Bab 32

Romance Completed 14176

Melati mencedok lauk satu persatu ke dalam pinggan nasinya. Matanya melilau melihat lauk-lauk yang tersusun rapi dihadapannya. Apabila ternampak lauk sayur cap chai, Melati pun tidak berfikir panjang untuk mencapai senduk lauk itu. Makanan tengaharinya pasti akan digandingkan dengan sayuran setelah memilih lauk protein.

Tiba di kaunter untuk membuat pembayaran, dia pun mengeluarkan kupon bantuan makanan yang bernilai rm5. Kupon ini memang dia akan dapat setiap bulan, hasil permohonan zakatnya yang diluluskan. Syukur dengan kupon ni, dapat meringankan sedikit kos sara hidupnya.

"Semua sekali Rm8." Makcik itu berkata sambil bersedia menerima wang daripada Melati.

"Oh Melati. Tak perasan makcik. Ada bawa kupon ya?" Sambung makcik itu tadi.

"Ya betul. Jadi saya tambah lagi Rm3 ya." Melati pun mengeluarkan wang daripada dompetnya.

Apabila selesai, dia segera berpaling dan melihat Insyirah sudah melambaikan tangan mengajaknya duduk bersama.

" Air sirap lagi?" Tanya Insyirah kepada Melati.

"Biasalah. Air percuma. " Melati pun ketawa kecil dan apabila melihat Insyirah turut sama juga mengambil air sirap, serentak mereka ketawa. Kafe itu memang menawarkan air sirap percuma kepada pelajar disitu.

Walaupun Insyirah dan Melati tidak sekelas, mereka hampir setiap hari akan makan tengahari bersama kecuali pada hari Khamis. Kelas Melati pada waktu petang manakala Insyirah pada waktu pagi. Oleh itu, mereka akan rehat bersama kawan kelas masing-masing.

"Kelas kau habis pukul berapa, Melati?"

"3:30. Kenapa?"

"Kelas petang aku...di-ba-tal-kan." Sebiji-biji Insyirah berkata dengan senyuman bangga. Melati terkesima dan berasa sedikit cemburu.

"Ish, untunglah~. Balik ni boleh terus tidur." Melati sudah membayangkan kelas petangnya yang terpaksa diharungi dengan perut yang kenyang dan mata yang kuyu.

Insyirah dan Melati kemudian menikmati makanan di atas meja itu sambil berbual-bual kecil. Tiba-tiba satu mesej muncul di skrin telefon Melati.

"Assalamualaikum. Saya Fatah. Awak Melati kan? Saya pelanggan yang haritu. " - Fatah

Terbeliak mata Melati dibuatnya, mulutnya yang masih mengunyah terbuka sedikit kerana terlalu terkejut lalu dengan pantas lengan Insyirah ditepuk. Insyirah pula memandang Melati terkebil-kebil dengan mata yang meminta penjelasan.

"Mamat haritu whatsapp aku ni."

"Haa yeke? Hahaha. Betul betul semangat dia ni nak berkenalan dengan kau, Melati."

"Kau lah ni! Pandai-pandai bagi no telefon aku kat dia."

"Okay, Aku minta maaf. Tapi muka dia tu baik dan nampak ikhlas. Dia minta pun cara sopan tau. Lagipun, kalau kau tak berminat, kan kau boleh block nombor telefon tu." Insyirah cuba membela diri. Ya dia masih ingat lagi jejaka itu begitu sopan menyusun kata.

"Cuba beri dia peluang dulu. Kalau tak okay, tak apa. Tak perlu teruskan. " Sambung Insyirah lagi cuba menyakinkan rakannya. Nenek pun sebenarnya senyap-senyap meminta Insyirah mencuba carikan mana- mana lelaki untuk Melati. Kalau nenek yang mencadangkan calon, habis semua ditolak oleh Melati.

Melati pula hanya terdiam memandang mesej itu. Betul juga kata Insyirah. Tak rugi pun jika mencuba dan dia pun boleh berpatah balik jika tidak ingin meneruskan perbualan itu. Sudu garfu diletakkan kembali ke atas pinggan lalu telefonnya dicapai. Melati pun mula membalas mesej itu.

"Waalaikumussalam, Fatah. Ya, saya ingat awak lagi. Ada apa ya mesej saya?" - Melati

Melati menyambung menyuap makanan ke dalam mulutnya. Insyirah yang daripada tadi memerhatikannya mula membutang kan mata.

"Kau... betul-betul balas mesej dia ke?" Insyirah bagai tidak percaya yang kata-kata pujukannya berjaya.

"Er..yelah. Kan kau kata cuba je."

"Wah! Tak sangka berjaya rupanya. Ni kena bagitau Suria ni." Insyirah mula meraba-raba isi begnya, cuba mencari telefon pintarnya.

"Ish kau ni." Melati menggelengkan kepala.

❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。

Ketika Melati pulang daripada kelas, Insyirah sudah pun melelapkan matanya. Petang petang begini memang mata akan layu sahaja, katil pula ibarat memanggil apabila mata terpandang. Melati melihat jam baru sahaja menunjukkan pukul empat. Kemudian dia baru teringat mesej dia dan Fatah tadi. Lantas dicapai telefon untuk membaca sekali lagi perbualan tadi.

"Saya nak jadi salah seorang kawan awak boleh ke? Saya seorang kawan yang bagus tau. Tak rugi kawan dengan saya."- Fatah

Melati tersenyum membaca. Entah kenapa mesej itu begitu comel dimatanya.

"Oh yeke. Okay, boleh teruskan promosi diri anda?" -Melati

Melati tak sangka dia berseloroh begitu dengan Fatah. Ni jual mahal ke ya?

"Oh..Boleh-boleh. Saya seorang yang kelakar. Awak mesti tak akan bosan berbual dengan saya. Saya pun kawan yang boleh berada di sisi awak ketika susah dan senang. Untuk tiga bulan pertama, awak akan mendapat free trial. Tak perlu bayaran."- Fatah

"Bagusnya tawaran ni. Lepas tiga bulan, kena bayar berapa untuk servis ini?"-Melati

"Sebulan sekali, kena adakan satu sesi makan bersama. Tak kisah makan tengahari atau malam."-Fatah

"Oh. Mahal lah promosi awak ni. Tak apalah. Nanti saya fikir-fikirkan dulu."- Melati

Buat masa sekarang, itu sahajalah perbualan antara mereka. Melati mengetap bibir tanpa sedar sambil membayangkan wajah Fatah tempoh hari. Tiba-tiba hati dia bagai tidak sabar menunggu mesej seterusnya.

Adakah dia sombong sangat dengan ayat mesej terakhir tu? Dalam diam, dia betul-betul mengharapkan Fatah membalas mesej itu. Melati pun mula berbaring di atas katil untuk merehatkan diri. Lega rasanya dapat berbaring setelah jauh berjalan.

Ting~

Pasti itu Fatah! Lekas-lekas Melati bangun dan mencapai telefon di atas meja.

"Tak perlu fikir... Terima je,"- Fatah

Melati tersenyum sendirian lagi dan memandang keliling walhal bukannya ada sesiapa pun memandang. Dia mengetuk dagunya lembut beberapa kali memikirkan apa yang perlu dibalas.

"We'll see.."- Melati

Melati nampaknya masih lagi menarik tali walaupun sebenarnya umpan Fatah sudah dia termakan. Hatinya terdetik untuk mengenali Fatah setelah sekian lama tidak berpenghuni.

❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。

"Melati. Aku nak beli makanan dekat vending machine. Kau nak apa-apa tak?" Tanya Insyirah sambil menyarungkan tudung. Walaupun sudah lewat malam, mereka berdua belum tidur lagi. Maklumlah, masing-masing sedang menyiapkan tugasan yang diberikan pensyarah. Mereka baru sahaja pulang daripada kerja sebentar tadi. Setelah berhempas pula mencari rezeki, kini mereka menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pelajar pula.

"Air kopi lah. Apa-apa jenama pun tak apa," balas Melati lalu dia membuka laci untuk mengambil duit daripada dompetnya. Apabila dia ingin menghulur duit, Insyirah sudah berlalu pergi menutup pintu. Ish budak ni.

"Tak tidur lagi ke?"- Fatah

Teruja Melati apabila Fatah menghantar mesej lagi.

"Belum, tengah buat assignment."-Melati

"Tak mengantuk ke?"- Fatah

"Mengantuk tapi nak buat macam mana. Ada kerja lagi ni."-Melati

Spontan menaip mesej itu, Melati pun menguap.

"Saya ada cara nak segarkan mata awak."-Fatah

Fatah ni memang ada saja je kan caranya nak memanjangkan perbualan mereka. Namun Melati melayan sahajalah kerana dia pun memang memerlukan beberapa minit untuk merehatkan minda sebelum menyambung memerah otak.

"Saya call awak sekarang."- Fatah

Melati terjerit kecil membaca mesej itu. Kakinya pun entah bila berdiri, dia pun tidak pasti. Spontan hatinya berdebar-debar kerana dia tidak bersedia untuk berbual dengan Fatah. Segan pun..ada juga. Telefon Melati kemudian berdering meminta diangkat.

"Aduh mamat ni. Dah kenapa nak call malam-malam ni. Tak ada kerja lain ke?" Getus hati Melati yang sedang panik. Melati berfikir sejenak perlu ke dia mengangkat. Kalau dia tidak angkat, bermakna dia berdalih dengan Fatah. Kerana ego masih kukuh berdiri , dia pun mengangkat telefon itu.

"Hello?" Melati menelan air liurnya. Kalau sebelum ini, hatinya berdegup kencang, kita rentaknya hatinya bergerak perlahan tetapi getarannya boleh dirasai. Dum!...Dum!..Dum!...

"Dah tak mengantuk kan?" Suara Fatah lembut sahaja mengusik membuatkan Melati menahan malu. Mujur Fatah tidak ada dihadapannya sekarang. Nampaknya, Fatah benar-benar berjaya menyegarkan matanya. Mengantuk tadi semua hilang entah kemana.

"Er.." Lidah Melati menjadi kaku.

"Okay, sambunglah kerja. Jangan tidur lewat sangat. Assalamualaikum." Kini suara Fatah lebih tenang, tiada lagi nada nakal.

"Waalaikumussalam." Sepatah saja Melati menjawab dan kemudian panggilan itu dimatikan Fatah.

"Wah. Tak boleh jadi ni. Senang macam tu je dia buat aku tak tentu arah. Melati..Melati.. Cuba kuat sikit," marah Melati pada diri sendiri.

Sorry korang. Seminggu tak upload new chapter. ini fenomena jarang-jarang berlaku. Harap chapter kali ni worth it tunggu. apapun thank you baca ya. Muah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience