Hai para pembaca sekalian, terima kasih kerana bersama saya daripada bab1 sehinggalah bab 54. Terima kasih tinggalkan komen yang baik-baik. Sejujurnya saya berasa sangat gembira kerana dapat menghabiskan cerita ini. (akhirnya!) Sebab selalunya hobi-hobi saya selalu sekerat jalan - - '
Kalau nak diikutkan saya merancang hendak menamatkan novel ini pada bab 30+-, tetapi makin menaip makin panjang pula. Seterusnya saya pun hendak meminta maaf kerana saya sedar banyak kelemahan novel ini daripada segi penulisan, tatabahasa dan plot cerita. Maaf juga jika banyak sangat penggunaan bahasa inggeris. Memang salah satu watak dalam cerita ini tak berapa fasih sangat bahasa melayu, jadi bukan salah saya. Salah dia. hahaha
Saya akui banyak lagi sebenarnya saya nak kembangkan seperti latar belakang kehidupan Fajar dan bagaimana Suria mengatasi masalah 'abandonment' . Saya nak tunjuk dua sisi bagaimana dua orang perempuan yang mengalami trauma yang sama 'handle' isu mereka dengan cara berbeza. Tapi tulah, nanti sampai bab berapa pula lah nanti cerita ni.
Saya harap novel ini menghiburkan anda semua sebagaimana ia menghiburkan saya. Saya akan terus memperbaiki mutu cerita saya akan datang untuk anda semua. Ah ya, memang dah rancang cerita seterusnya pun ni. Kalau Realiti Melati lebih kepada trope friends to lovers (kinda), novel seterusnya saya nak menerokai enemies to lovers, best kan?
Saya harap awak dapat memberikan sokongan dan kasih sayang yang sama untuk novel baru itu nanti. Coming Soon. InshaAllah. Apapun, mohon jangan komen spoiler cerita ini ya agar pembaca lain dapat keseronokan yang sama seperti awak juga. Alright, jumpa lagi. Jaga diri~
-Chin Up,
Sky.
Share this novel