Bab 19 - Putih

Romance Completed 14176

Bunyi deruan ombak menghempas pantai bertalu-talu kedengaran sungguh mendamaikan. Air yang sudah melepasi separa betis Melati tidak lansung membuatkan dirinya menggeletar kesejukan. Mungkin kerana matahari menyeimbangkan suhu sekitar. Tiba-tiba badan Melati ditolak dari arah belakang hingga membuatkan Melati hilang imbangan lalu terjatuh.

Apabila Melati menoleh ke belakang, Nadia sudah berlari dan kini mengejar Riya pula. Apa lagi bingkas Melati bangun dan mengejar Nadia tanpa Nadia sedar.

"Please, Nadia. Please, I tak nak basah," rayu Riya agar Nadia tidak menariknya ke pantai. Mata Riya kemudian tertancap pada Melati yang sedang mendekati mereka. Nadia yang dari tadi ketawa perasan perubahan Riya terus memusingkan kepalanya ke belakang.

"Ah! Sorry, Melati," jerit Nadia apabila Melati berjaya mencengkam lengannya. Melati pula tidak menghiraukan jeritan Nadia. Dia masih lagi gigih ingin turut membasahkan baju Nadia. Riya melepaskan nafas lega apabila dirinya bukan lagi menjadi sasaran.

Tiba-tiba pinggang Riya dirangkul oleh David yang daripada jauh sudah menyasarkan Riya seperti harimau memburu arnab. Senang sahaja dia mengangkat Riya dan dilemparkan ke pantai. Pantai itu diselang-selikan dengan bunyi ketawa Nadia dan Melati serta jeritan Riya.

"What is your problem?!" Riya pula menolak David kasar hingga terjatuh tetapi David tidak kisah, misi dia sudah pun berjaya.

Bunyi jet ski begitu kuat mengalihkan perhatian mereka. Lucas yang hanya berseluar pendek itu mengemudi jet ski seperti seorang profesional.

"Hasta la vista, baby," kata David dengan senyuman nakal lalu berlari ke arah Lucas. Sekejap sahaja badan David sudah berada di belakang Lucas.

"I'll kill you!" Riya menjerit tidak puas hati. Air pantai yang tidak berdosa itu ditendang Riya dengan kasar.

"Greeting ladies," ucap Lucas lalu menundukkan kepala sedikit kebawah tanda hormat kepada Melati, Riya dan Nadia. Tanpa membuang masa, Lucas memecut laju meninggalkan tiga orang gadis di pantai. Mulut Melati terkunci melihat kehenseman Lucas. Haish, ingatkan tak boleh hensem lagi dah.

"Fuh, hensemnya Lucas,"puji Nadia sampai terangguk-angguk.

"Hmm, biasa je," tipu Melati. Kalaulah Nadia tahu betapa Melati terpegun melihat Lucas, pasti kecoh minah tu.

"Biasa je? Nampak berkarisma kan tu." Nadia masih lagi memandang ke arah Lucas dan David walaupun bayang mereka semakin mengecil. Kemudian, mereka berdua serentak memandang Riya yang sedang bercakap sendirian, agaknya mengutuk David lah tu.

"You okay, Riya?" Tanya Melati penuh simpati.

"I nak balas dendam dekat David. Tunggulah dia. Ish!" Kalaulah boleh nampak dengan mata kasar emosi marah Riya, pasti boleh melihat api membara keluar daripada kepala Riya.

"Okay, I ada plan. Kita buat sandcastle and kita ajak David. Lepastu, kita pujuk untuk tanam dia," cadang Nadia membuatkan mata Riya membesar.

"Yes! Yes! And then, we left him." Galak Riya membayangkan pelan balas dendamnya.

❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。 ❀°。❀₊°。

"Melati, come come!" Jerit Lucas sambil mengendong plasik putih. Dunia Melati terasa indah apabila Lucas memanggil namanya. Melati pun menghadiahkan senyuman manis. Setiba sampai di hadapan Melati, Lucas duduk dan mula mengeluarkan barang didalam plastik. Rupa-rupanya ia adalah mainan kanak-kanak ketika bermain di pantai seperti cangkul, penyedok, baldi dan sebagainya. Lucas dengan rakus mengoyakkan kertas kadbod yang melindungi mainan-mainan itu.

"What are you doing?" Melati cuba menahan gelak melihat telatah Lucas ibarat kanak-kanak itu.

"Remember what we're talking the other night? About enjoying our life." Lucas cuba mengingatkan Melati mengenai perbualan mereka pada malam mereka tersekat di bilik hotel Lucas. Lucas menepuk pasir ditepinya mengisyaratkan Melati agar duduk di situ.

"Oh that one..." Melati mula faham niat Lucas. Dia turut bersila dan memandang Lucas yang bersemangat mengorek pasir untuk dipenuhkan ke dalam baldi.

"Be a child with me," pujuk Lucas dengan suara lembut. Mata Lucas juga ibarat tersenyum seperti bibir Melati sekarang. Melati mengambil penyedok daripada Lucas lantas turut serta menyedok pasir.

"Wait, kena tambah sedikit air. Baru tanah ni kukuh,"

"Kukuh?" Kepala Lucas tersenget sebelah seperti anak kucing membuatkan Melati ketawa kecil.

"Yeah, kukuh is strong."

"Bukan kuat meh?"

"Kukuh lagi sesuai untuk bangunan macam istana pasir you ni." Melati mencapai plastik putih tadi lalu di isi dengan air. Kalau menjadi kanak-kanak ni, harus lebih kreatif. Setelah dituang sedikit air pada baldi, Lucas pun menterbalikkan baldi itu dan terhasil lah pasir berbentuk silinder.

"I nak buat pintu masuk dekat sini." Melati mula mengambil lebihan tanah dan mula membina gerbang pintu.

"Let me help you build the … um jabatan?"

"Haha, jam-ba-tan." Melati membetulkan Lucas.

"Man, teruknya bahasa melayu I." Lucas ketawa besar sambil tangannya membentukkan pasir menjadi jambatan.

David tiba bersama yang lain membawa air dan kerepok lekor. Nadia bercangkung dan segera menyuapkan kerepok lekor pada Melati.

"Woi, tak ajak ea. Main bina-bina rumah pasir ni." Bising mulut David ni apabila merungut.

"Dey, ni istana lah. Tengok pakai mata lah." Riya membidas dakwaan David.

"Eh, David. Jom kita cuba tanam kaki kau," ajak Nadia dengan suara penuh naif. Nadia memandang Riya sekilas seolah memberi isyarat. David tanpa mensyaki apa-apa duduk dengan kaki terlentang. Melati pula sudah tersengih-sengih kerana boleh meramalkan reaksi David nanti.

"Lucas, you tolong Riya dengan Nadia. I siapkan istana kita ni," arah Melati dengan muka yang dibuat-buat serius.

"Okay!" Tinggi sahaja suara Lucas menyahut. Pasir yang pada mulanya menutupi betis david kini sudah naik ke paha.

"Okay, you guys. Nak buat I jadi mermaid ke ni?" David mula bertanya namun mulutnya masih tidak berhenti mengunyah. Lucas menolak badan David ke pasir dan segera Nadia menimbus badan David.

Melati memandang sahaja Lucas bergelut menahan David daripada bangun manakala Riya dan Nadia bertungkus lumus menebalkan lapisan pasir di badan David. Pandangan Melati tak lepas memandang seraut wajah Lucas yang begitu polos itu. Comel betul sifat keanak-anak Lucas ini. Ibarat warna awan yang putih gebu melambangkan kesucian.

Melati mengambil cengkerang-cengkerang yang dikumpul lalu menghias pintu masuk istana. Lucas kemudian menyambung membentuk tangga dan tingkap setelah selesai urusannya dengan David.

"Riya, don't forget to make my tail beautiful okay? Nadia, please tangkap gambar I banyak-banyak. I nak upload dekat Instagram." Hanya kepala David sahaja yang boleh bergerak. Dia benar-benar meletakkan sepenuh kepercayaan pada rakan sekerjanya.Sesungguhnya dia sudah mula pasrah dengan takdirnya.

"Of course, you akan jadi dugong paling cantik di dunia." Riya dengan tekun membentukkan ekor di hadapannya supaya menyerupai ikan.

"Hey! No! Mer-maid.." Suara David dilembutkan seperti menyerupai wanita.

Lucu betul melihat David berbaring dalam keadaan begitu. Istana pasir Lucas dan Melati pun kini siap. Terubat rindu Melati untuk menjadi kanak-kanak. Sungguh puas hati apabila melihat hasil kerja mereka walaupun tidaklah lawa mana.

Sementara Nadia menangkap gambar David dan juga istana pasir itu, Lucas dan Melati mengutip mainan yang berterabur. Riya sudah tersenyum nakal.

"Okay guys. Let's go home," ajak Riya lalu menolak Melati dan Nadia agar berjalan meninggalkan David.

"Hey hey, don't forget me!" David mula panik.

"You nak sangat jadi mermaid kan? Duduk diam-diam je dekat situ." Riya mengimbaskan rambutnya ke belakang.

"Lucas! Help me!" Kali ni David meminta tolong pada Lucas pula. Lucas memandang David kemudian beralih pada Riya. Riya menggelengkan kepalanya tanda tidak mengizinkan.

"Sorry David. Riya tak bagi." Lucas mengangkat kedua-dua bahunya.

Mereka berempat kemudian berpura-pura meninggalkan David yang sudah melolong seperti budak kecil. Orang yang paling seronok sekali pastilah Riya. Bukan selalu dapat mengusik David. Matahari terbenam membuatkan suasana petang itu menjadi lebih indah. Oh sudah tentu, dengan suara David menghiasinya.

Aktiviti kegemaran saya apabila di pantai adalah membina istana pasir. Nak berenang, air masin sangat. kekeke

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience