Melati mengutip kertas-kertas contengannya lalu dikumpulkan satu tempat. Laci dibuka dan barang-barang peribadinya dimasukkan ke dalam beg. Melati kemudian membuka laci kedua untuk melihat jika dia meletakkan apa-apa didalamnya tetapi ternyata kosong. Aktiviti mengemas beralih kepada kalendar milik Melati yang berada di sebelah komputer ribanya, diambil juga dan dimasukkan ke dalam beg.
"Melati... I will miss you. Good luck..." Riak muka Riya menunjukkan dia sedang sedih untuk melepaskan Melati pergi.
"Me too. Thank you so much for everything. You have been a really good friend from day 1. Jaga diri ya Riya," ujar Melati lantas bangun untuk memeluk Riya. Riya pula menyambut pelukan itu dengan sebelah tangan kerana sebelah tangannya lagi sedang mengepit beg tangannya.
Nadia yang melihat Riya dan Melati berpelukan terus sahaja berlari anak untuk turut serta. Melati yang sudah melepaskan pelukannya terpaksa memeluk Riya buat kali kedua setelah Nadia memeluk mereka berdua serentak.
"Rindunya nanti dekat Melati. Belajar elok-elok okay? Hmm, sedihlah Melati nak pergi." Nadia memuncungkan mulutnya seperti ingin merajuk membuatkan Melati tergelak.
" Apa-apa pun goodluck!" Nadia mencubit pipi Melati buat kali terakhir.
"Jaga Riya ni. Jangan bagi David buli dia lagi," pesan Melati kepada Nadia sambil mengerling ke arah Riya.
"Urgh! Maybe one day, I pun berhenti kerja sebab tak tahan dengan David." Riya menjelingkan matanya ke atas sambil ketawa. Kedua-dua wanita itu kemudian berlalu pergi untuk pulang ke rumah. Melati melambai ke arah mereka sehinggalah hilang dua wanita itu daripada pandangannya.
Melati melihat kembali meja kerjanya yang sudah dikemas bersih, sedia untuk berkhidmat untuk pekerja yang akan datang. Kenangan manis bekerja disitu bermain diminda. Melati telah menghantat surat notis berhenti kerja 2 minggu yang lalu. Oleh kerana dia masih lagi dibawah tempoh percubaan, notis berhenti kerja hanya perlu diberi 2 minggu sahaja sebelum tarikh Melati pilih untuk berhenti.
Melati menggunakan alasan menyambung belajar untuk berhenti walaupun sebab yang paling utama adalah lelaki itu. Lelaki bernama Lucas yang tanpa sedar telah mencuri hatinya. Namun hatinya itu perlu diambil kembali agar Melati boleh meneruskan hidupnya dan membuka buku baru.
Ketika Melati sedang termenung memandang meja kerjanya, dia terdengar suara yang cukup dikenalinya memanggil namanya. "Melati.."
Dia memandang kedepan dan melihat Lucas sedang bersandar di bingkai pintu bilik pejabatnya. Senyuman Lucas terasa lembut menyentuh hatinya.
"Hey.." Melati menyahut kembali, cuba menutup perasaannya.
"So, it's really happening, huh?" Lucas berjalan ke arah Melati sambil tangannya secara bersahaja dimasukkan ke dalam poket seluarnya. "You're leaving us."
Melati menganggukkan kepala sambil cuba memaksa dirinya untuk tersenyum.
"Yup, it's time for a new chapter."
Lucas turut menganggukkan kepala tanda memahami. David kemudian melintasi mereka sebelum berpatah balik ke meja Melati lalu berkata, " Putih-putih Melati! Best of luck ya. Thank you for everything. We all going to miss you kiddo." Melati mengucapkan terima kasih kepada David. Lucas dan Melati hanya menghantar David keluar daripada situ melalui pandangan mata sahaja. Suasana menjadi sepi kembali.
"Um.. I... um." Lucas ketawa kecil mendengar diri sendiri menjadi gagap.
"I'm gonna miss having you around here... Siapa nak ajar I bahasa melayu lepas ni? I tak ada kawan untuk berlatih," kata Lucas sambil memonyokkan muka sambil melabuhkan punggung di tepi meja.
"Berlatih dengan David lah. Bahasa melayu dia bagus. Encik Daud ada. Nadia ada. Ramai boleh-"
"No..no..no..," kata Lucas sambil mengelengkan kepala seperti anak kecil.
"They're not you..."
Melati tergelak kecil cuba menyembunyikan dirinya yang sedang malu. Lucas juga turut ketawa sambil mengusap belakang lehernya.
"Oh, I ada sesuatu untuk you." Melati mengambil hadiah yang dia sudah bungkus berminggu yang lalu. Teringat kembali kejadian yang telah membantutkan dia untuk memberikan hadiah itu. Dulu, hadiah itu adalah tanda sayang dan suka. Kini, hadiah ini adalah tanda sayangnya dia pada persahabatan bersama Lucas.
"Jaga diri Lucas... " Melati menghulurkan hadiah kecil itu. Lucas pula kelihatan terkejut menerimanya.
"Oh wow! Ini terbalik ni. Biasanya kalau pekerja pergi, boss yang akan bagi hadiah." Kata-kata Lucas membuatkan Melati ketawa lagi.
"Thank you again Melati..for eveything. Good luck and .. take care." Lucas menghadiahkan senyuman ikhlas. Suaranya begitu lembut mengucapkannya.
"You too Lucas." Melati mula mengemas bagnya. Dia memakai bagnya dan mencapai botol air. Dilihat mejanya buat kali terakhir untuk memastikan tiada barang yang tertinggal.
"Cool?" Tanya Lucas sambil menunjukkan ibu jarinya, keningnya sedikit terangkat. Melati melihat kedua-dua lesung pipit Lucas yang bakal dia rindui selepas ini.
"Cool.." Melati mengorak langkah dengan berat ke arah pintu. Sempat lagi dia mengerling dan melihat Lucas daripada jauh masih lagi duduk di tepi mejanya. Selamat tinggal Lucas. Aku tinggalkan segala kenangan dan perasaan ku sampai disini sahaja.
❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。
Melati mendepakan tangannya untuk memudahkan nenek melilitkan pita ukur di keliling dadanya. Kemudian, pita ukur itu dialihkan ke pinggangnya pula. Mulut nenek terkumat-kamit membaca ukuran badan Melati. Sementara masih ingat, cepat-cepat nenek menulis bacaan itu ke dalam buku catatan nenek.
"Nek.. Susah-susah je nak buat baju kurung untuk Melati. Melati ada banyak dah.." Kata Melati sambil bercengkak pinggang.
"Tak apa. Makcik Jamiah itu hari, ada hantar kain untuk nenek jahit. Banyak kain lebih, dia sedekah untuk nenek saja." Nenek kembali mengukur lengan Melati pula. Cermin matanya yang melurut jatuh ke hidung ditolak sedikit agar tidak jatuh.
"Nanti belajar dekat sana. Banyaklah sikit pilhan baju nak pergi kelas." Sambung nenek lagi membuatkan Melati terharu.
"Nek..." Badan nenek dipeluk erat oleh Melati. Hatinya betul-betul tersentuh dengan niat neneknya.
"Takpa ke nek? Melati sambung belajar ni, rasa macam pentingkan diri sendiri pula. Bukan sepatutnya Melati kerja dulu ke untuk sara nenek dan Suria? Suria pun tahun depan mesti masuk universiti juga kan? Tak apalah. Tak jadi belajar lah macam ni.."
Nenek melepaskan pelukan dan merenung anak mata Melati.
"Ish kamu ni, Melati. Cuba sekali dalam hidup ni, fikir diri sendiri dulu. Nenek sihat lagi ni. Masih kuat bertenaga. Boleh sara diri dengan ambil upah jahit. Jangan risau." Nenek memujuk Melati yang sudah beberapa kali asyik menyuarakan hasrat untuk bekerja saja dan tidak menyambung belajar.
"Nenek dengan Suria baik-baik sahaja. Bukannya kamu belajar jauh pun. Tempat sama juga kan?" Nenek kembali mengukur badan Melati.
Ya Melati akui dia sedikit rasa bersalah kerana menyambung pelajarannya ke peringkat ijazah sarjana muda. Perancangan Melati pada awalnya, dia akan meneruskan pekerjaan untuk beberapa tahun selepas tamat belajar sementara menunggu Suria pula menyambung pelajaran. Selepas Suria habis belajar nanti dan mendapat pekerjaan, barulah dia akan menumpukan perhatian kepada perkembangan pendidikannya.
Namun surat tawaran yang ditemui nenek di peti surat membuatkan nenek berkeras menyuruh Melati mengubah perancangannya. Ditambah pula dengan kekecewaan apabila melihat Lucas setiap hari dipejabat mengingatkan dirinya akan kesakitan patah hati membuatkan Melati nekad mengikut kemahuan nenek.
Melati memandang pula Suria yang berada di meja makan yang sedang khusyuk membuat kerja sekolah sambil mendengar lagu.
"Suria masih tak bercakap dengan bapa dia lagi ke?" Tanya Melati kepada nenek. Sejak kejadian Encik Johan yang tidak memunculkan diri di sekolah Suria, dia perasan Suria seperti menjarakkan diri daripada Encik Johan. Kesian pula melihat usaha Encik Johan untuk memujuk Suria kembali. Walaupun hatinya masih keras untuk menerima Encik Johan sebagai bapa tetapi dia tidak dinafikan masih ada simpati lagi buat lelaki itu.
"Ada bercakap sikit-sikit. Tapi macam tu jelah. Dia layan endah tak endah je."
"Apa nak nak jadilah dengan anak awak seorang tu," usik Melati membuatkan nenek membuntangkan mata lalu menyucuk pinggang Melati.
❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。
"Assalamualaikum!" Jerit Encik Johan daripada luar rumah. Apabila tiada balasan, dia mengulangi memberi salam untuk kali kedua. Ketika mulutnya sudah bersedia untuk kali yang ketiga, pintu rumah terbuka jua dan muncul wajah Melati.
"Waalaikumusalam. Ada bawa ke barangnya?" Melati melayan Encik Johan sedikit dingin, sengaja meletakkan jurang antara mereka. Encik Johan mengangkat plastik merah tinggi ke langit sebagai bukti agar Melati dapat melihatnya. Tangannya juga ligat membuka pagar rumah dan mendekati pintu rumah.
"Suria dekat dalam tengah belajar." Melati berkata tenang sambil membuka pintu gril dan kemudian beralih pergi ke sofa untuk menonton televisyen bersama nenek.
Usai memasuki rumah, Encik Johan segera berjalan ke arah Suria yang sudah mulai perasan kehadirannya. Suria menanggalkan fon telingan sambil mengeluh kecil.
"Hai Suria.. Ni papa ada bawa aiskrim kegemaran Suria." Encik Johan pun menyelongkar plastik merah itu lalu mengeluarkan aiskrim yang memang Suria sungguh minat. Suria menelan air liur melihat aiskrim itu ditayang-tayang di depan matanya. Cuaca luar yang panas seolah menggalakkan Suria untuk merentap aiskrim itu daripada tangan bapanya.
Tetapi kerana ego yang masih bersisa, Suria menggelengkan kepala lalu terus menyambung kerjanya yang terbantut.
"Okay. Okay. Suria.. Papa minta maaf okay? Papa sibuk sangat hari tu. Papa tengah nak kumpul duit ni."
"Untuk apa?" Suria berpura-pura tidak ingin tahu, hanya meneruskan penulisannya tanpa memandang Encik Johan.
"Papa ada niat err..nak bawa..kita semua pergi jalan-jalan."
Mata Suria terbeliak kerana teruja mendengarnya.
"Betul ke ni? Pergi mana?"
"Adalah... nanti papa confirm kan balik ya. Um.. Suria ambil lah dulu aiskrim ni."
Dek kerana terlalu gembira, Suria pun meredakan kemarahannya. Aiskrim itu dicapai lalu dimakan dengan rasa riang.
Melati yang mencuri-curi dengar perbualan anak-beranak itu terasa jengkel. Sesungguhnya dia tidak percaya dengan harapan yang Encik Johan taburi. Tapi apa boleh ya kan? Tunggu dan lihat sahajalah sejauh mana kebenaran kata-kata Encik Johan itu.
"Mak. Ada masak apa-apa tak?" Tanya Encik Johan dengan matanya melilau melihat dapur. Hidungnya pula sibuk cuba menangkap apa-apa bau yang menyelerakan.
Sebenarnya saya aim novel ni untuk Smpai 30 chapter je. Maklumlah first time menulis kat sini, takut orang boring pulak chapter banyak. Tapi macam banyak lagi je ni plot yang belum resolve hahaha. Stay dengan saya tau. I tried my best to make each chapter worth it nak baca.
Share this novel