"Eee, apa soalan you ni? Pelik tau bunyinya." Muka Melati bertukar kelat. Dia memeluk tubuh setelah melarikan pandangan ke arah lain. Lucas pula ketawa besar dengan sebelah tangan memegang perutnya manakala sebelah lagi melekat pada dinding, menampung badannya sendiri yang sedikit serong berdiri.
"It's okay. Let me call David..Then, he-"
"No!" Pinta Melati dengan nada suara yang sedikit tinggi berbanding tadi.
"He'll tell everybody about this. Malu lah I." Melati sudah dapat membayangkan David akan mengusik dia. Kemudian, gosip –gosip akan menular dari mulut ke mulut. Semestinya memberi tanggapan buruk pada Melati.
"Why? Just tell them the truth." Lucas masih lagi tidak memahami.
"Orang tetap akan tertanya, apa I buat dalam bilik you. Why am I here in the first place?"
"Ya loh, why are you here Melati? Kenapa you masuk bilik I? You saja saja kan.." Usik Lucas membuatkan darah Melati menaik.
"You tu, kenapa you tiba-tiba nak ambik kunci kereta lah apa lah. You saja je kan umpan I ?" Melati cuba memutar kesalahan ke arah Lucas. Nampaknya keadaan tegang sebegini benar-benar menduga emosi sesiapa pun.
"Melati.. " Lucas mendekatkan dirinya selangkah.
"Last time I checked, you are the one who's stepping inside my room. Tu .. kaki tu yang masuk." Mulut Lucas dijuihkan pada kaki Melati. Dia masih lagi tenang meski Melati bagai kucing kehilangan anak. Muka Melati pula bertukar merah padam. Sejak bila pula perangai Lucas begini, nakal juga rupanya.
"Whatever, I nak call receptionist."
Melati membiarkan Lucas bersendirian di pintu. Giliran Lucas pula cuba untuk membuka pintu. Melati menemukan telefon yang terletak cantik sebelah katil. Dia mengangkat gagang telefon dan mendail nombor kosong. Talian itu secara automatik akan menghubungi kaunter pertanyaan.
Lucas menyerah kalah daripada meneruskan cubaannya untuk membuka pintu hotel itu. Dia kemudian pergi menuju ke katil dan memerhatikan Melati yang sedang bercakap di dalam telefon.
"Okay baik, terima kasih." Gagang telefon diletak perlahan. Lucas menanti jawapan daripada Melati dengan sabar.
"Nanti diaorang datang tolong." Terang Melati tanpa dipinta. Lucas pula melabuhkan punggung di kerusi berdekatan meja pejabat. Mereka berdua saling berpandangan seketika. Lucas menelan air liur sebelum matanya beralih memandang penghawa dingin.
"You panas tak?"
"Panas."
"Okay."
Lucas pun memasang penghawa dingin. Suasana begitu kekok sekali membuatkan Melati jadi tidak senang duduk. Badannya pula sudah semakin penat membuatkan matanya sedikit layu tetapi dia melawan keras. Cukuplah dia sedang berdua-duaan dengan lelaki di dalam bilik itu. Tidak mahulah dia mengeruhkan keadaan lagi dengan tertidur pula.
" I want to make some coffee. You nak ke?" Lucas pun lebih kurang saja seperti Melati. Cumanya, dia pandai menyorokkan perasaannya. Bukan pertama kali dia berdua-duaan dengan wanita lain. Tetapi entahlah, kali ini terasa begitu janggal.
"No, thank you." Sebagai langkah berjaga-jaga , lebih baik dia tidak meminum apa-apa. Kali ini, Melati tidak kisahlah Lucas itu siapa. Lelaki tetap lelaki dan Melati harus berwaspada.
.❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。
Lucas sedang menghirup air kopi panasnya sambil membaca muka. Mukanya kelihatan serius menghadam isi buku tersebut. Melati pula menyibukkan diri dengan bermain telefon. Sesekali dia menjeling memandang Lucas yang kelihatan sungguh kacak itu. Lemah betullah hati Melati apabila melihat lelaki yang tekun melakukan hobi.
"Lucas," panggil Melati.
"Hmm," sahut Lucas lembut.
"Semua boss tinggal bilik seorang diri ke?"
"Yup, kami nak privasi. Tapi itulah, sekarang ini I ada peneman pula," mulut Lucas tersenyum sebelah.
"Sorry.."
"It's okay, Melati. It is my fault too. Anyway, tell me about you. What is your hobby?" Lucas cuba mengubah topik. Bukunya ditutup dan diletakkan di atas meja.
"Oh me?"
"Is there anyone here beside you?" Seloroh Lucas sambil berpura-pura mencari manusia lain di bilik itu. Lagak Lucas itu membuatkan Melati yang daripada tadi serius ketawa jua.
"I suka beriadah. Petang-petang I akan pergi bersenam dengan adik I."
"Oh, dengan adik saja?"
"Hmm, ya. My whole life is all about my sister and my grandmother. Mereka saja yang saya ada. "
"I see. Sorry if im asking but you don’t have to answer it. You punya.." Lucas mematikan ayatnya agar tergantung. Rasanya tidak jadilah hendak dia bertanya meski dia sangat ingin tahu.
"Bapa I ke? Anggap je dia tak ada." Melati sudah boleh mengagak pasti itulah Lucas ingin tanya. Lucas mengepit kedua-dua bibirnya sambil mengangguk. Dia rasa dia tidak layak ingin mengulas apa-apa mengenai bapanya.
"Mesti you kena kuatkan? Is that why sometimes you are a bit tense and serious?" Teka Lucas. Melati terdiam seketika.
"Um.. No. I'm not like that... I macam tu ke?"
"Ya. Mungkin sebab you dah terbiasa membawa role macam tu dalam keluarga. So, it affect your personality now."
Selama ini apabila Insyirah mengatakan dia garang. Melati sedikit pun tidak percaya. Dia rasakan bahawa dirinya sangat peramah. Mungkinkah ini yang dimaksudkan Insyirah?
"For me, daripada kecil I dah ada percapaian yang ibubapa I dah letak. Belajar mesti pandai. Sukan mesti bagus. Sana sini mesti kena tip top. Sekarang bila I tengok balik kehidupan I yang dulu, I rasa I kurang ada zaman kanak-kanak," luah Lucas dengan suara yang kedengaran sedikit sedih.
"So I guess, we are the same. Kita berdua nak masa kecil kembali,"sambung Lucas lagi.
"Then, let's be a child for this trip," ajak Melati sambil terangguk-annguk. Lucas yang tadinya bersandar di kerusi lekas menegakkan badannya.
"Yeah, I agree. Enjoy like you are a kid!" Suara Lucas kedengaran begitu bersemangat. Mereka berdua kemudian ketawa.
"Cool. Cool."
"Cool..,"
❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。 ❀°。❀。• *₊°。
Bunyi loceng pintu memenuhi ruang bilik Lucas. Lucas mengangkat mukanya seraya bangun. Buku yang dibaca diletakkan di atas meja. Sempat dia mengerling ke arah Melati yang sudah tertidur atas katil. Tidak lama selepas mereka berborak, dia meneruskan pembacaannya. Melati pula mungkin sudah kepenatan kelihatan tersengguk-sengguk menahan mengantuk lalu tanpa sedar terbaring dengan kaki terjurai di tepi katil.
Tak lama kemudian, seluruh tubuh Melati sudah berada di atas katil. Dia nampak sungguh selesa berbaring. Lucas pun membiarkan aja Melati dihanyut mimpi.
Pekerja hotel yang segak memakai pakaian seragam rasmi resort itu memeriksa tombol dan pad kekunci dengan teliti manakala Lucas hanya memerhatikan saja.
"Maaf ya Encik. Pad pintu ni memang kena ganti baru. Tapi, sekarang sudah lewat malam. Encik nak tukar bilik tak? Kita boleh uruskan sebab saya rasa pintu ini boleh terkunci lagi bila-bila masa."
Lucas memikirkan sejenak apakah dia ingin menukar bilik atau tidak. Ikutkan hati, mahu saja dia menukar tetapi Melati masih lagi tidur.
"Tak apa, esok pagi saja tukar. Saya.. Err..sudah mahu tidur."
"Baik, kalau macam tu saya beri kunci sajalah. Encik boleh buka pintu secara manual."
Kunci dihulurkan ke tangan Lucas sebelum pekerja itu berlalu pergi. Lucas menutup pintu dan menuju ke katilnya. Dipandang Melati yang masih lagi nyenyak tidur. Lantas dia pun mengambil pen dan kertas yang memang sudah berada di atas meja lalu meninggalkan pesanan buat Melati.
Kunci tadi diambil lalu lampu ditutup. Lampu tidur dipasang agar tidaklah terlalu gelap nanti. Dia memandang Melati buat kali terakhir sebelum beredar keluar bilik. Kelihatan bibirnya terukir senyuman kecil. Apa yang difikirkannya, tuhan saja yang tahu.
Share this novel