Bab 54 ( Bab Akhir )

Romance Completed 14176

Takbir raya berkumandang di pagi syawal menandakan kemenangan buat umat Islam yang telah berjaya menunaikan rukun Islam yang ketiga. Setiap bait-bait yang dilontarkan, mengagungkan dan memuliakan Allah S.W.T selayaknya Dia. Meski sayup-sayup kedengaran namun cukup menaikkan semangat Melati untuk meraihkan hari yang mulia ini.

"اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ. (Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.)" Merdu suara daripada arah masjid membanjiri kawasan sekitar itu.

Melati fokus membantu suaminya yang sedang bersiap, butang baju melayu di masukkan ke dalam lubang butang dengan cermat dan pantas. Mujur semalam sudah digosok terlebih dahulu, maka tidaklah tergesa-gesa mereka pagi ini.

"لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَاَللَّهُ أَكْبَرُ .(Tidak ada sembahan yang benar melainkan Allah.)"

Fajar kemudian memakai songkok dan menyertai Melati di depan cermin. Mereka berdua menatap pantulan mereka di cermin dengan senyuman yang semakin melebar. Fajar memeluk bahu Melati agar rapat ke dadanya lalu kepalanya ditundukkan. Bibirnya kemudian rapat ke telinga Melati dan bergerak-gerak membisikkan sesuatu. Pipi Melati membentuk bulat apabila tersenyum mendengar pujian daripada Fajar. Mereka kemudian berjalan beriringan keluar daripada bilik dan terserempak dengan Suria yang juga sedang bertelekung.

"اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ. (Allah Maha Besar dan untuk Allah segala pujian.)”

Sebelum menutup pintu, Melati melihat suasana rumah itu seketika. Melati bagaikan dapat melihat nenek yang sedang tergopoh keluar daripada bilik dengan membawa beg telekung. Nenek mengetuk pintu bilik Melati dan Suria dan menggesa mereka untuk segera habis bersiap. Bebelan suara nenek seperti dapat didengari. Tipu jika hatinya tidak merindui nenek.

Mereka ke masjid menaiki kereta untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama-sama penduduk yang lain. Ketika di masjid, Suria pula seperti terlihat susuk tubuh nenek melintasinya untuk bergerak ke bahagian solat wanita. Hatinya benar-benar rindu pada nenek hinggakan matanya tidak sengaja cuba mencari nenek walhal tahu, yang pergi pasti tidak akan kembali.

Usai selesai solat sunat dua rakaat itu, mereka ke destinasi yang seterusnya iaitu tempat tinggal nenek yang baru. Kereta-kereta berderet tersusun menandakan ramai keluarga menjadikan rutin menziarahi kubur yang tersayang setiap pagi raya. Kini, rutin itu juga akan diamalkan oleh Melati dan Suria. Apabila tiba di kubur nenek, serentak Suria dan Melati memegang batu nisan nenek. Surah Al-Fatihah dihadiahkan kepada nene, tidak lupa juga diiringi dengan doa yang lain.

Fajar juga dilihat membaca surah al-Ikhlas kerana mengikut hadis Riwayat Imam Hanbali Rahimahullahu Taala. Hadis itu mengenai sesiapa yang melintasi tanah perkuburan, kemudian membaca 11 kali surah al-ikhlas lalu sedekahkan kepada penghuni kubur itu. Dia akan mendapat pahala sebanyak-banyak mayat yang ada di tanah perkuburan itu. Wallahulam mi sawab.

"Ya Allah, berilah keampunan dan rahmat kepadanya. Berikanlah keselamatan dan berikanlah maaf kepadanya. Berikanlah kehormatan untuknya, luaskanlah tempat masuknya. Bersihkanlah dia dari kesalahan sebagaimana Engkau bersihkan baju yang putih dari kotoran. Masukkanlah dia ke dalam syurga, berikanlah perlindungan kepadanya dari azab kubur dan azab neraka. Lapangkanlah baginya kubur ini dan terangilah dia di dalamnya." Fajar dengan khusyuk membaca doa sambil di aminkan oleh Melati dan Suria.

"Selamat Hari Raya Aidilfitri, nenek." Ucap Suria sambil membersihkan kubur nenek daripada daun-daun kering. Kubur nenek kelihatan cantik berbanding kubur di sekitarnya kerana masih baru lagi. Sebulan pun belum jejak lagi. Pemergian nenek terasa baru semalam berlaku. Namun, cucu-cucu nenek sudah pun redha dengan ketentuan ilahi.

"Melati? Are you done?" Tanya Fajar setelah Suria berlalu pergi ke keretanya. Melati mengangkat muka dan sebuah senyuman terukir di hujung bibirnya.

"Five more minutes, please?" Pinta Melati yang sedang duduk di sebelah kubur nenek. Fajar menganggukkan kepala lalu memicit lembut bahu kiri Melati seolah menyalurkan kekuatan. Dia juga mengikut jejak langkah Suria dan meninggalkan Melati keseorangan. Melati tidak berkata apa-apa. Menangis pun tidak. Dia hanya menikmati sahaja saat itu sambil ditemani angin sempoi-sempoi bahasa yang membawa lari dedaunan jauh ke tepi.

Apabila merasa puas, Melati pun bangun sambil membetulkan baju kurungnya. Perjalanan Melati terhenti separuh apabila terlihat wajah yang cukup dia kenal namun tidak sangka akan dilhatnya lagi. Encik Johan seperti ingin berkata sesuatu tetapi lidahnya terkunci. Melati pula hanya memandang kosong sebelum mengerling ke arah kubur nenek.

"Sana." Melati menunjukkan arah kepada Encik Johan yang pasti sedang mencari kubur nenek.

"Baik. Terima kasih." Encik Johan menganggukkan kepalanya ke bawah dan melihat Melati pergi. Dia kemudian berjalan bertentangan arah dengan Melati dan menuju ke arah kubur nenek.

"Who's that?" Tanya Fajar apabila Melati memasuki perut keretanya.

"Oh, tak ada sesiapa pun. Just someone who's lost." Selamba Melati menjawab pertanyaan Fajar sambil memakai tali pinggang keledar.

"Oh harapnya lepas ni tak sesatlah dia tu." Sampuk Suria yang berada di belakang kereta.

"Hm..Hopefully.." Hampir berbisik suara Melati menuturkannya.


❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。

"Selamat Hari Raya, kepada saudara serta saudari. Setahun hanya sekali, merayakan hari yang mulia ini~" Nyanyi Insyirah apabila tiba di muka pintu.

"Salam tak ada bagi, datang rumah orang terus melalak." Adu Melati sambil menggelengkan kepalanya. Tetapi badannya tetap mendekati Insyirah lalu memeluk sahabat baiknya.

"Selamat Hari Raya, weh. Maaf zahir batin." Ucap Insyirah sambil melagakan pipinya ke pipi Melati.

"Meh, jemput masuk. Kami ada makanan sedap-sedap. Tak banyak tetapi bolehlah." Melati mengajak Insyirah untuk makan tengahari bersama mereka.

"Susah-susah je kau ni... Mana masakannya? Memang dah lapar pun ni." Tanpa malu, Insyirah membuat dapur itu seperti dapur rumahnya.

"Suria! Fajar! Makan-makan! Kalau habis, tak tahu!" Teriak Insyirah sambil membuka tudung saji. Wah, kagum betul melihat hasil masakan dua adik beradik ni. Tak sia-sia nenek mengajar mereka. Insyirah menjilat bibirnya, tidak sabar untuk melihat sama ada rasa masakan ini juga sama atau tidak dengan air tangan nenek.

"Eh, Insyirah? Baru sampai ke?" Tanya Fajar lalu melabuhkan punggung di sebelah kerusi Melati. Lengan tangannya dilipat agar tidak terkena kotoran ketika makan.

"Baru je sampai ni. Sayang, tolong tuangkan air." Pinta Melati kepada Fajar. Insyirah pula sudah tersengih melihat merpati sejoli itu.

"Ish mana Suria ni? Suria! Suria! Suuuriiaaa!!!" Jerit Insyirah kuat hingga membuatkan Fajar ketawa ketika menuangkan air ke dalam cawan.

"Ya! Ya Allah, Kak Ira. Suria nak datang lah ni. Nak pakai tudung dulu ni tadi." Tergopoh-gopoh Suria ke meja makan dengan tudung yang senget. Melati yang perasan posisi tudung Suria yang tidak betul itu terus sahaja membetulkan tudung adiknya itu.

"Uish, sedap betullah. Pandai kau dengan Suria memasak. Mesti nenek bangga." Puji Insyirah sambil menepuk tangan setelah menjamah sedikit rendang ayam. Melati tersenyum bangga lalu menyiku Fajar di sebelahnya.

"Okay, bye awak." Bunyi suara lelaki datang daripada telefon Suria. Mata Melati dan Suria bertaut seketika. Suasana sunyi untuk 2 saat itu terasa lama bagi Suria. Tanpa membuang masa, Melati pun merampas telefon Suria dan terus melekapkan telefon itu ke telinganya.

"Eh, apa ni ?" Suria memprotes apabila Insyirah turut jua bersubahat bersama Melati dengan menjadi perisai Melati.

"Hai, saya kakak Suria. Awak ni siapa ya?" Tanya Melati setelah membuka pembesar suara telefon itu. Matanya dikenyitkan kepada Insyirah.

"Err..." Tergelak kecil suara itu di hujung talian.

"Awak dengan Suria ni ada apa-apa ke? Jemputlah datang terus ke rumah. Tak perlulah cakap dalam telefon ni," Sampuk Insyirah bersama senyuman yang nakal. Suka betul Melati dan Insyirah menyakat Suria yang sudah menarik muka.

"Ni bini siapa ni?" Suria melontarkan soalan itu kepada Fajar yang meneruskan makan seperti biasa. Fajar mengangkat bahunya sambil mengunyah. Mukanya kelihatan suci dan tidak bersalah.

❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。

Fajar mencari bayang isterinya tetapi tidak ketemu. Apabila melihat pintu rumah nenek terbuka, tahulah dia bahawa pasti Melati sedang berada di luar rumah. Sejak kebelakangan ini, dia perasan Melati selalu meluangkan masa di luar rumah memerhati bintang berkelipan di waktu malam. Mungkin mencari ketenangan diri atau pun hanya ingin melihat pemandangan indah ciptaan Allah S.W.T

"Hello my dear." Suara Fajar memecahkan keheningan malam itu. Melati yang sedang duduk di buaian berubah riak wajahnya menjadi ceria. Fajar pun tidak menunggu dijemput, terus sahaja dia duduk dan membiarkan Melati melentokkan kepala di dadanya.

"Ingat tak sesi drama kita dekat pagar tu?" Tanya Melati sambil tergelak kecil. Fajar pula mengurut keningnya apabila memikirkan kejadian itu.

"It's so embarrassing when I think about it. Kita dalam dunia kita je kan? Hujan pulak tu." Fajar kemudian turut menyertai Melati untuk mengertawakan perangai mereka dahulu.

"Tetapi seribu kali pun sanggup I buat asalkan penghujungnya, you menjadi isteri I."

Melati tersenyum mendengar dan membiarkan ubun-ubunnya dikucup kasih oleh Fajar.

"You rasa kan, nenek dah tengok lama ke jejak kasih kita berdua tu?" Tiba-tiba Melati teringat yang nenek sudah terpacak berdiri di pintu rumah ketika Melati berpusing menghadap rumah ketika itu.

"Yeah, I also think she knows what we're talking about. "

"Hmm? Why?"

"Sebab... nenek ada tanya I."

"Serius?" Terbeliak mata Melati dibuatnya. Fajar hanya tersenyum sambil mengiyakan.

"From the start, she's our unofficial matchmaker."

"Thank you Melati." Sambung Fajar lagi.

"Thank you for choosing my company as your internship placement."

Tersembur ketawa Melati mendengarnya. Ingatkan apalah tadi.

"Betullah apa I cakap. Kalau tak, kita tak berjumpa pun. Mungkin I masih lagi menjadi Lucas." Kening Fajar sedikit terangkat kerana ingin menegakkan maksud ayatnya.

"Ya.. I faham. Alhamdulillah. Kalau memang sudah tertulis jodoh kita berdua, macam mana sekali pun kita tetap akan bertemu. Dan you juga tetap akan menjadi Fajar."

Betapa lajunya saat berlalu daripada dia menjadi pelatih hinggalah menjadi isteri kepada Fajar. Pelbagai onak dan duri yang dilaluinya dan dia melihat perkembangan dirinya yang semakin matang, bijak dan sabar. Melati bersyukur dia dikelilingi dengan sistem sokongan yang padu daripada keluarganya. Ya, keluarga yang tidak seberapa inilah yang melengkapi segala ruang hatinya. Meski tidaklah seindah fantasi, namun inilah realiti kehidupan insan bergelar Melati. Kalau mempunyai cela sekali pun tetap sempurna untuk dirinya.

"I love you to the moon and back." Melati menuturkan keramat cinta itu dengan sepenuh perasaan.

" I love you to the sun and back," kata Fajar bersungguh-sungguh.

"I...I love you to the planet Pluto and back." Melati tidak dapat menyorokkan gelak ketawanya apabila menyedari mereka sedang bersaing menyatakan rasa cinta siapa yang lagi besar. Fajar pula sudah ligat memikirkan idea untuk mengalahkan Melati.

"I..." Mata Fajar melilau ke kiri dan kanan.

"I love you to the end of the universe and back."

"Wah luas betul tu." Mereka berdua ketawa mengekek. Dunia ini seperti untuk mereka berdua sahaja.

"Of course, dear." Fajar memeluk Melati dengan lebih erat lagi.

"Untuk selamanya..." Mereka berdua memandang kembali langit malam sambil menghirup udara segar.

"Cool?" Tinggi nada Fajar bertanya namun tetap kelihatan comel pada Melati. Fajar mencari tangan Melati lalu digenggam.

"Cool..." Balas Melati sambil menggenggam erat juga tangan suaminya.

If you're reading up until now... I hope good things happen to you today. <3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience