Bab 3

Romance Completed 14176

Bunyi ketukan papan kekunci menghiasi bilik pejabat milik Lucas yang sunyi sepi. Lucas begitu khusyuk menatap skrin komputer di hadapannya. Dia baru sahaja tiba di pejabat sebentar tadi. Perkara pertama yang Lucas akan buat adalah memeriksa e-mel. Untuk pagi ini, ada e-mel yang memerlukan kata putus Lucas, ada yang meminta pencerahan dan ada juga e-mel meminta untuk diadakan mesyuarat. Matanya beralih ke pintu apabila terdengar bunyi pintu biliknya diketuk dari luar.

"Morning, Lucas," David memulakan bicara.

"Morning, David. What can I help you?"Mata Lucas kini kembali menghadap skrin komputernya.

"Sorry for interrupting. Im having a meeting with the programmers and we need your expertise to advise us. Are you free?"

"Hmm..," Lucas melihat jam di tangannya.

"I'll be there in five," sejurus Lucas mengesahkan kehadirannya, David pantas mengangguk dan menutup pintu.

Lucas kemudian menyambung e-mel yang ditulis tadi. Butang hantar ditekan apabila selesai dia mengarang e-mel itu. Dia kemudian bangun sambil mencapai cawan berisi air kopi untuk dibawa ke bilik mesyuaratnya. Pintu bilik mesyuarat diketuk dua kali sebelum Lucas memulas tombol pintu.

"There you are, boss," David tersenyum gembira. Staf-staf lelaki yang lain turut mengucapkan selamat pagi serentak kepada Lucas. David lantas menunjukkan permasalahan yang mereka hadapi di skrin televisyen yang terlekat cantik di dinding bilik mesyuarat itu. Komputer riba David telah dicucuk dengan wayar USB untuk menghubungkan ia dengan televisyen itu. Lucas mendengar dengan khusyuk sambil menghirup kopi yang dibawanya.

"So, which options should we choose?"tanya David setelah panjang lebar menghuraikan kerisauan mengenai laman sesawang yang mereka sedang bangunkan.

"Well, before we choose. I think it's best to list the risk. From what I can see, option one is quicker and cheaper, but there might be quality issues. Option two costs more and takes longer, but it's more reliable,"

"Betul, pilihan yang pertama boleh membawa kepada masalah teknikal dan mungkin tidak memenuhi keperluan kita. Pilihan kedua adalah lebih selamat, tetapi mempunyai risiko yang lebih besar,"kata salah seorang staf melayu yang berada di situ.

"So, we need to balance time, cost, and quality," Lucas berkata sendirian tetapi masih boleh didengari oleh staf yang lain. Lucas memejamkan mata sambil otaknya ligat berfikir. Kedua-duanya tangannya bertaut dan dijadikan tempat untuk dagunnya bersandar.

"Okay. Let's combine both option shall we?"Lucas bingkas bangun dan menuju ke papan pintu. Dia mencapai pen papan putih lalu menulis solusi yang terlintas di fikirannya tadi. Lucas kelihatan begitu yakin mempersembahkan ideanya.

Staf-staf yang lain termasuk David pada mulanya kelihatan keliru. Namun, apabila mendengar penjelasan Lucas, mereka mula mengerti apa yang Lucas maksudnya. David menzahirkan kekagumannya dengan menepuk tangan.

"Mantap boss. Terima kasih sudi luangkan masa," ucap David.

"Sure, no big deal. Anything else?" Kata Lucas seraya bangun. David menggelengkan kepala apabila tiada jawapan diberi oleh staf lain.

"Alright. Keep up the good work. Thank you guys,"

"Thank you too,"

Lucas meninggalkan mesyuarat itu dan memasang niat untuk menyambung kembali kerjanya. Namun, terbantut lagi apabila kini giliran Encik Daud memanggilnya ke dalam bilik.

Beginilah setiap kali dia muncul di pejabat. Namanya diseru-seru pelbagai pihak bagai peminat yang ingin meminta autograf. Tanpa berlengah panjang, Lucas pun mengatur langkah ke bilik Encik Daud pula.

❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。 ❀°

Mata Suria memandang sayu melihat Melati mengemas beg bajunya. Hatinya berat ingin melepaskan kakak sulungnya pergi. Terasa sebulan berlalu begitu pantas. Setiap pagi Melati akan membantu nenek memasak sarapan. Kemudian, Melati akan membungkus bekal untuk Suria makan pada waktu rehat. Apabila hari hujan, Melati akan menanti di depan sekolah sambil memegang payung. Dia benar-benar dijaga dengan baik oleh Melati bagai menatang minyak yang penuh.

Hatinya kadang-kadang tersentuh kerana melihat kesungguhan Melati yang setia di sisi apabila diperlukan. Hari minggu pula, ada saja aktiviti riadah yang akan dilakukan mereka setiap pagi. Yang selalu menjadi kegemaran mereka adalah berjoging di sekitar taman perumahan. Kemudian, mereka akan melakukan kerja rumah bersama-sama.

Tiba waktu petang, mereka memasak pula makan petang seperti cucur ikan bilis atau kuih-kuih yang senang dibuat. Kemudian, Melati akan membancuh air teh tarik yang paling padu sekali bagi Suria. Ibarat resipi yang kedai mamak beri, walhal hanyalah ilmu yang disampaikan oleh nenek.

"Suria okay ke?" Melati memandang Suria dengan penuh kasih sayang. Suria pula menarik muka monyok.

"Akak janji akak datang lagi bulan depan. Suria duduk rumah elok-elok dengan nenek, okay? Belajar rajin-rajin. Jangan malas buat kerja sekolah," sempat lagi Melati berpesan dalam pada memujuk adiknya yang seorang ini.

"Janji?" Suria membulatkan mata sambil menghulur jari kelingkingnya.

"Ya, janji." Jari kelima Melati menyambut huluran Suria.

"Nanti akak jangan lupa call Suria tau. Suria nak dengar pengalaman akak bekerja. Tangkap gambar setiap hari. Ha, apa lagi?" Suria sibuk memikir apa lagi yang dia mahu kakaknya kongsi padanya.

"ohh...hehehehe..Kalau ada lelaki hensem, jangan lupa minta no dia," Suria tersengih nakal apabila Melati menepuk lembut pahanya.

"Ish, mana adalah. Akak nak fokus internship ni je," Melati mengambil baju yang sudah dilipatnya sebentar tadi lalu diletakkan cermat ke dalam bagasi kecilnya.

"Ceh, fokus konon. Akak tu mana pernah bercinta. Nanti lelaki layan baik sikit je, akak dah cair kan? Ingat Melati kenal akak seminggu dua ke?" Suria berpeluk tubuh sambil mengangkat sebelah keningnya.

"Ini fitnah ni. Mana ada akak cepat cair. Akak is independent woman, okay? Dont look down on me," Ikut suka hatinya bercakap bahasa inggeris dalam tatabahasa yang berterabur.

"Hahaha, then look where?"

"Look up," jawab Melati pendek sebelum melepaskan ketawa besar bersama-sama Suria.

"Bongoklah akak ni. Eh, haritu bukan akak cair ke lelaki mana entah, buka kan pintu untuk akak dekat 7-Eleven," Suria menuding jari telunjuknya pada Melati, cuba memprovok Melati untuk mengakui kenyataaan yang hatinya bukanlah sekebal yang dia sangka.

"Hei, excuse me! That guy..," Pipi Melati ternaik membentuk bulat dalam cubaan menahan senyuman.

" Haa apa apa?"

"That guy is. .a gentleman."

"Tapi dia comel kan?"

"Hmm... Haah," Spontan dua beradik tu menjerit bagai ternampak selebriti terkenal. Tangan mereka berdua bertepuk tampar antara satu sama lain. Entah kenapa, tiba tiba nenek muncul di depan pintu.

"Apa ni bising-bising? Jiran dengar nanti," marah nenek seolah-olah dinding mereka diperbuat daripada kayu. Biasalah orang tua, terbawa-bawa dengan adab yang diturunkan daripada generasi terdahulu.

"Maaf nek," hampir serentak mereka mengungkap kata maaf.

"Sudah siap berkemas? Nanti jangan lupa bawa sambal tempe tu. Boleh makan dengan nasi. Kerepek pun nenek dah bungkuskan untuk Insyirah,"

"Oh, terima kasih nenek. Susah susah je," Melati terharu dengan keprihatinan neneknya.

"Kerja elok-elok. Jangan curi tulang. Nanti gaji tak berkat. Kalau ada jumpa anak teruna yang Melati berkenan, beritahu nenek. Nanti nenek pinang dia," sempat juga nenek bergurau apabila memberi nasihat.

"Suria boleh bonceng motor. Nanti kita berdua merempit jumpa putera Melati tu ya," Suria pun tidak melepaskan peluang untuk menyakat kakaknya sekali lagi.

Melati pula hanya ketawa mendengar usikan daripada dua orang insan yang paling dia sayangi. Hmm, tiba-tiba hatinya berdebar untuk berkerja lusa nanti. Pengalaman apa yang bakal dia terima nanti?

Hmm, saya yang menulis. Saya pula tersengih sorang2. kikiki.. Okay inshaAllah, saya sambung lagi esok. Thank you baca

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience