Sebaik pintu bilik dibuka, Melati sudah tidak sedap hati kerana keadaan bilik agak bersepah dengan langsir masih tertutup sedangkan hari masih lagi siang. Apabila langsir ditarik ke tepi memberi laluan untuk mentari menyelam masuk ke dalam bilik itu, keadaan bilik itu jauh lebih teruk daripada sangkaan Melati.
Seperti ada yang datang menyelongkar bilik, semua barang-barang peribadi Insyirah berada di atas lantai. Insyirah pula sedang terbaring meniarap tetapi di katil melati kerana keadaan katil Insyirah dengan tilam sudah bersandar dan bantal-bantal entah kemana.
Melati kemudian duduk di tepi katil dan mengusap kepala Insyirah lembut sambil memanggil namanya untuk bangun. Kali terakhir dia bermesej dengan Insyirah adalah petang semalam, kemudian mesejnya sudah tidak berbalas. Melati ingatkan mungkin Insyirah sibuk membalasnya tetapi ada sesuatu jauh lebih teruk daripada itu yang berlaku.
"Melati?" Akhirnya mata Insyirah terbuka jua lalu dia memeluk pinggang Melati dan menangis teresak-esak. Melati dipenuhi dengan seribu soalan tetapi dia membiarkan sahaja. Belakang badan Insyirah diusap tanda memberi semangat.
"Kau gaduh dengan Ikram ke?" Soalan pertama terpacul dari bibir Melati.
"Ikram.. Mintak putus." Bertambah kuatlah bunyi tangisan Insyirah. Melati kemudian membiarkan sahaja sehinggalah keadaan Insyirah reda. Insyirah duduk menegak dengan rambutnya yang sudah serabai. Matanya pula sudah membengkak mungkin kerana asyik menangis sahaja.
Melati mencapai air botol Insyirah lalu menyuruhnya meminum air kerana risau jika dia dehidrasi. Bibir Insyirah pun sudah mula pucat. Insyirah pun tanpa banyak bunyi minum sahaja air itu.
"Apasal mamat tu tiba-tiba buat perangai macam ni?" Melati mula tidak puas hati.
"Dia kata dia nak bebas. Aku kongkong dia sangat ke, Melati? Kau rimas dengan aku tak sebelum ini?" Fikiran Insyirah mula berfikir terlebih.
"Taklah. Memang nak kena Ikram ni tau!" Melati mengetap bibirnya memikirkan wajah Ikram.
"Hmm, sorry Melati. Habis bilik ni bersepah," kata Insyirah yang bagai baru tersedar keaadaan biliknya. Semalam dia membiarkan emosinya menang hingga dia mengamuk dan menyepahkan bilik itu seperti manusia yang sudah hilang tujuan pula.
"It's okay. Kau pergi mandi dulu." Melati menarik Insyirah untuk bangun walaupun Insyirah merengek tidak mahu. Kemudian, dia mengeluarkan air botol mineral yang berada didalam kotak bawah katilnya satu persatu. Kotak yang kini kosong diletakkan di atas meja Insyirah.
Usai Insyirah habis bersiap dan sedang menggeringkan rambut dengan tuala, Melati pun berkata dengan nada pujuk, "Okay, kita kemas bilik ni sama-sama. Kotak tu.. Kau letak barang-barang yang Ikram dah bagi dekat kau."
Insyirah terdiam seketika kemudian menggeleng, "Tak naklah Melati. Sayang barang-barang ni. Kalau dia nak aku balik macam mana?"
"Dia tu dah buang kau dari hidup dia. Dia anggap kau beban je yang menghalang dia daripada 'terbang'. Dia tu dah tawar hati dan dah mengalah. Kau nak ke bersama dengan orang yang putus asa pada cinta dan pengorbanan kau?"
"Tapi..tapi.. Aku sayang dia." Insyirah tertunduk untuk mengambil gambar polaroid di atas lantai. Terlihat dirinya dan Ikram sedang tersenyum ceria sambil memakan aiskrim berlatar belakang pemandangan indah. Jari Insyirah membelai wajah Ikram.
"Okay, aku faham kau masih susah nak melepaskan. Takpa,kita asingkan je dulu. Tak buang pun. Nanti baru senang nak kemas. Boleh ke?" Melati cuba bertolak-ansur. Yalah, luka masih baru. Tidak sampai 24 jam. Dia tidaklah kejam ingin memaksa.
Mendengar usul Melati itu membuatkan hati Insyirah sedikit lega. Dia masih belum bersedia. Dengan tenaga yang masih ada, dia mengutip satu persatu barang di lantai. Melati pula mengemas meja belajar Insyirah.
Mana-mana barang berkaitan Ikram. Mereka meletakkan dengan elok didalam kotak. Sayu hati Insyirah apabila satu-persatu kenangan dimasukkan ke dalam kotak. Hatinya bagai tidak percaya semudah itu dia memutuskan hubungan. Dia berdoa di dalam hati agar hati Ikram berubah untuk menarik kembali keputusannya. Hidupnya telah terbiasa dengan Ikram disini membuatkan dirinya tidak dapat membayangkan hidup tanpanya. Pasti gelap dan sunyi.
❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。
Encik Johan dengan rakus menyuap nasi demi nasi kedalam perutnya yang sudah kelaparan kerana dia belum lagi menjamah makanan daripada pagi. Air tangan nenek masih tidak mengecewakan. Ini sudah kali kedua dia menambah nasi goreng daging yang dimasak nenek pagi tadi sebagai sarapan.
"Amboi papa. Sedap betul makan. Lapar betul ni," usik Suria.
"Suria, ambikkan papa air. Nak tercekik pula,"pinta Encik Johan dengan mulutnya yang masih lagi sedang mengunyah. Suria menganggukan kepala dan berlalu ke dapur.
"Makan tu perlahan-lahan. Jangan gelojoh sangat," nasihat nenek daripada jauh.
"Air sejuk!" Encik Johan berharap Suria mendengarnya. Lupa pula dia hendak beritahu pada Suria tadi. Suria muncul dengan air sejuk dan beberapa ketul ais terapung memanggil-manggil anak tekak Encik Johan untuk menelannya.
"Aah~ Melegakan." Encik Johan memejam mata menikmati air sejuk itu.
"Papa," panggil Suria.
"Hmm?"
"Minggu depan, sekolah ada buat perjumpaan dengan ibubapa. Papa boleh datang ke?"
"Hmm.." Disumbat lagi nasi goreng daging itu kedalam mulut. Apabila dikunyah daging itu, perisa daging itu mencair di dalam mulut. Ditambah pula dengan daging yang lembut, memang patutlah Encik Johan masih tidak berhenti makan.
"Papa.." Rengek Suria apabila melihat Encik Johan seakan hilang fokus pada perbualan ini.
"Ya, apa dia sayang?" Suara Encik Johan seakan memujuk.
"Minggu depan... sekolah ada buat perjumpaan dengan ibubapa. Papa boleh datang tak?"
"Oh ye ke. Alamak, papa sibuk sikit lah. Hari apa tu?"
"Sabtu." Suria sudah memuncungkan mulutnya.
"Tengoklah macam mana. Penting ke kena datang tu?"
Suria memeluk tubuh. Nenek yang sedang tekun menjahit mendengar sahaja perbualan mereka anak beranak.
"Mestilah penting. Pasal masa depan Suria ni. Sijil Pelajaran Malaysia."
Encik Johan bangun dan menepuk lembut beberapa kali kepala Suria lembut sambil berkata, "Papa cuba ya."
Suria memandang pinggan yang Encik Johan tinggalkan di atas meja. Encik Johan hanya ke dapur membawa tangan yang kotor sahaja.
"Kau ingat anak kau orang gaji ke, Johan?" Perli nenek apabila melihat Suria membawa pinggan dan cawan ke singki. Encik Johan yang sedang mengeringkan tangan dengan tisu buat-buat tidak dengar sahaja.
❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。
Insyirah membetulkan duduknya di atas tangga. Melati sudah ketiduran kerana esok perlu bangun awal untuk kerja. Insyirah mengambil kesempatan untuk keluar dan cuba menghubungi Ikram. Hatinya berdebar ingin mendail nombor telefon Ikram.
"Ya?" Suara Ikram perlahan sahaja. Insyirah menangis kembali mendengar suara Ikram. Hatinya benar-benar rindu tetapi disaluti kesakitan. Ikram yang mendengar tangisan Insyirah diam sahaja dan membiarkan Insyirah melepaskan perasaannya.
"Ikram, jangan tinggal saya please. Saya sayang awak. Kita boleh baiki lagi. Awak tak sayang saya lagi ke?"
Ikram mengeluh tetapi masih tidak berkata apa-apa. Hatinya sudah nekad untuk memutuskan perhubungan ini meski terasa perit. Tak sanggup mendengar tangisan Insyirah seperti ini.
"Awak kata awak nak jaga saya sampai tua kan? Awak kata nanti masa ulangtahung ke tiga, nak bawa pergi tempat istimewa. Awak ingat tak semua ni? Bukan kita dah merancang nak bertunang ke tahun depan? Please ..Ikram... I love you so much." Bertalu-talu soalan Melati pada Ikram.
"Insyirah... Cukuplah tu. Sampai sini je."
Pecah hati Insyirah mendengarnya. Panggilan dimatikan oleh Ikram tanpa Insyirah sedar. Insyirah memeluk lututnya erat. Tangisannya ditemani dengan bunyi cengkerik dan cahaya bulan.
Kemudian, Insyirah mencari gambar yang dia simpan daripada pengenalan pertama ke hingga sekarang. Dipilih gambar-gambar yang menonjolkan kebahagian dan dihantarkan kepada Ikram bertalu-talu melalui Whatsapp.
Hatinya berharap agar ada sinar harapan gambar-gambar itu akan mengingatkan Ikram akan manis percintaan mereka yang dijalin hampir tiga tahun itu.
Share this novel