Bab 33

Romance Completed 14176

Sudah dua minggu dia berbalas mesej dengan Fatah, hatinya yang dahulu sunyi sepi kini kembali subur dengan rumput hijau seolah-olah ingin menyambut kedatangan Fatah yang akan terus membaja tanaman di hati Melati itu.

Melati menongkat dagu sambil memandang papan putih yang dipenuhi dengan tulisan Dr.Syafiq. Butir bicara Dr.Syafiq memasuki telinga kanannya lalu meluncur laju keluar dari telinga kiri. Dr. Syafiq yang perasan akan Melati yang seperti mengelamun sahaja berdehem kecil membuatkan pelajar yang lain memandang ke arah Dr.Syafiq kecuali Melati. Ya , Melati masih lagi fokus memandang tulisan Dr.Syafiq namun bukannya dia menghadamnya pun.

"Boleh sesiapa tolong saya jelaskan topik ini?" Ujar Dr.Syafiq sambil mengetuk papan putihnya.

"Berikan contoh etika di dalam informasi teknologi." Dr.Syafiq berpura-pura melilau mencari pelajar. Masing-masing mula menunduk dek tidak mahu nama dipanggil.

"Melati. Ha, macam fokus je tu. Cuba berikan satu contoh," kata Dr.Syafiq lalu melabuhkan punggungnya. Kakinya daripada tadi berdiri juga perlukan masa untuk direhatkan. Melati pula apabila mendengar namanya dipanggil terus terhenti daripada lamunan. Badannya terus tegak duduk sambil dirinya senyap-senyap bertanya orang disebelahnya.

"Tak payah tanya orang sebelah." Bersahaja nada Dr.Syafiq.

"Um, contohnya adalah.. " Mata Melati memandang ke siling seolah terdapat jawapan di atasnya. Otaknya ligat memikirkan jawapan. Aduh, macam mana pula boleh berangan memikirkan fatah ni.

"Kalau saya ada telur ayam, dah menetas dah telurnya," seloroh Dr.Syafiq membuatkan seisi kelas ketawa. Melati pula hanya tersengih sahaja.

"Privasi peribadi." Dr.Syafiq memberi petunjuk kepada Melati yang masih lagi terpinga-pinga.

"Ya... Privasi peribadi perlu dititikberatkan ketika kita membangunkan apa-apa perisian. Maklumat penting seperti nama, umur, nombor I/C dan sebagainya haruslah dilindungi dan tidak sewenang-wenangnya dijual." Ibarat menutup hujah debat, dengan yakinnya Melati melontarkan pendapatnya.

"Baik saya ada satu soalan untuk awak. Katakan di internet terdapat suatu perpustakaan maya penuh dengan buku-buku dan artikel ilmiah tetapi diambil dengan cara haram. Namun, pemilik laman web itu membuka laluan pada sesiapa sahaja untuk memasukinya dengan percuma."

Semua pelajar khusyuk mendengar kata-kata Dr.Syafiq termasuk Melati.

"Pendek kata, free education. Pada pendapat awak, wajar atau tidak pelajar menggunakannya."

Itu dia soalan panas dan penuh kontroversi yang ditanya Dr.Syafiq. Melati mengetap bibirnya sambil fikirannya berputar memikirkan jawapan.

"Saya rasa tidak wajar kerana buku-buku tersebut mempunyai penulis yang menghabiskan masa mereka bertahun untuk menyiapkan buku tersebut. Kalau kita merujuk buku dengan cara begini, adilkah bagi mereka?"

"Saya tak setuju!" Kata seorang pelajar perempuan.

"Wah, ini bagus. Ada pedebatan. Apa hujah awak?" Mata Dr.Syafiq membulat kerana begitu teruja melihat salah seorang pelajar sudah aktif mengambil tempat dalam perbualan mereka.

"Bagaimana pula dengan para pelajar yang miskin? Buku-buku kalau beli di luar mungkin mencecah hingga ratusan ringgit. Itu pun kalau jumpa. Kalau tak ada di kedai, di mana lagi nak beli? Takkan nak pergi luar negara pula?"

"Pada sayalah kan doktor... Matlamat tak menghalalkan cara." Melati masih lagi dengan pendiriannya.

Dr.Syafiq menganggukkan kepala tanda kagum melihat pedebatan antara Melati dan pelajar perempuan yang ternyata tidak berpuas hati dengan hujah Melati. Jambangnya yang sudah beruban diusap perlahan.

"Okay bagus, dengar baik-baik tugasan seterusnya. Saya nak kamu semua tulis esei mengenai topik ini dan pilih kamu di pihak yang mana. Letakkan hujah untuk menegakkan pendapat kamu. Minggu hadapan saya nak tugasan ini di atas meja saya sebelum saya masuk ke kelas." Dr.Syafiq memberikan arahan dengan tegas. Para pelajar yang lain mulai mencatat satu-persatu arahan Dr.Syafiq.

"Dan Melati.."

Melati mengangkat muka memandang D.Syafiq.

"No extend." Dr.Syafiq memberikan sedikit senyuman dengan sebelah keningnya terangkat.

❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。

"Uish, depan semua orang dia bagi kau amaran? Dahsyat betul tu. Padan muka kau Melati." Insyirah terangguk-angguk membayangkan situasi kelas sebentar tadi selepas Melati habis bercerita. Mereka berdua sedang jalan beriringan ke kereta Insyirah.

"Apalah kau ni. Cuba support sikit kawan kau ni," kata Melati sambil menolak lembut bahu Insyirah.

"Support? Okay Melati, lain kali kau hantar je tugasan lewat. Setakat pakcik Syafiq tu. Alahai, celah kuku je aku boleh setelkan. "

Melati menutup mulut sambil matanya memandang ke kiri dan kanan. Risau pula jika ada yang terdengar.

"Kau ni, Ira. Kau pakcikkan aja Dr.Syafiq tu?"

Insyirah pula mengangkat bahu sambil tersengih sahaja. Tiba-tiba sebuah mesej daripada Fatah memotong perbualan mereka.

"Dah balik kelas ke tu?"-Fatah

Insyirah meruncingkan pandangan matanya ke arah Melati yang kini sudah tersenyum membaca teks mesej tersebut. Pantas tangannya mencucuk lembut pinggang Melati hingga terjerit kecil gadis itu.

"Ha, pakwe dah mesej ke tu?" Usik Insyirah sambil memeluk tubuhnya.

"Dia bukan pakwe aku lah. Kawan je." Melati berdalih sambil menaip mesej kepada Fatah.

"Ya, habis kelas dah. Nak balik asrama , lepas tu makan dekat kafe. " - Melati.

Setiba di kereta Insyirah, mereka pun tanpa berlengah terus memasukinya. Al-maklumlah, cahaya matahari yang sungguh terik itu ibarat memanggang mereka hidup-hidup jika berterusan berjemur begitu.

"Makan dekat kafe je? Nak saya belanja makan tak?"- Fatah

"Awak nak makan apa? Nanti saya orderkan Grab."- Fatah

"Takpalah, susah-susah je. Kawan saya pun ada juga ni."- Melati

Insyirah menjeling ke tepi melihat Melati yang masih menunduk menghadap telefon.

"Dia nak belanja makan." Tanpa perlu ditanya, Melati memberikan jawapan kepada Insyirah.

"Cakap dengan dia. Belanja aku sekali. Barulah berkat hubungan kau berdua."

"Kau ni kesitu pula. Aku tolak je. Malu lah. Tak sampai sebulan pun kenal kan." Melati menggelengkan kepala perlahan.

Insyirah pula memuncungkan mulutnya apabila mendengar Melati berkata demikian. Tak berapa lama kemudian telefon Melati berbunyi pula.

"Astaga mamat ni. Dia call pula ni." Melati sudah panik sedikit. Tangannya menatang telefon bimbitnya itu ibarat telefon itu sedang terbakar pula.

"Jawablah, Ya Allah. Takkan aku pula yang kena angkat. Haa, buat loudspeaker. Terima kasih," Insyirah yang masih lagi sedang memandu tanpa segan silu memberikan arahan pada Melati.

Melati menarik nafas dalam- dalam dan mengangkat panggilan itu. Tak lupa juga memasang kuat speaker agar Insyirah juga dapat mendengarnya.

"Assalamualaikum Melati." Bunyi suara Fatah yang lembut itu membuatkan Insyirah terbuntang mata mendengarnya. Mulut Insyirah berkata ," Oh.My.God" tanpa bunyi kepada Melati.

"Waalaikumussalam. Awak ni memang suka call tanpa amaran ya?"

"Awak ni Melati.." Suara Fatah terhenti seketika sebelum menyambung , "Garang betul."

Insyirah mengetap bibirnya menahan ketawa. Melati menarik muka masam, terasa geram pula dengan Fatah ini.

"MashaAllah, belum apa-apa dah kena marah." Ibarat anak kecil, suara Fatah seperti mengajuk sedikit.

"Siapa suruh suka call tiba-tiba? Ni masih lembut lagi tau. Kalau marah betul-betul, haa habis awak nanti." Melati mencuba bergurau kerana tidak inginlah pula kedengaran seperti dia sombong sahaja kan.

"Oh..Orang pendekkan memang garang-garang. Betul tak?" Usik Fatah membuatkan hati Melati kembali terbakar.

"Apa awak cakap?" Sengaja Melati bertanya kembali walhal dia jelas mendengar percakapan Fatah.

"Lah..orang pendek pun kurang pendengaran jugak ke?"

Terburai ketawa Insyirah dibuatnya mendengar jawapan Fatah yang begitu laju dan cerdik. Ada saja akalnya untuk menyakat Melati.

"Oh itu kawan awak hari tu ya? Insyirah kan?" Apabila mendengar suara selain daripada Melati, Fatah tiba-tiba teringat akan gadis yang mengambil pesanan dia dan rakan-rakan di restoran tempoh hari.

"Ya.." Suara Melati kedengaran dingin sahaja mengesahkan tekaan Fatah.

"Terima kasih Insyirah sebab berikan nombor ini pada saya. Kalau tak, tak dapat saya nak usik dia macam ni hari-hari."

"Sama-sama. Apa lagi? Belanja lah kami makan."

Ringan sahaja tangan Melati menampar paha Insyirah lembut. Tak malu betul si Insyirah ni ya.

"Jangan risau. Sebab tu saya call ni, nak ambil order Cik Melati dan Cik Insyirah."

Apalagi, tersengihlah Insyirah membayangkan sebentar lagi perutnya akan terisi tanpa sedikit pun dia mengeluarkan wang.

"Sebelum tu saya minta maaf ya Melati, gurau sahaja. Jangan marah." Fatah seperti memujuk Melati pula.

Melati tanpa sedar tersenyum kerana hatinya berbunga bunga dapat mendengar kembali suara Fatah. Rasanya kali terakhir adalah dua minggu lepas. Sejak itu, dia menantikan Fatah untuk menghubunginya lagi tetapi tidaklah dia menzahirkan dengan kata-kata kerana dia masih lagi segan. Adakah...dia sudah mulai rindu pada Fatah?

Aaaa sorry babe. Kebelakangan ni saya busy betul. Dapat upload new chapter seminggu sekali pulak. I'll do better for you okay?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience