Bab 5

Romance Completed 14176

Melati membalas whatsapp Suria yang semestinya bertanya mengenai hari pertama perkerjaannya. Tetapi, sengaja dia menyembuyikan nama Lucas daripada dihidu oleh Suria. Kalau Suria tahu, ini bermaksud nenek juga akan tahu. Habislah nanti, makin teruk Melati diusik. Insyirah pula satu-satunya insan yang dia tidak dapat melarikan diri daripada dihujani dengan pelbagai soalan.

Tak tahulah pakai hidung apa perempuan tu. Melati hanya bercerita mengenai perkara biasa, tetapi Insyirah bagai tahu kawan baiknya itu menyorokkan sesuatu. Nah, terbongkar lah isi hati Melati. Kini, Melati sedang menunggu Insyirah pulang daripada tandas setelah penceritaannya tersekat separuh jalan kerana perut Insyirah pula memulas. Ya, random betul minah itu.

"Okay..okay..okay.. Dah sampai," Suara insyirah kedengaran mengah. Pasti dia berlari lah tu daripada tandas asrama ke bilik mereka.

"Teruskan cik Melati," Mata Insyirah bersinar ingin mendengar lagi.

"So...macam aku cakaplah. Semua orang pelik kenapa meja aku dekat situ. Tapi, diaorang tak ambil peduli sangat pun. Jujur aku cakaplah. Susah juga nak fokus. Hahaha," Spontan Insyirah membaling bantal peluknya tepat mengenai sasaran, muka Melati.

"Hei,"Melati ketawa sambil membaling kembali bantal peluk itu kepada tuannya.

"Kau dah ter crush dekat dia ke?

"Taklah. Hensem memang hensem. Tapi, setakat tu jelah. Aku lagi fokus dengan kerja aku. Supervisor aku bagi kertas kerja, tebal gila. Softcopy pun ada. Hardcopy pun ada. Tepu otak aku nak menghadamnya,"

"Samalah. Aku rasa memang begini adat resam bila sertai mana-mana syarikat. Kakak aku dulu pun , sebulan juga dia ambil masa. Membaca sahaja. Cuba kau bayangkan?"

Serentak mereka berdua menganggukkan kepala bagai burung belatuk. Membayangkan rutin harian mereka pada minggu ini hanyalah membaca.

"Tapi masuk akallah. Sebelum kita guna sesuatu barang pun, ada user manual yang kena dibaca,"

"Betul, nak hidup pun kena ada user manual," tambah Melati lagi.

"Hmm?"

"Al-quran lah. Panduan hidup untuk manusia. Tanpa ia, terumbang-ambinglah hidup manusia. Bagai pelayar tanpa bintang-bintang. Sesat menuju ke destinasi yang tidak pasti," panjang lebar Melati berkata sementara Insyirah khusyuk mendengar.

Suasana sepi seketika di bilik itu. Pandangan Melati yang sebelum ini tertacap di dinding kini beralih pada Insyirah.

"Melati.. Ni baru satu hari tau kau kerja situ. Dah macam penyajak. Kalau sebulan ni, aku rasa kau dah boleh jadi sasterawan," gurau Insyirah hingga membuat ketawa Melati meletus. Telefon pintar milik Insyirah berdering, mengisi kesepian malam itu.

"Oh, boyfriend aku dah call. Okay Melati, terima kasih untuk gosip hari ini. Selamat...malam, Melati," suara Insyirah begitu teruja melihat nama yang tertera di skrin telefonnya. Melati mengangkat ibu jari nya tanda mengerti. Beginilah hampir setiap malam apabila sebilik dengan Insyirah. Dia akan bercakap dengan teman lelakinya hinggalah kedua-duanya tertidur.

Tanpa sedar, Melati pun menguap dek kerana kepenatan. Segera dia menarik selimutnya dan bersedia untuk hanyut dalam mimpi yang indah.

❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。

Sekeliling bilik mesyuarat itu dipandang sekilas sebaik Melati memasukinya. Biasalah orang baru, datang mesyuarat pun 10 minit awal. Lebih baik awal daripada lambat betul tak? Melati menarik kerusi menggunakan sebelah tangannya kerana sebelah lagi sedang sarat memegang komputer riba dan buku nota. Pensel tekan yang terletak cantik di atas buku nota Melati memilih untuk berguling ke kanan pula. Terbatal hasrat Melati untuk duduk kerana kini terpaksa membongkok mengambil pensel tekannya.

Tetapi dirinya menjadi hairan apabila ada tangan lain turut cuba mengambil pensel tekan itu. Mata Melati dan pemilik tangan itu pun bertemu. Lucas!

"Morning." Muka Lucas kelihatan manis apabila tersenyum.

"Er.. Morning, boss,"

Mereka berdua kini tegak berdiri memandang antara satu sama lain.

"Still using mechanical pencil?" Sempat Lucas membelek pensel tekan Melati sebelum menyerah objek itu kepada Melati.

"Yeah, habit. "

"Hmm,"

Mereka kini duduk berhadapan. Melati tiba-tiba menjadi tidak senang duduk. Dia pun tidak tahu kenapa dia begitu resah. Lucas pada hari ni tidak memakai blazer seperti semalam. Namun, masih lagi bergaya kemas dengan kemeja biru mudanya. Lucas menghidupkan suiz tetikusnya dan menekan punat komputer riba. Dia berdehem sambil melipat lengannya. Mungkin rimas agaknya kerana lengan baju itu bukanlah pendek.

Dalam pada Lucas menyiapkan diri untuk bermesyuarat sebentar lagi, mata anak gadis bernama Melati ini tidak berkelip memandang Lucas.

"Why Melati?" Tanya Lucas sambil seperti biasa, membalas e-mel pekerjanya. Matanya fokus pada komputer ribanya. Apabila pertanyaan itu terkeluar daripada bibir Lucas, jantung Melati terus berdebar.
Nampak sangat ke dia sedang memerhatikan majikannya itu?

"Siapa suruh hensem sangat? Ish!"getus hati Melati. Melati hanya terdiam sahaja. Mulutnya tidak berani hendak menjawab soalan Lucas. Otaknya pun bagai beku. Lidahnya yang selama ini lancar sahaja berkata-kata tetapi pada hari ni, jatuh tersungkur. Melati kalah tanpa berlawan.

"I google your name,"

"Huh?" Melati mengerutkan dahinya.

"It's a flower. Right?"

"Yes.. Uh, it's a classic name," Suasana bilik kembali sepi. Tuhan saja yang tahu betapa Melati ingin saja keluar daripada bilik itu sekarang.

"David told me that you are talkative." Lucas masih lagi meneruskan pekerjaannya walaupun mulutnya sedang bercakap. Melati pula mengangguk perlahan meski dia tahu bukannya Lucas sedang memandang dia.

"Then... why are you being shy with me now?" Mata Lucas kini memandang ke arah Melati. Melati menelan air liurnya. Pergerakan jantungnya yang sebelum ini seperti melompat di trampoline kini berubah menjadi lebih laju seperti perlari yang ingin memecut ke garisan penamat.

"Um.." Mulut Melati terkunci. Sumpah, Melati tidak merasakan langsung pendingin hawa di bilik itu.

"Morning guys!" Ucap David yang tiba-tiba muncul. Syukur alhamdulilah. Tidak perlu Melati menjawab pertanyaan Lucas sebentar tadi.

" Wow, you're early man." Puji David kepada Lucas. Sebelah kiri mulut Lucas pula ternaik ke atas.

"Let's begin shall we?" Lucas mengubah topik.

❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。

"What?! Dia google nama kau?" Suara Insyirah yang bernada tinggi itu menarik perhatian pelanggan yang lain untuk memandang ke arahnya.

"Shhh~ Slow lah sikit," marah Melati lembut.

"Why?..Why?" Insyirah memegang kedua-dua kepalanya.

"Dia curious..kot?"

"But... why?" Air teh tarik ais dihirup sebelum meneruskan kembali aksi memegang kepalanya.

"Aku pun tak tahu, Ira. Aduh, tak kuat lah. Aku sumpah tak faham macam mana dia boleh buat aku macam ni," luah Melati.

"Itulah pasal. Kau garang tau dengan lelaki. Tak pernah aku tengok kau boleh terkaku lidah macam ni. " Memori Insyirah terimbau mengingati bagaimana Melati melayan rakan sekelasnya yang berjantina lelaki.

Melati tidak suka berfoya-foya dan melepak dengan kaum lelaki tanpa sebab. Pada dia, lebih baik dia duduk melepak di biliknya sambil menonton Netflix. Namun tidaklah Melati ini sombong dengan lelaki. Cuma, dia betul-betul menjaga batasnya sahaja.

"Buang jelah sijil yang kau dapat masa pertandingan debat tu," Insyirah kembali menyambung makan nasinya.

"Over lah kau, Ira. Sijil peryertaan je pun"

"Hahaha, but still.. Kau ni adalah seorang yang laju je jawab pertanyaan orang. Bila kau buat presentation, pensyarah tanya lah soalan apapun. Otak kau tu licik je ya, untuk 'menggoreng' jawapan. Overconfident,"

"Hmm, apa-apa jelah. Eh, cepat makan. Dah nak habis waktu lunch ni," gesa Melati. Jam kulit yang ditenung sekilas menunjukkan pukul 1:50. Insyirah melajukan lagi pergerakannya.

"Tulah, banyak lagi bercakap kan." Spontan Insyirah menarik muka masam membuatkan Melati ketawa kecil.

Pecah gelas pecah kaca, Ganti dengan cawan besi, Terima kasih kerana membaca, Jangan lupa follow untuk dapat notifikasi. hahaha

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience