"Jom pergi pantai kejap," ajak Nadia seraya menarik tangan Melati ke pantai.
"It's okay. I won't be joining. I naik atas dulu." Anne menolak ajakan nadia lalu berjalan pergi bersama staf yang lain. Encik Daud dan isterinya turut mengambil keputusan untuk berehat terus sahaja. Maklumlah apabila perut sudah kenyang, mata pun makin layu.
Samalah seperti Melati, dirinya sebenarnya sudah sedikit mengantuk walaupun jam baru menunjukkan pukul 11 malam. Staf yang masih muda dan tidak berkahwin kebetulan semua nya pergi ke pantai termasuklah Riya, David dan Lucas. Melati akui sedikit teruja melihat Lucas pun turut sama menyertai.
"Jangan mandi ya. It's dark in here. Nanti apa-apa jadi, nobody can see you." Sempat lagi Lucas memberikan peringatan pada semua stafnya.
Melati duduk mencangkung lantas mencapai ranting kayu. Dia pun melukis bentuk hati di atas pasir pantai dan tanpa menyedari, Lucas sedang memerhatikannya. Nadia pula sudah membuka selipar dan membiarkan sahaja air membasahi kakinya.
"Riya! Riya" jerit David memanggil Riya yang sedang berpeluk tubuh di belakang Melati.
"What?" Kedengaran suara Riya sedikit tinggi.
"I saw your friends..over there,"kata David sambil menunding ke arah lautan yang terbentang luas di hadapan mereka. Cahaya bulan samar-samar menyinari permukaan air laut.
"Haha.. Very funny." Riya memerli David dengan perasaan geram.
"No. Your friends are pretty just like you," kata David cuba meyakinkan Riya walaupun dirinya tahu ini adalah salah satu gurauannya sahaja.
"Is it mermaid?" Tanya Melati membuatkan Riya sedikit tersenyum.
"No no no." Jari telunjuk David bergerak ke kiri dan kanan.
"Dugong" jawab David pendek sebelum berlari anak.
"Hey!" Riya mula mengejar David dengan sampah seranah.
Melati dan Lucas ketawa besar melihat Riya dan David.
"I swear, one day we will receive wedding invitation from them," kata Lucas dengan ketawa yang masih bersisa.
"True." Melati berdiri sambil menepuk-nepuk seluarnya yang sedikit terkena pasir. Ranting kayu dicampak ke tepi.
"Nadia, saya nak naiklah. Jom," ajak Melati.
"Ala, saya nak lepak sini lagi. Takpalah, awak naik dulu. Saya dengan Riya naik sama-sama nanti. Anne dah ada dalam bilik, awak tekan je loceng." Nadia sedang khusyuk mengambil gambar bulan bersama lautan. Terbongkok-bongkok gaya nya seperti jurugambar profesional.
"It's okay. I teman you. Come Melati." Suara Lucas daripada arah belakang terasa lebih dekat daripada sebelum ini
Melati terkelu lalu memandang Lucas yang sedang berdiri dengan tangan di poket seluarnya.
❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。
"Sedap tak makanan tadi?" Tanya Melati membuatkan Lucas terangguk-angguk. Pantai sudah jauh dibelakang. Kini mereka sedang melewati kawasan yang agak lapang. Kelihatan restoran berdekatan resort semuanya sudah tutup.
"Iya, sedap sekali." Balas Lucas membuatkan Melati tertawa kecil medengar butir bicara Lucas yang cuba bertutur dalam bahasa melayu.
"Kenapa you ketawa? I salah cakap ke?"
"No, tapi formal sangat cara you bercakap."
Kini, Lucas dan Melati selamat tiba di lobi resort. Lucas menekan butang atas dan kemudian menungggu kedatangan lif untuk membawa mereka ke atas.
"Ohh, sepatutnya I cakap apa? "
"Sedap je dah cukup atau you cakap ni.. Sedap gila"
"Sedap...gila.." Lucas ibarat anak kecil mengulangi kata-kata Melati.
" Ya betul!"
Pintu lif pun terbuka dan mereka pun memasuki perut lif itu. Lucas masih lagi menghadam maklumat yang dia baru sahaja belajar.
"Orang melayu, akan letak gila dekat hujung. It indicate "very much". So like, very delicious is sedap gila. Macam slang lah," terang Melati lagi.
"So, macam I lapar gila?"
"Betul-betul"
"And you comel gila?" Kepala Lucas disengetkan ke kanan. Melati terdiam kemudian cepat-cepat tersenyum.
" Ya.. You comel gila." Kalau lah Lucas tahu Melati memaksudkan kata-katanya tadi. Ya, lagak Lucas sangat mencuit hati seperti kanak-kanak bertanya itu dan ini. Ditambah pula dengan kehadiran lesung pipitnya itu, lagilah membuatkan Melati rasa seperti ingin menjaga Lucas. Pelik nya perasaan ini.
"Eh, this is my floor. Kenapa you tak tekan floor you."
Terbuntang mata Melati. Dia terlupa kerana terlalu fokus berbual.
"Wait, you tahan lif. I nak ambil kunci kereta. Sekejap ya sekejap." Laju Lucas berlari menuju biliknya. Mujur, dekat sahaja dengan lif.
Tangannya menyentuh kad pada kekunci pintu. Lampu merah menyala. Eh aneh? Lucas mencuba sekali lagi. Lampu bertukar hijau menandakan pengesahan berjaya namun apabila tombol dipusingkan, pintu tetap berkunci.
"This door is crazy!"jerit Lucas daripada jauh. Melati pula menjadi serba salah kerana dia tahu dia tidak boleh menahan lif lama-lama di tingkat itu. Lantas dia keluar sahaja dan berjalan ke arah Lucas.
"What? What? Apa jadi?"
Lucas menghulur kad biliknya dan membiarkan Melati pula cuba untuk membukanya. Dengan lafaz bismillah, pintu Lucas terbuka juga. Mata Lucas membulat kerana teruja dan juga kagum.
"Wow, hebatnya," puji Lucas.
Segera Lucas masuk ke dalam bilik manakala Melati pula fokus menganalisa mengapa pintu itu sekejap berfungsi dan sekejap tidak.
"Oh I tahu kenapa. You jangan scan lama-lama. Sekejap je." Melati mencuba mengaplikasikan teorinya tetapi gagal pula eksperimen kecilnya. Hmm, pintu ni ada tersangkut apa-apa ke. Melati memerhatikan tombol dan lubang tombol yang berada di bingkai pintu.
Dia bergerak masuk ke dalam bilik tanpa sedar dan melihat belakang tombol sebelum memerhatikan engsel pintu. Beginilah dia kalau di rumah nenek apabila nenek mengadu ada kerosakan. Melati takkan puas hati selagi tidak menjumpai punca kerosakan. Tempoh hari, baru sahaja dia membaiki tombol tingkap nenek. Rupanya hanya berkarat dan longgar sahaja.
Kalau daripada dalam, pintu ni mesti boleh dibuka sebab tidak perlu mengimbas kad. Melati pun cuba menutup pintu untuk melihat teorinya betul atau tidak.
"Uh-uh.." Pintu tak boleh dibuka. Melati cuba membuka kembali tetapi sangkut. Papan kekunci elektronik itu akan berbunyi apabila tombol dipulas.
"What happen?" Tanya Lucas yang tiba-tiba muncul di sebelah Melati.
"The door is jammed, I think." Tiba-tiba realiti menjengah di kepala Melati. Alamak, dia sedang terperangkap ke ini? Berdua sahaja? Melati cuba memulas tombol kunci pula. Dipulas ke kanan dan kiri. Pintu itu Melati cuba buka dengan cara kasar.
"Woah woah.. Slow down Melati. You going to break the door." Lucas menghalang Melati daripada terus menerus merosakkan pintu itu. Melati memandang Lucas dengan wajah panik. Dirinya tiba-tiba rasa takut pula apabila berdua-duaan dengan lelaki bukan muhrim begini. Matanya meliar melihat bilik Lucas. Lain sungguh dengan bilik yang dia diami. Rasanya hanya Lucas tinggal di bilik ini.
Lucas memerhati saja raut wajah Melati yang kelihatan gundah gelana itu. Hatinya terhibur pula melihat Melati begitu.
"Melati..." Panggil Lucas dengan suara begitu lembut. Mata Melati beralih memandang Lucas. Tangannya masih lagi melekat pada tombol pintu.
"hmm?" sahut Melati dengan nada suara perlahan tetapi halus.
" You tak percaya i ke?" Bibir Lucas mengukir senyuman yang hujungnya berbau sedikit nakal.
"Err.." Lidah Melati membeku. Mulutnya terkunci.
Kekekeke. Apa ni? Apa ni? Macam macam hal lah. Apapun terima kasih baca. Terima kasih juga buat semua followers. Thank you tau! wee
Share this novel