David mengetuk pintu bas beberapa kali mengisyaratkan pada pemandu untuk membuka pintu. Kelihatan di belakang David terbentuk satu barisan menunggu untuk memasuki bas. Riya disebelah sibuk dengan buku notanya dan pen sedang mencatat sesuatu.
"Okay ladies and getleman. Letak barang anda elok-elok di sana," kata David sambil menuding ke arah tempat meletakkan barang ditepi badan bas yang kini masih lagi kosong. Seorang demi seorang mengikut arahannya dan akhirnya penuhlah ruang itu. Riya pula sibuk menanda nama setiap orang yang memasuki bas itu untuk memastikan kehadiran semua orang.
"Is this your bag? Need a hand?" Tanya David sambil memandang ke arah bagasi yang bersandar di kaki Riya. Riya mengiyakan sebelum menyambung kerjanya. David pun menarik bagasi Riya ke tepi bas untuk dimasukkan dalam ruang simpanan.
"My oh my, Riya. You bawa apa dalam ni? Batu ke?" David tanya dalam kehairanan apabila mengangkat bagasi Riya.
"You shut up. Jangan nak complain," kata Riya sambil membuat muka endah tidak endah.
Tak lama kemudian, muncul kereta Myvi yang membawa Melati. Melati tergopoh gapah mengeluarkan barangnya sebelum ke bas. Ikram dan Insyirah melambai ke arah Melati sebelum berlalu pergi.
"Ha, let me help you." David mencapai beg melati sebelum sempat Melati memberi kebenaran.
"See, Riya, this is how a bag for a three-day, two-night trip should weigh. Ringan..sahaja" David menunjukkan beg Melati pada Riya untuk menyakitkan hatinya. Riya pula menjelingkan lidah lalu menaiki bas dengan gaya menggedik untuk turut membuat David sakit hati.
"You tengok itu perempuan. Menyakitkan hati betul. Buat sakit kepala je." David memeluk tubuh sambil menggelengkan kepala. Melati hanya ketawa sahaja melihat telatah mereka berdua.
"Betul ke beg I ringan? I rasa macam tak je." Tiba-tiba Melati bertanya untuk kepastian kerana sebentar tadi David mengatakan beg dia ringan. Sesungguhnya, Melati juga adalah seorang wanita dan jarang sekali wanita membawa beg yang ringan. Ada saja barang yang akan disumbat.
"Er.. Berat juga. Tapi, I saja je nak kacau dia." David dan Melati serentak menahan ketawa. Kemudian, David menghalau Melati untuk segera memasuki bas. Telefon pintar David berbunyi memainkan nada dering menandakan seseorang sedang menghubunginya.
"Oii, apa lah. Semua orang dah naik bas. Where you at?" David mengorak langkah menaiki bas dan mengisyaratkan pemandu untuk memulakan perjalanan.
"For god sake, I told you multiple times. I have some stuff to do. Don’t forget to pick me at Seremban ah. You guys dah gerak ke? Semua ada?" Tanya Lucas di hujung talian.
"Of course, the bus is moving already. Without you unfortunately, because you are sombong. Don't want to join us," David mengenyitkan mata pada Encik Daud yang sedang memerhatikannya. Encik Daud menaikkan ibu jari tanda menyokong usikan David.
"David.... huh.. You are really a pain in the-"
"Ey~ apa ni? Sabar boss. I gurau je. Okay, nanti dah sampai. I call you. Bye!" Lekas-lekas David menutupkan panggilan. Tak sanggup kena marah dengan lucas. Sebenarnya dia sudah tahu Lucas sedang berada di negeri sembilan sekarang atas urusan peribadi. Tapi, masih sengaja ingin mengusik Lucas.
"Okay, now I nak duduk mana?" David memandang kerusi sekelilingnya lalu memutuskan untuk duduk di sebelah Encik Shawn.
Melati pula duduk di sebelah gadis melayu bernama Nadia. Nadia ini berkerja di jabatan lain. Oleh itu, Melati tidak pernah mendapat peluang untuk bekerja bersamanya. Namun, beberapa kali juga terserempak dengannya di pantri. Tidak seperti Anne, Nadia seorang yang lebih peramah. Cuma, bagi Melati dia sedikit garang namun itu sudah semestinya apabila bekerja bukan?
"Awak kerja bawah perakaunan kan?" Tanya Melati kepada Nadia yang sedang membentang kan sweater untuk dijadikan selimut.
"Betul. Saya masuk sama tempoh dengan Riya. Bezanya, saya bawah Anne."
"Oh, bawah Anne. Okay ke kerja dengan dia?" Rasa ingin tahu pula bagaimana Nadia boleh bekerja dengan Anne. Mungkinkah perangainya lain apabila dengan staf dibawahnya?
"Garang sikit. Lagi garang daripada saya tau. Tapi, Anne okay je. Kami masih boleh berbual perkara yang di luar pejabat."
Melati memandang ke arah hadapan kanannya dan melihat Anne yang sedang rancak bercakap dengan Riya. Nampaknya, mungkin Anne jenis yang memilih orang untuk dia bergaul mesra. Tak mengapalah. Asalkan Anne tidak menganggu hidupnya. Itu pun sudah cukup baik. Bak kata pepatah orang barat, we are not everyone's cup of tea. Melati menerima yang Anne tidak gemar dengannya dan Melati tidak kisah. Dia tahu dia tidak boleh puaskan hati semua orang.
Melati menyambung berbual dengan Nadia sehingga matanya mula kuyu. Dia membetulkan kedudukannya untuk lebih selesa melelapkan mata. Tiba-tiba muncul pula rindu pada Lucas. Dimanakah Lucas berada? Tak sabar pula nak bertemunya.
❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。
Perjalanan mereka mungkin mengambil masa lebih kurang lima jam untuk ke Johor. Destinasi yang dituju iaitu Desaru memang sudah popular di kalangan rakyat Johor. Mereka akan tinggal di resort Lotus Desaru selama tiga hari bermula hari jumaat sehingga ahad. Bas yang dinaiki mereka sedikit bergolak seperti terlanggar sesuatu membuatkan Melati terjaga daripada tidur. Melati membuka mata sambil mendepakan tangan dengan niat ingin mengeliat tetapi tindakannya terbantut apabila melihat Lucas yang berada di kerusi kanan sedang memandangnya. Cepat-cepat Lucas memandang ke arah lain membuatkan Melati menjadi lebih kekok.
Melati memandang sekilas Nadia yang sedang nyenyak tidur ditepi tingkap.
“Are you okay?” Lucas bertanya sambil membetulkan hujung lengannya.
"Oh. Okay je. Terbangun sebab bas bergoyang."
"Oh.. Okay.. Cool" Lucas menyandarkan kepalanya pada kerusi.
"Cool." Melati turut mengikut Lucas menanggukkan kepala.
Mata Lucas kini terpejam rapat memberikan peluang untuk Melati mengamati wajah Lucas. Melati tersenyum sendirian. Hatinya mula berbunga-bunga memikirkan Lucas duduk berhampiran dengannya. Dalam banyak-banyak kerusi, kenapa dia memilih kerusi itu? Apakah Lucas merenungnya sepanjang dia tidur? Hmmm, mana mungkin.
Melati tidak ingin terus melayan fikirannya lalu menarik selimut yang dibawanya agar menutupi dirinya. Kepalanya dipusing ke kiri kerana tidak ingin menghadap Lucas. Tak boleh tidur Melati nanti. Sekejap sahaja Melati mengelamun, kemudian dengan mudahnya dia sudah hanyut tidur.
Setelah lama kemudian, pemandu bas berhenti di RNR Pagoh untuk makan tengahari dan solat zohor. Semua penumpang turun dan membawa haluan masing-masing. Nadia dan Melati pergi ke surau terlebih dahulu. Selepas itu baru mereka menyertai pekerja yang lain makan di kafeteria. Melati memilih makan untuk makan nasi ayam manakalah Nadia hanya membeli beberapa pau.
Sedikit mengejutkan apabila Anne turut duduk semeja dengan mereka. Kemudian, Riya pun turut menyertai.
Melati meneruskan saja menikmati makanan di hadapannya sementara Riya dan Nadia berbual. Melati cuba untuk tidak memandang mata Anne. Bukannya apa, kalau sudah pandang pasti harus senyum, tetapi nanti tak berbalas, kekok pula.
"Hello wanita-wanita cantik. Jangan bercakap saja, mulut tu makan juga. Lagi 20 minit kita nak gerak ya." Muncul David entah daripada mana memberikan amaran. Matanya memandang setiap orang sebelum melekat pada mata Riya lama.
"Kalau kita tercekik, semua sebab you." Riya menunjal lengan David membuat David menggosok lengannya beberapa kali.
"Apa ni pegang-pegang. Haram tau. Melati, look at her. Dia nak salahkan I. Dia makan sambil bercakap dah macam kucing." Kata-kata David membuatkan Melati hanya tersenyum sahaja. David ni mulut dia memang kecoh sedikit.
"Hey, at least cat is cute. You ni, makan berjalan-jalan. Apa kes? Monyet pun makan sambil duduk. " Bidas Riya dengan muka tidak puas hati.
"Dahlah David. You duduk je dekat kerusi you. I nak makan dengan tenang," tambah Nadia pula diringi ketawa Melati dan Riya. David menarik muka monyok lalu berlari anak ke meja Encik Daud dengan tangan yang sengaja dilembikkan ibarat sotong.
" Encik Daud. Saya dibuli," adu David dengan lagak berpura-pura manja. Lucas mengerutkan kening lalu menumbuk lengan David. Encik Daud hanya tersengih lalu menghirup air kopinya.
"Bro, stop," pinta Lucas membuatkan David gelak besar.
Usai makan, semua bergegas bangun untuk menuju ke bas. Melati baru teringat yang telekungnya tertinggalnya di surau. Tetapi Nadia dan Riya sudah pun pergi meninggalkan dia dan Anne di belakang.
"Urm, Anne.." Panggil Melati. Anne berpusing menghadap Melati tetapi matanya ditalakan pada skrin telefon.
"I nak pergi surau kejap. Tertinggal barang."
"Sure." Anne berlalu pergi apabila Melati berlari anak ke surau. Anne sedang membalas mesej teman lelakinya. Dia dengan penuh khusyuk mengarang satu perenggan untuk diberikan pada teman lelakinya. Sebenarnya dia sedang mengajuk kerana teman lelakinya tidak turut menyertai percutian ini. Selepas butang hantar ditekan, telefonnya berdering.
Anne pun mengangkat panggilan itu dan mula membebel panjang. Kakinya melangkah laju menaiki tangga bas. Apabila tiba di kerusinya, kelihatan Nadia sudah mengambil tempatnya. Dek kerana masih bercakap di telefon, dia memilih untuk duduk di kerusi Melati. Nadia dan Riya masih lagi berbual bagai tidak berjumpa setahun.
"No no. You promised me," kata Anne penuh emosi. Telefon dimatikan oleh Anne setelah dia merasakan malas ingin meneruskan lagi perbualan itu. Dia memeluk badan sambil memandang tingkap. Melihat gunung-ganang dan langit yang biru. Pokok-pokok pun bergerak pantas kebelakang menandakan kelajuan bas agak laju. Huh? Laju?
"Shit! Wait, is Melati in the bus?" Anne berdiri sambil panik mencari Melati. Riya dan Nadia turut berdiri mencari.
" Ah sudah. Tertinggal seekor anak ayam." Encik Daud sempat lagi bergurau.
"Riya, apa ni? You tak check ke? Itulah, bercakap lagi tak berhenti. Nonstop." David pula mencelah.
"Eh, you jangan cakap banyak. Haa, Lucas mana?" Giliran Riya pula menunding kesalahan pada David. Apalagi, terbuntanglah mata David.
"Oh my god, Encik Daud... Dua anak ayam rupanya" David memegang kepalanya. Encik Daud memeluk tubuh sambil menggelengkan kepalanya.
Mana pulak si Melati dengan Lucas ni kan? Haa, nantikan ya. Thanks baca btw
Share this novel