Bab 18

Romance Completed 14176

Melati mengikut rapat badan Nadia sambil kepalanya ditundukkan. Dirinya terasa begitu malu dan tidak ingin terserempak dengan Lucas lansung. Mereka memasuki ruang makan yang menyediakan pelbagai sarapan buat penghuni resort itu. Bilik yang mereka duduki mempunyai pakej makan sarapan setiap pagi untuk setiap penghuni bilik.

Apabila menjenguk dengan ekor mata, bayang Lucas masih tiada di situ membuatkan Melati sedikit lega. Dapatlah dia makan dengan tenang.

"Uish tengok ni, sedapnya English Breakfast." Nadia menarik tangan Melati agar berdiri di sampingnya.

"Kalau nak telur, pergi dekat situ dan bagitau chef tu. Cakap je nak telur apa, dia boleh buat. I recommend pesan omelette," kata Riya sambil menunjukkan arah pada Nadia dan Melati.

"Thanks. I actually tertarik nak makan roti tu. Macam-macam jenis jem ada." Bersinar mata melati melihat pelbagai jenis roti dihidangkan.

"Ya go ahead, Melati. Makan je semua yang ada dekat sini." Riya mengenyitkan mata dan berlalu membawa pinggannya ke meja.

Apabila Melati tiba di bahagian roti dan pastri, Anne juga turut berada di situ sedang membelek jam strawberi. Melati sedikit kekok ingin memulakan apa terlebih dahulu. Oh pinggan! Segera dia mengambil pinggan dan kemudian berdiri di hadapan barisan roti.

Setelah mengambil roti dan pisau, kotak majerin bersaiz mini pula dicapai. Melati menyapu dengan cermat. Tiba di hadapan mesin pembakar roti, dia menjadi sedikit bingung kerana bentuknya lain dan bukannya seperti perkakas di rumah.

"You place it here, and then it will slowly move downward as it burns."

Melati menoleh dan terlihat Anne sedang meletakkan roti Melati di atas pembakar roti. Benar kata Anne, roti itu seperti berada di dalam gelongsor, meluncur perlahan ke bawah.

"You can change the heat intensity here," ujar Anne lagi sambil menunjukkan tombol yang tertera nombor 1,2,3 dan 4.

"Oh thank you!" Melati menghadiahkan senyuman buat Anne. Anne mengangguk sekali lalu pergi membawa diri ke meja yang diduduki Riya.

Ketika sedang khusyuk menyapu jem, satu suara menyapa Melati dari arah tepi, "Sleep well yesterday?"

Melati segera menoleh dan benarlah tekaannya, Lucas sedang berdiri di sebelahnya. Pipi Melati terasa panas memikirkan dia telah tertidur di atas katil Lucas.

"I am .." Melati meletakkan pinggan dan pisau tadi di atas kaunter lalu merapatkan kedua-dua telapak tangannya.

"So sorry. I tak tahu macam mana boleh tertidur. You okay ke? Sorry susahkan you Lucas." Berkerut dahi Melati meminta maaf.

"No worries, Melati. You okay, I pun okay. Cool?"

"Um.. Cool..,"

Lucas meraup rambutnya ke belakang lalu mengambil roti Melati yang berada di atas pinggan itu.

"I denda you," bisik Lucas dan kemudian mengorak longkah pergi. Mata Melati membulat dek tidak percaya Lucas baru sahaja 'mencuri' rotinya.

❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。

3 jam yang lepas.

Melati terjaga daripada tidur lalu menggeliat. Tubuhnya terasa lebih enak apabila badannya dapat diregangkan begitu. Apabila kelopak matanya terbuka, barulah otak dia sedar bahawa dia sedang berada di dalam bilik Lucas. Benda pertama yang dia periksa adalah ruang katil disebelahnya.

Alhamdulilah, tiada orang di situ. Lekas dia membetulkan tudung sambil melilau mencari Lucas. Jam tertera menunjukkan pukul 4 pagi. Kemudian matanya menangkap sehelai kertai yang berada di atas meja.

"If you're reading this, it means you're already awake. Don't worry, I'm not in the room. I tidur dalam bilik David dengan yang lain. Text me when you reach your room. Take care, Melati. Regards, Lucas."

Hati Melati tersentuh dengan tindak tanduk Lucas yang begitu menghormatinya sebagai wanita muslim. Tanpa dia sedar, mulutnya membentuk senyuman. Hatinya sudah mula rindu untuk menatap wajah Lucas kembali.

Melati mengemas katil ala kadar dan tanpa membuang masa keluar daripada bilik Lucas. Setiba di pintu biliknya pula, Melati membatalkan niat untuk menekan loceng pintu. Nah, sekarang macam-mana nak masuk bilik tanpa mengejutkan sesiapa? Siapa yang takkan banyak soal? Anne!

Walaupun Anne orang terakhir yang Melati ingin meminta tolong tetapi keadaan begini amat terdesak. Dia tidak sanggup ingin menjelaskan hal sebenar kepada Nadia mahupun Riya. Staf yang lain apatah lagi.

"What?" Kedengaran suara Anne sedikit garang dan mamai.

"Sorry Anne. Please open the door for me."

Panggilan di matikan oleh Anne tanpa amaran. Melati merenung kembali skrinnya. Fuh, macam tu je dia akhiri perbualan. Pintu perlahan terbuka dan terjenggul muka Anne di balik daun pintu. Anne mengeluh perlahan setelah melihat Melati atas bawah.

"Sorry..." Perlahan saja Melati berkata.

"Don't forget to lock the door," pesan Anne tanpa sedikit pun memandang Melati.

Melati menarik nafas lega apabila kini dia sudah selamat sampai. Oh ya, Lucas meminta Melati memaklumkan padanya jika sudah sampai ke bilik kan? Teringat pula pesanan yang ditulis Lucas tadi.

"Dah sampai bilik. Sorry again!"- Melati

Pendek saja mesejnya. Bolehlah ini, asalkan ada. Mulut Melati terbuka kerana dia menguap. Niatnya sekarang adalah ingin menyambung tidurnya sahaja.

❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。

Suria membuka aplikasi Play Store lalu menaip Scanner di kotak carian. Serta merta senarai pelbagai aplikasi muncul di akac skrin telefon milik Encik Johan itu. Setelah muat turun salah satu aplikasi itu, dia mencuba mengimbas dokumen di hadapannya. Senyuman terukir apabila berjaya menukarkan gambar dokumen itu menjadi dokumen dalam format . Encik Johan disebelah meneliti dengan tekun perbuatan anakknya.

Suria menghulur telefon pada Encik Johan sambil berkata," Ha, beginilah caranya. Tak perlu komputer riba pun. Cukup pakai telefon saja."

"Wah, bijak betul anak papa," kata Encik Johan sambil mengusap kepala Suria lembut. Suria memegang lengan Encik Johan seolah-olah ingin menariknya bangun daripada kerusi.

"Okay, dah. Jomlah. Bosan asyik duduk sini je. Papa asyik sibuk nak buat kerja. Kata nak jalan-jalan dekat tasik Titiwangsa tu." Renggekan manja Suria membuatkan air yang Encik Johan sedang telan seperti pepejal keras hingga membuatkan dirinya tersedak.

"Eh, papa okay tak ni?"

"Ya ya. Okay." Encik Johan mengusap dadanya sambil terbatuk. Sebenarnya, dia benar-benar terlupa janjinya untuk membawa Suria berjalan. Suria kembali memonyokkan mukanya. Pandangannya di alihkan ke arah suasana warung yang mereka sedang berada.

"Papa lupa kan sebenarnya?" Teka Suria tanpa memandang wajah Encik Johan.

"Alamak, Suria marah ke? Sorrylah. Kalau pergi sekarang macam tak sempat ni."

"Memanglah tak sempat. Papa sibuk nak siapkan kerja lah apa lah. Entah-entah, papa nak jumpa ni sebab nak minta tolong je." Suria melentokkan kepalanya di atas meja sambil tangannya menguis-guis makanan yang tidak habis dimakannya.

"Takkan minta tolong pada anak pun salah. Dapat pahala tau tolong ibubapa dalam kesusahan. Um, kia pergi taman jelah. Nak tak?" Encik Johan cuba memberi inisiaftif lain pada Suria.

"Taman?!" Serentak badan Suria duduk menegak.

"Papa ingat Suria umur berapa? 17 tahun tau bukannya tujuh," suara Suria kembali kendur dan kepalanya sekali lagi dibaringkan di atas lengannya.

"Okay, papa janji. Papa bawa Suria minggu depan," pujuk Encik Johan lembut namun Suria masih tidak menunjukkan apa-apa respons.

"Kita...bawak sekali akak dengan nenek. Nanti-"

"Yes! Setuju! Setuju!" Laju saja dia memintas percakapan Encik Johan. Nampak sangat dia begitu teruja.

"Okay, Suria bagitau kakak terus." Tangannya kemudian lincah menaip mesej kepada Melati.

"Eh, sekarang ke?" Encik Johan kelihatan sedikit keberatan tetapi Suria tidak menyedari perubahan wajah bapanya.

"Done! Ngee, tak sabar rasanya. Mesti best dapat jalan sama-sama sebagai satu keluarga. Okay papa. Pergi taman pun jadilah."

Encik Johan ketawa kecil lalu berkata,"Eh, kata tu untuk budak-budak."

"Takpalah, boleh main buaian dan mesti ada pakcik jual...aiskrim,"ujar Suria sambil tersengih-sengih. Encik Johan mula mengemas meja makannya yang berselerak setelah melihat Suria sudah bingkas bangun ingin meninggalkan kedai itu. Nampaknya, dia harus menyambung kerjanya lain kali sahaja.

babe. oh babe. thank you tau baca

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience