Kunci daripada dalam poket baju kurung Melati dikeluarkan untuk membuka pintu biliknya. Tangan kirinya sedang memegang plastik putih berisi makanan manakala tangan kanannya kini sedang memutar tombol pintu. Melati memberi salam serentak apabila kaki kanannya melangkah. Kelihatan Insyirah sedang terbaring lesu.
"Dah makan ubat?" Tanya Melati lembut selepas meletakkan plastik makanan di atas meja belajar Insyirah. Insyirah pula hanya menganggukkan kepala saja. Rasa simpati Melati mengalir melihat Insyirah.
Tiba-tiba telefon Melati berbunyi dan tertera nama Ikram, teman lelaki Insyirah.
"Ira okay ke? Aku on the way datang ni." Tanpa memberi salam, terus diserbu dengan soalan si Ikram ni.
"Sabar-sabar. Salam pun tak ada bagi ni. Dia tengah berehat ni. Kau nak cakap dengan dia ke?"
"Sorry Melati. Boleh juga. Aku call dia tak angkat. Tapi kalau dia tidur tak apa, biar je."
Melati toleh ke kanan melihat Insyirah. Ya, betullah sudah nyenyak tidur.
"Ikram, sorry. Dia dah tidur. Takpa, aku pun dah belikan makanan untuk dia. Nanti aku pastikan dia makan malam."Melati cuba menenteramkan hati Ikram yang bagai mak kehilangan anak itu.
"Okaylah macam tu. Apa-apa jangan segan hubungi aku." Suara Ikram mulai kendur.
"Bye." Melati pun mematikan panggilan telefonnya. Dia pun segera pergi ke tandas untuk mandi. Sewaktu mandi, fikiran Melati hanya terbayang-bayangkan wajah Lucas sahaja. Entahlah, otaknya seakan memutar kembali kejadian tadi. Daripada pintu dibuka kan untuknya, kemudian senyuman nakal itu dan seterusnya memayungkan Melati.
Bagaimanalah hati perempuan seperti Melati, lagi-lagi yang tidak pernah dimiliki itu tidak akan cair? Melati mengeluh seketika. Dia harus membuang perasaan ini secepatnya sebelum ia bercambah menjadi parah. Insyirah pernah berkata lelaki bukan melayu selalunya memang sangat budiman. Memanglah, mereka tiada istilah menjaga ikhtilat. Jadi, tiada apalah yang mereka perlu khuatir.
Lelaki melayu yang pastinya majoritinya beragama Islam perlu menjaga pandangan mata dan juga mengamalkan adab ketika bergaul dengan perempuan bukan mahram.
Usai mandi, Melati lekas mendirikan solat mahgrib. Ketika berdoa, dia tidak lupa memohon bantuan Allah untuk menghapuskan perasaan ini. Dalam keadaan masih bertelekung, dia mendekati Insyirah lalu cuba mengejutkan Insyirah.
"Ira, dah masuk waktu." Lembut sahaja suara Melati memberitahu. Dalam kepayahan, Insyirah gigihkan juga dirinya untuk bangun ke tandas demi menunaikan tanggungjawab sebagai seorang hamba. Melati pula mencapai al-quran pemberian nenek lalu dibaca dengan alunan yang cukup merdu. Alhamdulilah, memandangkan nenek seorang guru mengaji, pastilah cucu-cucunya sedikit sebanyak akan terkena tempias.
Namun sekarang, nenek sudah bersara. Dia tidak larat untuk terus mengajar. Tepat pukul 8:35 malam, Melati dan Insyirah kini duduk berhadapan di atas lantai beralaskan tikar getah. Mereka membaca doa makan sebelum menjamah makanan malam yang Melati beli.
"Kau macam mana sekarang?" Tangan Melati dilekatkan pada dahi Insyirah. Terasa hangat daripada biasa.
"Aku masih lemah lagi. Lepas makan ni, aku nak sambung tidur." Walaupun tidak selera, Insyirah memaksa juga dirinya untuk menelan bubur hanya kerana ingin menelan ubat Paracetamol nanti.
"Ni payung siapa?" Tiba-tiba mata Insyirah melekat pada payung yang terbaring di sisi dinding, berlipat kemas bewarna biru.
"Err.. Lu..cas." Teragak-agak Melati ingin menjawabnya.
"Lucas!What!Why?!" Dalam kesakitan pun Insyirah masih mampu memberikan reaksi sedemikian. Berkerut muka Melati dibuatnya.
"Over lah. Kan hujan tadi. Dia bagi lah aku guna. Tak ada apalah,"ujar Melati dalam cubaan menyedapkan hati Insyirah.
"Cuba cerita dengan lebih teliti Melati. Kau ingat ni kertas dua bahasa melayu ke? Tuliskan rumusan pengalaman anda petang tadi." Insyirah menjenggilkan matanya.
"Aku tak nak rumusan. Aku nak satu karangan." Insyirah menepuk meja sebanyak dua kali tanda menuntut cerita daripada Melati.
"Bukan kau sakit ke? Macam mana boleh garang macam ni?"
"Syuhh.. Fokus Melati...Lucas..," bisik Insyirah.
"Tadi kan hujan. Aku tumpang naik kereta dia. Bila dah sampai-"
"KAU NAIK KERETA LUCAS?"jerit Insyirah sambil memegang dadanya.
"Ya, aku tahu. Nervous tahu tak?!" Melati turut sama menjerit.
"Macam mana boleh naik?"
"Dia yang ajak...Lepas tu, masa dia undurkan kereta. Dia buat macam ni." Melati kemudian melakonkan kembali aksi Lucas. Melati berpura-pura meletakkan tangan kiri di atas kerusi yang halimunan sambil menoleh ke belakang.
"Aaahhhh!!!" Serentak Melati dengan Insyirah menjerit.
"Oh my god, Aku memang sokong kalian berdua. Dah macam K-Drama dah." Insyirah bersandar pada dinding sambil memandang siling.
"Tak naklah. Aku tak sesuai lah dengan dia. Aku budak kampung je" Suara Melati mula mengendur.
"Hah? What do you mean? Kau lawa lah Melati"
"Gaya Lucas tu memang berketerampilan tau. Aku bukan macam kau atau perempuan kat luar sana tu. Korang pandai makeup lawa-lawa. Baju-baju pun bergaya. Aku ni pakai biasa sahaja."
"Lucas tu memang dah seratus peratus orang sekeliling dia memang taraf tinggi termasuklah perempuan. Dia out of my league" sambung Melati lagi.
"Ish kau ni. Janganlah rasa macam tu. Cantik tu subjektif sahaja. Bagi aku, kau punya cantik macam gadis melayu terakhir tau. Kau cuma kena yakin pada diri kau je. Cuba belajar sayang diri tu sikit."
Melati menarik muka monyok tanda protes lansung membuat Insyirah ketawa.
❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。
Suria menjilat aiskrim yang jatuh meleleh di sisi kon. Hatinya terasa riang sahaja kerana petang ini, dia ditemani dengan insan yang paling dia dambakan selama ini. Sebulan lepas, lelaki yang berusia 40-an itu memperkenalkan dirinya sebagai Encik Johan kepada Suria sebelum menerangkan dirinya adalah bapa kepada Suria dan Melati.
Pada mulanya, Suria tidak melayan namun apabila dia melihat sendiri nama yang tertera pada kad pengenalan Encik Johan. Barulah dia sedikit demi sedikit menaruh kepercayaan. Suria masih ingat lagi ketika Suria memujuk nenek untuk mengeluarkan album berisi gambar keluarga, nenek pada mulanya tidak mahu. Namun hati nenek cair juga menuruti hasrat cucunya.
Ketika itu jugalah, Suria dapat mengecam gambar bapanya ketika muda yang sedang duduk bercangkung di atas batu itu mirip Encik Johan. Namun sudah tentulah lelaki di dalam gambar itu dua kali ganda jauh lebih muda.
Sejak Melati memberikan kebenaran untuk Suria berjumpa Encik Johan, Suria tidak melepaskan peluang apabila Encik Johan ajak berjumpa. Hendak berjumpa hari ini pun, Suria tidak lupa memberitahu Melati dan nenek. Sebelum Encik Johan membelikan aiskrim untuk Suria, mereka pergi beriadah di taman rekreasi terlebih dahulu.
"Sedap ke?" tanya Encik Johan yang baru saja selesai menikmati aiskrim vanilanya.
"Sedap. Terima kasih papa untuk hari ni."
"Mestilah. Apa-apa sahaja untuk anak papa." Encik Johan kemudian mencubit pipi Suria lembut.
"Papa..." panggil Suria. Fikirannya ragu-ragu sama ada ingin bertanya atau tak.
"Bila papa nak jumpa nenek dengan kakak?" Soalan Suria membuatkan Encik Johan sedikit terkelu.
"Hmm, belum masanya. Papa rasa mereka belum bersedia."
"Bersedia? Mana adalah. Suria rasa lagi best kalau kita sekeluarga dapat luangkan masa macam ni. Mesti lagi seronok," ujar Suria riang sambil membayangkan jika mereka berempat disatukan.
Encik Johan pula walaupun membayangkan perkara yang sama, namun dia sedikit risau akan penerimaan nenek dan Melati. Batu- batu kecil di atas jalan , Encik Johan sepak ke tepi.
"Jom kita lumba. Siapa sampai kereta dulu dia menang." Encik Johan cuba mengubah topik. Umpannya termakan jua apabila Suria mula berlari meninggalkan Encik Johan.
psst.. awak.. ya lah.. awak yang tgh baca ni. Terima kasih^^
Share this novel