Bab 26

Romance Completed 14364

David mengetuk meja Melati sambil menatang komputer ribanya. Melati yang sedang khusyuk menulis catatan di buku notanya segera mengangkat muka.

"Hai putih-putih Melati, merah-merah delima. Meeting is about to start now." David mengingatkan Melati setelah melihat gadis itu seperti tidak berganjak lagi.

"Meeting? What meeting?" Gelabah Melati menekan tetikus membuka kalendarnya di skrin komputer.

"Check your calendar, Melati." David berkata sambil berjalan ke arah bilik mesyuarat.

Aduh, bagaimana dia tidak perasan terdapat mesyuarat sebentar lagi. Melati kemudian memeriksa bila mesyuarat itu dicipta. Oh setengah jam lepas! Patutlah dia tak perasan, ini mesyuarat last minute. Cepat-cepat Melati mengambil komputer riba dan buku notanya lalu berlari anak ke bilik mesyuarat seperti lipas kudung.

Usai membuka pintu, terkejut Melati melihat sudah ramai insan berada di dalamnya. Staf-staf yang bekerja sebagai pembangun laman web, pengaturcara pangkalan data, dan juga peranan lain yang berkaitan duduk tersusun di keliling meja besar itu. David memanggil Melati untuk duduk di sebelahnya. Tak lama kemudian, Lucas pula memasuki bilik itu. Suasana bilik langsung bertukar senyap.

"What's the urgency?" Tanya Lucas sambil berdiri tegak dengan riak muka yang sangat serius. Melati melihat Lucas seolah seperti pengimbas kod bar, memandang jejaka itu daripada atas hingga ke bawah. Melati melepaskan keluhan yang hanya dirinya sahaja dapat dengar.

" Walaupun sekarang perasaan aku masih pudar tetapi memang tak dapat dinafikan, pandang kau berdiri macam tu pun boleh buat hati tertarik. Ah, tak ada! Aku takkan cair lagi. Cukup-cukuplah." Melati mengalihkan pandangannya memandang wajah orang lain. Suara hatinya di biarkan sahaja untuk terus berada di dalam kepalanya.

"I received a complaint from one of our major clients this morning. They’re experiencing significant downtime on their website, and our database seems to be malfunctioning. This is unacceptable, and we need to resolve this immediately", tegas Encik Shawn Xiao berkata dengan riak mukanya yang memang sudah sinonim dengan tiada emosi. Tetapi Melati tahu Encik Shawn Xiao ni sebenarnya sedang menahan emosi atas dasar profesionalisme.

"This is not the first time," sambung Encik Shawn Xiao lagi namun pandangan ditalakan pada stafnya pula. Apalagi, tertunduklah masing-masing.

Lucas mengangguk lalu mengambil alih. "David, can you update us on the current status and what might have gone wrong?" Tanya Lucas sambil menumpukan perhatiannya kepada penolong pengurus projek itu.

David yang sedang menaip di komputer riba berdehem seketika setelah namanya diseru Lucas, dia kelihatan tidak selesa di pandang begitu oleh Encik Shawn Xiao.

"We've been running diagnostics, but we haven't pinpointed the exact cause yet. It seems like there might be an issue with the latest update we pushed last night." David memandang staf lain untuk kepastian dan mereka pun mengangguk seperti belatuk.

Encik Shawn Xiao mencelah, kali ini dahinya kelihatan berkerut. " How could such a significant error slip through? Zhè shì yīgè guānjiàn kèhù. Wǒmen bùnéng chéngshòu zhèxiē cuòwù." Kini mata Encik Shawn Xiao dialihkan pada Lucas yang turut sama mengerutkan dahi. Badan Lucas kini bersandar di dinding sambil dia memeluk tubuh.

"Ha, mula dah majikan-majikanku berbincang dalam bahasa mandarin," getus hati Melati.

"Wǒ míngbái..." Suara Lucas tenang sahaja berbicara.

"Dàn wǒmen bùyào hùxiāng zhǐzé." Kini Lucas tidak lagi bersandar, sebelah tangannya dimasukkan ke dalam poket sementara sebelah tangan lagi bergerak-gerak seolah dia sedang menjelaskan sesuatu pada Encik Shawn Xiao.

"Mr Shawn is asking how this could happened." Lucas menerangkan kembali soalan Encik Shawn Xiao kepada stafnya yang tidak pandai berbahasa cina untuk turut sama memahami perbualan mereka.

"We followed all the standard procedures. This kind of thing is rare, but it happens." David mencuba membela staf dibawah naungannya. Melati pula sibuk mencatat isi kandungan mesyuarat itu meski kerani pun turut sama berbuat demikian kerana dia tahu ada perkara yang pasti kerani akan terlepas dengar kerana perbualan mereka kadang-kadang terlalu teknikal.

" Okay, let's focus on solution yeah? Ismail, apa kita buat sekarang untuk halang isu ini jadi lebih teruk?" Lucas melontarkan soalan pada salah seorang staf melayu yang turut sama terlibat.

" Kita kena patah baliklah dan restore sistem kepada versi yang stabil sebelum ni. Tapi ambil masa sikitlah," terang Ismail sedikit gugup kerana tahu dirinya diperhatikan Encik Shawn Xiao.

"It's our best option to get the client back online," David menyambung ayat Ismail untuk menyokongnya.

Lucas menganggukkan kepala tanda bersetuju. "Good. Let's get started on that immediately. Keep communication clear and constant. David, I want updates every hour on our progress."

Melati memerhati Lucas dengan kagum, mengagumi bagaimana dia menguruskan keadaan tegang itu dengan tenang dan berwibawa. Keupayaannya untuk meredakan ketegangan dan mengemudi pasukan ke arah penyelesaian adalah sesuatu yang mengagumkan pada Melati. Dia cuba menepis perasaan kagum yang timbul dalam dirinya, mengingatkan dirinya bahawa Lucas sudah mempunyai teman wanita. Ia tidak menghalang hatinya daripada berdebar-debar, tetapi dia tetap profesional, tekun mencatat nota.

Encik Shawn Xiao pula kelihatan tenang sedikit, kepercayaannya terhadap Lucas untuk menguruskan hal ini tidak pernah sangkal. "Alright, let’s get to work. Lucas, thank you for handling this."

Lucas tersenyum, matanya sekilas bertemu mata Melati sebelum memandang ke seluruh bilik itu. "Meeting dismissed. Thank you for coming."

Ketika seorang demi seorang beransur keluar, Melati tidak dapat menahan diri untuk terus memerhati Lucas. Dia mengagumi Lucas bukan sahaja untuk kepimpinannya, tetapi seluruh personalitinya. Namun, dia tahu dia perlu mengawal perasaannya, sebaiknya memfokuskan pada tugas yang sedang dijalankan.

Hatinya tekad. Untuk melepaskan Lucas, dia juga harus meninggalkan syarikat ini juga. Barulah hatinya benar-benar akan dapat sembuh dan bergerak ke hadapan.

"Melati..." panggil Lucas. Kedua-dua tangannya berada didalam poket seluar.

"Hmm?" sahut Melati.

"How are you today?'

Melati memandang sekeliling bilik mesyuarat, terdapat beberapa orang lain masih tidak meninggalkan bilik itu lagi. Biar betul Lucas ni bertanya depan-depan begini.

"Er, good. Thanks." Melati tersenyum kelat sambil mengangkat ibu jarinya.

"Cool." Lucas ketawa kecil lalu pergi meninggalkan bilik mesyuarat itu. Melati pula menjadi hairan kenapa tiba-tiba Lucas bertanya soalan rawak begitu.

❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。

Melati memerhatikan Insyirah yang sedang fokus menatal skrin perlahan-lahan. Muka Insyirah kelihatan keruh sahaja menimbulkan rasa curiga dalam diri Melati. Melati kemudian merampas telefon Insyirah tanpa bertanya membuatkan Insyirah sedikit terpinga-pinga. Namun, dia tidak menghalang Melati daripada turut sama melihat carian internetnya.

"Insyirah, apa ni?" Melati menayangkan skrin itu kembali pada Insyirah.

"Dia pergi dating dengan perempuan tu. Aku tahu dah nama perempuan tu. Dia-"

"Syuh! Kau dengar tak diri kau sekarang?" Melati mencengkak pinggang. Dia melepaskan keluhan berat. Ternyata bukan mudah untuk Insyirah melepaskan Ikram pergi.

"Apa kau buat sekarang ni hanya akan menyakiti diri kau je. Dah. Buang je lelaki tak guna tu. Dia tu-" Bebelan Melati terhenti apabila melihat notifikasi muncul di skrin.

"Kau bermesej dengan Ikram?!" Tanya Melati keras yang tanpa membuang masa mula membuka perbualan whatsapp antara Ikram dan Insyirah.

"Aku cuma nak tahu apa kurangnya aku. Aku.. Akuu.. Hmm, mesti kau menyampah dengan aku kan," sayu sahaja suara Insyirah. Melati meruncingkan matanya lalu mengambil bantal Insyirah lalu dipukul bertalu-talu pada badan Insyirah.

"Bangun!Bangun! Jangan jadi mangsa!" Seperti membaca mantera pula si Melati ni. Insyirah pula menutup kepalanya walaupun pukulan itu tidaklah sakit. Apabila Melati selesai dengan ritual itu tadi, Insyirah mengangkat mukanya. Rambutnya kini sudah serabai seperti hantu pula.

"Kenapa. .. jadi mangsa kalau boleh... jadi survivor?" Dalam tercunggap-cunggap tu, sempat lagi Melati memberikan kata-kata motivasi. Insyirah kemudian menganggukkan kepala sedikit lalu meminta kembali telefonnya. Melati pula menghulurkan sahaja. Tak sangka pula Insyirah tidak akan melawan dia kembali.

Melati menjenguk apa yang Insyirah sedang lakukan. Ternyata dia sedang menyekat Ikram daripada segala jenis media sosial. Insyirah benar-benar nekad ingin memutuskan segala jenis tali yang boleh menghubungkan dirinya dengan Ikram.

"Wah, tak sangka cara tu berkesan..." Melati menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Betullah apa kata kau." Insyirah berkata setelah selesai, pandangannya teralih pada mejanya pula. Teringat pula dia akan barang-barang dia dan Melati telah kumpul didalam kotak.

"Sekarang.. Aku nak kemas meja pula." Insyirah bangkit lalu melipat lengan bajunya. Entah dari mana datangnya semangat untuk dia mengemas. Melati pula memandang dengan penuh rasa kagum.

"Aku belanja kau makan malam ni." Melati ingin membelanja Insyirah, tanda menyokong perubahan Insyirah pada hari ini.

"Nasi ayam madu."

"Cun."

Terima kasih baca sayang sayang semua. Jangan lupa follow untuk dapat update for the latest chapter. Muah~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience