Bab 50

Romance Completed 14176

Selama ini Melati hanya mampu memerhati daripada jauh bagaimana penikahan berlaku dan setiap kali dia mendengar kalimah 'Sah' , dia tidak pernah gagal untuk merasa kagum bagaimana laju proses pernikahan itu. Mudah sungguh. Hanya menepati rukun nikah dan termenterai lah hubungan antara lelaki dan perempuan.

Melati melihat kedua-dua tapak tangannya yang pertama kali diserikan dengan inai. Telinganya menangkap butir bicara doa yang sedang bergema di ruang tamu rumah nenek. Namun fikirannya tidak mampu untuk fokus kerana jantungnya tidak berhenti berdegup kencang. Terasa semua mata sedang memandangnya, maka Melati memilih untuk memandang lantai sahaja.

"Amin amin Ya Rabbal Alamin." Ujar suara itu lagi membuatkan Melati dengan segera mengaminkan doa itu. Mukanya kemudian diangkat sedikit dan matanya bertentang mata dengan Fajar yang kelihatan tenang sahaja. Mata Fajar kemudian membalas kembali pandangannya, menghantar isyarat yang mendamaikan hingga menenteramkan kembali rentak hati Melati.

Suria dan Insyirah pula terus mendapatkan Melati dan memeluknya begitu lama. Mereka tidak dapat menahan air mata daripada terus jatuh berjurai. Nenek yang daripada tadi setia sahaja disebelah Melati hanya menepuk-nepuk dengan lembut belakang badan cucu-cucunya.

Apabila masing-maisng sudah puas menzahirkan perasaan, dengan perlahan pelukan itu dileraikan. Insyirah dengan rasa serba salah mengelap sedikit dengan penuh berhati-hati air mata Melati sementara Suria membetulkan tudung pengantin perempuan di hadapannya.

"Alhamdulilah, dah jadi isteri orang dah cucu nenek ni." Nenek mengusap lembut kepala Melati dengan penuh kasih sayang. Melati pula secara tidak lansung merebahkan badannya ke dalam dakapan nenek. Sementara menunggu Fajar menunaikan solat sunat nikah, Melati dikerumuni oleh insan-insan yang terdekat dalam hidupnya dan dihujani ucapan tahniah.

Selesai habis mengaminkan doa, nama Fajar diseru Insyirah untuk sesi membatalkan air wuduk. Melati dan Fajar kini duduk berhadapan membuatkan kedua-dua mempelai itu tidak berhenti tersenyum. Jurugambar pula tidak melepaskan peluang merakam detik-detik comel itu.

"Hai." Sepatah Melati berkata membuatkan Fajar sudah tersipu malu. Songkok dikepalanya ditarik untuk menutup mukanya membuatkan seisi rumah yang melihat terburai ketawa.

Melati kemudian menyalami tangan Fajar yang kini sudah bergelar suaminya yang sah. Suria dan Insyirah sudah terkinja-kinja pula ditepi kerana terlalu teruja.

Apabila tiba giliran nenek untuk bersalam dengan pengantin baru itu, semua fokus memandang nenek. Fajar dan Melati duduk bersimpuh dihadapan nenek. Fajar kemudian menghulurkan tangan kepada nenek yang sudah berair matanya.

"Akhirnya...dapat juga kita bersalaman ya nak." Nenek mengusap kepala Fajar yang masih lagi sedang mencium tangannya.

"Terima kasih banyak-banyak Fajar. Nenek mendoakan semoga perkahwinan kamu berdua kekal harmoni sehingga ke syurga. Tolong jaga Melati baik-baik ya." Air mata nenek kini mengalir dipipi tua itu. Melati pula tidak menunggu lama lalu mengelap air mata nenek sebelum jatuh ke bumi.

❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。

"Congratulations, Bro!" David bersalaman dengan Fajar lalu dipeluk majikannya itu dengan erat.

"Selamat Pengantin Baru! Tak sangka rupanya kamu berdua ni ada udang di sebalik batu rupanya." Ucap Encik Badrul sambil bercekak pinggang menunggu gilirannya untuk memeluk Fajar pula.

"Itulah, apa dia nampak dekat lelaki ni? Nakal je lebih." David sengaja mengusik Fajar yang turut ketawa sahaja mendengar usikannya.

"Ada apalah dalam pejabat kita tu sampai bukan satu, tapi dua pasangan bercinta rupanya." Encik Badrul menggelengkan kepala sambil tersengih. Dia teringat lagi kejadian tahun lepas apabila kantoi Riya dan David sedang berbual mesra di bilik stor. Apabila dia mengemukan hal itu pada Fajar, Fajar lansung tidak terkejut. Sudahnya dia sahaja yang terpinga-pinga tidak mengetahui terdapat stafnya yang sedang saling bercinta.

"Ada angin cinta, Encik Badrul." Seloroh sahaja David menjawabnya.Encik Badrul pula hanya tersengih mendengarnya.

"Angin apa? Tingkap pun tak buka."

"Aircond..." Jenaka David tidak sampai apabila Encik Badrul memandangnya dengan muka ketat.

Riya dan Nadia pula bersama Melati di dalam rumah. Mereka sedang bergambar di atas pelamin cantik yang bertemakan warna-warna pastel.

"Amboi, diam-diam ubi berisi ya awak ni. Tak sangka betul boleh bercinta dengan boss sendiri." Nadia berkata sambil otaknya mula memutarkan kembali memori sewaktu Melati bekerja sebagai pelatih.

"Mana ada. Masa tu tak bercinta lagi." Melati membidas kembali kata-kata Nadia.

"Yelah tapi bunga-bunga cinta tu dah mekar kan?" Nadia dan Riya berpandangan sesama sendiri dengan senyuman yang nakal.

"Anyway, this is a present from me and Nadia. Hope you like it. Tahniah lagi sekali. " Riya menghulurkan kotak sederhana besar itu kepada Melati. Melati pula menyambutnya dengan sedikit terkejut kerana kotak itu sedikit berat.

"Also girl.. Oh.My.God. You look so beautiful!" Tinggi suara Riya memuji Melati. Berseri-seri betul muka Melati hari ini, memang penangan raja sehari betul.

"Of course. Has been and always will." Fajar muncul dan mengambil kotak hadiah itu daripada tangan Melati bersama kenyitan mata yang sempat diselitkan.

"Eii, tengok tu. Gedik betul mamat tu. Menyampah pulak tengok. "Kata David lalu meletakkan tangannya di atas bahu Riya.

"Habis tu, you tak gedik ke?" Riya bertanya kepada kekasihnya, bahunya dilarikan pula daripada menjadi tempat singgahan David.

"Mana ada. I macho tau!" David kemudian berdiri tegak dan membetulkan kolar baju kemejanya. Mukanya pula sengaja dibuat serius.

"Riya, look at this handsome face. This is the most macho man ever existed in Malaysia. You should be proud to have me." Dengan separuh bergurau David berkata membuatkan Riya sudah menapak pergi meninggalkan David. David pula panik mengejar Riya yang sudah keluar daripada rumah itu.

Seperti biasa, yang lain hanya gelak sahaja kerana terhibur dengan gelagat David dan Riya yang tidak pernah membosankan. Ada sahaja perkara yang mereka gaduhkan.

Ketika makan beradab, nenek dan Suria duduk bersebelahan Melati manakala untuk Fajar, kedua-dua kerusi di sebelahnya masih kosong. Mujur sebelum sempat Fajar bersedih, bapa Fajar akhirnya muncul membawa dua kotak hadiah. Apa lagi, lebarlah senyuman Fajar apabila melihat bapanya.
Fajar bangun daripada duduknya dan berlari anak mendapatkan bapanya. Bapa Fajar masih kekok apabila anak lelakinya itu mencium tangannya tetapi dia membiarkan sahaja.

"Melati, this is my father. Bà, Zhè shì wǒ de qīzǐ. " Fajar mengenalkan Melati kepada Mr. Gan apabila mereka tiba di meja makan. Mr.Gan pula menundukkan kepala tanda hormat pada Melati. Melati pula terus bangun dan mendekati Mr.Gan.

"Bà, dia nak salam." Mendengarkan Fajar berkata demikian, cepat-cepat Mr.Gan menghulurkan tangannya walaupun dia sedikit keliru.

"Dalam Islam sampai bila-bila pun, tidak kira apa sebab, BàBa akan jadi father in-law Melati." Mr.Gan terangguk-angguk menghadam informasi baru itu. Selama ini, dia ingatkan perempuan muslim memang lansung tidak boleh disentuh atau menyentuh sesiapa kecuali keluarganya. Rupanya keluarga mertua juga termasuk.

"But brother in law stil cannot. Only you and above." Sambung Fajar lagi.

"Above?"

"Ya, you punya bapa lah."

Mr.Gan kini lebih mengerti mengenai batas hubungan menantunya. Fajar pula berasa sangat gembira kerana Mr.Gan berfikiran terbuka untuk memahami ajaran Islam.

"Kalau macam, kita sudah satu keluarga. Come and give me a hug." Mr.Gan mendepakan tangan dengan ceria. Melati walaupun sedikit teragak-agak , akhirnya memeluk jua Mr.Gan.

"Melati panggil saya ,BàBa je lepas ni. Itu maksudnya bapa dalam bahasa cina," Mr.Gan memeluk Melati sambil menepuk-nepuk belakang badan Melati. Tidak semena-mena Melati merasa sebak kerana tidak pernah seumur hidupnya merasakan pelukan daripada seorang bapa.

"Saya minta maaf sebab māma tak datang. Nanti saya pujuk kuat-kuat lagi. Itu nanti hati sudah sejuk, mesti dia akan datang." Sambung Mr.Gan lagi.

"Eh kenapa menangis ni? Jangan sedih." Mr.Gan menjadi panik apabila sedar air mata Melati sudah berjurai jatuh. Fajar pula sudah kelam kabut mencari tisu.

"Tisu!Tisu!" Arah nenek kepada Suria lalu Suria pun lekas-lekas mencapai kotak tisu lalu dicampak ke arah Fajar. Mujur Fajar cekap menangkapnya. Mr.Gan terus sahaja mencapai sehelai tisu lalu dia mengelap pipi Melati. Walaupun baru sahaja berkenalan, namun tidak kekok Mr.Gan ingin mencurahkan kasih sayangnya sebagai bapa kepada Melati yang setelah sekian lama sebelum ini hanya diberikan kepada Fajar seorang.

Fajar pula mengusap kepala Melati kerana dia tahu benar mengapa Melati menangis. Fajar hanya mampu tersenyum kepada Melati untuk memberikan kekuatan kepada Melati. Suria pula sudah sebak hatinya kerana merasakan selama ini rupanya dalam diam, Melati masih lagi mendambakan kasih seorang bapa. Suria berdoa di dalam hati semoga kehadiran bapa dan mak Fajar, Melati dapat mengisi kekosongan hati Melati yang sepatutnya diisi oleh Encik Johan dan mak mereka.

"Okay... Makanlah dulu. Melati dah okay," kata Melati setelah kembali tenang. Hidungnya kini sudah sedikit merah dan tersumbat kerana menangis namun mulutnya kekal tersenyum mengajak Mr.Gan makan.

Fajar pula memandang wajah isterinya untuk memastikan emosi isterinya kembalik baik. Dia menggenggam erat tangan Melati dan membantu Melati duduk kembali ke kerusinya.

"Betul ni dah okay?" tanya Fajar untuk kepastian.

"Ya, sayang. I dah okay."

Fajar membuat muka terkejut kerana Melati telah memanggilnya sayang. Sejuk pula hatinya apabila mendengar panggilan manja itu.

Kini Fajar lebih gembira kerana kerusi di sebelahnya tidaklah kosong seperti yang dia sangkakan.Majlis perkahwinan yang sederhana ini ternyata terasa bermakna buat Fajar. Kalaulah dia boleh menghentikan saat ini dan berendam sahaja dengan kebahagiaan...

Kompang dipalu, pengantin baru. Duduk bersanding tersipu malu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience