"Stay there. I'm coming." Tanpa mematikan panggilan telefon, Fajar mula berlari anak memasuki pusat beli-belah dan menuju ke lif yang berdekatan. Hatinya berdoa agar Melati dalam keadaan selamat. Punat lif ditekan beberapa kali sambil matanya melilau mencari jalan lain. Apabila melihat kedudukan lif masih jauh lagi di papar skrin, Fajar berputus asa menunggu dan terus sahaja berlari ke arah eskalator.
"Sorry." Kata Fajar apabila dia terpaksa menyelit untuk mendaki tangga eskalator. Orang awam yang terpaksa memberi laluan hanya memandang Fajar dengan rasa pelik.
"Melati?" Fajar hanya mendengar suara tangisan Melati kini menjadi lebih sayu dan perlahan. Lagilah hatinya menjadi gelabah dan ingin cepat-cepat muncul dihadapan Melati.
Tiba di hadapan restoran itu, dia melihat Insyirah sedang mengemop lantai sambil dileteri oleh seorang makcik. Ammar pula sedikit terkejut melihat Fajar yang tiba-tiba muncul dengan termengah-mengah itu. Tanpa berfikir panjang, Fajar pun mendekati Ammar sambil bertukar pandangan dengan Insyirah.
"Mana Melati?" Tanya Fajar tegas tetapi masih kekal tenang kepada Ammar yang sudah berkeruh mukannya.
"Staf je yang boleh-"
"Mana..Melati?" Pandangan mata Fajar menikam tajam Ammar sambil kakinya melangkah setapak mendekati muka Ammar. Melihat Ammar seperti sudah terkunci mulut, tanpa membazir mata Fajar melangkah masuk sahaja ke ruang dapur dan memeriksa keadaan sekeliling hingga dia menangkap bayang tubuh Melati yang sudah terduduk di atas lantai. Tanpa membuang masa, dia pun melangkah mendekati Melati.
Fajar juga turut duduk di atas lantai dengan satu kaki ditongkatkan. Melati yang sedang membenamkan muka pada lengan bajunya mula mengangkat mukanya perlahan-lahan. Fajar tersenyum lembut sahaja manakala Melati pula sudah merah mata kerana menangis.
"What do you need?" Tanya Fajar sambil membuka blazer yang dipakainya.
"I .. nak balik..," suara Melati bagai tersekat-sekat dek kerana dia masih lagi menangis. Fajar kemudian menganggukkan kepala lalu membaluti tubuh Melati dengan blazernya. Baju kerja Melati yang berwarna agak cerah itu memang terang-terangan ada kesan simbahan air sirap. Mujurlah tudung Melati berwarna hitam, kalau tidak pasti lagi menonjol dan menarik perhatian orang yang memandangnya.
"Beg you mana?" Tanya Fajar setelah mereka berdiri serentak. Melati pula hanya menunjukkan kedudukan begnya menggunakan isyarat mata dan Fajar terus sahaja dapat meneka di mana.
"Melati. Awak okay tak?" Ammar dari hujung pintu dapur sudah bertanya. Mukanya juga kelihatan risau. Insyirah yang juga turut dibelakang sambil mengangkat baldi dan mop menuju ke arah Melati.
"Tengok muka dia ni, macam okay ke?" Insyirah menjeling ke atas tanpa Ammar perasan namun Ammar mendengar perlian Insyirah itu.Tetapi mindanya kini fokus pada Fajar dan Melati. Dia dapat merasakan Fajar akan membawa Melati pergi. Dia akui keegoannya sedikit tercabar.
"Eh, nak pergi mana ni?" Tanya Ammar lagi dengan rasa geram.
"Biarlah dia. Bagi dia bertenang kejap. Tukar baju ke apa." Insyirah membalas tanpa Melati memintanya.
"Sini pun boleh. Tak perlu keluar kedai."
Fajar kemudian muncul di sebelah Melati sambil mengendong begnya. Mulutnya ingin berkata seuatu tetapi Melati sudah memotongnya terlebih dahulu.
"Sorry, Ammar. Saya nak berhenti." Akhirnya Melati bersuara juga. Namun keputusan Melati itu membuatkan Ammar menjadi lagi tak tentu arah. Insyirah pula sedikit terkejut melihat kawan baiknya.
"Ha? Takkanlah sebab ni je nak berhenti Melati? SIapa yang hasut awak ni? Mamat ni ke?" Ammar menjenggilkan matanya pada Fajar.
" Tak. Ni keputusan saya sendiri. Nanti saya cakap sendiri dengan encik Hamid. Saya pergi dulu." Walaupun emosi Melati sedang berombak namun dia masih lagi mampu mengawal percakapannya agar kekal tenang.
"Eh? Mana boleh macam ni? Sebab apa?"
"Tolong... berhenti ambil tahu hal peribadi saya." Melati betul-betul menegaskan permintaanya. Perkataan 'tolong' itu juga sengaja dia keraskan. Ammar pula sudah bercekak pinggang kerana tidak puas hati dengan keputusan Melati. Namun Melati sudah malas ingin melayan Ammar. Dia terus mula berjalan untuk keluar daripada dapur.
Apabila Ammar ingin mengikuti Melati untuk memujuknya , Insyirah menghalangnya dengan menggunakan batang mop sebagai penghadang. Berkerut muka Ammar melihat tindakan Insyirah itu. Fajar pula mula tersenyum nakal memandang Ammar seperti anak kecil mendapat gula-gula membuatkan api kemarahan Ammar menjadi lebih menggelegak.
"Jaga dia elok-elok." Pesan Insyirah kepada Fajar yang laju sahaja mengangguk.
"Biar dia pergi." Keras sahaja Insyirah memberikan amaran pada Ammar apabila lelaki itu mula ingin mengorak langkah. Batang mop itu ditepis Ammar sambil mulutnya mengeluarkan keluhan keras.
❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。
"How are you feeeling?" Tanya Fajar dengan penuh kerisauan di mukanya. Melati pula yang sedang berselera menikmati lao lao tersenyum sambil menganggukkan kepala beberapa kali.
"Baguslah macam tu. I dah risau dah." Fajar mengurut dadanya tanda lega. Mereka berdua berjalan beriringan untuk keluar ke tempat letak kenderaan.
"I rasa i terkejut kot tadi. Tapi sekarang dah okay dah. Dah dapat dessert ni." Sekali lagi Melati tersengih sambil mengangkat mangkuk kertas berisi yogurt itu. Fajar pula semakin tertawan melihat senyuman Melati.
"You know...You looks so cute wearing my blazer." Puji Fajar membuatkan melati yang mulutnya sedang penuh berisi makanan mula meneliti blazer milik Fajar yang sedang dipakainya. Dek kerana perbezaan saiz badan, labuh sungguh blazer itu hingga mencecah paras paha.
"No. No. I'm not cute." Bidas Melati sambil menggelengkan kepala membuatkan Fajar ketawa besar.
"Wait. Wait. Bagi I tangkap gambar dulu." Fajar mengeluarkan telefon sebelum berlari anak ke hadapan lalu berpusing menghadap Melati.
"Pose cepat. Yī' èr sān."
Melati pula ketawa kecil sambil berpura-pura mengubah posisi badan ibarat model yang mempromosikan lao lao. Gelagat Melati itu sekali lagi membuatkan Fajar terhibur hati.
"Look at this. Look at this." Fajar teruja menunjukkan gambar yang ditangkapnya pada Melati. Comel pula bila Fajar berlari begitu, getus hati Melati.
"You comel kan?" Tinggi nada Fajar bertanya.
"Ish. This is camera ilusion." Gurau Melati yang masih lagi berdegil untuk mengakui badannya kelihatan kecil dan comel. Mungkin kerana dia sudah terbiasa dengan imej serius dan berdikari, jarang ada yang memujinya comel. Oh, sudah tentu nenek, Suria dan Insyirah terkecuali.
"But I still don't think this camera does you justice. You lagi cantik depan-depan." Mendengar pujian itu membuatkan hati Melati menjadi berbunga lalu cepat-cepat dia mengalihkan pandangan matanya ke jalan raya. Tak mampu rasanya berlawan mata dengan Fajar yang dia tahu masih lagi sedang memandangnya.
"Janganlah pandang I. " Melati memalingkan mukanya agar hilang daripada pandangan Fajar.
"Apa? I tengok je. Takkan I nak pandang dinding pula bila bercakap?" Fajar cuba membela diri sambil menahan ketawa.
Apabila mereka berdua sudah berada didalam kereta, sunyi kembali suasana. Melati hanya mampu mencuri-curi melihat Fajar daripada tepi. Susah betul untuk menahan diri daripada menghayati raut jernih milik Fajar itu. Fajar pula sudah semestinya perasan dirinya diperhatikan tetapi dia biarkan sahaja.
"Apa sebab sebenar you berhenti kerja? I tahu pelanggan tadi bukanlah sebab sebenar." Fajar mula membuka bicara.
"Hm.. Ya, you betul. Sejujurnya I memang tak nak dah kerja situ tetapi sebab I perlukan duit. I tahan diri. Dengan perangai Ammar yang kebelakangan ni macam beru-"
"Ammar? Dia buat apa dekat you?" Panik sedikit Fajar bertanya, seolah sudah bersedia untuk menumbuk Ammar jika Melati diapa-apakan.
"Hahaha. Taklah. Tak ada apa pun. I rimas je dengan dia."
"Rimas?" Fajar macam baru pertama kali mendengar perkataan itu.
"Disturbed plus annoyed. Dia macam nak kawal pergerakan I. Nak tahu semua pasal I. I tak suka bila lelaki perangai macam tu. Lebih-lebih lagi bila kita berdua, berkawan pun tak. Dia macam ter "over". Kau rasa kau siapa dalam hidup aku?"
"Oooohh." Fajar mendengar dengan khusyuk sahaja luahan Melati.
"Garangnya you ni. Err, I macam Ammar ke?"
"Tak." Melati tergelak kecil.
"Perangai you ni comel. Jadi I tak rasa .. terancam?" Ya, I also don't know how to put it in words."
Fajar tersenyum malu membuatkan gelak melati yang kecil tadi bertukar besar.
"Maksudnya you selesa dengan I kan?"
"Ya...I guess so." Jawab Melati dengan ketawa yang masih bersisa.
"Cool." Fajar kemudian tersenyum bangga mendengar jawapan Melati.
❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。
Rutin seharian Melati kini terasa kosong sahaja dek kerana tidak perlu ke tempat kerja lagi. Namun begitu, dia tidak boleh selesa berlama-lamaan kerana dia tetap perlu mencari pekerjaan yang baru. Fajar cuba menyuarakan hasrat untuk memberi wang saku bulanan pada Melati tetapi memang tidaklah Melati ingin menerimanya. Meski Fajar sudah menukar tawarannya kepada pinjaman pun, Melati tetap berkeras menolaknya.
Sempat juga Fajar mengingatkan Melati bahawa dia akan sentiasa ada jika Melati memerlukan apa-apa bantuan. Melati sudah berfikir mungkin dia akan bekerja di kawasan berdekatan dengan tempat belajarnya sahaja. Mudah untuknya pergi dan balik kerja tanpa perlu menyusahkan sesiapa.
Melati berkira-kira ingin berjalan-jalan di kawasan sekitar untuk mencari kerja hujung minggu ini. Suria sudah sampai di rumah nenek kelmarin jadi Melati tidaklah risau sangat tentang keberadaan nenek kerana ada yang menjenguknya. Sedang Melati khusyuk melayari internet, telefonnya berdering dan tertera nama Suria.
"Akak. Suria takutlah kak," sayu suara Suria di hujung talian membuatkan Melati tidak senang duduk.
"Kenapa? Kenapa?" Tanya Melati penuh kerisauan.
"Suria sebenarnya daripada satu jam lepas ni, baru sekarang dapat masuk rumah. Nenek tak ingat dia letak kunci pagar dekat mana. Oh, Suria keluar pergi beli roti canai untuk sarapan tadi."
"Habis tu, sekarang macam mana boleh masuk?"
"Suria minta nenek ambil kunci ganti dalam bilik nenek tu. Yang dalam kotak kayu atas laci baju nenek tu kan. Tapi susah jugak lah nak arahkan nenek."
Melati mendiamkan diri untuk memberi ruang Suria menjelaskan situasi itu meski dia masih kurang mengerti maksud Suria.
"Nenek tercegat depan pintu bilik kita semua sebab dia ... tak tahu bilik dia yang mana." Kini tangisan Suria meletus keluar. Melati pula beristigfar panjang. Nampaknya dia tidak boleh lagi menganggap perkara begini remeh. Sewaktu dia menjenguk nenek tempoh hari bersama Fajar, dia pun sudah mula sedikit risau apabila nenek terlupa nama Suria. Segala kejadian nenek yang terlupa perkara remeh temeh kini membanjiri otak Melati.
"Takpalah, nanti akak datang. Akak bersiap dulu."
"Suria..." Melati menyeru nama Suria apabila adiknya itu tidak memberikan respons. Pasti masih menangis lagi tu.
"Kita akan okay. Nenek pun akan okay. Sabar ya. Suria pejam celik je, akak dah sampai." Melati cuba memujuk Suria agar tidak lagi bersedih.
"Dah banyak kali mata ni berkelip, akak tak sampai pun." Suria merengek seperti anak kecil membuatkan Melati ketawa.
"Suria kena kelip mata seribu kali. Confirm akak muncul."
"Ish akak ni. Loyar buruk." Kini tangisan Suria sudah mulai surut membuatkan Melati sedikit lega. Usai mematikan panggilan telefon, Melati mengetap bibirnya. Perlukah dia menghubungi Fajar tentang ini?
Ish, mengapa perlu dia melibatkan Fajar di dalam situasi ini? Kata tidak mahu menyusahkan sesiapa bukan?
Namun hatinya berfikir lebih pantas daripada otaknya apabila dia menghantar mesej kepada Fajar tentang niatnya. Mungkin sebenarnya Melati tahu hakikat pahit yang sukar ditelan iaitu dia hanyalah insan biasa yang tetap memerlukan seseorang untuk bersandar. Entah kenapa, dia merasakan kehadiran Fajar di sisi mampu memberikan kekuatan kepadanya.
Sikit saja lagi. teruskan bertahan semua.
Share this novel