habis interview nanti, pulang balik dekat aku," seloroh Melati sambil bersandar di atas kerusi. Matanya ditacapkan ke kipas yang sedang berputar. Kata- kata Melati itu tadi membuatkan Insyirah ketawa terbahak-bahak. Namun, Melati hanya tersenyum kecil.

Tangannya merasa sejuk memikirkan sebentar lagi dia akan menghadiri temubual kerja secara atas talian. Sudah sedia maklum pelajar tahun terakhir akan menjalani latihan industri sebelum layak menjadi graduan. Untuk universiti yang Melati kini sedang belajar, masa yang ditetapkan untuk menjalani latihan industri adalah 6 bulan. Oleh itu, penting untuk para pelajar memilih lokasi yang sesuai sekiranya mereka bergantung harap dengan pengangkutan awam.

Insyirah sudah berjaya menemukan syarikat untuk dia berkhidmat sebagai pelatih. Mungkin kerana itu dia kelihatan lebih tenang berbanding Melati yang sudah di saat-saat terakhir masih belum lagi menjumpai syarikat yang sudi mengambilnya.

"Okay, bagilah jantung kau. Aku jaga elok-elok. Kejap aku cari tupperware," Insyirah bangkit daripada perbaringan lantas menjengah ke bawah katil. Melati mengalihkan pandangan daripada kipas ke Insyirah yang sedang terbongkok-bongkok.

"Kotak kasut boleh tak?" Tanya Insyirah.

"Kesian pulak jantung aku nak duduk dalam kotak. Nanti dia melompat keluar macam mana?,"kata Melati turut menyertai senario merapu Insyirah.

"Kita biar jelah dia melompat sampai dia penat," Sejurus saja Insyirah berkata demikian, meletus ketawa antara dua kawan baik itu.

"Wei, dah masuk!" Cepat- cepat Melati membetulkan tudungnya. Dia menarik nafas sebelum menekan ikon kamera dan mikrofon di komputer ribanya. Insyirah cepat-cepat menutup mulut menahan ketawa yang masih bersisa.

Kelihatan muka seorang lelaki india sedang menyelak kertas di hadapannya. Dia memperkenalkan diri dia sebagai Mr.David. David memulakan temuduga itu dengan soalan-soalan biasa seperti sudah makan atau belum, berasal daripada mana dan latar belakang keluarga. Soalan ini semestinya ditanya untuk mengurangkan kegelisahan calon. Melati kemudian memperkenalkan dirinya mengikut skrip yang sudah dia hafal.

Temuduga itu berjalan lancar seperti apa yang Melati harapkan. Semua soalan David dapat dijawab oleh Melati tanpa ragu.

"So, are you a perfectionist ?" tanya David sambil membetulkan kedudukan cermin matanya.

"Yes! I am," langsung Melati jawab tidak teragak-agak, menelan air liur di sebalik tudungnya.

"Wow, interesting! Usually, candidates either say 'not really' or they say 'yes' but sound so unsure. But you, Melati, you looked confident. Now tell me, in what way are you a perfectionist?" David semakin berminat mendengar penjelasan Melati.

"Oh-uh. Melati..Melati.. kenapa lah over confident sangat ni," getus Melati di dalam hati.

"Well, thank you for noticing" Melati mengukir senyuman sambil menganggukkan kepala. Otaknya sedang ligat memikirkan jawapan untuk diberi.

"I believe my perfectionist tendencies manifest in my attention to detail and my dedication to producing high-quality work. For instance, when I'm working on a project, I tend to meticulously review every aspect to ensure it meets the highest standards," lancar Melati berkata-kata. Mata David bagai bersinar mendengar jawapan Melati.

"If you accept me as an intern, I can demonstrate my perfectionist side," tambah Melati lagi. Fuh, padu betul ayat kau melati.

David tersenyum puas mendengar jawapan Melati. Dia kemudian memuji cara Melati mengawal perbualan mereka.Tenang tetapi yakin. Mudah tetapi padat. Temuduga yang terasa panjang itu akhirnya berakhir. David memaklumkan yang Melati akan menerima maklum balas dalam masa terdekat.

"Yes! I am," perli Insyirah sambil ketawa terkekeh-kekeh. Mengingati kembali adegan Melati begitu yakin dirinya seorang yang mementingkan kesempurnaan.

"Muka aku ni perfectionist? Memang tidaklah. Hantar assignment pun boleh tersalah eja nama pensyarah," Melati pun turut menyertai Insyirah mengutuk dirinya sendiri.

"Tapi baguslah cara kau jawab. Confirm dapat punya ni. Jadi, boleh lah kita pergi kerja sama-sama nanti,"puji Insyirah.

"Okay dah, jom makan tengahari. Aku dah lapar tunggu kau ni. Kau lapar tak?" Insyirah berjalan mendekati almari untuk menggapai tudung.

"Hehehe.." Melati tersengih memandang Insyirah. Apabila mata mereka bertaut, spontan keduanya memikirkan ayat yang sama.

"Yes! I am," serentak Melati dan Insyirah berkata. Bilik itu kemudian dihiasi lagi dengan gelak tawa dua orang anak dara itu.

❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。 ❀°。

David membuka peti ais yang terdapat di pantri pejabat itu. Matanya melilau mengimbas air tin pelbagai jenama dan perisa yang tersusun kemas. Found it! Air bikarbonat juga menjadi pilihan seleranya.

"David! How's it?" tegur seorang lelaki cina yang muncul entah daripada mana.

"Oi... No greeting?" David menggelengkan kepala sambil meneguk air itu tadi. Lelaki itu mengangkat kedua-dua tangannya separa bahu menandakan tanda maaf.

"It went well. She's great. You'll like her, Lucas," jawab David sambil melonggarkan tali lehernya. Terasa rimas pula rasanya walhal pendingin hawa berfungsi dengan baik.

"Oh, that's good to hear. How many more you need to interview?" tanya Lucas sambil menyandarkan bahunya ke peti ais.

"This is the last candidate. I think lah...," David menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"You think? Apa lah ," Lucas mengusik David. Jelas kedengaran pelat pertuturannya apabila perkataan bahasa melayu disebut.
Mata David dan Lucas lantas memandang ke arah pintu masuk pantri apabila bunyi tapak kaki kedengaran semakin menghampiri.

Kelihatan dua orang staf wanita memasuki ruang tempat mereka berada dan salah seorang menuju ke singki. Lagi seorang menunduk malu apabila matanya memandang Lucas. Cepat-cepat mereka berlalu meninggalkan David dan Lucas yang perbualannya masih tergantung.

"They definitely have a crush on you, bro," David mengangguk ke atas lalu meneguk sekali lagi airnya. Kali ini, hampir separuh air tin itu ditelannya.Lucas mengangkat bahunya tanda tidak ambil peduli. Dia juga tidak percaya dengan kata-kata kawan sekerjanya itu. Baginya, sudah sedia maklum para pekerja akan tunduk hormat apabila terdapat kehadiran dia.

"Smart, handsome and .. what else?" David memandang Lucas atas bawah.

"And also your boss. Now, get to work," Lucas mula mengangkat kaki untuk keluar dari pantri itu. Sempat juga dia menumbuk mesra bahu David.

"Aye..aye.. boss," David kemudian menghabiskan segala sisa airnya sebelum mencampak bekas tin yang kini kosong ke dalam tong sampah.

Matanya kini menghantar Lucas keluar menuju ke bilik peribadinya. Lucas adalah salah seorang pengasas syarikat DLXpert Solutions. Dua orang lagi adalah Encik Daud dan Encik Shawn Xiao. Mereka bertiga berkerjasama menubuhkan syarikat ini 4 tahun lepas. Hasil gabungan nama mereka bertiga telah terciptalah nama syarikat itu. Huruf D untuk Daud, L untuk Lucas dan X pula sempena nama cina Encik Shawn.

Antara mereka bertiga, Lucas adalah paling muda. Namun, kematangannya berfikir membolehkan dia boleh bergerak seiring dengan Encik Daud dan Encik Shawn. David pun baru dua tahun bekerja di situ namun dia sudah masak dengan perangai majikan-majikannya. Encik Daud suka bergurau dengan para pekerjanya dengan lawak jenaka bapa-bapa. Kalau tidak melayan lawak loyar buruk, tidak sesuai lah duduk semeja dengan Encik Daud. Sekali dia ketawa, satu pejabat boleh mendengarnya. Encik Shawn pula seorang pendiam dan serius. Apabila dia memasuki pejabat, dia akan terus bergegas ke biliknya. Tidak pandang kanan atau kiri langsung. Lucas pula, memandangkan dia paling muda, dia paling rapat dengan para pekerja terutama David. Mungkin kerana faktor umur, para pekerja senang ingin berbual dengan Lucas.

Namun yang pasti, mereka bertiga kalau masuk mood bekerja, muka masing-masing serius ya. Kalau mereka berada di dalam bilik mesyuarat. Suara mereka berbincang boleh didengari hingga ke luar. Macam gaduh pun ada juga. Sekejap berbahasa melayu, sekejap pula berbahasa inggeris kemudian berbahasa mandarin.

Syarikat ini juga memang sentiasa mengambil pelatih. Fakulti kejuruteraan memang mempunyai hubungan baik dengan DLXpert Solutions. Nah, bercakap mengenai pelatih. Mindanya teringat kembali kepada pelajar bernama Melati.

"Oh ya.., I need to inform HR," David mengatur langkah keluar. Dia harus memaklumkan bahawa Melati diterima sebagai pelatih. Jika Melati bersetuju, dapatlah mereka berkerja bersama-sama bulan tiga nanti.

What is this section? my thoughts? ahh, welp. Enjoy reading. I'll upload more soon. Your patience is my greatest gift

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience