Bab 14

Romance Completed 14176

Lucas bersiul sambil membasuh tangannya di singki tandas awam itu. Dia mencapai tisu untuk menggeringkan tangannya. Sebelum keluar tandas, sempat lagi dia membetulkan gaya rambutnya.
Lucas berjalan melewati kedai-kedai kemudian menuruni tangga. Cuaca yang elok membuatkan Lucas berasa tenang sahaja. Daripada jauh dia melihat bas-bas tersusun rapi namun bas yang dinaikinya tiada. Seorang gadis juga berada keseorangan seperti sedang sesat menarik perhatiannya. Eh, Melati kah tu?

Melati menggengam erat beg di dadanya. Apabila pandangan mata Melati menangkap wajah Lucas, riak mukanya berubah daripada risau kepada gembira.

"Melati, are you okay?" Tanya Lucas lembut sambil matanya melilau mencari bas. Tangan sebelahnya dimasukkan ke dalam kocek seluar jean paras lututnya.

"Yeah I'm okay. Tapi, the bus is already..leaving," jelas Melati sambil menunjukkan petak tempat meletakkan kenderaan bas mereka telah kosong.

"Are you sure? Your face looks like.. Scared or something" Lucas mencari telefonnya yang kini sedang berdering. Melati menggelengkan kepala tanda tidak mengaku. Terasa malu pula hendak mengaku. Ego Melati kini menjadi tembok untuk menghalang kebenaran terserlah.

"It's okay. Im here." Kata-kata Lucas sedikit-sebanyak menenangkan jiwa Melati yang kini resah. Melati tersenyum kecil mendengar dan hatinya sedikit berbunga kerana kehadiran Lucas ibarat menjaganya

"Hello?"Lucas menjawab telefonnya.

"Yo bro. Where you at?" Tanya David di hujung talian.

"Where am I? You dekat mana? I ada dekat RNR je. You semua yang pergi, then boleh pula tanya I dekat mana."

Wah, pertama kali mendengar Lucas membebel.

"Ya ya.. She's safe with me." Kata Lucas lagi sambil melirik mata ke Melati. Melati pula sudah duduk bercangkung kerana penat berdiri.

Kemudian, giliran telefon Melati pula yang berdering menjerit-jerit minta diangkat.

"Hi, Melati. Are you okay?" Tanya Riya.

"Ya, I'm okay. I'm with Lucas. So, I'll be fine." Melati memandang Lucas yang masih bercakap di dalam telefon.

"I'm so sorry Melati. Patutnya I check betul- betul. I rasa-"

"It's okay lah, Riya. I okay je." Melati memujuk Riya yang sedang diselubungi rasa bersalah itu.

Lucas dan Melati kemudian mematikan panggilan serentak dan mereka saling bertukar pandangan.

"So..., you nak icecream tak?" Tanya Lucas sambil tersenyum hingga menampakkan lesung pipitnya.

❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。

Keadaan di kafeteria kini agak sesak dengan kemasukan kereta yang bertalu-talu. Kedai aiskrim yang Lucas maksudkan pula berada di hujung kafeteria.

Melati hanya mengikut sahaja arah yang Lucas tuju. Tanpa sedar bahu Melati terlanggar badan seorang lelaki sasa membuatkan badannya yang lebih kecil sedikit terhuyung-hayang. Lucas yang menoleh ke belakang sempat melihat kejadian itu dan lansung terus timbul naluri lelaki nya untuk melindungi.

Lantas dia berjalan setapak dua mendekati Melati yang kelihatan jelas tidak selesa. Lucas menarik lengan baju Melati lembut untuk lebih dekat padanya lalu menyambung berjalan merentasi lautan manusia itu tanpa sekalipun melepaskan Melati.

Melati pula menuruti sahaja. Matanya sekejap memandang tangan lucas kemudian beralih ke muka Lucas yang sedang fokus. Kini, jantungnya benar-benar terasa ingin melompat keluar.

"Okay dah sampai." Riang sahaja suara Lucas apabila tiba di depan kedai aiskrim itu. Kemudian, cepat-cepat Lucas melepaskan genggaman tangannya bersama hujung lengan baju Melati.

"Oh sorry. I didn't meant to. I was-"

"It's okay. Jom" Melati segera berjalan ke hadapan kaunter kerana ingin keluar daripada situasi kekok itu. Dia juga tidak mahu Lucas perasan dirinya yang sedang bergolak ini.

" I nak aiskrim coklat dengan topping ni." Jari telunjuk nya ditunjukkan pada menu di hadapannya.

"Okay boleh. Er, akak. Dua aiskrim coklat dengan topping ni." Usai membuat pembayaran, akhirnya kon aiskrim pun bertukar tangan.

Kini, Lucas dan Melati sedang duduk di bangku taman permainan sambil menjilat aiskrim yang makin mencair.

"So sekarang you tinggal mana?" Soalan Lucas memecahkan kesunyian antara mereka.

"Oh, I tinggal dekat asrama dengan Roommate I. Tapi, setiap hujung bulan, I akan balik rumah I."

"Mesti mak you selalu call suruh balik rumah kan?" Lucas bertanya dan tanpa sedar telah mengubah riak wajah Melati.

"Oh.. Mak I.. dah lama meninggal." Suara Melati kelihatan sayu walaupun Melati berlagak tenang.

" I'm.. so sorry for your lost." Lucas memberhentikan dirinya daripada terus menjilat aiskrim itu. Tidak sangka pula Melati rupanya sudah tiada ibu.

"No need to say sorry Lucas. I'm used to it although I admit, sometimes I do miss her."

" It's okay to miss her though. You're daughter. Not a robot. Just know that she's always be there with you...in here" Lucas menepuk dada kirinya sambil tersenyum dan memejamkan mata. Melati tergelak kecil melihat Lucas dalam keadaan begitu.

"Cliche nya ayat."

"Cliche tapi betul." Kening Lucas kedua dua terangkat bersama senyuman yang bergayut di hujung bibirnya.

"Cool," balas Melati pendek yang juga turut tersenyum.

"Cool.." Kini Lucas hanya memandang Melati lama dan memuji kemanisan mukanya dalam diam. Mulut Melati pula terkunci apabila dirinya direnung begitu oleh Lucas.

"Melati! Lucas! My anak-anak ayam. Come to daddy!" Jerit David daripada jauh. Meletus ketawa antara Lucas dan Melati.

Riya pula menepuk kasar lengan David dengan kerutan di dahinya.

"Janganlah jerit. Everybody's watching." Malu pula Riya bila semua mata memandang ke arah mereka. Tetapi David kisah apa, dia melambaikan tangan ke arah Lucas yang sedang berjalan ke arahnya. Didalam bas tadi sementara menunggu pemandu patah balik ke RNR Pagoh, dia dan Riya asyik bergaduh sahaja menyalahkan antara satu sama lain.

Lucas dan Melati pun memasuki bas. Semua orang bersorak riang menyambut kedatangan mereka.

"Macam-macam lah perangai kamu semua. Saya rasa macam pergi lawatan sekolah saja." Selamba Encik Daud bercakap.

"Betullah Encik Daud. Kalau nak tahu, encik lah guru besarnya. Saya ketua kelas yang berdedikasi." David membetulkan kolar tshirtnya dengan muka sombongnya ditayangkan pada Riya. Riya pula hanya menjelingkan matanya.

Sewaktu Melati melepasi tempat duduk Anne, lengannya dicapai oleh Anne.

"Sorry Melati."

Melati dapat lihat yang Anne juga rupanya turut rasa bersalah. Dia ingatkan Anne sengaja berbuat demikian tetapi mata Anne jelas menunjukkan permohonan maaf itu berbau ikhlas.

Melati memegang tangan Anne yang masih melekat di lengannya lalu menghadiahkan senyuman padanya. Buat pertama kali, Anne juga turut mengorak senyuman yang sama.

Tak lama kemudian, bas mereka memulakan perjalanan dengan jumlah penumpang yang Riya sudah sahkan mencukupi. Masing-masing menyambung tidur setelah kepenatan melayan karenah masing-masing.

Sekarang pukul 2:30 petang di hari Sabtu. Bak kata tok dalang dalam cerita Upin Ipin, "Tidur pun sodap ni".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience