Bab 41

Romance Completed 14176

Melati tidak menghiraukan lansung Lucas di sebelah. Dia gigih membuka kembali mesej perbualannya bersama Insyirah lalu menatal skrin untuk mencari gambar yang Insyirah hantar suatu ketika dahulu. Gambar lelaki melayu yang tersenyum pada Melati itu bersama rakan-rakannya terpampang jelas di skrin telefon Melati; yang diambil Insyirah kononnya untuk strategi pemasaran tetapi sebenarnya Insyirah ingin mengambil gambar 'peminat' Melati itu.

Ketika Insyirah menunjukkan gambar itu padanya dulu, Insyirah terlebih dahulu telah zum pada wajah lelaki melayu itu. Maka, Melati tidak perasan muka lelaki-lelaki lain didalam gambar itu.

"Bukan ini ke Fajar?" Hujung suara Melati berbau sedikit panik membuatkan Lucas terhibur melihatnya. Ketika dia berbual bersama Fatah selama ini, dia memang membayangkan wajah lelaki melayu itu. Apa yang berlaku ini? Salah faham apakah ini? Lucas kemudian mendekati Melati lalu menatal skrin ke wajah lelaki yang duduk di tepi meja.

"Ini Fajar." Pendek sahaja jawapan Lucas.

Melati pula terbuntang matanya melihat wajah Lucas di dalam gambar itu. Dia berkopiah dan memakai cermin mata serta mengenakan baju melayu sama seperti lelaki yang lain di dalam gambar itu. Melati pun bukannya ada melihat kembali gambar itu selepas kejadian itu. Lagilah dia tidak perasan akan kehadiran Lucas di situ.

Jadi sekarang ini, siapa nama lelaki melayu itu? Melati memandang Insyirah yang sudah beredar dari kaunter pembayaran. Insyirah muncul di depan mata Melati menjadi penyelamat kepada kekusutan di kepala Melati. Tangan Insyirah ditarik agar rapat padanya lalu Melati menunjukkan muka 'fatah'.

"Dia kan yang mintak nombor telefon aku?"

"Oh haah, nama dia Amir," jawab Insyirah walaupun dia tidak faham pokok pangkal perbualan itu.

Melati terkesima sekali lagi. Yalah, bila difikirkan kembali dia pun tidak pernah mengesahkan nama lelaki melayu itu adalah Fatah kepada Insyirah. Oleh itu, kedua gadis itu menganggap Amir dan Fatah adalah orang yang sama.

"Melati, look at me. Let me explain," kata Lucas tenang lalu mendekati Melati dan Insyirah.

"Amir tu kawan I. Amir minta nombor telefon you untuk I sebab I ...nervous masa tu." Lucas menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Matanya menoleh memandang ke tempat lain ketika mengakui kegelisahannya.

Insyirah daripada tadi terkebil-kebil mula memahami apa yang berlaku, matanya membulat lalu dia menekup mulut untuk menyembunyikan keterujaannya.

"Oh..My..God.. Ni ke Lucas? Lucas boss kau dulu masa intern?" Insyirah bertanya pada Melati seperti Lucas tidak berdiri di situ sahaja.

"Ya..." Melati menjawab lemah. Mungkin masih lagi terkejut.

"Lucas yang layan kau sweet-sweet tu lepastu rupanya dah ada teman wanita? Lucas yang tu?"

Pap! Lengan Insyirah ditampar oleh Melati dengan rasa geram. Mulut Insyirah ni pun boleh tahan juga. Lucas pula yang berdiam diri memerhati, tersenyum sebelah memandang Melati sambil memeluk tubuh. Jaket sukan yang di zip penuh membuatkan Lucas kelihatan lebih segak.

"Kau boleh diam tak?" Bisik Melati pada Insyirah membuatkan Insyirah ketawa besar.

"Dahlah, aku pergi dulu. Melati, aku dapat cover kau sepuluh minit je. Jangan lupa pula kau masih kena habiskan syif kau." Insyirah tersenyum nakal sambil menyiku-yiku perut Melati. Melati pula berusaha keras menolak badan kawan baiknya itu.

"Bye." Lucas melambai tangan pada Insyirah yang sudah ingin mengangkat kaki.

"Kau nanti. Antara kita ada hal yang tak selesai. Melati mungkin dah move on, tapi bukan aku," ugut Insyirah sambil meruncingkan matanya meninggalkan Lucas terkebil-kebil disitu.

Setelah habis menghadam maklumat, Melati akhirnya memandang Lucas.

"Sejak bila you pakai cermin mata?"

"Recently. Silau."

Melati memilih untuk duduk kembali di kerusinya. Otaknya memerlukan masa untuk memproses informasi baru ini. Lucas pun turut duduk bersebelahan dengan Melati. Dia hanya memerhatikan gelagat Mekati tanpa sedikit pun memudarkan senyumannya.

"This.. Is … insane." Melati memegang kedua-dua pipinya.

" Sorry tak bagitau awal-awal. Rasanya bagitau depan-depan lebih senang." Terang Lucas tanpa di pinta.

"Are you disappointed that Fajar is not Amir?" Lucas bertanya kembali dengan nada berbau kerisauan. Melati terdiam memikirkan soalan Lucas.

"Hmm, no. I tak letak apa-apa expectation untuk rupa paras 'Fatah' pun. "

Lucas menganggukkan kepala perlahan dengan hati yang gembira mendengar jawapan itu.

"Patutlah I seronok berbual dengan Fatah. It was you actually. Bahasa melayu you pun dah makin baguslah. Good Job!" Melati memuji ikhlas Lucas yang kini sudah memandang lantai kerana menahan malu. Melati tersenyum apabila melihat telinga Lucas sudah bertukar merah.

"Dalam telefon bukan main lagi mengusik I kan?Depan mata ni, kenapa macam tikus pula you ni," usik Melati dengan hati yang puas dapat membuat Lucas pula yang tidak tentu arah. Melihat Lucas malu begitu menimbulkan keberanian untuk terus mengusiknya.

"Mana ada." Lucas menolak kenyataan Melati sekerasnya.

"Tu.. Telinga you dah merah dah." Melati menjuihkan mulutnya pada telinga Lucas. Lucas pula segera menutup kedua-dua telinganya sambil ketawa besar.

"Apapun, Alhamdulilah you found your hidayah. It's been a long time and you've changed a lot, Lucas. I tumpang gembira."

Lucas menggelengkan kepala seraya berkata," Bukan Lucas. Call me Fajar from now on. "

"Fajar..," perlahan Melati berkata; buat pertama kali menggunakan nama barunya.

"Man.. when your voice called me like that, it always get me."

"Haa?"

"Nothing."

❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。

Fajar menghantar Melati di depan restoran tempat Melati bekerja. Sepanjang perjalanan ke restoran , Melati dan Fajar berbual rancak mengenai kehidupan masing-masing. Banyak perkara yang berlaku yang masing-masing ingin berkongsi.

"Okay, I pergi solat dulu ya Melati."

Melati masih lagi tidak dapat membiasakan diri melihat Fajar sebagai seorang muslim. Pelik betul mendengar perkataan solat keluar daripada bibir Fajar.

"Hai Melati, dah habis solat ke?" Tanya Ammar yang muncul secara tiba-tiba. Kebetulan Ammar juga ingin ke surau untuk solat mahgrib.

"Oh dah dah. Awak dah boleh pergi solat pula."

"Ni siapa?" Tanya Ammar memandang Fajar atas bawah. Hatinya berasa sedikit kurang senang melihat Fajar dan Melati berbual. Melihat senyuman dan gelak ketawa Melati tetapi bukan ditujukan pada dirinya terasa lebih sakit. Ya dia akui, dia sedikit cemburu.

"Boyfriend ke?"Ammar memandang Melati untuk jawapan.

"Ya betul. Saya boyfriend dia. Nama saya Fajar." Fajar menghulur tangan kepada Ammar. Ammar menyambut salam itu meski hatinya berasa jengkel. Melati pula sudah keliru kenapa Fajar mengaku dirinya sebagai teman lelaki.

"Macam ada iras-iras orang cina lah muka kau." Mendengar Ammar berkata begitu, spontan Fajar dan Melati ketawa. Rasanya pelat cina Fajar masih ada juga sedikit sebanyak, takkanlah Ammar ini tidak perasan.

"Betullah tu. Saya memang cina." Fajar berkata dengan ketawa yang masih bersisa.

"Oh."

"Okaylah, saya masuk kerja dulu."

Melati berlalu pergi meninggalkan dua orang lelaki itu di hadapan restoran itu. Rimas dia melihat mereka seperi ada ketegangan. Fajar dan Ammar pula hanya mampu melihat sahaja kerana mereka berdua kenal benar dengan perangai Melati.

Tanpa bercakap, Ammar dan Fajar berjalan beriringan ke surau.

"Aku tahu kau bukan teman lelaki dia. Tapi aku tahu kau mesti nak dia kan?" Selamba Ammar berkata kerana dia telah memerhatikan Melati sudah lama. Gaya Melati memang seperti gadis bujang kerana tidak 'dijaga' oleh lelaki. Pergi balik kerja pun mengharapkan Insyirah.

Fajar hanya mendengar tenang sahaja apa yang ingin dikatakan Ammar. Tangannya dimasukkan ke dalam poket sambil matanya fokus ke hadapan menuju ke surau.

"Aku dah kenal dia dulu jadi kau jangan nak cantas aku." Ugut Ammar sedikit keras dengan harapan dapat mengubah hati Fajar.

"Cantas?" Bisik fajar sendirian. Dia ingin bertanya apakah maksud cantas kepada Ammar tetapi rasanya Ammar bukan dalam mod menjadi cikgu.

"Kalau you dah kenal dia lama, jadi tak perlulah risau."

"Betul." Ammar mengiyakan kata-kata Fajar.

"Then best of luck," ujar Fajar sambil tersenyum.

❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。

"Ira. ..ira.." panggil Melati sambil melihat keliling, memastikan agar tiada siapa mencuri dengar.

"Apa?Apa?" Kepala Insyirah terangguk-angguk ke atas kerana perasaan ingin tahu meronta.

"Hari ni memang hari paling pelik dalam sejarah hidup akulah. Pertama sekali kan, aku nak tanya kau. Ammar tu apahal?"

"Oh yelah, aku pun perasan dia dah kurang garang sedikit dan terlebih beri perhatian. Asyik-asyik nak tanya pasal kau je."

"Tak sukalah. Aku rasa rimas. Lepas tu, Fajar tu tiba-tiba mengaku diri dia teman lelaki aku pulak dekat Ammar. Apa benda lah dua orang lelaki tu makan hari ni?"

"Fajar mana pulak ni?" Insyirah yang masih tidak tahu menahu bahawa Fatah itu adalah nama baru Lucas kelihatan masih lagi keliru.

"Oh ya. Lucas dah masuk Islam."

"WHAT?!" Kalaulah boleh diukur mulut Insyirah yang ternganga besar itu, pasti tidak cukup satu pembaris.

"Nama baru dia Fajar. Jadi mulai hari ni, kita kena panggil dia Fajar, bukan Lucas dah. Macam yang aku cakap tadi, Fajar dengan Ammar lain gila hari ni. Ammar tiba-tiba baik. Fajar tiba-tiba mengaku aku ni awek dia pula."

Insyirah sedikit terkejut lalu memberikan lirikan nakal pada Melati.

"Ceh, dah bercinta ke kau ni? Baguslah, nanti Ammar dah tak kacau. Pura-pura jelah dia teman lelaki kau."

"Kau ingat ni novel ke? Cuba fikir logik sikit." Melati menunding pada dahinya sambil mengerutkan hidungnya.

"Melati...Melati... Bertahun-tahun membujang, sekali bila dah datang teruna yang berminat dengan kau sampai dua orang ya.

"Eh tapi kan ... Lucas tu.."

"Fajar..."

"Ha Fajar tu kan." Insyirah menarik Melati agar lebih dekat dengan dirinya.

"Hensem jugak kan?Dari dulu... dia memang hensem macam ni ke?" Insyirah lansung menampar bahu Melati dengan penuh gedik, saja menyakat Melati.

"Ish kau ni. Ke situ pula.."

Insyirah masih lagi menanti jawapan daripada Melati.

"Tapi kan .. betullah. Dia makin hensem lah sekarang." Muka Melati ditutup dengan tapak tangannya, menyembunyikan perasaannya yang begitu tertarik dengan penampilan Fajar yang baru ini. Kaki Melati pula berlari setempat dengan laju untuk satu saat kerana dia akui sedikit 'cair'.

"Bila dia pakai cermin mata tu ...Ish, nampak lagi nerd tau. Aduh, aku lemah betul lah lelaki nerd ni."

Melati kini bersandar di dinding sambil matanya merenung ke atas. Tetapi bukan Insyirah tidak tahu, pasti muka Fajar yang dia sedang bayangkan sekarang.

"Ha apakah perasaan anda dahulu akan berputik kembali?"Soalan panas akhirnya diutarakan jua oleh Insyirah seperti seorang wartawan sedang mengorek cerita sensasi.

"Taklah.." Melati menidakkan soalan Insyirah dengan muka yang serius tetapi dirinya sesungguhnya meragui jawapan yang baru sahaja diberi.

"Tak ...kot," Melati menggubah kembali jawapannya.

"Ish... Ya ....ke?" Melati membelai dagunya lalu menggoncang badan Insyirah dengan panik sambil berkata,"Ah....Takkanlah weh? Seganlah kalau fikir aku akan suka dia lagi untuk kali kedua pula. Pastu patah hati lagi. Aduhai."

"Takpa, jangan paksa. Kau ikut je aliran sungai ini. Yang penting jangan toleh belakang. "

"Banyaklah kau punya sungai..,"

Wuhuu new chapter. Happy reading!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience