Bab 42

Romance Completed 14176

Melati berjalan lemah ke arah Insyirah yang sudah terkulai layu di meja makan. Sebentar tadi mereka baru sahaja melayan pelanggan yang bertubi-tubi datang. Maklumlah ketika waktu makan tengahari, restoran ini memang menjadi kunjungan yang popular dalam kalangan pekerja. Apabila melabuhkan punggungnya, serentak mereka melepaskan keluhan yang berat.

"Aku tak boleh rasa dah kaki aku ni." Insyirah mengangkat kakinya lalu di diletakkan di atas kerusi. Tangannya menepuk-nepuk paha dan kakinya sambil diperhatikan Melati.

"Kaki kau rasa apa? Pedas ke manis ke? Masam mungkin?" Seloroh Melati membuatkan reaksi muka Insyirah berubah.

"Rasa sakit. Nak cuba ke?" Ugut Insyirah dengan muka ketat. Tengah penat seluruh badan ni, boleh pula Melati bergurau.

"Okay okay. Jangan marah. Gurau." Cepat-cepat Melati mengalah bersama senyuman. Insyirah pula menarik nafas panjang dan sekali lagi melepaskan keluhan berat. Kepalanya disandarkan di kerusi dan memandang ke atas. Untuk seketika mereka berdua tidak bercakap. Bunyi kipas sahaja yang menemani.

"Aku nak balik rumah jumpa neneklah." Melati memecahkan kesunyian antara mereka.

"Oh bila?"

"Hm... Mungkin jumaat ni sebab aku kan tak ada kelas. Pagi tu aku gerak pergi LRT."

" Bukan kau kerja ke sabtu tu?"

"Tulah, aku kena mohon cuti dengan Ammar."

"Ada sesiapa sebut nama saya ke?" Ammar menyelitkan diri dalam perbualan itu secara tiba-tiba dengan menjengah kepala antara mereka.

"Fuh, semangat. " Melati mengurut dada manakala Insyirah pula tanpa sengaja tersepak meja makan itu kerana kakinya masih lagi di atas kerusi itu.

"Er, haah. Tapi pasal cuti, bukan pasal apa-apa pun." Melati membela diri walaupun Ammar tidak ada pun menuduh dia apa-apa.

"Oh. Nak cuti bila tu?" Ammar menarik kerusi untuk dia duduk sambil matanya tidak lepas memandang Melati. Insyirah membetulkan kedudukan duduknya kerana tidak selesa pula apabila Ammar sudah ada disitu.

"Sabtu ni."

"Kenapa cuti?"

"Er.." Melati menjeling sekilas pada Insyirah seperti ingin meminta tolong.

"Suka hati dia lah. Ada hal." Insyirah membantu Melati menjawab dengan rasa jengkel. Geli pula melihat Ammar ni tiba-tiba bertukar perangai. Rasanya dia lagi suka Ammar yang garang dahulu berbanding sekarang.

"Kenalah tanya. Nak masukkan dalam sistem."

"Nak balik jumpa nenek." Insyirah ingin membuka mulut tetapi cepat-cepat Melati memotongnya.

"Oh.. Baiklah begitu. Nak saya hantarkan ke? Saya free kalau-"

"Tak perlu Encik Ammar. Boyfriend dia nanti ambil." Insyirah laju sahaja ingin menghalang niat Ammar untuk mendekati Melati. Melati pula menyepak lembut kaki Insyirah kerana terkejut Insyirah berkata begitu. Dia masih lagi ingin mengekalkan pekerjaannya itu.

"Siapa? Cina haritu? Saya tahu dia bukan boyfriend awak." Ammar berpeluk tubuh.

"Kalau bukan pun, on the way." Muka Insyirah berubah ketat. Terasa menyampah pula dengan perangai Ammar ni.

"Takpa. Nanti saya datang depan asrama." Ammar berkata selamba dan bangun meninggalkan mereka.

"Eii, apasal dengan dia tu?" Melati mengerutkan dahinya. Insyirah juga turut berfikir perkara yang sama.

❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。

"Dia cakap macam tu?" Tanya Fajar setelah mendengar cerita Melati yang panjang lebar mengenai Ammar.

"Ya, I pun tak faham. Sejak dia jumpa you haritu, perangai dia bertambah pelik. You ada cakap apa-apa ke dekat dia?" Melati menutup pintu almarinya lalu berjalan menuju ke katil. Telefonnya masih lagi melekat di telinga kanannya.

"Terbalik. Dia yang ada cakap something dekat I."

"What? What is it?"

Fajar melihat sekilas waktu yan terpapar di skrin keretanya. Hatinya menjadi tidak senang apabila Ammar menyuarakan hasrat ingin muncul di hadapan asrama Melati.

"You nak balik rumah nenek bila?"

"Hah?" Melati berasa pelik pula apabila Fajar menukar perbualan ke topik lain.

"You nak balik rumah nenek bila?" Fajar mengulangi soalan tadi buat kali kedua.

"Esok pagi. Mungkin dalam pukul-"

"Dah siap kemas beg ke?"

"Er.. Dah. Kenapa ni?"

"Okay, I datang ambil you. You siap-siap."

Melati merenung telefonnya bagai tidak percaya. Ah sudah, Fajar ni jangan nak buat hal.

"Eh tak payah. I boleh pergi sendiri. Dah-dah. I nak tidur. You ni dengan Ammar, sama je. Suka hati je nak bagi arahan. Ingat I ni-"

"Melati.."

Melati mengetap bibirnya apabila namanya dipanggil lembut begitu. Terus sahaja cair benteng kedegilannya. Dia tidak mampu nak menyahut kembali.

"You dengar tak I panggil ni?"

"Hmm.." Melati menutup mukanya yang terasa panas. Kenapa ya? Benda kecil macam ni pun nak cair sangat. Boleh tak hati ni kuat sikit?

"Let me take care of you. I'm on my way."

❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。

Insyirah menghentakkan sebelah kakinya tanpa henti. Badannya didakap erat sambil menunggu kedatangan Fajar. Begitu mengejutkan dirinya apabila Melati memaklumkan bahawa dia akan pulang ke rumah nenek malam itu juga. Melati disebelahnya sedang duduk mencangkung turut juga termenung.

Tak berapa lama kemudian muncul kereta Fajar. Melati cepat-cepat berdiri dan mencari mata Insyirah. Tiba-tiba hatinya berdegup laju pula kerana ini kali kedua mereka bertemu setelah sekian lama.

"Nervous pula weh. Jomlah ikut aku sekali balik." Melati memegang tangan Insyirah seperti ingin menariknya ke dalam kereta.

"Ish kau ni. Esok aku ada kelas lah. Dah pergi-pergi. Dia dah buka bonet dah tu." Insyirah memusingkan badan Melati lalu menolaknya ke hadapannya. Fajar pula sudah mencapai beg Melati di atas jalan raya itu dan tanpa diminta memasukkannya ke dalam bonet kereta.

"Kau ponteng jelah." Pujuk Melati untuk kali terakhir tetapi Insyirah tidak menghiraukannya.

Apabila Melati mendekati pintu kereta, Fajar dengan cermat membukakan pintu kereta buat Melati dan menutup pintu itu kembali setelah memastikan Melati sudah selamat masuk.

"Nanti dulu." Insyirah menghalang Fajar daripada pergi. Dilihatnya lelaki itu atas bawah.

"Apa sebenarnya objektif kau dengan dia? Kau nak berkawan dengan dia ke atau nak lebih daripada tu?"

Fajar tersenyum melihat Insyirah yang begitu serius menyoalnya.

"For now, sadly we are just friend. Tapi I memang nak serius dengan dia, cuma I nak ikut rentak dia."

Insyirah menganggukkan kepalanya beberapa kali. Okay, bolehlah jawapan Fajar ni. Lulus.

"Kau memang single kan? Takkan mainkan perasaan dia ?"

"What? No! I will never hurt her. "

"You already did before so.."

"Huh?" Fajar berpaling memandang Melati. Seribu persoalan menerpa otaknya.

"Anyway, bawa kereta elok-elok. Jangan melencong pergi mana-mana. I'm watching you." Insyirah mengundur beberapa tapak sambil melambai ke arah Melati yang sudah menurunkan tingkapnya.

"Korang cakap apa?" Tanya Melati penuh naif.

"Tak ada apa. Dah syuh syuh. Cepat balik. Nanti sampai lewat. Kirim salam dekat nenek." Pesan Insyirah kepada Melati. Fajar pun menyambung langkahnya ke tempat pemandu dan membawa Melati keluar daripada asrama itu.

Okay, Saya bagi another chapter untuk this week. best tak ? haaaa

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience