Walaupun Melati masih membisu tetapi tangannya mencapai hujung selimut yang membaluti badannya lalu dihulurkan pada Fajar. Fajar pada mulanya keliru kemudian tersenyum nipis apabila sedar pipinya sudah kebasahan.
"Lap lah air mata tu." Pinta Melati. Fajar menggelengkan kepala.
"You dengar tak I cakap apa tadi?"
"Dengar.." Melati menarik kembali tangannya. Suaranya perlahan sahaja menjawab pertanyaan Fajar itu.
"I don't think now is the right time."
"Melati, it just a yes or no question. I know deep down-"
"No, you don't. Please jangan rasa you tahu apa yang I rasa. Fajar, I rasa lebih baik you balik je." Melati berjalan ke arah pagar lalu membukanya. Fajar pula melangkah setapak dua dengan perasaan yang bergolak.
"Kenapa ni? What's wrong?" Fajar bertanya dengan kerisauan. Dia tersalah cakap ke? Mungkin nada dia mendesak sangat bagi Melati. Kini, Fajar sedikit menyesal meminta Melati mengahwininya pada malam itu. Seharusnya dia bersabar dan memberi ruang buat Melati dahulu.
"Kejap. Kunci kereta you." Melati berjalan ke arah pintu rumah lalu mencapai kunci kereta yang tergantung di dinding rumah. Fajar memanggil nama Melati berulang kali tetapi Melati buat bodoh sahaja. Tanpa mereka sedar, rintik-rintik hujan mula turun membuatkan lantai mula muncul tompokan.
"Melati..." Fajar terdesak ingin menarik perhatian Melati yang kini sedang menolak belakang badannya untuk keluar daripada perkarangan rumah nenek.
"Talk to me, melati. Ni sebab I minta kahwin dengan you ke? Okay, I'm sorry. I shouldn’t have said that. I should have given you more time. " Fajar hanya mampu melihat sayu tangan Melati yang kini sudah mengunci pagar luar rumah nenek itu.
"No, Fajar. Bukan macam tu. Bukan salah you pun." Melati mengeluh halus melihat pagar besi dihadapannya.
"Jadi, bagitau I kenapa you kunci I dekat luar ni. Kita elok je bercakap tadi." Fajar cuba mencari anak mata Melati yang terus-terusan mengelak melihatnya.
"Pagar ni... " Fajar berundur setapak melihat pagar itu daripada kanan ke kiri.
"Sama macam pintu hati you."
Melati mengangkat muka melihat Fajar dengan kerutan didahinya. Otaknya cuba menganalisis mengapa Fajar menyamakan pagar ini dengan 'pintu hati'nya.
"Let me in, Melati."
"Baliklah. Jiran dengar nanti." Lemah sahaja Melati berkata.
"If you can open your heart to Lucas. Why won't you open it to me?" Kedua-dua tangan Fajar mengenggam kuat jeriji besi pagar itu seperti banduan yang ingin keluar daripada penjara.
"I'm sorry that Lucas is too blind and slow to see your worth. He doesn’t appreciate you, but I do. I will. I’ll treat you better than he ever could."
Hujan kini mula menitik lebih deras tetapi Fajar masih tidak berganjak. Melati memayungi kepalanya dengan selimut yang dipakainya. Buat pertama kali dia merasakan Fajar adalah manusia paling degil sekali di dalam dunia.
"Ya Allah, Fajar. Baliklah. Dah hujan ni. " Melati melepaskan nafas berat apabila Fajar menggelengkan kepalanya.
"Melati, let me in."
"I tak boleh." Suara Melati sedikit tinggi untuk melawan bunyi hujan yang turun.
"Why?"
"I..I.. Don't know how..."
Fajar sedar yang Melati bukan maksudkan pagar antara mereka ini. Terdapat halangan antara mereka yang tidak dapat dilihat.
"I just assumed everyone would leave, just like my dad did. I tahu I tak patut fikir macam tu tapi rasa sakit tu, sakit sangat Fajar. I...takut." Luruh hati Fajar melihat Melati meluahkan perasaannya begini. Ternyata terdapat parut di hati Melati yang menyukarkan dirinya untuk mempercayai hubungan mereka ini.
"Just go, Fajar." Melati memusingkan badannya untuk menapak ke dalam rumah. Tidak sanggup lagi dia ingin merenung wajah Fajar itu. Tiba-tiba tangan Fajar merentap selimut yang dipakai Melati membuatkan Melati juga turut tertarik ke arah Fajar. Terjerit kecil juga Melati dek terperanjat.
Fajar mengetatkan genggaman selimut itu sambil memegang kembali jeriji pagar itu. Melati sekarang ibarat terkunci kerana tidak boleh bergerak. Pagar sahaja menjadi pemisah antara mereka.
"Wo xihuan ni."
"Huh?"
"Wo ai ni, Melati. I love you. I cintakan you. How many languages do you need? I'll say it in all of them." Fajar kini sudah kebasahan tetapi dia tidak kisah. Dia tidak akan lepaskan Melati selagi Melati tidak menyakini dirinya. Melati mengalirkan air matanya namun sukar dilihat kerana air hujan kini sudah bertubi-tubi menghinggapi mukanya.
"Tapi bukan sebab tu I nak kahwin dengan you." Mata mereka bertemu kembali. Fajar berjaya membuatkan Melati ingin terus mendengar kata-kata seterusnya.
"Bukan sebab cinta. Bukan sebab rupa paras atau..atau personaliti. Sepuluh tahun akan datang, cinta boleh pudar, muka akan makin tua, personaliti you confirm tak akan sama macam sekarang."
"I want to marry you because of Allah Subhanahu wa ta'ala. He lead me to you when I asked for guidance. You... Melati. Jawapan istikharah I." Fajar melepaskan genggaman besinya dan memberikan senyuman manis buat Melati yang sudah kedengaran tangisannya. Fajar memerhatikan sahaja Melati yang sedang merenung lantai untuk beberapa saat. Melati juga turut menyandarkan kepalanya pada pagar itu membuatkan hati Fajar meronta ingin membawa Melati kedakapannya dan memujuknya untuk tidak menangis tetapi dia sedar akan batasnya sebagai seorang lelaki muslim. Tangan Fajar hanya mampu memegang bahagian atas pagar itu sahaja seolah sedang memegang kepala Melati. Dia mengukir senyuman nipis meski Melati tidak memandangnya.
"Assalamualaikum, Melati." Fajar berlalu pergi dengan hati yang lebih tenang tanpa perlu dipaksa Melati. Dia berasa puas dapat menzahirkan isi hatinya dan mampu bertawakal sahaja kepada Allah S.W.T. Jika memang tertulis Melati adalah jodohnya, tiada apa yang perlu dia khuatir. Melati melihat Fajar pergi dengan hati yang berat. Sungguh hatinya benar-benar tersentuh mendengar Fajar berkata-kata. Lancar sungguh lidah lelaki itu menuturkan kata walaupun terdengar sedikit pelat cinanya.
"Melati! Melati!" Panggil nenek yang sudah tercegat didepan pintu.
"Kamu ni dah buang tabiat ke berselimut dalam hujan ni?" Nenek membelek muka Melati dengan penuh kerisauan apabila Melati muncul dihadapan nenek.
"Fajar dah pergi ya?" Tanya nenek lagi.
"Hmm, ya..." Melati menoleh buat kali terakhir dan memandang kereta Fajar.
Daripada kejauhan, Fajar melihat sahaja Melati memasuki rumah sambil ditemani nenek. Apabila sudah memastikan nenek sudah mengunci pintu dan pagar rumah, dia pun menekan pedal minyak dan berlalu pergi. Semasa memandu, otaknya ibarat panggung wayang sahaja kerana kerap memutarkan babak tadi. Fajar tiba di rumahnya dengan badan yang menggigil dan dengan segera dia pergi membersihkan diri.
Sebelum tidur, sempat lagi berdoa kepada Allah untuk dipermudahkan segala urusannya esok hari. Alhamdulilah, tidurnya nyenyak sahaja malam itu meski otaknya sedikit bercelaru. Fajar terbangun apabila jam di telefonnya berdering tepat pukul 6:30 pagi.
Dalam kemamaian dia mematikan jam penggera itu, matanya menangkap mesej whatsapp daripada Melati. Terus tegak badannya duduk dek terlalu teruja.
"Shì. Yes. Ya. How many languages do you need? I'll say it in all of them."- Melati
Fajar meraup mukannya dalam ketidak-percayaan. Ya Allah, is this a dream? Tanpa berlengah panjang, Fajar pun bingkas bangun daripada katil.
"Nawaitu sujudassyukri sunnata lillahi ta’ala." Fajar berniat sujud syukur didalam bahasa arab. Fajar ingin menzahirkan rasa syukur atas segala nikmat yang Allah telah berikan. Ketika dia sujud, air mata lelakinya pun mengalir kerana dia berasa terlalu gembira. Allah telah menjawab doa yang dia ulangi setiap hari.
❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°
Melati menggigit kuku jari telunjuknya sambil tersenyum. Usai menunaikan solat subuh, fikirannya lebih tenang untuk membuat keputusan. Dia akui dia memang menaruh perasaan kepada Fajar. Apabila melihat kesungguhan Fajar menjaganya, nenek dan Suria membuatkan hatinya benar-benar terpaut. Meski pun begitu, agar sukar dia ingin menerima Fajar didalam hidupnya melebihi seorang rakan. Mungkin jauh disudut hati, dia berasa takut. Takut ditinggalkan. Takut dia menerima nasib seperti ibunya yang tidak pernah dia bertentang mata. Melati juga bimbang akan keberadaaan nenek dan Suria jika dia mendirikan rumah tangga. Bagaimana pula dengan pembelajarannya?
Namun jawapan Fajar semalam membuatkan dia berubah fikiran. Saban hari dia sentiasa meminta kepada Allah untuk diberikan kekuatan menghadapi ujian. Mungkin kekuatan itu muncul dalam bentuk manusia bernama Fajar. Melati redha dan bertawakal yang semoga ini adalah keputusan yang betul. Dia juga ingin berkahwin dengan Fajar kerana Allah S.W.T.
Melati masih lagi terbayang sewaktu kelas bersama Dr.Syafiq suatu ketika dahulu, ketika kelas mereka mempunyai 20 minit masa santai. Dr.Syafiq telah memanfaatkan waktu itu dengan berkongsi sedikit ilmu.
"Siapa disini mempunyai kekasih? Jawab jujur." Dr.Syafiq yang sedang duduk di bucu mejanya memeluk tubuh sambil tersenggih.
"Doktor ! Doktor! Dia sedang bercinta!" Jerit seorang lelaki muda sambil menunding kepada rakannya yang disebelah.
"Tak Doktor ! Fitnah. Fitnah." Rakannya itu membela diri lalu menyiku sahabatnya yang sudah ketawa besar.
"Bertenang...Bertenang... Saya baru tanya satu soalan tapi sudah kecoh pula." Dr.Syafiq kemudian ketawa kecil sambil membelai jambang tipisnya.
"Apapun, baik masa lepas, kini atau masa hadapan. Kita semua tidak akan terlepas dengan cinta kerana cinta itu adalah fitrah manusia. Jika perkahwinan tidak asing lagi dalam masyarakat, apakah formula untuk perkahwinan yang berkekalan? Ha, ada siapa yang tahu?" Dr. Syafiq berdiri daripada duduknya lalu mula melangkah mendekati para-pelajarnya.
"Saling memahami!" Jerit suara garau daripada arah belakang. Dr.Syafiq menganggukkan kepala.
"Lagi?" Dr.Syafiq membuka ruang untuk pelajar lain mencuba.
"Komunikasi!"
"Kesetiaan!"
Bertubi-tubi para pelajar kelas itu memberikan jawapan. Dr.Syafiq yang tidak putus daripada tersenyum terus-terusan menganggukkan kepalanya.
"Melati?"
Apabila namanya dipanggil, cepat-cepat Melati membetulkan duduknya. Tidak sangka pula dirinya akan menjadi mangsa.
"Kepercayaan?" Melati meneka. Entah betul atau tidak, dia pun tidak tahu. Hanya itu perkataan pertama yang muncul di kepalanya.
"Betul. Semuanya betul. Apa yang kamu semua katakan itu ibarat ramuan untuk memastikan tiang sesuatu bangunan kukuh berdiri. " Kedua-dua tangan Dr.Syafiq bergerak seperti sedang membentuk bebola tepung, mungkin tabiatnya ketika sedang berfikir.
"Di dalam Al-Quran Surah Ar-Rum ayat 21, Allah telah berfirman bahawa 'Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan'.
"Tenteram, kasih dan sayang. Atau erti kata lain Sakinah, Mawaddah dan Rahmah. Sakinah ialah perasaan tenang dan aman. Juga ketika kamu merasakan diri penuh dengan kasih sayang. Mawaddah pula lebih kepada perasaan cinta kepada pasangan. Akhir sekali, Rahmah. Kasih sayang yang muncul dari kedalaman hati yang tulus."
"Jadi Dr.Syafiq, 3 benda ni ke formulanya?" Tanya pelajar bersuara garau tadi.
"3 benda inilah yang patut kita masukkan dalam doa. 'Semoga sepanjang perkahwinan ku ini Ya Allah dikurniakan sakinah, mawadah dan rahmah.' " Jawab Dr.Syafiq sambil melakonkan dirinya yang sedang berdoa.
"Doa ni bukan sahaja untuk kita minta pada Allah supaya mengurniakan kita perkahwinan yang bahagia, tetapi juga memohon Allah untuk memelihara kelakuan kita terhadap kekurangan pasangan. Maklumlah, perkahwinan kan penuh gelombang dan ujian. Banyak kes cerai atas sebab-sebab yang kita akan anggap tidak logik. Suami malas flush jamban. Isteri lambat bersiap. Pasangan tidur berdengkur. Ha, macam-macamlah."
Seluruh kelas ketawa mendengar pelbagai ragam manusia yang memberikan punca penceraian mereka.
"Syaitan ini memang akan sentiasa berusaha sedaya upaya menyesatkan manusia. Bila kamu ber'couple'. Dia hiasi hubungan itu untuk menggalakan kamu berzina. Apabila kamu mendirikan masjid, syaitan tiada lagi untuk 'menghiasi' hubungan itu. Dia buat yang berlawanan pula. Maka penting untuk kita bergantung harap pada Allah untuk melindungi perkahwinan kita."
Dr.Syafiq melihat jam di tangannya dan merasa lega apabila melihat terdapat sedikit lagi waktu untuk dia menghabiskan perkongsian dia.
"Perkahwinan ini adalah ladang pahala. Senyum pada pasangan pun dapat pahala. Membelai rambut pasangan pun mendapat pahala apatah lagi yang lain-lain. Fokus pada kebaikan pasangan dan mencuba membantu pasangan membaiki kekurangannya. Hidup saling melengkapi.Faham?"
Serentak satu kelas menjawab soalan Dr.Syafiq. Melati pula menganggukkan kepala dan pada masa yang sama berasa sangat kagum. Pensyarah itu yang jurusannya adalah dalam bidang IT tetapi apabila berkata-kata, terlihat banyaknya ilmu agamanya. Benarlah sebagai seorang lelaki muslim, apapun pekerjaan mereka. Seharusnya mereka mengisi kan diri dengan ilmu agama supaya dapat membimbing keluarganya.
Sejak haritu Melati berazam ingin mencari seorang suami yang boleh membimbingnya ke jalan yang diredhai Allah. Seorang suami yang tidak akan putus mencari ilmu dan berdakwah kepadanya.
Melati tersedar kembali daripada lamunannya lalu kemudian berdoa semoga Fajar adalah lelaki itu.
"Merah." Bisik Melati sambil ketawa apabila teringat Fajar meluahkan perasaan di sebalik pagar nenek. Kesungguhan Fajar untuk menyakinkan dirinya melambangkan semangatnya bagai api yang membara. Api cinta ke?
"Eww..Over lah kau ni Melati." Muka Melati diraup sambil badannya dijatuhkan di atas sejadah.
Akhirnya... ya kan?
Share this novel