David menatang dulang berisi tiga cawan air teh tarik yang dibuat dengan penuh cermat dan kasih sayang. Diletakkan satu persatu cawan di atas meja sambil diperhatikan Lucas dan Riya. Kesenyapan ini terlalu bingit pada Lucas lalu untuk mengelakkan dirinya merasa lebih kekok, dia mengosok tapak tangan dengan mata melilau melihat perabot di ruang tamu. Otaknya sedang memikirkan topik apakah yang dia boleh bincangkan bersama Riya dan David yang kini turut berdiam diri.
"So.... Riya.." Lucas menyeru nama Riya membuatkan gadis itu tersentak daripada lamunan.
"Selalu datang sini ke?"
"No no. It's my first time here."
Riya cuba menyembunyikan hakikat bahawa dia sebenarnya tidak berkata benar. Dirinya berasa segan pula untuk mengaku pada Lucas. David pula menghirup air teh itu tadi, seolah-olah tidak ingin masuk campur.
"Oh I see. Do you want the wifi? Let me help you." Lucas meraba poket seluarnya untuk mencari telefonnya. David pernah memberi kata laluan dahulu kalau tidak silap. Cuma perlu menggeledah sahaja mesej perbualan mereka.
"No it's okay. Dah connected dah." Riya menolak baik pertolongan Lucas.
Lucas memencilkan matanya bersama senyuman mengusik. Matanya memandang David dan Riya berkali-kali.
"What?" Geram pula Riya melihat Lucas begitu.
"You kata kali pertama kan? Macam mana wifi dah connected?"
Tersembur air teh tarik yang berada di dalam mulut David. Riya pula sudah panik mengelap meja dan menghulurkan tisu pada David. Lucas pula sudah ketawa besar melihat cubaan Riya dan David menutup perhubungan mereka.
"Shut up, Lucas." Marah Riya tegas sambil membantu mengelap baju David. Muka David sudah mencebik seperti ingin mengadu kepada Riya.
"You guys can stop pretending now. It's painful to see David quiet like this," kata Lucas dengan ketawa yang bersisa.
"See. I dah cakap dengan perempuan ini untuk berterus-terang je tapi dia ni, risau sangat. I can't lah with this girl."
"Cintikka muyaṟci. Awkward lah nanti dekat tempat kerja kalau Lucas ni tahu perhubungan kita. "
"It's okay. As long as you both remain professional, my lips are sealed." Kini Lucas pula menikmati air teh tarik buatan David. Rasa air itu memang pekat lemak manis.
"Itu caṅkaṭamāka uḷḷatu." Riya menutup mukanya menahan malu. Inilah perkara terakhir sekali dia inginkan dalam kehidupan dia, kantoi di hadapan bos sendiri.
"Dey, minum jelah. " David mengangkat cawan Riya lalu menyuakan padanya. Riya pula dengan muka yang kelat menelan hirupan demi hirupan.
"What's the secret behind this amazing tehh tarik?" Timbul pula rasa ingin tahu Lucas.
"Love." David mengenyitkan mata pada Riya. Riya pula pantas sahaja menepuk paha David. Lucas pula ketawa besar mendengar gurauan David itu.
"Sedikit garam. Nanti akan naik rasa lemak tu. "
"Garam? Really?" Lucas merenung ke dalam cawannya bagai tidak berjaya terdapat larutan garam. Selalunya orang akan memasukkan garam ke dalam makanan, bukannya minuman. Wah, ini benda baru bagi Lucas.
"Lucas, kenapa you ada sini? You okay tak?" Riya mula mencungkil isi hati David. Dia sebenarnya tahu pasti tidak ada yang kena apabila Lucas tiba-tiba muncul sebagai tetamu tidak diundang.
"Um.." Lucas menggaru dagunnya yang tidak gatal. Patutkah dia beritahu mereka mengenai Eva?
"Ni mesti sebab perempuan merah tu kan?" Teka David membuatkan Lucas mengerutkan muka. Ha, merah?
"The lady in red..That came to our office." Terang Riya kepada Lucas yang kini sudah mengerti, nampaknya David dan Riya bergosip mengenai dirinya.
"Lajunya tahu. Ya..that lady. I don’t understand her. She say she likes me and loves spending time with me. I took care of her very well. Tapi .. um.. Tak nak ada hubungan serius. Bila I tanya dia, dia rasa I macam kawan biasa ke? Dia kata tak. Tapi tak nak couple."
"Oh.. I think this girl takut nak ada komitmen dengan you."
"Maybe.. Tapi hari ni dia dah putuskan segalanya."
Riya dan David berpandangan sesama sendiri. Simbol tanda soal pun seolah ingin keluar daripada kotak fikiran mereka.
"Lah. Kata tadi kawan je." David menggelengkan kepala. Nampaknya perempuan merah ni bercanggah dengan pendiriannya sendiri.
"Sebab tu I kata I tak faham dia." Lucas merebahkan badannya pada sofa lembut. Memandang siling ruang tamu rumah David itu dengan rasa serabut. Kenangan sepanjang bersama dengan Eva tahun itu bermain di otaknya.
"You ni pun satu. Kalau dia dah layan macam tu, kenapa you tak keluar je daripada perhubungan ni awal-awal?" Kata Riya tidak puas hati, baginya Lucas bukanlah kelihatan seperti seseorang yang akan membiarkan sahaja dirinya dipermainkan.
"Like I said just now, I really like her. I used to date her in my-"
"That was your ex?!" Serentak David dan Riya berkata dalam nada separuh jeritan. Lucas membesarkan matanya, tangannya diangkat dan memberi isyarat agar mereka berdua kekal tenang.
"Are you sure you want to be in a relationship with her or.. Or.. " Riya memandang David, mengharapkan agar David juga memikirkan apa yang dia syaki.
"You sebenarnya rindu dengan kenangan lama bersama dia. " David pula menyambung ayat Riya, mereka berdua seperti dua orang detektif yang cuba menyelesaikan pembunuhan.
"Man.. I pun...tak tahu,"
"Lucas, cari wanita yang hargai diri you. Wanita yang buat you ingin berusaha menjadi lelaki yang lebih baik. Wanita yang ada .. Apa tu.. Attitude yang bagus. Someone that complement you." Riya menasihati Lucas seperti seorang kakak kepada adik. Lucas pula menarik nafas dalam-dalam sambil mendengar. Aneh, kenapa tiba-tiba dia terbayang wajah Melati?
❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°
Lucas memberhentikan keretanya selang tiga rumah daripada rumah Melati. Dia pun tidak menyangka dirinya boleh tiba-tiba membuat perangai gila begini. Sejurus pulang daripada rumah David, dia mencari kembali resume kerja Melati untuk mendapatkan alamat rumah Melati.
Ya, apa yang dia buat sebenarnya salah. Menyalahgunakan kuasa demi kepentingan diri sendiri. Namun hatinya begitu meronta-ronta ingin berjumpa Melati. Sesaat pun jadilah. Walhal sebenarnya dia pun tidak tahu ingin katakan apa pada Melati. Setelah mengumpul keberanian diri, dia pun keluar dari kereta dan mula menapak ke rumah Melati. Bajunya pula dikibaskan agar mendapat sensasi angin sejuk untuk beberapa saat. Tiba-tiba dia merasakan suasana malam itu seperti panas tengahari.
"Cari siapa nak?" Tanya Nenek dengan bertelekung, menegur Lucas yang daripada jauh dia melihat seperti tidak tentu arah itu.
"Ahh! Ghost!" Terkejut Lucas dibuatnya apabila nenek tiba-tiba menegurnya.
"Ghost kau kata aku? Cantik macam ni pun boleh terkejut. Telekung ni mahal tau cucu aku belikan. Lawa." Bebel nenek sambil menggelengkan kepala kemudian perlahan berjalan meninggalkan Lucas.
"Lainlah kalau muka aku ni keluar darah ke. Itu baru ghost. Aku dah siap pakai minyak wangi lagi ni. Wangi nak pergi ke masjid." Nampaknya nenek masih lagi tidak berhenti membebel. Lucas pula mula mengejar nenek.
"Saya cari Melati. Nenek kenal ke?"
"Kenal? Cucu aku tu. Kau ni siapa?" Nenek melihat Lucas atas bawah. Tak pernah dia lihat lelaki ini. Melati kalau berkawan dengan sesiapa, pasti akan memberitahu dirinya.
"Oh..Uh, saya bos dia. Nama saya Lucas." Lucas menundukkan kepala sedikit tanda hormat.
"Dah kenapa kau muncul malam-malam dekat sini. Melati kan .. dah lama berhenti," kata nenek meneruskan perjalanan ke rumahnya.
"Saya..saya nak jumpa dia sekejap."
"Nenek nak teka boleh?"
"Ha? Teka?" Lucas menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Teka tu apa? Kalaulah ada Melati untuk memberitahu dia perkataan teka dalam bahasa inggeris itu apa, pasti mudah.
"Orang Malaysia tapi tak tahu 'teka' tu apa. Ish!" Spontan nenek menghayunkan beg telekung ke lengan Lucas. Lucas pula terkebil-kebil apabila dimarahi begitu.
"Kamu datang sini. Mesti bukan sebab kerja kan?" Nenek memberhentikan langkahnya dan mula berdiri berhadapan Lucas.
"Cari tuhan dulu. Kemudian diri sendiri. Bila dah selesai, baru datang jumpa Melati."
Lucas hanya terdiam dan tidak mampu membalas kata-kata nenek.
"Dont..focus.. find the right person. Focus be the ... right person." Walaupun bunyi bahasa inggeris nenek begitu pekat dengan dialek melayu namun pesanan itu begitu menghunus perut Lucas.
"Itu yang apa cerita k-drama ajar nenek lah. Dah dah. Balik rumah dulu, Lucas. Tak manis nak jumpa Melati malam-malam ni."
Kepala Lucas disengetkan memandang bayang nenek yang makin menjauh. Manis? Apa yang tak manis? Bukannya Lucas nak makan Melati pun?
Sikit je lagi , sikit je lagi
Share this novel