Bab 12

Romance Completed 14176

Sudah 7 bulan berlalu Puan Hasanah menjaga kakak dan adik, cucu-cucu yang ditinggalkan di hadapan pintu. Tetapi baru kini muncul bayang anaknya. Datangnya dia bukan ingin memikul tanggungjawab, tetapi ingin melepaskan sepenuhnya tanggungjawab. Puan Hasanah yang kini berada di tepi langsir memandang ke luar mula berenang dalam lautan pelbagai emosi.

Apakah tidak cukup didikan agama dia dan suami beri? Sesungguhnya dia sangat kecewa dengan tindakan anaknya. Puan Hasanah juga semakin risau apabila kakak yang bakal memasuki darjah satu masih tidak didaftarkan lagi. Bukannya apa, tiada sijil kelahiran didaftarkan untuk kakak dan adik. Ya, sebegitu sekali tanggungjawab sebagai bapa dipandang remeh.

"Kalau iya pun kamu nak buang anak kamu pada mak. Selesaikan dulu sijil kelahirannya. Itu je yang mak pinta." Suara Puan Hasanah begitu tegas. Hendak memandang anaknya pun dia tidak mahu.

"Saya tak buang anak saya. Saya minta mak tolong jagakan saja." Johan menidakkan kenyataan Puan Hasanah. Dia mengeluh keras sambil menghempas dirinya ke sofa. Hujung kaki kanannya diletakkan pada lutut kirinya.

"Nak namakan apa?" Johan meraba poketnya mencari sesuatu.

" Ya Allah, anak sendiri pun tak ada nama ke?" Puan Hasanah mengurut dahinya.

"Mak, kalau mak nak bebel, baik tak payah. Saya tanya soalan je. Bingitlah telinga. Sama je macam mak diaorang ni." Puntung rokok dikeluarkan lalu dinyalakan. Dia menghirup sebelum menghembus asap rokok itu. Berkepul asap itu tadi menerawang di ruang udara.

Amarah Puan Hasanah tidak tertahan lagi. Lantas dia mendekati Johan dan memegang tangan anaknya lalu diheret hingga ke depan pintu. Johan pula hanya mengikut malas kerana dia tahu lambat laun, dia tetap akan disuruh keluar jua.

"Kamu keluar daripada rumah ni. Tak ada adab betul! Apa nak jadi kamu ni? Anak itu amanah. Bukan barang mainan. Sebab itulah bapa kamu tak benarkan kamu kahwin. Ha, inilah jadinya. Kamu tu belum bersedia lagi,"bebel Puan Hasanah panjang lebar. Badan Johan ditolak kasar sebelum pintu gril ditutup. Johan pula makin menjadi-jadi mencipta kepulan asap dengan rokoknya.

"Mak...."panggil Johan malas.

"Apa lagi?!" Jerit Puan Hasanah di sebalik jeriji besi itu.

"Nama apa.." Johan menggaru belakang lehernya sambil menyepak daun-daun di lantai. Puan Hasanah mendengus kasar lalu matanya melilau sekeliling. Matanya kemudian tertancap pada bunga-bunga dihadapan rumahnya.

"Kakaknya..kamu namakan Melati," arah Puan Hasanah. Matanya juga dikecilkan kerana sinaran matahari agak terik. Muncul ilham untuk menamakan cucu keduanya, bibir Puan hasanah pun berkata, " Yang bongsu namanya Suria".

Tanpa berlengah, Puan Hasanah menutup pintu rumahnya dan meninggalkan Johan bersendirian diluar.

❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。

Bunyi tapak kaki menuruni tangga jelas kedengaran bergema di asrama blok C. Bertalu-talu bunyi itu disertai dengan bunyi gelak ketawa. Lagak kedua gadis ini ibarat sudah tengahari sahaja namun sebenarnya, pukul sembilan pun belum jejak lagi. Penghuni siswi lain masih lagi enak bermalasan di atas katil namun mereka kelihatan riang. Sebaik tiba di hadapan blok, kelihatan kereta Myvi dengan tingkap separuh terbuka.

Muncul kepala Ikram memanggil Insyirah dan Melati. Sebaik semua sudah bersedia selepas memasukkan barang ke dalam kereta, Ikram pun memecut keretanya sekali gus meninggalkan asrama di belakang. Seperti biasa, setiap hujung minggu Melati akan melawat Suria dan nenek. Kadang-kadang dia balik malam jumaat atau pagi sabtu. Insyirah pula ingin mengikutnya pulang kali ini, maka Ikram pun menawarkan diri untuk menghantarkan mereka.

"Dah sampai! Dah Melati bangun-bangun,"kata Ikram sambil menepuk belakang kerusi yang diduduki Insyirah beberapa kali.

"Ish, awak ni tak baik tau. Kejut lah elok-elok," protes Insyirah lalu menjenguk keadaan Melati dibelakang. Melati yang terbaring kini duduk tegak membetulkan tudungnya.

"Habis tu nak saya kejut macam mana? Macam nenek ke? Melati~ Melati~ Bangun nak. " Gerak –geri Ikram yang meniru lagak nenek itu diakhiri dengan ketawa kecil. Nampaknya, Ikram pun sudah kenal benar dengan perangai nenek.

"Wah sampai dah? Okay jom jom." Melati menggeliat seketika sebelum memunggah barang peribadinya. Mereka kemudian memasuki rumah nenek setelah memberi salam. Nenek pula menyambut kepulangan anak-anak muda itu dengan penuh kasih sayang.

Makanan rupanya telah terhidang di atas meja. Bagus sangat ni, tiga sekawan ni memang belum makan sarapan pun lagi. Nenek memasak nasi lemak sahaja, hidangan senang yang tidak memerlukan bahan-bahan yang jarang dijumpai di pasaraya.

"Alhamdulilah, terima kasih nenek. Kenyang Ikram dapat makan sedap macam ni." Ikram menjilat setiap jari yang berada di tangan kanannya. Telatahnya sekali gus membuatkan semua yang berada di meja itu terhibur.

"Abang Ikram tidur jelah sini. Mesti seronok." Suria mengalihkan pandangannya pada nenek.

"Nenek, bolehlah. Please...,"

"Tak boleh lah Suria. Tak manis dipandang jiran,"tegur nenek dengan lembut. Bahu Suria dipegang untuk melembutkan hati Suria.

"Betullah tu cakap nenek. Lainlah kalau dah kahwin dengan kak Ira kan haa." Melati menyiku Insyirah yang sedang menyuap nasi ke dalam mulut. Gara-gara ingin mengelak, sedikit nasi yang berada di hujung jari Insyirah terjatuh di atas meja. Muka terus berubah menjadi malu. Ikram pula cepat cepat meneguk air dihadapannya.

"Sorry Suria. Betullah cakap nenek tu. Lagipun, abang ada hal malam nanti." Ikram pula cuba memujuk Suria. Suria pun mengangkat bahu tanda mengerti dan mengalah.

Yang penting, Melati dan Insyirah ada pun sudah mencukupi.

"Oh Melati ada berita gembira. Sekejap," kata Melati lalu bangun dan berlari anak menuju ke beg bajunya.

"Ya Allah, tumpahlah nasi tu. Cuba basuh tangan tu dulu." seperti biasa, nenek akan membebel apabila cucu nya ke sana sini dengan tangan yang masih bersisa nasi.

Sepantas kilat, Melati muncul di meja dengan menjinjing sehelai kertas. Dengan sebelah tangan, dia membuka lipatan surat itu dan menayangkan isi perut kertas itu.

"Apa ni kak? Cuba cakap je." Suria sudah mengalah ingin membaca manakala Insyirah dan Ikram masih lagi setia menelaah. Nenek pula menunggu sahaja jawapan.

"Oh! Kau diserap masuk jadi pekerja tetap ke?" Spontan Insyirah berdiri memandang Melati.

"Ya betul! Alhamdulillah." Melati mengesahkan soalan yang Insyirah tanya. Nenek terus mengucapkan kalimah syukur yang dipanjatkan kepada Ilahi manakala Ikram dan Suria mengucapkan tahniah pada Melati.

❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。

Ikram baru sahaja pulang sebentar tadi sambil dihantar oleh Insyirah ke depan pagar. Lagaknya macam akan berpisah setahun sahaja. Kemudian, semua wanita yang berada di dalam rumah melepak di ruang tamu.

"Kak, petang nanti akak ingat tak papa nak datang?" Takut-takut Suria nak bertanya tetapi dia risau Melati terlupa. Takut nanti, terkejut pula bila batang tubuh Encik Johan muncul di hadapan pintu.

"Mestilah. Sebab tu akak bawak Kak Ira. Kami nak bantai dia." Selamba saja Melati berkata membuatkan Suria memuncungkan mulutnya.

"Akak.. Janganlah. Papa datang nak berbaik ni."

"Ya ya. Akak gurau jelah." Melati berkongsi ketawa dengan Insyirah.

"Nenek.. Okay ke?" Tiba-tiba Melati teringatkan nenek. Bagaimana penerimaan nenek sebagai seorang ibu?

"Kita tengok sahajalah nanti. Dah cukuplah tu, eloklah kita pergi ambik air wuduk. Sudah masuk waktu ni." Nenek mula bangun dan mengangkat kain setinggi lutut lalu diikatnya di pinggang. Suria dan Insyirah mengeluh kerana mereka ingin mendengar lagi bicara nenek.

"Nek, jangan angkat tinggi sangat nenek. Seksi," usik Insyirah membuatkan nenek mengagah mereka dengan mengangkat kainnya lebih tinggi sambil membuat bunyi bah. Apalagi, serentak tiga gadis itu menjerit sambil tertawa. Kemudian, Seorang demi seorang pergi mengambil wuduk.

Solat zohor itu diimamkan oleh Melati setelah mereka berempat bermain batu,kertas dan gunting. Ya, nenek pun termasuk sekali dalam permainan itu. Kata nenek barulah adil dan saksama.

Waktu yang ditunggu Suria tiba juga, Encik Johan muncul kira-kira pukul 5. Suria menjerit keriangan melihat Encik Johan. Encik johan tersenyum dan mendepakan tangan untuk memeluk Suria. Namun apabila matanya memandang Melati, dia hanya mampu tertunduk sahaja. Mungkin beban serba salah itu masih ada. Bunyi salam diberikan nenek membuatkan Encik Johan mengangkat muka kembali.

Lantas Encik Johan berlari anak dan melutut di kaki nenek. Nenek pula membiarkan sahaja perilaku anaknya.

"Mak, Johan minta maaf mak. Johan banyak buat salah pada mak. Johan sedar betapa derhakanya Johan pada mak dan abah. Abah pun Johan tak sempat nak minta maaf." Air mata jantan Encik Johan mengalir deras. Suria pula terkesima melihat bapanya dalam keadaan begitu.

Melati pula dengan hati yang kosong menuju ke dapur untuk membantu Insyirah menyediakan minum petang. Sesungguhnya, hatinya masih lagi marah pada bapanya.

"Johan minta ampun mak. Ampun kan Johan.. ampunkan Johan.." suara Encik Johan mendayu-dayu meminta maaf yang kini berubah posisi kepada sujud. Nenek pula kemudian melutut lalu mengangkat bahu anaknya. Mata Encik Johan dicari.

"Mak..." Suara nenek terketar-ketar. Melati yang kini menatang dulang berisi air dan cawan terkelu melihat nenek. Tiba-tiba hatinya menjadi sayu. Hatinya memang lemah betul kalau melihat nenek menangis.

"Mak ...Dah lama maafkan Johan, nak" kepala Encik Johan diusap lembut.

"Allahu Akbar. Mak..." Tubuh kecil nenek dirangkul erat oleh Encik Johan. Suria tidak melepaskan peluang untuk memeluk nenek dan Encik Johan.

Melati pula hanya menyeka air matanya agar tidak jatuh menitis ke pipi. Kepalanya didongak memandang kipas untuk menyembunyikan matanya yang bergenang

Terima kasih luangkan masa membaca. :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience