Bab 25

Romance Completed 14176

Suria memandang sahaja satu-persatu kawannya pergi bersama ibubapa. Kelasnya yang tadi penuh, kini tinggal suku sahaja. Semalam dia sudah mengingatkan Encik Johan untuk datang dan seperti biasa Encik Johan hanya berkata InsyaAllah. Panggilan itu pun tidak bertahan lama apabila Encik Johan meminta diri untuk mematikan panggilan.

Kepala Suria terjenguk-jenguk mencari bapanya setiap kali ada kelibat manusia melintas lorong kelasnya. Dia kembali menongkat dagu sambil menyambung membuat latihan matematik. Perlahan-lahan harapannya semakin pudar mengharapkan Encik Johan akan tiba.

Dirinya mula mendapati sudah tidak mampu fokus menjawab soalan yang berada di atas kertas buku latihannya. Apabila terasa matanya sudah mula bergenang, cepat-cepat Suria memandang siling kipas. Air mata yang ingin mengalir tadi hilang meresap kembali sepertimana perasaan sayu Suria. Sejak kecil, dia selalu cemburu apabila melihat rakan sebaya berdampingan dengan ibubapa. Melihat ibu membelai lembut wajah anaknya dan si bapa mendukung sebagai tanda gurauan. Ya, Suria cemburu terutama pada kasih bapa. Mungkin kerana apabila serumah dengan nenek dan Melati,kasih sayang daripada seorang wanita sangat mencukupi tetapi kolah kasih seorang lelaki bernama bapa kering kontang.

Apabila melihat adaptasi seorang bapa di filem atau pun drama, Suria hanya mampu menumpang sahaja kegembiraan anak melihat bapa pulang daripada kerja. Jika ke taman permainan, si bapa akan setia menolak buaian untuk anaknya berhayun ke depan dan kebelakang. Suria masih ingat lagi ketika dia masih kecil, dia akan berangan mempunyai bapa apabila bermain pondok-pondok. Dia akan bercakap seorang diri dan membayangkan figura bapanya membalas balik perbualannya.

Melati yang selalunya akan berlakon menjadi bapa dengan suara yang dibuat-buat garau. Pada waktu itu, sungguh lucu melihatkan situasi dua adik beradik itu. Namun sekarang apabila betul-betul menilai dengan mata hati, betapa boleh lihat mereka, terutamanya Suria sebenarnya mendambakan seorang bapa.

Kerana itu apabila Encik Johan memunculkan diri dalam kehidupan Suria, tidak teragak-agak Suria menerimanya. Doanya selama ini dikabulkan kerana diam-diam dia selalu mengimpikan bapanya akan pulang. Tidak seperti Melati yang sudah menganggap bapanya sudah tiada.

" Kipas berpusing pun menarik ke dipandang?" Tanya Cikgu Siti, guru kelas Suria dengan niat ingin bergurau. Dia tahu Suria sedang menyembunyikan perasaan. Suria pula hanya tersenyum kelat.

"Siapa yang datang nanti? Kakak kamu ke nenek kamu?" Nampaknya Cikgu Siti pun memang boleh menggagak siapa yang akan hadir. Memang setiap tahun, muka inilah yang akan menjadi pengganti ibubapa Suria. Apabila Melati berumur lebih 18 tahun, kehadiran nenek tidak menjadi ketetapan lagi atas faktor usia.

Beberapa kawan sekelas Suria memandang Suria dengan kehairanan. Mungkin mereka sedikit terkejut kerana tidak menyangka Suria tiada ibubapa untuk hadir. Jika Encik Johan tidak hadir pada hari ni, terkuburlah angan-angan Suria ingin berpegangan tangan pulang bersama bapa tersayang.

"Assalamualaikum Cikgu," ucap Melati yang manis berbaju kurung. Tangan Cikgu Siti disalam penuh hormat. Cikgu Siti juga pernah mengajar Melati. Tak sangka kali ini dia akan berdepan dengan Melati sebagai penjaga.

"Waalaikumussalam, Melati. Besar dah kamu ya. Mari duduk-duduk. Suria! Kakak kamu dah sampai." Cikgu Siti memanggil Suria sambil tangannya sibuk seperti sotong mencari keputusan percubaan SPM Suria.

Suria melangkah lemah sahaja dan duduk. Hatinya berasa sangat kecewa kerana bukan Encik Johan yang di sisinya.

"Okay, ini adalah keputusan peperiksaan Suria. Kita boleh lihat disini subjek yang Suria lemah dan perlukan banyak latihan."

"Matematik tambahan. Saya pun lemah," kata Melati sambil tertawa memandang Suria. Melati baru perasan kini Suria tidak seceria selalu. Tetapi, dia meneruskan sahaja perbualan seperti biasa dengan Cikgu Siti kerana tidak mahu Suria diganggu.

Usai perbincangan bersama Cikgu Siti, Melati dan Suria pun keluar daripada bilik darjah itu. Suria dan Melati menuruni tangga tanpa bercakap. Mata Melati tidak lepas memandang Suria yang daripada tadi tidak melayannya. Akhirnya kerana tidak tahan dilayan dingin begitu, Melati menarik lengan Suria agar berhadapan dengannya.

"Kenapa ni?" Melati bertanya sambil mencari anak mata Suria.

Suria mencuba melepaskan genggaman Melati dan ingin melangkah pergi tetapi Melati sekali lagi mencuba menarik lengan baju Suria.

"Suria marah akak ke?" Tanya Melati sekali lagi tetapi Suria tidak menghiraukannya. Dia terus berjalan menuruni tangga.

"Akak dah cuba hubungi dia, tapi dia tak angkat." Suara melati tinggi untuk menarik perhatian adiknya agar berpaling padanya. "Dia" itu Melati merujuk kepada Encik Johan yang sudah dia cuba mencari keberadaannya.

"Akak dah cuba tengok warung Pak Abu ke?" Ujar Suria yang masih membelakangi Melati.

"Warung tu tutup hari ni."

Suasana menjadi senyap kembali namun begitu tegang.

"Akak dah cuba-"

"Akak tak cuba sedaya upaya! Suria nak papa. Bukan akak!" Sampuk Suria, badannya turut serta berpusing menghadap Melati. Melati pula terkaku mendengar kata-kata adiknya. Kemudian, Melati menghela nafas panjang untuk menghalau segala emosi negatif.

"Akak tahu Suria marah. Akak tahu Suria nak Encik Johan disini. Tapi, janganlah lepaskan kemarahan Suria pada akak." Tenang sahaja Melati berkata. Kemarahan Suria pantas sahaja reda dan mula menilai kembali situasi itu dengan lebih rasional.

"Suria..." Suara Suria tersekat.

"Suria nak seorang bapa sahaja." Matanya kini bergenang dan segera dia menutupi mukanya dengan telapak tangan. Melati pula meraih Suria ke dalam pelukannya tanpa banyak bicara. Mereka kini berpelukan sahaja tanpa membuka mulut.

❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。

"Macam mana akak buat?" Tanya Suria, kakinya pula menguis-nguis daun-daun kering di halaman rumah nenek.

Melati yang sedang khusyuk menyiram pokok berpaling memandang Suria, "Hah? Buat apa?".

"Akak nampak tenang je walaupun kita ni tak ada mak. Papa pun baru muncul dalam kehidupan. Jadi macam mana dulu akak boleh tempuhi kehidupan tanpa ibubapa?"

"Sedih juga sebenarnya. Tetapi lama-kelamaan akak sedar perasaan tu menjadi lagi teruk bila akak sendiri mula membandingkan apa yang akak tak ada dengan apa yang orang lain ada," ujar Melati lalu menyambung kembali aktiviti menyiram pokok. Tangannya tanpa sengaja membelai bunga-bunga dihadapannya

"Hidup ni Suria, memang takkan pernah cukup. Kalau kita asyik tengok apa yang kita tidak ada, kita memang takkan rasa bahagia." Sampuk Insyirah yang sedang menyapu daun-daun kering. Apabila melihat penyapu semakin mendekati kaki Suria, cepat-cepat Suria mengangkat kakinya ke atas kerusi dek tidak mahu menghalang laluan Insyirah untuk menyapu sampah di kawasan Suria sedang duduki.

"Sebab tu Islam mengajar kita untuk bersyukur. Lagi kita bersyukur, lagi banyak nikmat Allah beri." Kali ini Melati pula memberikan sedikit pengajaran.

"Parah lah kita bertiga hujung minggu ni. Asyik menangis hanya kerana seorang lelaki." Insyirah berkata sambil kepalanya tergeleng-geleng.

"Tulah, tak boleh jadi ni. Kita kena buat sesuatu."Melati berhenti menyiram pokok. Tangannya mencengkak pinggang seolah lanun di atas kapal.

"Jom kita buat sesuatu untuk diri kita sendiri. Self reward bak kata orang putih." Suria bangun daripada duduknya. Matanya membara kerana teruja.

"Jom warnakan rambut," ajak Insyirah dengan muka serius seolah mengajak berperang.

"Jom" sahut Suria kembali. Mereka berdua memandang Melati untuk mendengar jawapannya.

"Akak tak nak warnakan rambut."

"Aduh, tak sporting lah kau ni." Insyirah hampa kerana Melati tidak ingin turut terlibat dalam aktiviti gila mereka ini.Suria pula kembali duduk.

"Sabar sabar. Aku tak habis cakap lagi." Melati menenangkan Insyirah. Insyirah diam sahaja memberikan ruang untuk Melati bercakap.

"Aku tak nak warnakan rambut sebab.." Melati sahaja memberhentikan ayatnya lalu dipandang muka Suria dan Insyirah.

"Aku nak potong rambut aku "

"What?! Seriuslah weh?" Insyirah terus sahaja mendekati Melati lalu menggoncang bahu Sepanjang 3 tahun berkenalan dengan Melati, tak pernah sekali pun dia melihat rambut Melati selain daripada panjang mengurai.

"Ya Allah! Rasanya dah bertahun dah rambut akak macam pontianak. Nenek asyik suruh gunting tapi akak tak nak. Dahyat ni kak," kata Suria sambil tertawa manakala Melati pula meruncingkan mata memandang Suria kerana tidak menyangka selama ini rambut panjangnya disamakan dengan pontianak.

"Hey, rambut akak tak adalah panjang sangat macam pontianak," bidas Melati dengan geram.

"Okay okay. Ini hari yang bermakna untuk kita semua. Jadi ayuh, kita tawan!" Jerit Insyirah diikuti dengan jeritan Melati dan Suria.

Suria dan Insyirah menaiki motor ke kedai runcit untuk membeli pek pewarna rambut Garnier. Melati pula membentangkan suratkhabar di atas lantai dapur. Dia kemudian mengambil kerusi di meja makan lalu diletakkan di atas surat khabar tadi.

"Apa lagilah aktiviti kamu ni ya?" Nenek melilau melihat dapurnya seperti akan ada pesta mengecat dinding.

Suria dan Insyirah tiba di dapur dengan senyuman licik, tangan mereka mencuba menyorokkan apa yang dibeli daripada pandangan nenek.

"Nenek pergilah duduk berehat. Layan K-Drama kegemaran nenek tu." Suria cuba mengalihkan perhatian nenek pada aktiviti lain.

"Tak payah nak suruh nenek ke mana mana. Apa perancangan nya?" Kata nenek sambil mula melipat lengan bajunya. Terlopong mulut cucu-cucunya.

"Err, kami nak warnakan rambut. Melati pula nak potong rambut." Jawab Insyirah perlahan seolah takut dimarahi.

"Wah, Melati. Potong juga rambut pontianak kamu ni ya," usik nenek membuatkan Melati mendengus.

"Untuk kali terakhir, rambut saya tak sepanjang pontianak ya. Jangan over ya masing-masing." Suria dan Insyirah ketawa melihat Melati yang jelas mukanya kelihatan sakit hati. Nenek pula menghiraukan sahaja dan masuk ke bilik untuk mencapai gunting.

Petang itu , rumah nenek ibarat menjadi salon rambut tidak rasmi. Nenek begitu fokus menggunting rambut Melati manakala Suria dan Insyirah bergilir-gilir membantu mewarnakan rambut masing-masing.

Suria memilih warna coklat terang manakala Insyirah yang agak berani memilih warna merah. Aktiviti mewarnai rambut tidak akan lengkap tanpa Suria dan Insyirah mencuba menjadikan kulit badan sebagai salah satu kanvas lukisan. Masing-masing mencuba mencalit warna pada badan pihak lawan. Semestinya babak ini dipenuhi dengan gelak ketawa Suria dan sumpah seranah Insyirah.

Melati pula menyesal menggunting rambut apabila melihat satu-persatu gumpalan rambutnya yang jatuh diatas lantai berlapikkan suratkhabar.

Nenek nampaknya sangat menikmati kepuasan memotong rambut Melati.

"Nenek...jangan pendek sangat.." Melati cuba mengingatkan nenek bahawa dia hanya mahu rambutnya separas dada sahaja.

"Ya.Ya. Kepala tu jangan gerak," arah nenek tegas.

Selepas satu jam berlalu, tiga anak dara itu berdiri memandang cermin melihat hasil seni mereka.

"Uish lawa lah warna rambut kita!" Suria begitu teruja melihat rambutnya sambil membelai daripada akar rambut hingga ke hujung.

"Kalau bawah matahari , lagi nampak tau." Insyirah turut mengamati rambut lurus Suria. Melati pula berlainan emosi dengan mereka.

"Ini bukan paras dada ni. Ini paras bahu." Nada Melati kedengaran tewas dan redha. Suria dan Insyirah tergelak mendengarnya.

Doing something to your body like cutting and dying hair is very therapeutic for me personally though it is short term. Piercing your ear on the other hand. Boy oh boy, that's long term.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience