Bab 36

Romance Completed 14176

Lokasi : Seremban, Tarikh : 2 tahun setengah yang lepas...

Kereta Lucas memasuki perkarangan sebuah rumah dua tingkat yang sungguh cantik. Rumah yang dicat warna putih itu kelihatan lebih menonjol apabila pokok bunga ditanam sekeliling rumah itu. Sungguh ternyata menaikkan lagi keserian bangunan. Rumah ini adalah sebuah rumah inap desa yang disewakan kepada orang ramai. Eva dan rakan-rakannya telah menyewa untuk tiga malam dan mereka semua tinggal sebumbung.

Ketika Lucas keluar daripada kereta, Eva sudah perasan Lucas daripada jauh lalu dia berlari anak dan memeluk Lucas.

"Babe, here you are! I'm so happy. Er, where's the present?" Eva mengimbas kedua-dua tangan Lucas lalu mencari mata Lucas.

"No kiss first?" Tanya Lucas sambil mendekatkan wajahnya pada Eva.

"Present first." Eva menolak dada Lucas untuk lebih jauh daripadanya. Lucas pula tersenyum sahaja lalu membongkok memasuki kereta dengan separuh badannya dan berdiri kembali dengan beg kertas berisi hadiah. Eva meminta tolongnya untuk membelikan hadiah sempena parti hari lahir rakannya. Sebenarnya Eva sudah membelikan hadiah tetapi dia ingin memberikan lebih daripada satu hadiah.Kenapa begitu? Lucas pun tidak tahu. Sebentar nanti, Eva akan menghantar Lucas ke RnR Seremban dengan kereta Lucas itu.

"Let's go inside." Eva menarik tangan Lucas tanpa sempat Lucas berkata apa-apa dan menuju ke dalam rumah.

Masuk sahaja ke dalam rumah, terasa deruan angin sejuk yang berpunca daripada penghawa dingin. Kelihatan beberapa orang sedang duduk santai dan berbual di ruang tamu manakala sebahagian lagi di meja makan.

"Everyone, meet Lucas." Eva memperkenalkan Lucas pada seisi rumah.

"Yo bro, have a drink." Seorang lelaki memimpin lengan Lucas ke hujung meja yang terdapat jug kaca besar dan barisan gelas kaca.

"Is that your boyfriend, Eva?" Suara perempuan bertanya pada Eva. Walaupun Lucas sedang fokus menuang air tetapi dia dapat mendengar dengan jelas pertanyaan wanita itu kepada Eva. Lucas pun ternanti-nanti apakah jawapan Eva.

"Um, no.. Not really. I don't know. I like him but-"

"Complicated, yeah?" Sampuk seorang lagi perempuan lalu membuatkan sekumpulan wanita itu terburai ketawa.

Kemudian muncul seorang lelaki kacak membawa botol kaca arak dan disambut dengan sambutan. Lucas memerhatikan sahaja gaya lelaki itu yang begitu galak bercerita. Eva memandang lelaki itu dengan senyuman yang begitu manis membuatkan Lucas tertanya-tanya siapakah lelaki itu.

"Sorry Lucas. I'm a bit busy but now I'm here. What do you want to eat?" Eva memaut lengan Lucas dengan manja.

"Who's that just now?"

"Just...a friend." Eva mengusap telinga kanan sambil memandang ke lantai seolah-olah menyorokkan sesuatu.

"Do you have anything with him before?"

"Boo, Lucas. So lame. "Eva menolak badan Lucas lalu ketawa kecil.

"What's up with all this question?" Eva memeluk dirinya sambil menjeling ke atas.

"You... are-no-fun-today," kata Eva sambil menunjal dada Lucas dengan senyuman nakal. Lucas pula tersenyum pahit sahaja sebelum melihat lelaki tadi. Dia mempunyai firasat lelaki itu mempunyai sesuatu dengan Eva. Mungkin bekas teman lelaki?

Lucas mengeluarkan telefon apabila terasa getaran di poket seluarnya. Apabila melihat nama David tertera, dia pun segera menjawabnya.

"Hello Lucas, dalam masa 20 minit kita akan sampai seremban. Make sure you sudah ada dekat RnR Seremban. Kalau you tak ada dekat situ, kena tinggal ya."

"Okay, David. Thanks!"

❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。

Lokasi : Desaru

Lucas menghirup udara nyaman yang menampar lembut mukanya. Terasa begitu tenang apabila pagi yang dingin ini diluangkan masa bersendirian dan ditemani alam semula jadi. Rasanya yang lain mungkin masih belum bangun walaupun jam sudah menjejak pukul 7:15 pagi. Mungkin aktiviti memanggang semalam betul-betul menarik tenaga masing-masing hingga menyukarkan mereka untuk bangun daripada katil. Langit pun seperti keruh sahaja warnanya. Nampaknya tiada istilah mandi pantai lah buat kali terakhir untuk pagi ini kerana ombak pun sudah semakin ganas.

"Lucas, tak makan ke?" Jerit Encik Daud daripada jauh sambil dia berjalan beriringan bersama isterinya ke kafe resort itu.

"Okay. Nanti I datang." Lucas mengangkat tangan untuk dilambai pada Encik Daud. Nampaknya, pasangan suami isteri itu terkecuali dalam senarai manusia yang penat dek aktiviti semalam.

Ketika proses menempah bilik, Lucas sudah memesan pada Nadia untuk memastikan setiap pagi terdapat pakej sarapan sekali. Senang kerjanya tak perlu fikir makanan pagi semua orang. Kemudian matanya menangkap wajah Melati sedang memandangnya.

"Ay, Melati! " Ceria sahaja Lucas memanggil Melati.

Melati pula mula berjalan laju ke arah Lucas sambil melihat pantai yang berombak laju. Kelihatan tiang terpacak dengan bendera merah menandakan tidak selamat berenang.

"Wow, macam nak hujan kan ni?"

"Ya.."

"You buat apa kat sini? Jogging ke?" Pertanyaan Melati membuatkan Lucas ketawa kecil.

"You think I boleh jogging pakai selipar ke?" Lucas menayangkan seliparnya pada Melati lalu membuatkan Melati turut ketawa.

"Manalah tahu kan... I pun boleh jogging pakai selipar." Muka Melati dibuat-buat reaksi riak.

"Really? Show me then," cabar Lucas sambil memeluk tubuh. Saja menduga sejauh mana Melati boleh melayan karenahnya. Melati menganggukkan kepala dan berpura-pura bersiap sedia untuk berlari.

Tetapi apabila dia ingin mula berlari, dia berlakon seperti ingin tersadung. Lakonannya begitu menjadi apabila Lucas tanpa memikir panjang sudah menadah tangan ingin menangkap badan Melati daripada terjatuh. Apabila melihat Melati hanya bergurau, Lucas pun mencebikkan muka.

"Ish, takut tau I." Kata Lucas dengan pelat cinanya yang kedengaran sungguh comel di telinga Melati.

Selepas ketawa mereka habis tanpa meninggalkan sisa, mereka berdua memandang ke arah lautan hampir serentak. Sepi tanpa suara sahaja namun lansung tidak terasa janggal. Malah, mereka berasa begitu tenang meski pemandangan di hadapan dihiasi dengan awan mendung.

Lucas mengerling ke arah Melati yang tersenyum sedikit memandang ke depan. Apabila Melati mengalihkan pandangan ke Lucas, cepat-cepat si teruna itu menoleh ke arah lain.

"What do you see, Lucas?"

"Um, the sea?"

"Only sea?"

"Oh, I also see the clouds and the birds."

Ya, burung-burung juga berterbangan seolah menyambut kedatangan hujan. Langit pun sudah semakin gelap dengan cahaya matahari yang sudah hilang ditenggelami awann.

"Okay, good. What do you think when you see those?"

Lucas terpinga mendengar soalan Melati. Dia kemudian melihat dengan bersungguh-sungguh sambil bertanya soalan Melati itu pada dirinya.

"Er, I just think how beautiful it is."

"Correct. Me too.. Pemandangan ini sangatlah cantik. Kalau kita ternampak lukisan begini, mesti soalan pertama kita adalah, siapa pelukisnya?"

"So this view..this beautiful view.. Who's the artist?" Tanya Melati sambil menunjukkan ke arah lautan yang terbentang luas.

"Start asking question, Lucas. Start to think, not just see."

Lucas tergamam seketika. Selama ini tidak pernah dia terfikir ke arah itu. Walaupun ibubapa Lucas menganut agama budha, tetapi hatinya tidak terdetik ingin mengikut jejak langkah mereka. Namun begitu dia pun tidak berminat ingin menganut agama lain meski ada beberapa kawan mengajaknya ke gereja dan sebagainya. Mungkin kerana dia sebenarnya pun tidak pasti akan kewujudan tuhan. Sejak beberapa tahun lepas, dia selesa mengaku dirinya adalah seorang atheis.

Namun hari ni bersama Melati, membuatkan hatinya terasa sesuatu. Perasaan yang begitu halus ibarat menjentik hatinya. Matanya yang sebelum ini melihat kini mula di iringi dengan otak yang berfikir. Kenapa awan mendung apabila ingin hujan? Bagaimana awan boleh terapung? Kenapa terdapat proses yang begitu rumit buat air yang perpindah randah, sekejap di laut sekejap di langit? Proses-proses ini semula jadi .. atau ada yang menciptanya.

Lucas kemudian menoleh ke Melati apabila rintik hujan mula menitis. Dia sangkakan Melati akan panik berlari mencari tempat berteduh tetapi gadis itu malah menadah tangan pula.

"Hebatkan? Pokok perlukan air tetapi tidak boleh berjalan. Tapi dengan adanya hujan, pokok boleh hidup. If the universe is a program, then it must have a really good programmer. " Melati kemudian mengenggam titisan hujan sebelum ketawa kecil.

"Come. Let's go. I dah lapar nak makan sarapan."

Lucas berdiri sahaja melihat Melati pergi. Kemudian dia melontarkan kembali pandangannya ke arah gunung-ganang pula. Mindanya mula bekerja keras memikirkan persoalan yang selama ini dia pandang remeh sahaja. Mungkinkah apa yang Melati katakan itu benar?

Sorry tak tetap upload chapter. tapi I try my best tau. You can show your support by following me though and share this story with your friend. Thank you baca ya awak. muah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience