Bab 22

Romance Completed 14176

Seminggu lepas. . .

Pengadil meniup wisel menandakan pertandingan sudah bermula. David meletakkan telur di atas sudu yang sedang di gigit hujung batangnya. Dengan cermat dia berjalan kehadapan sementara namanya di sorak. Matanya mengerling melihat Lucas yang sudah memecut laju tetapi dia memilih untuk tidak gelojoh. Jika telur itu pecah, David terpaksa mula daripada awal.

Ahli kumpulannya iaitu Encik Daud, Melati dan Anne sedang menunggu dengan sabar di tempat masing-masing. Kedengaran suara kumpulan nombor tiga mengeluh kuat. Pasti telur mereka terjatuh lah tu. Sebaik tiba di hujung garisan, telur itu dijatuhkan ke dalam besen berisi air yang juga terdapat belon-belon mengandungi air.

Encik Daud dan Melati berpandangan sebelum mereka berdua menganggukkan kepala tanda bersedia. Encik Daud membaling belon ke arah Melati dan Melati berjaya menangkapnya. Untuk balingan kedua, nasib tidak menyebelahinya kerana belon itu terlepas daripada gengggamannya dek kerana terlalu licin.

"It's okay, Melati. Focus!" David memberikan kata semangat.

"Encik Daud, baling betul-betul. Come on, team! " sambung David lagi.

Encik Daud yang ingin membaling belon bertukar fikiran lalu menukar sasaran pada David. Lecun juga lah seluar David.

"Encik Daud!" David menutup mulut sambil berpura-pura terkejut.

"Kau diam je. Bagi aku fokus." Encik Daud kemudian menyambung aksinya tadi.

Akhirnya, bakul mereka penuh juga dengan lima biji belon. Banyak juga belon yang pecah. Seluar Melati pun sudah basah dan berpasir kerana menangkap belon dengan lagak penjaga gol bola sepak.

Anne kemudian merendam span ke dalam besen berisi telur tadi lalu berlari ke garisan mula awal tadi dan memerahkan air ke dalam botol.

Pasukan Lucas masih lagi sedang bergelut membaling belon. Anne sudah seperti ketam berlari ke hulur hilir untuk memenuhkan air ke dalam botol. Apabila air sudah melepasi garisan yang ditanda pada botol itu, Anne menjerit memanggil pasukannya.

"Last round guys!" Jerit Anne kemudian pergi ke hentian seterusnya di ikuti Encik Daud, David dan Melati. Mereka duduk dalam barisan panjang. Seorang pekerja memberikan penutup mata pada mereka semua dan menyuruh mereka menutup mata dengannya. Melati di depan sekali memegang dulang berisi air lalu dituang ke belakang. David yang sedang menunggu hanya mampu meneka arah air yang Melati tuang kerana matanya sudah tertutup.

"Melati tuang perlahan dulu," arah David. Apabila dia sudah menjumpai arah air yang Melati tuang, dia pun berkata dalam nada tinggi, "Okay, tuang laju-laju! Selaju air terjun." Tergelak kecil Melati dibuatnya.

Kemudian, giliran David menuang ke arah belakang. Dia hanya mampu mengagak sahaja.

"David! Kena I lah!" Marah Anne sambil memukul belakang David.

"Ouch! Sakitlah. You tengoklah betul-betul mana I tuang."

"You stupid or what? We all kena tutup mata." Anne kini faham betapa menyakitkan hatinya perangai David ini. Patutlah Riya asyik bertegang urat je dengan David.

"Kalau nak gaduh, sampai esok pun tak habis." Encik Daud berbunyi daripada arah belakang.

"Its okay guys,take it slow," pujuk Melati untuk memberi semangat.

Akhirnya, balang di tangan Encik Daud penuh juga walaupun halangannya sangat berliku.

"Kumpulan satu menang!" Jerit pengadil.

Bersorak gembira lah mereka berempat. Kemudian, David melihat Riya juga sedang menunggu air daripada Lucas yang berada di hadapannya. Idea nakalnya terus menyelinap masuk. Dia mengambil balang Encik Daud dan menuang sedikit air pada seluar Riya.

"Lucas! Basah dah I. Bagitau lah awal-awal," marah Riya. Lucas pula terpinga-pinga di hadapan.

"Huh? What? I didnt do anything yet." Lucas membela dirinya. Riya mengerutkan keningnya. Habis tu, siapa pula yang baling?

"David!" Jerit Riya sekuat hati. Apa lagi, ketawa sakan lah David.

"Sabotaj! Pengadil! Sabotaj!" Lucas menjerit sambil mengangkat tangan meski dia tidak nampak dimana pengadil. Suasana sungguh riuh dengan perangai peserta yang pelbagai ragam. Pertandingan sukaneka itu habis jua. Kumpulan pertama mendapat hadiah hamper yang paling besar. Masing-masing memang teruja ingin membukanya. David orang pertama membukanya dan Anne pula membahagikan isi hamper itu kepada empat dengan adil dan saksama.

"Congratulation!" Ucap David pada Melati yang sedang khusyuk membuka jajan.

"Oh thank you! Tahniah juga pada you. Menang tempat kedua. Wu hu~." Melati bersorak sambil menepuk tangan. Lucas pula ketawa melihatnya.

"I tak pernah menang pertandingan macam ini. Dulu masa I kecil, I pernah masuk. One of the prizes is Hot Wheels car." Lucas membuka cerita.

"Oh you menang tak?" Tanya Melati sambil mengunyah.

"Sadly, no..." Lucas mencebik dengan muka monyok membuatkan Melati terhibur.

"You kan dah besar sekarang. You boleh beli sendiri. Tak perlu masuk pertandingan dah. Just .. swipe..your card," usik Melati.

"You lah beli untuk I," pinta Lucas manja.

"I beli betul-betul nanti. Jangan tak main pulak." Melati mengecilkan pandangan mata seolah mengugut Lucas. Lucas ketawa kemudian dengan selamba mengambil jajan Melati.

"Hey!" Melati memberontak tidak puas hati walaupun sebenarnya hati dia merasa bahagia Lucas di sisinya.

❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。

Setelah beberapa hari berlalu, Insyirah mempunyai sedikit kekuatan untuk mengutip semangatnya yang masih bersisa sedikit. Ikram meminta untuk berjumpa dengannya sebentar tadi dan dia dengan lajunya bersetuju. Tidak kisahlah pertemuan ini untuk apa, janji Insyirah dapat menatap wajah Ikram sekali lagi pun sudah memadai agar rindunya terubat.

Seperti biasa, mereka bertemu dihadapan asrama Insyirah. Ikram meletakkan kenderaan betul-betul dibawah lampu jalan agar tidaklah nanti orang mengata bukan-bukan pula. Ikram membuka bonet kereta belakang dan mengangkat keluar kotak yang tertutup rapi.

"Dalam ini ada …" belum sempat Ikram ingin menjelaskan isi kotak tersebut, Insyirah sudah mengalirkan air mata. Dia mengeluh kemudian menutup bonet dengan sebelah tangan. Insyirah pula hanya tertunduk cuba menahan perasaannya.

Kotak tadi diletakkan di atas bonet lalu dia menapak pergi ke tempat pemandu mengambil tisu setelah meraba poket dan mendapati hanya telefon sahaja di poket seluar. Telefon yang kini berada di atas bonet bersinar seketika.

Insyirah secara tidak sengaja ternampak nama pemanggil yang tertera di atas skrin, "Qai". Cepat-cepat Ikram menyambar telefon itu dan menutup panggilan lalu menghulur tisu yang diambilnya tadi kepada Insyirah.

"Siapa tu?" Insyirah bertanya dengan penuh curiga kerana tidak pernah sekali pun dia mengetahui Ikram mempunyai kawan bernama Qai.

"Member baru. Jumpa masa main badminton." Ikram menjawab selamba lalu mengangkat kotak itu kembali. Telefon itu kembali berdering didalam poket belakang seluar Ikram dan kerana Ikram kebetulan sedang membelakangkan Insyirah, laju saja gadis itu mengambil telefon itu lalu mengangkatnya.

"Hello, yang. Nanti dah habis bagitau-"

"Siapa ni?" Tegas Insyirah bertanya. Hujung talian kembali sunyi. Ikram yang sedar situasi itu cuba merampas kembali telefonnya namun Insyirah cekap sahaja mengelaknya. Dia berjalan pergi dengan telefon itu.

"Hello? Jawab jelah. Alang-alang dah call. Rampas teman lelaki orang berani pula. Cakap dalam telefon tiba-tiba kecut perut." Insyirah cuba memprovok gadis didalam telefon itu.

"Bukan awak ke yang curang dulu?" Tanya gadis itu. Terlopong mulut Insyirah mendengarnya lalu badannya berpusing memandang Ikram yang sudah kelihatan tidak keruan.

"Siapa perempuan ni? Selama ini, awak curang dengan saya ke? Dah berapa lama bercinta ni?" Soalan Insyirah bagai peluru menembak dada Ikram bertalu-talu.

"Kami baru je berkenalan dalam lima bulan. Er, tapi bercinta masih baru lagi. " Gadis itu menjawab bagi pihak Ikram.

"Dahlah. Stop! Bagi balik telefon tu. Cukuplah Insyirah. Balik jelah." Ikram menjulur tangan untuk mengambil telefonnya tetapi ditepis Insyirah dengan kasar.

"Awak tahu tak Ikram ni dah ada teman wanita?" Insyirah menjeling ke arah Ikram.

"Tahu. Tapi, dia kata awak curang juga. Dia pun memang lama dah nak putus dengan awak."

Ikram tidak senang duduk kerana tidak tahu apa yang dibualkan oleh mereka. Lantas, dia dengan kasar merentap telefon itu daripada tangan Insyirah. Muka Ikram berubah garang. Dia mengambil kotak tadi lalu membalingnya ke tepi jalan.

Insyirah pun tidak kurang hebatnya, dia mengambil barang yang bertaburan itu lalu dibaling ke arah Ikram.

"Konon nak bebas?! Rupanya, kau ada betina lain. Cakap jelah awal-awal!" Jerit Insyirah cukup kuat membuatkan Ikram melihat kiri dan kanan kerana bimbang suara bekas teman wanitanya itu akan menarik perhatian penghuni asrama.

"Apasal kau ni ? Aku tak curang dengan kau pun. Kitaorang baru je nak bercinta." Ikram cuba membela dirinya. Kini, pergaduhan antara Ikram dengan Insyirah sungguh hangat hingga tiada lagi panggilan saya dan awak.

"Kau ni memang sial , Ikram. Tak perlu nak tipu aku. Cepat sangat kau move on." Insyirah kini menolak badan Ikram sekuat hati berkali-kali hingga badan Ikram tersandar dikeretanya.

"Aku kata sudah kan! Ini yang aku malas dengan perangai kau. Memaksa dan suka tuduh melulu. Dengan baran kau lagi, penatlah aku nak layan."

"Apa kurangnya aku?" Suara Insyirah mula perlahan. Ikram meraup rambutnya kasar. Telefonnya berdering kembali dan Insyirah mencuba mengambil tetapi Ikram lebih pantas mengelak. Ikram memegang kedua-dua bahu Insyirah dengan kuat dan menatap mata wanita yang pernah dia cintai dulu. Perasaan kasih dan sayang dulu kini lesap entah kemana. Tiba-tiba Insyirah terasa begitu takut melihat pandangan Ikram seperti singa ingin membahamnya.

"Aku.. dah tak nak ... kau. Faham tak? Jangan terdesak sangat boleh tak? Balik bilik lah." Suara Ikram terasa lain, seperti menahan dendam dan amarah. Inikah Ikram yang Insyirah kenal dulu?

Ikram kemudian melepaskan bahu Insyirah dengan kasar hingga Insyirah terundur beberapa tapak.

Dush! Satu tumbukan mengena bibir Ikram. Ikram segera memegang pipi yang tiba-tiba terasa panas. Apabila dia menyentuh bibirnya, setitik darah melekat pada hujung jarinya. Apabila muka dia diangkat, kelihatan Melati menarik Insyirah dan berlalu pergi. Mereka membiarkan sahaja barang-barang bertaburan di atas jalan raya; meninggalkan Ikram keseorangan di bawah cahaya lampu jalan dengan perasaan yang bercampur baur.

Halu disana! Thanks baca. More chapters coming soon.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience